TERKINI :

Saturday, January 27, 2018

KALAU PDRM BOLEH SIASAT TUN DR SITI HASMAH KENAPA PIHAK POLIS TAK BOLEH SIASAT ROSMAH MANSOR SERTA KUNCU-KUNCUNYA??



Saya sudah buat banyak laporan polis dan sprm terhadap rosmah mansor dan kuncu-kuncunya!!

Namun, sehingga kini pihak pdrm dan sprm hanya diam seribu bahasa!! Mengapa begitu?!

Sekiranya pdrm boleh siasat seorang tokoh negarawan terulung negara yang berumur 92 tahun; mengapa pdrm tak berani siasat rosmah mansor?!

Sejak tahun 2014, saya sudah buat banyak laporan-laporan polis keatas rosmah mansor!! Sampai hari ini pihak pdrm tidak pernah memaklumkan pada saya dengan status laporan saya keatas rosmah mansor!!

Pihak pdrm mesti bertindak secara professional, adil dan saksama!! Pdrm tak boleh pilih bulu!!

Sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang yang sepatutnya membela keseluruhan rakyat di malaysia; pdrm tidak harus bertindak secara terpilih macam sprm!!

Pada hakikatnya, pdrm selaku sebuah badan penguatkuasa undang-undang mesti bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh badan politik khususnya!!

Sekarang saya nak tanya ketua polis negara; apa sudah jadi dengan semua laporan-laporan polis saya terhadap rosmah mansor?!

Sudahkah pdrm panggil atau pergi mengadap rosmah mansor untuk rakam kenyataan kearah menyiasat beliau?!

Selaku pelapor, saya minta ketua polis negara memaklumkan status laporan-laporan saya terhadap rosmah mansor dari tahun 2014!!

Sepertimana sprm; imej dan kredibiliti pdrm pun amat tercemar kini!! 32 juta rakyat malaysia sedang memerhati gelagat pdrm dari dulu sehingga kini!!

Malahan, semua lapisan masyarakat di negara kita sudah hilang keyakinan pada pdrm!! Imej pdrm pun sudah mengalir ke longkang yang paling busuk!!

Lihatlah apa terjadi pada saya!! Saya mahu jadi pemimpin akar umbi yang yang bertanggungjawab dan rakyat yang amanah!!

Bila saya buat laporan polis, sprm serta pihak penguatkuasa undang-undang di singapura, hong kong, peranchis, switzerland, united kingdom dan fbi untuk selamatkan dana kerajaan mahupun duit rakyat dalam kes skandal 1mdb; akhirnya pdrm tangkap saya seterusnya sumbat ke lokap dan terus ke penjara sg buloh selama 2 bulan!!

Inilah stail pihak penguatkuasa undang-undang kerajaan kleptokrasi!!

Sepertimana ungkapan Presiden parti Amanah tuan haji mohamad sabu, "Inilah Malaysia tanah tumpah darahku!!"

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
27 Januari 2018

Kenapa Pas tidak sahut cabaran Tun M namakan calon PM, soal AMANAH Jerai



Kenapa Pas masih belum menyahut cabaran Tun Mahathir Mohamad mengenai siapakah calon Perdana Menteri (PM) yang Pas cadangkan.

Sehingga ke hari ini Pas masih lagi menyepi seribu bahasa dengan pelbagai macam helah dan dolak-dalik.

Demikian soalan yang dilontarkan oleh Setiausaha AMANAH kawasan Jerai, Ahmad Fuuad Khasim.

Ahmad Fuuad Khasim


Menurut beliau lagi, sekiranya Presiden Pas tidak dapat menjawab cabaran Tun, apakah pimpinan Pas yang lain tidak mampu untuk menjawab soalan yang sama.

“Sememangnya Pas tidak mampu untuk menjawab cabaran Tun kerana sasaran mereka hanyalah 40 kerusi sahaja.

“Lebih menjadi igauan apabila mereka berhasrat pula ingin menjadi ‘king maker’.

“Seharusnya Pas mengimbau kembali ketidakmampuan mereka untuk memegang janji-janji yang telah mereka luahkan,” ujarnya.

Malah kata Ahmad Fuuad lagi, ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR) suatu masa dahulu, ketika semua parti bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai PM, Pas juga bersetuju.

“Namun begitu dalam diam-diam Pas bermain kayu tiga dengan memujuk Tengku Razaleigh Hamzah yang masih berada dalam Umno untuk menjadi calon pilihan Pas.

“Persoalannya kenapa Pas sendiri tidak mencalonkan Hadi Awang sendiri sebagai calon PM?

“Tidak percayakah Haji Hadi pada diri sendiri atau tidak yakinkah sebahagian pimpinan Pas ketika itu atas kemampuan Presiden mereka sendiri?” tanya beliau.

Tegas beliau lagi, yang jelas lagi ketara kini ialah Pas ingin mengekalkan Najib sebagai PM.

“Buktinya segala tindak-tanduk Pas kini seakan-akan memberi talian hayat kepada Umno apabila mereka kerap berkecuali dalam pelbagai isu yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat.

“Sejak kebelakangan ini ucapan yang sering dikeluarkan oleh Presiden Pas sendiri tidak konsisten.

“Pada awalnya Pas bercadang untuk merampas lima negeri termasuk Terengganu, kini ia beralih pula untuk menawan Selangor dan Pahang yang dianggap sukar bagi Pas untuk merealisasikannya,” jelasnya lagi.

Tanya beliau lagi, strategi manakah yang diguna pakai oleh Pas sehingga memberi keyakinan kepada mereka untuk menawan negeri-negeri tersebut.

“Secara logiknya Pas tidak mampu untuk menawan negeri-negeri tersebut.

“Sebaliknya mereka hanya sekadar ingin memberi kemenangan kepada Umno untuk mengekalkan kuasa di samping bercita-cita untuk menjadi sebuah kerajaan.

“Apakah Pas masih tidak serik dengan pelbagai tipu muslihat Umno sehinggakan mereka akhirnya akan turut kehilangan Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum yang akan datang,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, Pas harus cermin diri dan bermuhasabah sebelum melabelkan parti lain dengan pelbagai label yang tidak sewajarnya, yang dizahirkan oleh pimpinan mereka tatkala ini.

Mufti Pulau Pinang persoal cadangan fatwa haram undi DAP

Mohamad Fadli



PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang menolak gesaan daripada felo kanan sebuah badan berkait Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa para mufti mengeluarkan fatwa tentang menyokong, membantu dan mengundi DAP yang didakwa membawa agenda sekularisme dan anti Islam.


Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan seorang mufti tidak perlu mengeluarkan fatwa seperti itu kerana menyokong dan mengundi sesebuah parti politik adalah hak individu.

“Terserah pada pertimbangan masing-masing untuk menentukan parti mana dia rasa lebih bermanfaat pada umat Islam,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan seorang felo kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali yang berkata, fatwa seperti itu perlu kerana ia melibatkan aktiviti mengundi, menyokong dan membantu mana-mana individu atau parti politik yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan bagi tujuan yang bercanggah dengan tuntutan Islam.

Engku Ahmad dilapor berkata demikian selepas penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zin mendakwa pengundi beragama Islam haram mengundi DAP kerana parti itu menolak hukum Islam apabila membantah usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), dalam wawancara dengan sebuah portal baru-baru ini.

Iksim adalah sebuah badan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dan majlis-majlis agama Islam negeri demi memelihara kedaulatan Islam.

Mufti Wan Salim sebaliknya meminta pengundi untuk mengkaji dan menilai semua parti dari segi amalan dan bukan pada lambang dan slogan semata-mata.

Ini kerana dalam banyak bidang ada pihak yang menggunakan label Islam tetapi tidak mengamalkan Islam.

“Ini bukan pasal politik sahaja, lain-lain juga. Kita guna nama Islam tetapi tak buat amalan Islam dan itu boleh menimbulkan tanggapan tak baik kepada agama kita sendiri.

“Kita buat tak semestinya sebut Islam tetapi jika berlaku adil dan buat kebajikan kepada rakyat sudah baik.

“Pada pandangan saya tidak perlu mufti keluarkan fatwa,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...