TERKINI :

Thursday, January 11, 2018

Datuk Farid Kamil di tahan sebab menampar pegawai polis


11 Januari 2018 3:21 PM

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE

Dr Azman : Harakah sedang tenat disebabkan kumpulan 18 yang tewas pemilihan 2015 dahulu

Hutang Harakah bertimbun ketika Kumpulan 18 yang tewas dalam pemilihan 2015 menguasai Harakah. Sekarang mereka berlagak suci dengan mencanangkan Harakah sedang tenat padahal bukan mereka tak tahu bahawa ini semua adalah hasil peninggalan tangan-tangan mereka.

Pengurusan baru sedang berusaha sehabis daya untuk menyusun semula Harakah dan menjelaskan hutang lapuk. Dengan izin Allah, Harakah akan terus terbit dua kali seminggu. Tugas kita sebagai ahli ialah melaksanakan arahan 3B. Beli, baca dan beri.

Bekas-bekas staf yang dulu makan di Harakah, kini menebuk lubang bahtera Harakah dari luar dibantu seorang dua yang masih berbaki di dalam.

Jangan tebuk lubang kerana nakhoda kapal kadang kadang boleh pakai dayung atau sauh untuk libas tukang tebuk sampai keluar dari kapal supaya kapal boleh selamat dan terus belayar.

Dr Azman Ibrahim

Umno-BN diramal hadapi tentangan sengit PH, hilang undi popular PRU-14



Umno-Barisan Nasional (BN) diramal menerima tentangan sengit pembangkang terutama Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) dan sekali lagi kehilangan undi popular.



Datuk Seri Kalimullah Hassan


Mantan Ketua Pengarang Kumpulan New Strait Times Press (NSTP), Datuk Seri Kalimullah Hassan berkata, jangkaan itu boleh berlaku pada PRU14 nanti biarpun Umno-BN mungkin tidak kalah dari segi jumlah majoriti di Parlimen.

“Walaupun saya yakin Umno-BN akan kehilangan undi popular pada PRU akan datang tetapi saya tidak pasti ia akan kehilangan majoriti parlimen,” katanya seperti dipetik Strait Times Singapore oleh Selangorkini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Regional Outlook Forum anjuran ISEAS – Yusof Ishak Institute di Singapura, semalam.

Dalam PRU13 lalu, Umno-BN buat kali pertama kehilangan undi popular dengan mengumpul 47.4 peratus daripada keseluruhan jumlah undi manakala parti pembangkang diketuai Pakatan Rakyat (ketika itu) mendapat 52 peratus.

Biarpun hilang undi popular, Umno-BN menang kerana terdapat lebih banyak kerusi di luar bandar Semenanjung Malaysia, yang mesra dan memihaknya berbanding kawasan bandar dengan majoriti rakyat cenderung menyokong PH.


Datuk Azman Ujang


Seorang lagi pemerhati dalam forum itu, Pengerusi Agensi Berita Bernama, Datuk Seri Azman Ujang berkata, Umno-BN akan menghadapi laluan sukar dalam PRU14 meskipun diyakini mampu mengekalkan kuasa sedia ada.

Katanya, keadaan itu berdasarkan rasa tidak puas hati sebilangan rakyat terhadap isu skandal berkaitan kerajaan juga kos sara hidup tinggi terpaksa diharungi.

“Dengan undi di Sabah dan Sarawak dijangka kekal milik Umno-BN selain undi masyarakat Melayu luar bandar, ia mampu mengekalkan kuasa pada PRU14 yang dijangka dipanggil dalam beberapa bulan lagi,” katanya .

“Dengan parti pembangkang yang tidak bersatu, matematik mudah ini akan memberi manfaat kepada Umno-BN,” katanya.

Ahad lalu, dalam konvensyennya, Pakatan Harapan menamakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai PPBM, sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mengambilalih pentadbiran negara daripada Umno-BN pada PRU14 nanti.

PPBM, sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mengambilalih pentadbiran negara daripada Umno-BN pada PRU14 nanti.

Benarkah 'Muafakat Pakatan Harapan' yang didakwa beliau hanya menguntungkan 'elit politik tertentu'?

#KenyataanMedia

MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN MENGUNTUNGKAN RAKYAT SELURUHNYA

1. Kami membaca dengan penuh minat kenyataan dari Ustaz Riduan Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa #PAS Pusat berkenaan 'Muafakat Pakatan Harapan' yang didakwa beliau hanya menguntungkan 'elit politik tertentu'.

2. Kami terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan beliau yang tampak seperti 'figments of his imagination' (cebisan khayalan beliau). Jelas sekali beliau gagal memahami muafakat besar Pakatan Harapan (PH) yg telah terzahir di konvensyen PH baru-baru ini. 

3. Pertamanya, kami amat bersimpati kerana Parti Islam Semalaysia (PAS) beliau telah dibuli sedemikian rupa sewaktu berada dalam #PakatanRakyat (PR). Kami amat terkejut mendengar bahawa parti pembangkang yang terbesar, tertua dan terkuat dalam PR telah menjadi mangsa penindasan jahat pihak tertentu. Walaupun tidak disebut dalam tulisan beliau, pemimpin kanan lain parti telah banyak kali ratibkan bahawa pihak jahat ini adalah Democratic Action Party (DAP).

4. Keduanya, kami lebih terkejut apabila 'pembuli besar' yang jahat ini hari ini telah menjadi mangsa buli oleh parti lain pula yang jauh lebih kecil dan jauh lebih muda daripada PAS atau DAP. Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM) yang baru setahun jagung dikatakan telah berjaya 'membuli' #DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sehingga ia berjaya mendapat bilangan kerusi parlimen yang terbesar antara mereka.

5. Oleh sebab niat dan tekad mereka yang gila kuasa dan ingin menjadi suara tunggal yang dominan, yang sudah dizahirkan acap kali apabila dilaung-laungkan bahawa presiden mereka perlu dicalonkan menjadi perdana menteri sejak zaman PR lagi, PAS tidak lagi faham erti dua istilah penting dalam kerja berkumpulan (teamwork): konsensus dan sinergi.

6. Secara mudahnya, konsensus atau muafakat dalam konteks ini bermaksud keputusan yang dicapai adalah berdasarkan hikmah terkumpul seluruh pimpinan dan bukan perintah atau sabda seorang pemimpin agung semata-mata. Manakala sinergi di sini bermaksud sebarang keputusan yang diambil sudah pasti adalah keputusan yang mendatangkan maslahah terbesar kepada semua parti komponen dan juga rakyat seluruhnya.

7. AMANAH sebagai sebuah parti politik sivil yang menjunjung prinsip-prinsip Islam sudah tentu menekankan kepentingan integriti dalam setiap langkah. Soal kejujuran dan ketulusan hanya berbangkit jika pihak yang mempersoalkannya sedia ada konflik mengenainya. AMANAH bukanlah pihak itu.

8. Apa yang sahih ketara adalah kecenderungan PAS dan saf pemimpin mereka, terutamanya presidennya, ke arah pemerintahan mutlak tanpa cabaran (absolute rule without dissent). Hanya ketaatan secara mutlak dibenarkan, dan sebarang bangkangan akan dibalas dengan serangan dan ancaman yang digambarkan sebagai kemurkaan Tuhan.

9. Tidak hairanlah kenapa PAS hari ini ghairah ingin berbaik-baik dengan UMNO. Kecenderungan kedua-duanya ke arah 'authoritarianism' atau kediktatoran adalah umpama pepatah Inggeris: 'birds of the same feather flock together' atau mungkin kita boleh kata enggang hanya terbang dengan enggang.

10. Apa yang jelas adalah keengganan PAS untuk bekerjasama dengan #PakatanHarapan, tetapi dilihat lunak dan senada dengan Umno, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan suatu sokongan dan talian hayat untuk rejim elit korup #UMNO dan #BarisanNasional.

11. Dengan membenarkan UMNO-#BN kekal berkuasa, PAS lah sebenarnya yang menjulang 'dominasi kelompok elit politik licik' tapi malang sekali kurang cerdik sedangkan rakyat terus sengsara menjadi mangsa korupsi dan kezaliman sesama mereka.

12. Mungkin kami tidak perlu runsing atau takut. Jika #PPBM berjaya membuli DAP sehingga mendapat kerusi yang begitu banyak, mungkin PPBM akan dapat membuli UMNO-BN-PAS di peti undi sehingga PH akhirnya menang dan berjaya menegakkan keadilan di bumi Malaysia.

#AMANAH United Kingdom & Ireland
10 Januari 2018





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...