TERKINI :

Friday, January 12, 2018

Ketika Najib bicara angan-angan TN50, rakyat menderita kenaikan kos sara hidup

Analisis ARIF ATAN
January 12, 2018 10:02 am 0

Tiga beradik bekerja membersihkan kerang di Kuala Kedah.


Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selamba berbicara tentang TN50 dan angan-angan negara maju di TV3, 3 Januari lalu, rakyat biasa di Malaysia sedang terbeban berat kenaikan harga barang dan kos sara hidup di awal tahun 2018.

Tirai tahun baharu 2018 menyaksikan Perdana Menteri tanpa muka tidak malu tampil selamba dalam program Bicara 4 Mata yang disiarkan di stesen RTM dan TV3, 3 Januari lalu.

Sibuk bercakap tentang jangkaan 30 tahun akan datang, realiti dihadapi majoriti anak muda yang dijerut kenaikan menggila kos sara hidup pada masa ini seperti disapu di bawah permaidani.

Segala yang diucap murni dan muluk-muluk belaka hinggakan menyebut tentang kelulusan mikro kredit menggunakan Alibaba dikenali sebagai 310 dalam program dikendalikan selebriti Datuk Aznil Nawawi itu.

Presiden Umno berkenaan juga galak menyimpan angan-angan mahu Malaysia menjadi 20 negara terunggul dan teratas di dunia ketika menyentuh gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Begitu juga pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang Najib anggap hasilnya disalurkan kepada rakyat secara terus kepada golongan sasaran seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dalam dalihnya untuk menghalalkan penarikan subsidi minyak sebelum ini, Najib menyebut tanpa langkah subsidi bersasar, golongan kaya turut menikmati subsidi bahan api.

Hakikatnya, GST dan tindakan kerajaan Umno-BN menghapuskan riwayat subsidi petrol dan diesel mengoyak poket majoriti rakyat terutama anak muda yang dihimpit pelbagai komitmen.

Bagi pasangan muda yang baharu menimang cahaya mata, kos susu bayi dan lampin pakai buang sahaja mencecah ratusan ringgit sebulan. Jika si isteri bekerja, kos pengasuh sahaja memakan hampir satu suku gaji bulanan ketika kenaikan gaji tahunan relatif kecil.

Hidup yang kini sudah bertiga pula memaksa si ayah memikirkan kediaman sendiri. Kadar sewa rumah yang lazimnya naik saban tahun bukan situasi yang selesa terutama bagi golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah berbeza Najib yang dikhabarkan pernah mendapat “derma” berbilion ringgit.

Dakwaan Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Firdaos Rosli pada Disember tahun lalu pula kononnya taraf hidup rakyat lebih tinggi gagal melihat sisi lebarnya jurang ekonomi di negara ini.

Mudah membuat rumusan taraf hidup rakyat sekarang lebih tinggi atas alasan ramai membeli kenderaan jenama asing dan gemar makan di luar termasuk di restoran mewah tentulah bercanggah dengan realiti dialami majoriti rakyat di negara ini.

Padahal, kita pun tahu pecah berita tentang adik beradik di utara tanah air yang terpaksa mengambil upah mencari kepah bagi menampung duit belanja buka persekolahan selain cerita pasangan adik beradik di PPR Lembah Subang, Selangor yang bersekolah sesi pagi dan petang perlu bergilir menggunakan kasut yang sama!

Lebih 400,000 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara yang sedang mengharungi musim hujan sejak November tahun lalu pula tentunya tidak berkereta jenama asing apa lagi menjamu selera di restoran mewah.

Demikian juga anak muda yang sarat pelbagai jenis hutang termasuk perlu melunaskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga menyaksikan 20 daripada 100 peminjam terpalit dengan rekod kewangan buruk akibat disenaraihitamkan PTPTN.

Bahkan 60 peratus daripada 94,408 kes muflis yang dilaporkan sejak 2013 sehingga Ogos tahun lalu mengikut data Jabatan Insolvensi terdiri daripada mereka berusia 25 dan 44 tahun.

Tiga jenis hutang menjadi punca mereka terjerumus muflis iaitu pinjaman kereta, peribadi, kediaman dan pinjaman perniagaan.

Justeru, 2018 sebenarnya tahun getir bagi kedudukan ekonomi sebahagian besar rakyat khususnya anak muda. Namun, sejauh mana 14.6 juta pemilih termasuk golongan muda tegas bersuara di peti undi dengan menolak Umno-BN pada pilihan raya akan datang menjadi penentu sama ada keadaan menjadi lebih baik atau buruk sepanjang tahun ini.

* Artikel ini pertama kali diterbitkan dalam akhbar Amanah, Edisi 84, 7 – 13 Januari 2018.

TERIMA KASIH TOK GURU: MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI DAN MEMBERKATI TOK GURU DUNIA AKHIRAT.

Kenyataan Media dari mantan YB PAS yg keluar dari Parti PAS menjelang 2018.
TERIMA KASIH TOK GURU: MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI DAN MEMBERKATI TOK GURU DUNIA AKHIRAT.

1. Tindakan saya keluar dari parti PAS pada penghujung tahun lalu selepas bergiat aktif selama lebih kurang 34 tahun telah mengundang pelbagai reaksi dari seluruh negara.

Saya mengucapkan rasa syukur Alhamdulillah kerana kebanyakan maklumbalas yang saya terima terutamanya dari rakyat adalah positif.

Saya amat terharu apabila teman-teman lama dari kalangan pemimpin dan aktivis parti politik serta NGO seluruh negara yang sebahagian besarnya telah saya kenali sejak sekian lama menzahirkan sokongan serta memberi semangat kepada saya.

Begitu juga dari kalangan masyarakat Pokok Sena khasnya dan negeri Kedah amnya  yang mengikuti perkembangan saya secara dekat.

2. Pada masa yang sama saya juga maklum akan respon respon yang saya terima dari kepimpinan Pas.Saya memahami perasaan kekecewaan dan mungkin juga kemarahan kepimpinan PAS berdasarkan dari berbagai maklumbalas mereka terhadap saya.

Oleh demikan,saya dengan berlapang dada tidak berhasrat untuk membalas atau menjawab segala apa yang diperkatakan mereka walaupun saya dilemparkan dengan berbagai kutukan, sindiran,ejekan dan serangan-serangan keras termasuk yang berunsur peribadi terhadap saya.

Bagi saya hanya cukup membalas dengan senyuman setelah diumpamakan seperti buah buruk oleh Timbalan Presiden PAS,Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana sikap itulah yang saya pelajari dari buku tulisan Timbalan Presiden Pas yang berjudul  `senyumlah`.Senyum terhadap kebencian dan kemarahan mereka terhadap saya akan memberi kebahagian kepada kehidupan saya dan keluarga

3. Sepanjang 34 tahun saya menganggotai PAS, antara ilmu yang saya pelajari dan hayati dari kebanyakan tok-tok guru dan ustaz-ustaz adalah hubungan sesama muslim atas dasar aqidah dan ukhwah islamiyah sesungguhnya tidak akan terputus hanya semata-mata kerana perbezaan wadah politik kepartian.

Maka dengan itu saya tidak perlu berkecil hati terhadap kesemua mereka yang memberi respon kerana mereka tetap saudara saya didalam Islam dan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

5. Berkenaan dengan kenyataan Tok Guru Presiden PAS yang mengibaratkan saya seperti orang yang sudah lama mati cuma baru nak tanam,saya sedikit pun tidak terasa hati dengan kata-kata tersebut bahkan saya hargai dan menyanjung tinggi segala ilmu yang saya pelajari dari beliau selama saya berada didalam PAS.

Terima kasih Tok Guru kerana mengibaratkan saya sedemikian rupa bersama dengan gelak tawa Tok Guru di hadapan warga media.Moga Allah akan merahmati dan memberkati Tok Guru di dunia dan akhitat.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala kepercayaan yang beliau berikan kepada saya didalam sudut kepimpinan organisasi PAS sebelum ini termasuk juga dengan Mursyidul Am, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Setiausaha Agung PAS yang turut berkomentar tentang berhentinya saya dari menjadi ahli PAS.

6. Sebagaimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, keterlibatan atau intima' saya bersama PAS adalah berpaksikan kepada keyakinan untuk memperjuangkan ajaran Islam dalam kerangka melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar terutamanya dalam aspek politik dan sistem pemerintahan negara bagi menegakkan keadilan Islam serta menentang segala bentuk kemungkaran, salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan harta negara.

Prinsip inilah yang saya genggam selama 34 tahun lalu dan ianya akan saya teruskan selagi saya masih bernyawa.

Keyakinan dan kesetiaan saya tetap kekal kepada prinsip dan akidah perjuangan, bukan menyandar bahu kepada individu atau parti. Perjuangan akan tetap saya galang tanpa mengira di wadah atau gelanggang mana sekalipun.

Saya merasakan telatah politik PAS terutama sejak dua tahun kebelakangan ini sudah mula mengkhianati prinsip yang saya genggam maka saya tidak rela menggadaikan prinsip semata-mata kerana takut  atau gentar kepada celaan manusia.

7. Dalam hal ini juga, saya mengucapkan terima kasih kepada yang mengingatkan saya tentang soal lafaz bai'ah ketika saya berada bersama PAS dan semasa dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam PRU 13 bagi mewakili PAS.

Begitu juga dengan mereka yang mencabar saya supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana kononnya gaji dan elaun ahli parlimen yang saya terima adalah haram.

Saya tidak perlu terjebak dalam polemik sebegini kerana cukup untuk saya mengatakan bahawa saya percaya Allah sentiasa memberi petunjuk dan jalan keluar selama mana kita berpegang kepada kebenaran.

Saya amat memahami dan menginsafi baiah tersebut yang intipatinya janji taat setia dan patuh kepada jemaah dan pemimpin selama mana tindak-tanduknya selari dengan tuntutan ajaran Islam.Islam bukannya agama yang sempit sebaliknya Islam adalah agama yang maha luas yang menyediakan jalan keluar dari kesempitan dan merungkai segala kesulitan.

Saya meyakini bahawa Allah maha pengasih,maha penyayang dan Allah tidak menzalimi hambanya yang ikhlas kepadanya.

8. Cabaran yang lebih besar pada saya ialah jihad menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke jurang kehancuran .

Keutamaaan saya adalah menyumbangkan tenaga dan buah fikiran memimpin dan membimbing rakyat bagi  menamatkan pemerintahan UMNO BN yang semakin hari semakin merosakkan negara serta menzalimi rakyat dengan pelbagai penyelewengan dan skandal. Bukannya untuk mempertahankan UMNO BN sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Secara peribadi, saya berpendapat ini adalah kewajipan saya sebagai seorang muslim maka inilah keutamaan saya sekarang.

Terima kasih Tok Guru kerana mengibaratkan saya `sudah lama mati cuma baru nak tanam`.Kiasan yang keluar dari mulut Tok Guru dan tujukan pada saya ini sebenarnya menyuntik kekuatan dan melonjakan semangat untuk saya berjuang dan berjihad bagi menyelamatkan negara dan rakyat dalam Pru14 akan datang.

Terima kasih Tok Guru,saya mendoakan moga Tok Guru diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di rahmati serta diberkati Allah di dunia dan akhirat.

#RahmatanLilAlamin
#TerimaKasihTokGuru
#JomTolakUmnoBn
#BinaSemulaNegara

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
08.30am Taman Al Walid
12 Jan 2018 / 24 Rabiulakhir 1439





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...