TERKINI :

Sunday, January 21, 2018

#MSONews : TIGA CALON IMPORT PAS BAKAL JADI MENTERI?

#MSONews : TIGA CALON IMPORT BAKAL JADI MENTERI?

Tiga tokoh “ulama” Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan Nasaruddin Hassan disebut-sebut akan dibawa oleh Pas untuk bertanding di kerusi  parlimen di Kelantan.

Ketiga-tiga nama mereka terdapat dalam senarai awal calon Pas yang telah bolos. Memandangkan Pas diberitakan ada harapan untuk membentuk kerajaan, pembawaan mereka ke Kelantan dianggap sebagai kerusi selamat bagi persiapan untuk dilantik menjadi menteri.

Tuan Ibrahim disenaraikan untuk bertanding di parlimen Kubang Kerian sebagai mengganti Ahamd Baihaki Atiqullah yang tiada dalam senarai. Baikai dikaitkan sebagai bakal bertanding atas tikit parti lain.

Nik Zawawi pula diletakkan untuk bertanding di parlimen Pasir Puteh. Khabarnya Setiausaha Majlis Syura Ulama ini sudah beberapa kali turun ke Pasir Puteh. Jika beliau dicagarkan Pas bertanding di situ, Nik Zawawi bakal berentap dengan “ulama’ muda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Manakala Nasaruddin Hassan pula akan meninggalkan kerusi Temerloh disenaraikan akan diletak bertanding di kerusi parlimen Bachok, wakil Bachok sebelum ini berpindah ke kerusi Dun.

Jika Nasaruddin diletakkan di Bachok bermakna pengundi Bachok disogokkan dengan seorang lagi calon luar Pas yang namanya berakhir dengan “Din”. Sebelum ini bekas timbalan presiden Pas, Nasharuddin pernah dicagr oleh Pas bertanding di Bachok dan beliau menang. Bersambung lewat petang nanti dengan senarai muka baru calon Pas. Trims.

MAHATHIR LAGI TERUK?

Timbalan Presiden Pas (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) mengatakan "menukar Najib Dan naikkan Mahathir lagi teruk"?.
Apakah Tuan Ibrahim ini sudah membuat Kajian atau sekurang-kurangnya melihat secara kasar "Corak Pemerintahan, Dasar Dan Kesan kepada rakyat Dan negara"  di antara kedua pemimpin ini memimpin?. Apakah kriteria yang digunakan sehingga ia merumuskan perkara di atas.

Tuan Ibrahim sepatutnya membuat perbandingan sekurang-kurangnya dari sudut ekonomi (Nilai RM, hutang negara, simpanan rizab negara, pelaburan negara dan asing ke negara, peluang pekerjaan, harga komuditi hasil Negara, pengangguran, Dan pelbagai faktor selain dari kuasa membeli rakyat dan  RM).

Ini belum lagi kepada faktor pendidikan, prasarana dan pembangunan negara, kesihatan rakyat, masalah sosial, Pendatang asing dan Keselamatan Negara, ketelusan dan intergriti Jabatan kerajaan dan perkhidmatan awam.

Jika hanya merumuskan Najib lebih baik tanpa Kajian samalah sebagaimana "YB parlimen kedai kopi".

Tuan Ibrahim ada mengatakan "Mahathir lebih teruk Dari Najib"; maknanya, Najib pun "teruk". Soalnya, Jika kedua-dua orang itu "teruk @ lebih teruk", siapa pula yang layak untuk memimpin negara.
Haji Hadi kah yang sesuai untuk jawatan PM dan Tuan Ibrahim selaku TPM.

Selain dari itu, Tuan Ibrahim ada menyatakan tentang menukar "dasar"  kerajaan. Kerajaan sekarang BN dan pemufakatan politik Pakatan Harapan, tidak berkemampuan selain dari Gagasan Sejahtera yang diketuai Pas Kerana akidah tidak betul.

Adakah Pas mempunyai akidah Yang betul; sedangkan Di Trengganu (suatu ketika dulu Hj Hadi selaku MB) dan Kelantan dibawah pas; dasar pemerintahan tak bertukar walaupun sebelum ini memperjuangkan "hudud", dasar Islam dan negara Islam.

Adakah Tuan Ibrahim nak menggambarkan bahawa Pas sahaja yang mampu mengubah dasar pemerintahan negara?.

Jika ini benar, saya anggap itu sebagai "gula2 Pru".

Ini semuanya seolah2 membuka peluang kepada Pemerintah zalim dan tidak betul  di bawah kerajaan kleptokrasi  kekal memerintah.

Inilah tahap pemikiran Timbalan Presiden Pas, mungkin Presiden dan jK Pas Pusat; mempunyai pemikiran seperti pemimpin no  2 Pas ini iaitu mengeluarkan kenyataan dan rumusan mengikut emosi tanpa Kajian ilmiah dan ikut citarasa masing2.

Mohd Noor

Dr Mahathir kritik tindakan jual tanah, bina kondomium mewah di Langkawi


Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu (dua dari kanan) semasa merasmikan cawangan baru Bersatu di Langkawi, Kedah, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight, 21 Januari, 2018.

MEMBERI bayangan kemungkinan akan bertanding di Langkawi, Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan Kedah membina kondominium mewah berharga jutaan ringgit.

Pengerusi Bersatu itu mendakwa pembinaan kondomium mewah yang nilai pasarannya mencecah lebih RM1 juta seunit tidak mampu dimiliki oleh penduduk tempatan di Langkawi yang rata- ratanya bekerja sebagai nelayan.

“Siapa yang nak duduk? Adakah nelayan yang buat pekasam nak duduk di bangunan macam itu?

“Harganya lebih RM1 juta Saya fikir nelayan di Langkawi ini belum sampai pada tahap boleh membeli bangunan yang harganya RM1 juta lebih,” dalam ceramahnya yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Bersatu Kedah.

Dalam ceramahnya itu, Dr Mahathir berkata tindakan kerajaan negeri menjual tanah di Langkawi kepada pelabur asing untuk membina kondominium boleh disamakan seperti "kera di hutan disusukan tapi anak di rumah mati kelaparan".

Katanya, polisi kerajaan kini lebih mementingkan orang asing berbanding rakyat sendiri yang kini hidup melarat disebabkannya.

“Keadaan Langkawi bukan beri perhatian pada orang Langkawi tetapi kepada orang asing, yang ada duit, yang akan beli bangunan pencakar langit. Kononnya, Langkawi akan jadi macam Singapura.

“Kalau Langkawi jadi cantik dengan berpuluh bangunan pencakar langit tetapi kalau kita masih tangkap ikan dengan tangan, bolehlah jual ikan termenung. Dapat dua tiga ringgit sehari nak makan pun tak cukup,” kata pemimpin itu yang terkenal dengan sindiran tajamnya itu.

Beliau turut mengkritik tindakan kerajaan negeri menghentikan pembinaan Menara Langkawi yang sepatutnya dibina di pekan Kuah pada 2010.


Sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, Kedah, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight, 21 Januari, 2018.

Dr Mahathir hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM), Nyior Chabang bagi merasmikan cawangan Bersatu di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Bahagian Langkawi, Amar Pared Mahamud kepada The Malaysian Insight, ceramah malam tadi dihadiri kira- kira 2,000 orang.

Selain Dr Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu turut hadir berucap malam tadi.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan beliau akan bertanding di Langkawi selain Kubang Pasu dan Putrajaya.

Beliau hadir di Langkawi bagi lawatan rasminya selama sehari bertemu penduduk di pulau lagenda itu.

Antara kawasan yang dilawati Dr Mahathir bersama isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali ialah di kawasan perkampungan Bukit Malut di mana beliau membangkitkan isu tersebut dalam ucapannya.

Beliau berkata pembangunan Bukit Malut dipinggirkan kerajaan negeri dengan keadaan prasarana yang kurang memuaskan seperti tiada bekalan elektrik dan air secukupnya.

“Bukit Malut bekalan air, elektrik tak baik dan selalu berlaku kebakaran. Kali terakhir terbakar, tiga empat tahun lalu. Kerajaan negeri cuma bagi khemah cuma letak dindingnya sampai sekarang duduk dalam khemah.”

Justeru, beliau menyeru penduduk Langkawi menolak kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN).

Katanya, Langkawi selama ini dianggap sebagai kubu kuat BN dan kini tiba masanya penduduk di sana menolak tradisi tersebut.

“Sejak pertama kali Tunku Abdul Rahman bertanding Langkawi, calon BN tetap menang.

“Orang Langkawi setia dan patuh tapi sekarang kita lihat balasan Umno pada Langkawi. Hendak hentikan status pulau bebas cukai, Najib Razak konon nak bagi RM5 bilion satu sen tak dapat.

“Sudah sampai masa orang Langkawi tolak Umno biar tersungkur.”

Namun dalam ceramahnya, beliau tidak dilihat mengulas mengenai kenyataan anak Najib, Nazifuddin yang meminta bekas perdana menteri itu mengenang legasi Perdana Menteri Kedua Malaysia Abdul Razak Hussein dengan kembali kepada Umno.

Nazifuddin berkata jika Dr Mahathir benar-benar menghargai dan mengenang jasa Razak, beliau sepatutnya melindungi Najib sebagaimana perdana menteri itu melindungi Dr Mahathir dalam mempertahankan jawatan presiden Umno pada 1987. – 21 Januari, 2018.

‘Bila kita muafakat selalunya undi melonjak’




 ARIF ATAN@Malaysia Dateline


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, siri pilihan raya lalu menyaksikan undi diperoleh blok parti pembangkang lazimnya akan meningkat apabila wujud kesepakatan.


Beliau berkata, bertanding secara bersendirian atau bergantung pada undi sesuatu kaum sahaja sama sekali tidak menjamin kemenangan lantaran komposisi masyarakat majmuk di negara ini.

“Kalau Bersatu, AMANAH, PKR bertanding bersendirian, mesti tidak akan menang. DAP bolehlah menang beberapa tempat tapi tidak boleh ambil negeri dan negara.

“Bila kita ada saja muafakat selalunya undi melonjak. Pas dapat Kelantan balik pada 1990 selepas bermuafakat dengan Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh.

“Kami waktu Pas ketika itu bersama PKR bekerjasama (PRU 1999) dapat dua negeri balik – Kelantan dan Terengganu,” ujarnya ketika berceramah di Tapah, kelmarin.

Bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, pengalaman pilihan raya lepas juga menjadi bukti pentingnya sokongan kedua-dua segmen pengundi Melayu dan bukan Melayu kepada kemenangan pihak pembangkang.

“Tahun 1998 berlaku reformasi. Sepatutnya, kita masa itu (PRU 1999) sudah boleh menang. Pembangkang sudah ambil alih Malaysia sebab Melayu sudah sokong pembangkang besar-besaran tetapi Cina tidak sokong.

“Orang Tionghoa secara majoriti masih mengundi BN. Naik Pak Lah – Mr Clean. Waktu itulah kami teruk sekali, PKR tinggal 1 kerusi, Pas tinggal 6, DAP tak silap saya 9.

“Sekarang Cina semua menyumpah sebab mereka berniaga teruk. Tanyalah siapa pun. Pertimbangan mereka pada ekonomi,” jelasnya.

Untuk rekod, keputusan PRU 1999 menyaksikan Pas meraih lonjakan kemenangan memberangsangkan apabila mengaut 27 kerusi Parlimen manakala PKR 5 dan DAP 10 kerusi.

Walau bagaimanapun pada PRU 2004, Barisan Alternatif yang hanya dianggotai Pas dan PKR masing-masing menang tujuh dan satu kerusi sahaja manakala DAP mendapat 12 kerusi Parlimen.

Mengajar

Lagi mengimbas pola keputusan PRU, Mohamad yang berpengalaman selama empat dekad dalam politik tanah air berkata, keputusan pada 2008 seterusnya membuktikan hasil muafakat antara parti pembangkang.

“Tuntutan Bersih, Hindraf dan sebagainya dan buat pertama kali dalam sejarah parti-parti politik (pembangkang) dapat bergabung disokong oleh NGO (badan bukan kerajaan), kita menang lima negeri.

“Ertinya, nak jatuhkan kerajaan Umno-BN, pembangkang mesti bergabung. Yang nak duduk sorang-sorang, biarkan. 40 tahun saya sebagai pembangkang. Ceramah Pas ramai datang tapi pilihan raya kalah.

“Pasal kita hanya bergantung undi pada satu kaum. Maka, tahun 2008 mengajar kita kalau ada perpaduan antara pembangkang dan NGO, kita boleh menang. Sebab itu kita menang lima negeri dan menafikan dua per tiga majoriti BN,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Mohamad yang juga mesra dipanggil sebagai ‘Abang Mat’ itu berkata, keputusan PRU-13 menyaksikan sentimen perkauman yang dimainkan BN menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada blok pembangkang.

“Memang PRU 2013 kita menang, anggap kita boleh ambil alih tapi Umno ada ‘senjata’. Umno kata DAP kuasai Pakatan Rakyat. Kalau BN jatuh, Cina akan jadi perdana menteri.

“Kempen-kempen begitu tahun 2013 memang undi Melayu merosot sedikit kepada Pakatan Rakyat menyebabkan kita hilang (undi) di kawasan orang Melayu seperti Kedah. Kita kalah Baling, Pendang, Padang Terap, Jerlun, di antaranya kesan kempen tentang perkauman ini.

“Kita hadapi PRU-13, kita menang 52 peratus undi popular, BN kalah tetapi undi tidak seimbang. Cina paling tinggi, India kedua, orang Melayu tidak lagi majoriti mengundi pembangkang.

“Ini menyebabkan kemenangan kita berkisar di sebelah Pantai Barat. Kita hilang Kedah, Perak. Hanya dapat pertahan negeri majmuk di Pulau Pinang dan Selangor selain Kelantan yang memang lama kuat dengan Pas,” jelasnya lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...