TERKINI :

Tuesday, January 23, 2018

Husam ucap 'terima kasih' pada Hadi, PAS Kelantan



Datuk Husam Musa hari ini 'gembira' apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta exco Kelantan memperjuangkan haknya untuk mendapatkan peruntukan sebagai wakil rakyat.

Kata Husam teguran Abdul Hadi mengenai pembekuan peruntukan untuk anggota dewan undangan negeri (ADUN) PAS di Selangor disambut pula oleh pemimpin parti terbabit di Kelantan.

"Saya gembira dengan dua kenyataan pemimpin parti Islam itu. Saya selaku ADUN Kelantan nampaknya akan memperolehi semula hak saya mengagihkan peruntukan DUN Salor," katanya melalui kenyataan terbuka petang ini.

Husam adalah bekas pemimpin kanan PAS yang pernah dilantik anggota parti itu menjadi naib presiden mereka.

Dilihat dekat dengan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam bagaimanapun diketepikan anggota PAS pada penghujung pentadbiran bekas menteri besar Kelantan terbabit.

ADUN Salor itu akhirnya dipecat oleh PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) sekali gus menjadi pembangkang di DUN Kelantan.

Langkah tak matang

PAS tidak lagi mempunyai sebarang hubungan politik dengan PKR, DAP dan AMANAH yang membentuk kerajaan Selangor, namun pada masa sama mereka kekal mengisi tiga jawatan exco di negeri berkenaan.

Pada 18 Jan lalu PAS Selangor menyatakan mereka tidak menolak kemungkinan untuk mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah jika peruntukan dana kepada ADUN parti itu dibekukan.

“Jadi kalau beku, mengadap tuanku adalah sebahagian daripada cadangan. Itu pun jika tuanku berkenan. Kalau tak berkenan tak boleh buat apa kerana ini adalah isu politik,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi kepadaMalaysiakini.

Peruntukan itu dikatakan berjumlah RM800,000.

Pada Ahad lalu pula Abdul Hadi mengingatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya tidak mencampuradukkan isu politik dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga exco negeri itu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, hari ini turut menyokong kenyataan Abdul Hadi.

Bagaimanapun Azmin menyifatkan tindakan PAS Selangor itu sebagai tidak matang.

Semakan Malaysiakini di Kelantan pula mendapati kerajaan negeri tidak memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Kelantan, Selangor berbeza

Dihubungi hari ini ADUN Galas, Abd Aziz Yusoff, berkata wakil-wakil rakyat dari BN di negeri itu tidak pernah mendapat peruntukan daripada Kelantan.

"Memang tidak pernah ada sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri.

"Saya tak pernah dapat, semua (ADUN BN) pun tak dapat," katanya.

Kata Husam ekoran kenyataan dan sokongan diberi Abdul Hadi serta Che Abdullah berkaitan peruntukan kepada pembangkang, beliau akan menghantar senarai peruntukan untuk rakyat Salor ke kerajaan negeri.

Selain itu, Husam juga secara sinis menggesa agar kerajaan Selangor mengikuti tindakan Kelantan.

"Saya berharap kerajaan Selangor mengikuti tindakan adil, demokratik dan Islamik kerajaan PAS Kelantan," katanya.

Sementara itu dalam sidang media di Kota Bharu malam tadi, Che Abdullah berkata, ada perbezaan antara Kelantan dan Selangor.

Kata ADUN Wakaf Baru itu di Selangor wakil rakyat PAS tidak menyerang kerajaan negeri.

Menurut Che Abdullah Kelantan tidak memberikan peruntukan kepada mana-mana ADUN yang berusaha menjatuhkan "kerajaan Islam" di negeri berkenaan.

"Saya rasa ADUN PAS masih lagi menyokong kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, maka tidak ada sebab untuk disekat peruntukan mereka.

"Mereka tidak menyerang kerajan (negeri), berbeza dengan apa yang berlaku di Kelantan," katanya.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/409722#RDs2XsWulWHtHH63.99

Hilang buat selama-lamanya Tanah Felda Jalan Semarak, dakwa Rafizi




Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa tanah Felda Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), diJalan Semarak telah hilang buat selama-lamanya.


Menurut Rafizi apabila bidang tanah milik Felda itu diserahkan kepada sebuah syarikat pemaju Symphony Promenade Sdn Bhd (SPSB) untuk membangunkan beberapa menara pejabat dan kediaman mewah, maka, lot-lot bangunan itu akan dijual kepada pembeli-pembeli.

Manakala hakmilik bangunan bertingkat itu akan bertukar dari hakmilik tanah kepada hakmilik strata (satu hakmilik strata setiap satu ruang pejabat atau kediaman mewah yang dijual kepada pembeli).

Katanya lagi, hakmilik bangunan tersebut akhirnya adalah milik pembeli-pembeli persendirian dan bukan lagi hakmilik Felda, walaupun kini hakmilik tanah masih lagi dalam pegangan Felda

“Sebab itu saya mahu mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad bagaimana pendirian beliau sendiri telah berubah dalam tempoh sebulan mengenai pembangunan tanah-tanah tersebut.

“Apabila beliau mula-mula mendedahkan sandiwara tanah ini, beliau dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 21 Disember 2017 bahawa Felda tidak berminat untuk meneruskan projek pembangunan KLVC di atas tanah-tanah Felda itu kerana sekiranya projek diteruskan, hakmilik akan bertukar kepada hakmilik strata dan keseluruhan bangunan dan lot-lot yang dijual itu akan berpindah milik kepada pembeli-pembeli yang mendapat hakmilik strata tersebut,” terangnya.

Hanya dengan tidak meneruskan projek pembangunan KLVC itu barulah Felda ujarnya lagi, dapat mengekalkan tanah-tanah tersebut menjadi pegangan Felda.

“Malangnya tidak sampai sebulan Tan Sri Shahrir telah buat pusingan-U demi menjual sandiwara tanah Felda diperolehi kembali.

“Saya memberi ruang sepenuhnya kepada kepimpinan Felda untuk meneruskan sandiwara mengenai tanah Felda yang dilaporkan hilang hakmilik dan kemudiannya telah mendapat kembali hakmilik.

“Sepanjang sebulan sandiwara ini dimainkan, saya menunggu sama ada Tan Sri Shahrirakan menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada rakyat.

“Malangnya, beliau terus terjebak dengan sandiwara politik untuk meredakan kemarahan rakyat mengenai kerosakan yang telah berlaku ke atas Felda, sehingga beliau sempat mengeluarkan sindiran seolah-olah “kejayaan” Felda mendapatkan kembali tanah tersebut adalah hasil doa Perdana Menteri di Mekah,” ujarnya.

Justeru Rafizi berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Shahrir mengenai beberapa perkara yang menimbulkan persoalannya.

“Pertamanya mengenai Hakmilik tanah yang diperolehi oleh Felda yang diwar-warkan sejak minggu lepas sebenarnya tidak bermakna kerana dengan pembangunan KLVC yang diteruskan, hakmilik strata akan dikeluarkan kepada pembeli lot-lot bangunan dan ruang pejabat/kediaman. Merekalah pemilik sebenar hartanah itu kelak, bukannya lagi Felda

“Keduanya episod Felda mendapatkan kembali tanah adalah satu sandiwara kerana keadaan sekarang (walaupun Felda dilaporkan mendapat balik hakmilik ke atas plot tanah tersebut) tidak berbeza dengan keadaan sebelumnya; iaitu tanah-tanah tersebut telah diserahkan kepada Felda.

Ahli Parlimen Pandan ini juga berkata mempunya beberapa dokumen yang akan didedahkannya bagi menguatkan lagi hujahnya bahawa tanah Felda itu telah hilang selama-lamanya.

“Esok atau lusa saya akan dedahkan beberapa dokumen lagi. Episod tanah Felda diperolehi kembali hanyalah sandiwara politik yang dimainkan oleh Tan Sri Shahrir,” tegasya lagi.

Proton tak sensitif budaya Malaysia, kata pakar ekonomi

ho-ke-ping-proton
PETALING JAYA: Pakar ekonomi, Prof Hoo Ke Ping mendakwa rakan kongsi Proton berpangkalan di China tidak sensitif dengan tawaran diskaun kepada masyarakat Cina Malaysia baru-baru ini.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, pembuat kereta China, Zheijiang Geely yang memperoleh 49.99% saham Proton daripada DRB-Hicom tahun lepas, menunjukkan ia kurang memahami kepelbagaian budaya di Malaysia.

Jumaat lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang baharu, Li Chunrong mengumumkan diskaun sehingga 10% kepada ahli Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia. Beliau dipetik sebagai berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang berasal dari Fujian akan menikmati diskaun istimewa itu.

Hoo berkata, tawaran itu berpotensi memburukkan lagi perpecahan kaum di Malaysia.

“Proton sangat tidak sensitif. Ia tidak memahami Malaysia. Ini akan menyebabkan kaum lain memboikot Proton.”

Beliau menyifatkan tawaran itu “bodoh” kerana Proton dilaporkan akan membuat perubahan besar terhadap sistem pusat servis dan pengedarannya.

The Malaysian Reserve baru-baru ini melaporkan perubahan itu termasuklah menggabungkan pusat pengedaran dan servis yang mungkin menyebabkan penutupan beberapa syarikat.

Hoo berkata, ketika Proton dibentuk pada pertengahan 1980-an, hak pengedaran dijual atau diberikan berdasarkan “sistem vendor kroni”.

“Dahulu, mereka yang berminat mengendalikan pengedaran atau bengkel servis perlu memohon lesen khas dan membayar yuran naungan kepada kroni ini untuk mendapatkan lesen.

“Dua puluh tahun kemudian, Proton mencipta rangkaian pusat pengedaran yang tidak dilengkapi perkhidmatan bengkel.

“Perkhidmatan bengkel sedia ada mendapat keuntungan dengan menyelenggara kereta Proton di bawah jaminan, tetapi tidak boleh membaiki kereta Proton.”

Hoo berkata, Geely jelas tidak memahami keadaan di Malaysia.

“Kenyataan Li mengenai rancangan untuk merombak bengkel servis ini menunjukkan beliau tidak mengkaji tentang Proton dengan mendalam.”

PAS masih pertimbang sertai BN selepas PRU

Azman-Ibrahim-pas-bendera
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS enggan menjawab sama ada PAS akan menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan dengan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Azman Ibrahim berkata ia akan hanya diketahui selepas PRU, tetapi berkata PAS akan memilih rakan yang serasi dengan perjuangan PAS.

“Langkah ke seberang jambatan dulu baru kita bincang,” katanya dalam penulisan diterbitkan portal rasmi parti Harakahdaily, menjawab beberapa pertanyaan lazim mengenai hala tuju PAS.

Menurutnya, PAS membuat keputusan berdasarkan “dosa pahala” dan “adab-adab persahabatan”.

“PAS ada pertimbangan yang sangat matang serta cukup kenal, siapa yang lebih berminat dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS. Tentunya kebaikan kepada rakyat dan negara adalah neraca utama yang menjadi ukuran PAS,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya mendapati lebih senang mengadakan kerjasama dengan Umno di bawah Datuk Seri Najib Razak, berbanding ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam,” katanya dalam wawancara bersama Berita Harian awal bulan ini.

“Perdana menteri sekarang, kita boleh berbincang, kerana kita perlu kepada perubahan. Kalau zaman Mahathir, dia tak mahu fikir kita nak laksanakan Islam.”

PAS beberapa kali berkata ia akan meneruskan kerjasama dengan Umno “demi kepentingan ummah”.

Kedua-dua parti dilihat semakin mesra sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kebangkitan pemimpin pro-Hadi dan pengusiran pemimpin yang mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP.

link

Najib akui kegagalan 1MDB dan kesilapan kerajaan

najib_1mdb_6002
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kegagalan 1MDB dan ada “sebab sah untuk bimbang” mengenai hal ehwal syarikat milik Kementerian Kewangan itu sehingga menyebabkan siasatan dijalankan di beberapa negara lain.

“Sekarang, saya tidak akan menafikan isu ini. Memang berlaku kegagalan dalam syarikat itu, ada kesilapan kerajaan,” katanya kepada kira-kira 1,000 hadirin pada persidangan Invest Malaysia 2018, hari ini.

Tetapi, Najib berkata, isu 1MDB dieksploitasi secara politik dan ada “kempen khas” untuk mensabotaj ekonomi Malaysia.

Katanya, kerajaan sedar terhadap kegagalan 1MDB dan itu sebabkan ia menjalankan siasatan membabitkan banyak pihak berkuasa.

“Hasil siasatan mereka diterima – dan lembaga pengarah syarikat itu dibubarkan, pasukan pengurusan dirombak dan operasinya dikaji semula,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...