TERKINI :

Saturday, January 20, 2018

Umum Mahathir sebagai calon PM lenyapkan tuduhan Umno





Keputusan Pakatan Harapan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri melenyapkan tuduhan Umno yang menggembar-gemburkan kononnya Lim Kit Siang dan DAP yang akan menguasai negara jika BN kalah pilihan raya.


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, pengumuman pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, 7 Januari lalu itu penting bagi berdepan dengan politik persepsi rekaan Umno yang selama ini menakutkan sebahagian besar pengundi Melayu untuk melakukan perubahan kerajaan.

“Selepas berbincang dan berbincang, maka kita bersetuju kalau Pakatan Harapan menang dan ambil alih Malaysia, perdana menteri kita adalah Tun Mahathir, timbalannya adalah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan kita umum terus PM kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pengumuman itu cukup penting kerana Umno berkempen sebelum ini, Shahrizat (Ketua Wanita Umno) dengan suara kuat, teriak tangis kata pilihan raya akan datang, sama ada nak pilih Najib atau Lim Kit Siang.

“Mereka letakkan, kalau Umno kalah, Kit Siang jadi perdana menteri. Jangan main-main. Politik bukan statistik. Politik adalah persepsi,” tegasnya dalam Ceramah Pakatan Harapan Tapah semalam.

Mohamad yang sudah 40 tahun bergiat dalam politik itu berkata, tanggapan negatif mengaitkan Melayu akan kehilangan kuasa politik jika BN kecundang wujud dalam semua lapisan sosial masyarakat berkenaan.

“Persepsi inilah yang ditanam begitu lama menyebabkan orang Melayu dan pegawai kerajaan tidak berani buat perubahan.

“Bukan setakat orang kampung, para profesor, intelektual Melayu pun ada berfikiran begitu kalau BN kalah, Lim Kit Siang jadi perdana menteri.

“Mereka yang mula-mula cipta cerita, pupuk sebab poltik akhirnya mereka sendiri percaya. Mereka tahu Najib menyeleweng.

“Tapi kalau Umno jatuh, Cina perintah Malaysia, apa nak jadi pada Melayu. Hal-hal ini berlegar di kursus BTN (Biro Tata Negara) tetapi dengan pengumuman Tun M, diam tuduhan itu. Tak dengar dah suara (tuduhan) itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan berkata, pada masa ini segenap lapisan rakyat yakin jika Umno-BN diganti dengan Pakatan Harapan berbeza menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Pembangkang sebelum ini tidak pernah boleh namakan calon perdana menteri. Tahun 2013 dulu, ada tiga calon perdana menteri – Haji Hadi, Ku Li dan Anwar Ibrahim. Keliru tak rakyat?

“Sekarang sudah tidak keliru. Inilah penyelesaian yang kita buat. Manifesto pun sudah siap. Maka, mula timbul keyakinan rakyat.

“Mana-mana saya pergi – kedai gunting rambut, lapangan terbang, restoran – orang ramai sudah mula ucap tahniah. Nak lintas sempadan melawat sebelah Thailand, polis nampak saya, suruh saya turun sebab nak ‘selfie’. Keyakinan sudah timbul.

“Dia (orang Melayu) mahu Melayu terus menjadi pemimpin dan kita buktikan Tun Mahathir akan jadi perdana menteri.

“Orang Cina tiada masalah. Guan Eng pun tidak tuntut nak jadi perdana menteri tapi Umno yang mencipta cerita itu,” tambahnya lagi.

#MSONews : PAS GUGUR 10 WAKIL RAKYAT TERMASUK DUA AHLI PARLIMEN

Daripada senarai calon Pas yang bolos, mencatatkan sekurang-kurang sembilan (11) orang wakil rakyat tidak terdapat dalam senarai awal ini membayangkan mereka akan digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang.

Dari jumlah itu tiga wakil rakyat wanita termasuk seorang Exco, manakala selebihnya lelaki. Daripada lapan (8) wakil rakyat lelaki itu dua dikaitkan sebagai orang kuat Husam Musa semasa Adun Salor itu dalam Pas dahulu.

Secara terus terang nama-nama wakil rakyat yang tidak ada dalam senarai berkenaan, atau ditulis dengan perkataan “digugurkan” ialah:

1. Zaki Ibrahim (Kelaboran).
2. Abdul Latif Abdul Rahman (Mengkebang).
3. Abdul Aziz Kadir (Jelawat).
4. Abdul Rasul Mohamad (Bukit Tuku).
5. Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok).
6. Muhamad Awang (Gual Periok).
7. Muntaz Md Nawi (Demit).
8. Wan Ubaidah Wan Omar (Kijang).
9. Rohani Ibrahim (Tanjung Mas).
10. Nik Mazian Nik Mohamed (Parlimen Pasir Puteh).
11. Ahmad Baihaki Athqullah (Parlimen Kubang Kerian).

Nama-nama yang dicadangkan untuk mengganti wakil rakyat berkenaan juga disenaraikan. Ia akan didedahkan dalam laporan seterusnya. Tunggu!

Meneliti senarai calon itu apa mengejutkan apabila nama Muntaz Md Nawi yang juga anggota Exco turut sama ditulis sebagai digugurkan.

Kedudukan Zaki Ibrahim sudah diduga awal-awal, namun ketidaan Abdul Latif Abdul Rahman memeranjatkan. Bersambung. Trims.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...