TERKINI :

Wednesday, January 10, 2018

DAP PELAKON TAMBAHAN

Selesai diumumkan pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia bagi Pakatan Harapan, ramai memberikan reaksi. Ada reaksi ikhlas, ada komen sinis, ada pendapat menghina malah banyak juga memuji.

DAP diperuntukkan 35 kerusi Parlimen. Pak Lebai Kelantan kata DAP untung, DAP dominan. Parti-parti komponen BN juga tidak kurang sinis menghentam Pakatan Harapan bahawa pembahagian kerusi menguntungkan DAP. Malah ada pendapat mengatakan bahawa walau pun Tun Mahathir diangkat sebagai calon Perdana Menteri, Lim Kit Siang yang untung.

Terbaru Presiden parti seluruhnya Cina (MCA) mengatakan DAP hanya sekadar pelakon tambahan kerana hanya diberikan 35 kerusi. DAP telah mengkhianati masyarakat Cina kerana bersama Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan.

Sebelah kelompok melayu, dimomokkan DAP yang untung dan jahat sebaliknya di sebelah kelompok bukan melayu, dikatakan DAP hanya pelakon tambahan tiada harga.

Pendirian aku mudah. Jika DAP yang ahlinya berbilang bangsa dan kaum seperti aku dikatakan pelakon tambahan, aku terima seadanya kerana pelakon tambahan juga memainkan peranan yang tidak kurang penting untuk menjatuhkan Umno/BN dan sekutunya.

Pelakon tambahan untuk menjatuhkan BN adalah lebih baik dari pelakon utama yang bersama BN menjahanamkan negara.

Soalnya ialah di mana MCA dalam BN? Agaknya berapa kerusi MCA yang diperuntukkan oleh Umno/BN? Apa peranan MCA dalam BN? Adakah MCA yang kononnya mewakili masyarakat cina memainkan peranan menasihatkan Umno dan Najib dari menjahanamkan negara atau MCA hanya sekadar pemerhati membiarkan sahaja Najib dan Umno menjahanamkan negara? Lebih dari itu adakah MCA menjadi pelakon utama bersama Umno dan Najib menjarah semua kekayan Malaysia untuk diri sendiri tanpa menghiraukan nasib warga Malaysia tidak kira melayu, cina, india dan lain-lain?

Batman bersama Robin menyelamatkan Gotham City daripada dijahanamkan oleh Mr. Freeze. Batman berseorang tidak akan berjaya menyekat Mr. Freeze tetapi dengan bantuan "sidekick" atau wira tambahan Robin, gandingannya lebih mudah menyekat Mr. Freeze.

Jika aku yang bersama DAP ini pelakon tambahan kepada Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN, aku terima seadanya kerana tujuan utama aku dan parti aku ialah menyelamatkan Malaysia dari Umno dan sekutunya MCA di dalam BN dari terus menjahanamkan negara.

Zulhazmi Shariff

Pencapaian Yang Terhasil Selepas 2 Penggal Najib Menerajui Malaysia

Pencapaian dua penggal (2009-2018).

1. RM160 bilion hilang dalam skandal forex. Tiada sebarang usaha untuk tubuh RCI bagi menyiasatkah?

2. RM7 bilion harta disita oleh AS berkaitan pengubahan wang haram skandal 1MDB, kenapa demikian?

3. RM16 bilion lesap kepada Aabar BVI palsu. Kenapa masih belum dengar sebarang usaha menuntut balik atau sesiapa dibawa ke muka pengadilan untuk pendakwaan.

4. Dua bidang tanah (Pulau Indah dan Air Itam) digadai kpd China untuk bayar hutang 1MDB kepada IPIC.

5. Jual tanah & menara TRX kepada Mulia group drp Indonesia juga untuk tampung hutang 1MDB.

6. Muncul individu paling kaya selepas terima derma luar biasa (dipercayai lebih RM2.6 bilion). Jumlah derma itu mengatasi keseluruhan harta peribadi yang dimiliki oleh Ratu England.

7. Laporan audit 1MDB masih belum siap dan kekal misteri meskipun dah nak masuk 2018.

8. Sirul Azhar yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya secara misteri bolos sekatan pihak berkuasa, naik pesawat dan berada di Australia.

9. Individu paling penting untuk bantu siasatan skandal 1MDB didakwa gagal dikesan sedangkan seluruh dunia tahu beliau hidup bebas atas kapal mewah.

10.  KWSP rugi RM203.18 juta dan terpaksa menjual saham-saham miliknya dalam FGV.

11. Jual tanah rakyat kepada 1MDB di bawah harga pasaran untuk membolehkan 1MDB kaut untung berganda selepas menjual semula kepada GLC seperti Tabung Haji. Soalnya kenapa tak jual terus atau JV dengan Tabaung Haji tanpa penglibatan pihak ketiga.

13. Nilai saham FGV terus merudum, kesannya peneroka terpaksa tanggung beban.

14. Itu belum lagi soal kenaikan kos sara hidup, penghapusan subsidi dan GST yang terpaksa dibayar seluruh rakyat termasuk mereka yang nak beribadah ke tanah suci.

15. Dianggarkan sebanyak 300 stesen minyak gulung tikar disebabkan kerugian akibat pengenalan harga mingguan.

16. Sedarlah bahawa semua penyelewengan, salah guna kuasa dan ketirisan ini hanya boleh dihentikan dengan menukar team yang mengurus negara seperti di negara maju.

17. Apa guna gah dengan bangunan pencakar langit jika penat tunggu hingga beruban tiba2 dimaklumkan bekalan ubat di hospital telah kehabisan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...