TERKINI :

Tuesday, January 9, 2018

Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak





Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, AMANAH akan menyumbang kemenangan kepada Pakatan Harapan walaupun diperuntukkan dengan hanya 27 kerusi Parlimen.


Menurutnya, jentera pilihan raya parti akan bekerja lebih kuat untuk turut memenangi sejumlah besar kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak tapi kalah. Jadi, AMANAH mesti menang sebanyak mungkin.

“Itu lebih penting daripada kita bertanding banyak untuk memenuhi keinginan semua orang tetapi kalah dan kecewa akhirnya,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sehubungan itu, beliau menafikan AMANAH terpinggir dalam Pakatan Harapan sebaliknya berpendapat parti tersebut masih menggalas peranan penting dalam menggantikan Umno-BN di Putrajaya.

“Tidak wujud keadaan AMANAH macam ketinggalan. Tidak sampai begitu. Hanya apa yang kita minta (kerusi Parlimen) tidaklah dapat semua, sama juga seperti parti lain dalam Pakatan Harapan.

“Mesti ada parti yang lebih, dan kurang (dapat agihan kerusi). Peranan penting sekarang, kita harus memenangkan Kelantan, Perak, Kedah dan Johor. AMANAH ada tugas besar walaupun kerusi Parlimen yang diagih paling sedikit.

“Banyak lagi kerusi Dun yang kita akan tandingi. Itu semua tanggungjawab AMANAH yang menuntut gerak kerja jentera parti yang kuat. InsyaAllah,” ujarnya.

Mengulas tentang proses muafakat Pakatan Harapan berhubung agihan kerusi Parlimen di Semenanjung itu, beliau berkata, situasi semasa menjelang PRU-14 berbeza berbanding pada 2013.

“Dulu (PRU-13) agih kepada tiga (parti). Ini pertama kali kita bertanding empat parti. Jadi, kerusi untuk kita tandingi lebih terhad. Bagi PRU-14 ini, semua parti dapat kurang sebab perlu diagih kepada empat parti.

“PRU dulu pun, kita sudah ada pengalaman pada PRU 2008. Jadi, dari situ datang pertimbangan untuk meletakkan calon di mana. Hanya mungkin DAP kali ini tidak banyak terkesan sebab kerusinya masa PRU-13 lepas banyak dia menang.

“Tapi bagi AMANAH, dalam keadaan kerusi Parlimen yang terhad pun, kita masih dapat 27 kerusi. Itulah muafakatnya. Itu baru di Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak, ada lagi kerusi,” jelasnya.

Ditanya tentang AMANAH Wilayah Persekutuan yang tidak mendapat sebarang kerusi, Dr Hatta berkata, keputusan tersebut dicapai selepas mengambil pelbagai pertimbangan.

“Nak buat bagaimana,” jawabnya ringkas.

Beliau juga memberitahu setakat ini, belum ada lagi rundingan semula berhubung pemberian sekurang-kurangnya satu kerusi di Wilayah Persekutuan kepada AMANAH.

“Belum lagi diputuskan,” katanya lagi yang juga Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan itu.

AMANAH sasar menang paling kurang 20 kerusi




Pengarah Komunikasi Parti AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, AMANAH mensasarkan menang paling kurang 20 kerusi daripada 27 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


“Jadi, walaupun kami mengharapkan lebih banyak kerusi tetapi kami lihat dan kami faham alasan yang diberikan dan kami terima jumlah kerusi untuk ditandingi itu untuk pilihan raya pertama kami ini,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu hari ini.

Kata beliau, adalah lumrah bagi seseorang untuk tidak berasa gembira selepas rundingan pengagihan kerusi kerana tidak semua orang dapat apa yang mereka mahukan.

“AMANAH bermula dengan memohon lebih banyak kerusi, begitu juga dengan pihak lain.

“Akhirnya, dalam menentukan strategi yang tepat bagi Pakatan Harapan (PH), dan itulah tujuan usaha pengagihan itu diambil, maka begitulah peruntukan kerusi peringkat Parlimen yang telah dibuat.

Kata Khalid, beliau bersetuju Bersatu mendapat kerusi terbanyak di Semenanjung dan berikutnya PKR.

“Menerusi pendekatan ini adalah diharapkan kita akan mendapat momentum yang diperlukan untuk meraih kemenangan, yang juga akan memberi manfaat kepada AMANAH.

“Kita percaya beberapa kekurangan yang berlaku dalam pengagihan ini boleh diatasi menerusi rundingan pengagihan kerusi negeri, dan bagi tempat yang tiada kerusi buat kita seperti di Wilayah Persekutuan, ia dilihat sebagai pengorbanan kita demi mewujudkan persepakatan yang lebih baik,” kata beliau.

#MSONews : ADA CADANGAN JUAL IBU PEJABAT PAS?

Kewangan parti Islam seMalaysia (Pas) kini dikatakan tenat. Paling dirasai ialah di Jabatan Penerangan yang menerbitkan akhbar tabloid Harakah. Kegatawan kewangan sangat dirasai sehingga langkah-langkah awal diambil mengurangkan kakitangan akhbar berkenaan bagi mengatasi masalah itu.

Beberapa hari lalu sebilangan kakitangan sudah diarah berhenti secara tektikal apabila mereka diberhentikan dan diberikan kontrak baru dengan maslahat agar berhenti.

Misalnya tawaran gaji baru sebanyak RM1,000 dengan tempoh kontrak enam bulan. Tawaran itu dianggap tidak adil dan bertentangan dengan semangat parti itu berprinspkan Islam, sejahtera dan matang bila mana tangga gaji (kontrak) itu tidak sampai separuh dari mata gaji asal.

Seorang penata hias yang gaji dulunya RM4,000 setelah bekerja lebih 10 tahun ditawar kontrak baru dengan RM1,000 sahaja. Kakitangan itu juga pembayaran gaji bulan sejak dari Nomber tersangkut-sangkut masam motor kapcai kehabisan minyak.

Parti itu juga kini sedang menanggung hutang penerbitan akhbar berkenaan. Difaham sejumlah RM2.4 juta hutang tertangguh dengan sebuah percetakan di Shah Alam Selangor risiko itu
sungguh membebankan. 

Sehubungan itu pihak pengurusan telah mengambil berbagai langkah dan membawa kepada penyelesaian dipihak eksekutif parti sendiri. Salah satu pelan ialah memaksa wakil rakyat Pas atau Pas kawasan membeli akhbar berkenaan untuk diagihkan kepada ahli. Namun usaha penambahan pendapatan ini menerusi kempen 3B (entah apa?) tidak menjadi dan kurang mendapat sambutan.

Difahamkan terbaru ada cadangan dikemukakan untuk Pas menjual mana-mana aset hartanah yang dibeli dizaman parti itu mewah dahulu untuk melunasi segala hutang serta menyelesaikan masalah berbangkit.

Salah satu aset yang dicadangkan dijual ialah Ibu Pejabatnya terletak di Jalan Raja Laut. Langkah menjual ibu pejabat berkenaan dikira tepat dan sesuai. Perkara ini khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Tuan Presiden. 

Sebelum ini veteran Pas Subky Latif pernah mempertikaikan pembelian bangunan berkenaan dianggap tidak relevan kerana kedudukannya di tengah-tengah bekas kawasan pelacuran.Mengambil kira pandangan Subky itu molek kalau Pas menjual bangunan berkenaan.

Bukan itu sahaja bangunan itu perlu dijual kerana sedikit sebanyak ada imej pemimpin Amanah di situ kerana ia khabarnya diusahakan atas inisiatif bekas pemimpin Pas yang kini menyertai Amanah. Difahamkan pemegang amanah bangunan berkenaan juga termasuk pemimpin AMANAH.

Menaakuli masalah dihadapi parti itu kini ia menjawab tuduhan bahawa parti itu menerima RM90 hingga RM200 juta dari penyonglapan wang 1MDB mungkin tidak benar? Mustahil kalau Pas memiiki jutaan ringgit hutang dibiarkan bertepekan.

Atau pun mungkin segala hutang piutanganya sengaja tidak mahu diselesaikan kerana ada motif tersendiri?

Hutang harus dijelas walaupun tidak dituntut. Trims.

MOHD SAYUTI OMAR





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...