TERKINI :

Wednesday, January 24, 2018

MATANG DAN SEJAHTERA DENGAN GST, 1MDB

MATANG DAN SEJAHTERA DENGAN GST, 1MDB
Oleh : Wan Ji bin Wan Hussin



1. Semenjak Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia, kewujudan PAS sudah berubah. Malahan, semua mengetahui bahawa perubahan PAS itu amat ketara. PAS yang dulu, bukan lagi PAS yang sekarang.

2. Dahulu, tiada slogan matang dan sejahtera, PAS tidak kelihatan mesra UMNO/BN. Namun berubah selepas kemangkatan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz, slogan matang dan sejahtera mula dimainkan, dan PAS pula kelihatan semakin mesra UMNO/BN.

3. Atas alasan matang dan sejahtera, PAS menampilkan dirinya seakan-akan berseteru dengan warga bukan Melayu. Jika dahulu, keris dijulang oleh UMNO dalam majlis rasmi mereka, Tok Guru Nik Abdul Aziz selalunya mengeluarkan kenyataan menolak amalan perkauman. Namun, semenjak slogan Matang dan sejahtera lahir selepas kemangkatan Tok Guru Nik Abdul Aziz, keris dan sundang sudah dijulang oleh Presidennya sendiri dalam majlis rasmi.

4. Tidak ada siapa yang dapat nafikan, bahawa semenjak slogan matang dan sejahtera, ugutan kalah oleh PAS hampir tidak keluar lagi terhadap UMNO/BN. Yang ada pula, ugutan kalah terhadap sesiapa sahaja yang melawan BN, malahan menjadi agenda slogan matang dan sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS.

5. Semenjak dua ini, kelihatan PAS jadikan Parlimen Permatang Pauh sebagai serangan PAS. Namun, atas alasan matang dan sejahtera, tidak hairan pada kala ini hampir tidak kedengaran langsung serangan terhadap Parlimen Pekan yang diketuai bapa GST, Najib Abdul Razak.

6. Atas alasan matang dan sejahtera, PAS seakan-akan kabur bahawa sebarang tindakan mereka pada hari ini banyak memberi keuntungan kepada UMNO/BN. Ekoran itu, walaupun mereka tidak mengakuinya, tetapi dari sudut tindakan PAS kelihatan seakan-akan redha dengan tekanan kehidupan rakyat Malaysia yang terbeban dengan GST, seakan-akan redha imej negara rosak atas isu 1MDB, seakan-akan redha dengan peluang pekerjaan rakyat semakin merosot dan banyak lagi kebobrokan yang sedang menimpa negara.

7. Lebih menarik untuk diperhatikan, bahawa mereka seakan-akan tidak suka andai ada pihak yang berlawan dengan UMNO/BN, lawan GST, lawan 1MDB, lawan penyelewengan felda dan banyak lagi. Malahan, seakan-akan PAS anggap pihak ini seperti musuh.

8. PAS seakan-akan tidak bersetuju andai ada "orang-orang berdosa" membantu dalam usaha melawan GST dan 1MDB. Seakan-akan mereka tidak anggap imej negara yang dirosakkan oleh UMNO-BN ini seperti berdosa.

9. Sedarkah PAS, bahawa mereka bukanlah kalangan yang suci, walaupun tindakan menampilkan mereka seakan-akan suci. Malahan, andai mereka membaca wahyu, pasti mereka sedar bahawa Islam mengajar bahawa melawan kejahatan itu adalah baik, walaupun ia dari orang jahat; mendokong kejahatan adalah jahat walaupun ia datang dari Orang yang digelar baik.

10. Peliknya, mereka seperti tidak sedar apabila mereka mendakwa bahawa mereka adalah golongan yang melakukan pembaikan negara, sedangkan hakikat tindakan mereka memberi keuntungan kepada UMNO BN yang sedang merosakkan negara. Mungkin PAS perlu renung Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 11 dan 12 - Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan" * "Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya"

Wallahu A'lam.

#IslamPenang

1MDB : Akhirnya Najib mengaku jua...!!!!

https://m.malaysiakini.com/news/409726



AKHIRNYA.....MENGAKU PUN

Pengakuan Najib akan kegagalan 1MDB di hujung hayat politiknya *MENUNJUKKAN BAHAWA SEGALA APA YANG PEMBANGKANG UTARAKAN ADALAH BENAR*.

Dari tahun 2015 , Najib *BERTERUSAN MENIPU DAN MENGELAK* berkaitan 1MDB.

Pengakuan Najib berkenaan kegagalan 1MDB jelas menunjukkan semua barisan kabinetnya *TIDAK BOLEH LAGI DI PERCAYAI* kerana mereka semua adalah *PENIPU*.

*PENGAKUAN NAJIB* itu tidak lain dan tidak bukan adalah *PENGAKUAN MINTA NYAWA* kerana Najib dan hamba abdinya tahu mereka sudah tidak ada modal lagi untuk menipu.

Dan dengan *PENGAKUAN NAJIB* berkenaan *KEGAGALAN 1MDB* itu membuka satu peluang di Parlimen untuk *DIBAHASKAN*.

Najib dan hamba abdinya telah hilang segala modal untuk mempertahankan 1MDB.

Dengan *PENGAKUAN NAJIB* itu juga menunjukkan bahawa apa yang di dakwa oleh TUN MAHATHIR adalah *BENAR*.

Secara tidak langsung pengakuan Najib itu menunjukkan bahawa *BARISAN NASIONAL DAN UMNO* sudah tidak layak lagi untuk menerajui pemerintahan negara ini.

Rakyat Malaysia bukan bodoh untuk simpati atas pengakuan Najib tersebut , telah banyak masa di berikan kepada kerajaan Najib untuk mengakuinya.

Selama ini amat mustahil kalau Najib kata dia tidak tahu apa-apa tentang masalah 1MDB.

1MDB itu penasehatnya Najib , maka jelas segala kegagalan yang 1MDB hadapi itu berpunca dari Najib sendiri.

Sidang parlimen yang akan datang ini Speaker Dewan *JANGAN*
pula menolak untuk di bahaskan berkenaan 1MDB , PAC juga boleh di bubarkan dan di keluarkan dari status OSA.

Jika dalam persidangan parlimen akan datang ini Speaker Dewan masih menghalang ahli dewan untuk membahaskan *KEGAGALAN 1MDB* , maka dalam PRU akan datang ini kita tolak Najib dan BN / UMNO nya kerana masih lagi *BERBOHONG*.

Dengan *PENGAKUAN NAJIB* ini maka jelaslah bahawa kerajaan sedia ada ini *TIDAK LAYAK* lagi untuk menerajui negara.

Dengan *PENGAKUAN NAJIB* itu juga menunjukkan bawaha *NAJIB MENGAKU DIA BERBOHONG* selama ini.

Dengan *PENGAKUAN NAJIB* itu marilah kita menolak Najib dan BN / UMNO dalam PRU ini.

Tidak perlu lagi untuk menyokong *PENIPU* di dalam PRU akan datang ini.

*JOM UBAH*

*SHUKUR MOHAMAD*

Pakatan Harapan bakal rampas Parlimen, 3 Dun di Jerai pada PRU14



AMANAH Kawasan Jerai yakin kerusi Parlimen Jerai yang dimenangi oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) akan dirampas kembali dalam PRU ke 14 oleh Pakatan Harapan (PH).


Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Jerai, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad berkata, parti itu menyasarkan kemenangan PH bukan saja bagi Parlimen Jerai, sebaliknya turut menyasarkan kerusi Dun Gurun, Sungai Limau dan Guar Chempedak yang menang majoriti tipis pada PRU13 lalu.


Mohd Ridzwan Arshad Ahmad


“Kemenangan tipis Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan hanya memperolehi majoriti 1,196 undi bukan suatu yang sukar untuk ditawan semula.

“Berdasarkan kepada gerak kerja dan turun padang menemui pengundi, majoriti sudah bosan dengan wakil rakyat BN yang mewakili Parlimen Jerai, ” ujarnya kepada Malaysia Dateline selepas menziarahi beberapa pesakit dalam program peduli rakyat di Hospital Yan, kelmarin.

Katanya, pengundi bukan saja muak dengan pelbagai masalah infrastruktur dan kemudahan awam yang gagal dilaksanakan oleh wakil rakyat BN tersebut, sebaliknya sikap pilih kasih yang menjadi amalan mereka amat mengecewakan.

Justeru  ujarnya lagi, AMANAH optimis kerusi Dun Sungai Limau dan Guar Chempedak yang akan ditandingi parti itu, mampu diraih menyebelahi PH.

“Begitu juga bagi kerusi Dun Gurun yang akan ditandingi oleh PKR, mampu dirampas kembali dari BN yang hanya berjaya menang dengan majoriti 1,296 undi dalam PRU yang lalu.

“Sementara itu bagi Parlimen Jerai yang akan ditandingi oleh Bersatu, kesemua komponen PH akan memberi kerjasama dan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan kerusi tersebut tidak jatuh kepada BN sekali lagi,” ujarnya.

Jelas Ridzwan lagi, kemenangan kerusi Dun Sungai Limau dalam pertandingan empat penjuru sebelum ini adalah hasil kerjasama semasa berada dalam Pakatan Rakyat.

Namun begitu dalam situasi terkini, PH telah berjaya menambat hati pengundi dan optimis dengan kemenangan yang mampu diperolehi daripada hampir 28 ribu pengundi bagi Dun tersebut.

“Majoriti yang diperolehi oleh BN bagi Dun Guar Chempedak dengan kelebihan 2,298 undi dalam PRU yang lalu bukan suatu yang sukar untuk dirampas oleh AMANAH.

“Untuk Dun Sungai Limau yang merupakan kerusi Pas tidak sukar untuk ditawan semula oleh AMANAH dalam PRU yang akan datang.

“Saingan hebat bagi Parlimen Jerai dan ketiga-tiga Dun dalam kawasan tersebut mampu memberi tamparan hebat bukan saja kepada BN, tetapi juga Pas yang menjadi rakan mesra Umno, ” ujarnya.

Akhirnya NAJIB mengaku bahawa 1MDB ialah satu kegagalan..

Najib kata 1MDB ialah satu kesilapan kerajaan ?



- Tubuh 1MDB senyap-senyap.
- Pinjam 42 bilion senyap-senyap.
- Samun pun dah tentu senyap-senyap.

Lepas itu bila dah Tun Dr Mahathir,Tony Pua,Rafizi Ramli dan ramai lagi pemimpin pembangkang kata macam-macam pasal 1MDB sehinggakan Tan Sri Muhyiddin Yassin,Mukhriz kena buang,Najib tetap kata 1MDB mana ada masalah - semuanya okay on track.Tetapi semalam 23hb Jan 2018 barulah Najib kata IMDB itu satu kesilapan kerajaan ?

1MDB bukan kesilapan kerajaan tapi ianya SALAH NAJIB ! Najib yang sain semua benda kalau ikut PAC report ! Tiada siapa dalam kerajaan yang suruh buat IMDB itu ! Tiada siapa yang suruh 1MDB itu pinjam 42 billion ! Tiada siapa juga yang buleh terfikir dana IMDB telah diseleweng dan disamun sebegitu rupa sehinggakan ianya dikenali sebagai KLEPTOKRASI TERBESAR DIDUNIA !

Ramai pencarum Perkeso tidak tahu hak mereka


Zainal Ismail

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.

“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.

“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.

Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.

“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.

"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...