TERKINI :

Friday, January 5, 2018

'Calon PM, HARAPAN tak usah terburu-buru'


'Calon PM, HARAPAN tak usah terburu-buru'

5 Jan 2018, 5:36 petang (Dikemaskini 5 Jan 2018, 5:55 petang)

Anggota Biro Politik Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali menyatakan rasa hairan beliau berhubung isu calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sudah menjadi besar.

"Nyata sekali matlamat perjuangan HARAPAN itu besar, jauh lebih besar daripada soal menentukan PM.

"Berhentilah membesar-besarkan isu PM ini. Tidak usah terburu-buru hendak memutuskannya.

"Berilah masa yang cukup untuk mendengar suara rakyat seluasnya, sehingga pengumuman pembubaran Parlimen," kata Syed Husin dalam suatu kenyataan media hari ini.

Syed Husin juga berkata matlamat utama membentuk HARAPAN ialah untuk menjana perpaduan serta kekuatan demi menegakkan keadilan bagi rakyat dan kemajuan bagi negara.

"Sekarang ini kelihatan seolah-olah soal menamakan nama calon PM paling penting sekali," kata beliau.

Maklum keruncingan

Sementara itu sekumpulan anggota 'generasi muda DAP' hari ini mengeluarkan sebuah kenyataan yang ditandatangani 16 anggota parti itu.

"Kami generasi muda dalam DAP mengambil maklum keruncingan yang sedang berlaku dalam isu calon Perdana Menteri.

"Disamping meraikan pelbagai pendapat, kita harus segera sedar bahawa masa tidak menyebelahi kita," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata isu calon PM telah mengalih tumpuan rakyat dari isu sebenar untuk menolak salahguna kuasa serta rasuah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta BN.

"Kami juga berpendapat perbincangan yang meleret-leret terhadap isu calon Perdana Menteri pada tahap ini adalah bersifat melebihi dari yang perlu.

"Muafakat Pakatan Harapan sebagai alat kepada rakyat untuk menumbangkan rejim BN menerusi pilihan raya ke-14 ini mestilah diperkukuhkan," tambah kenyataan itu lagi.

Kenyataan bersama itu antaranya dikeluarkan oleh Penolong setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali, Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan Young Syefura Othman, Penolong Bendahari DAPSY Kebangsaan Raja Ahmad Iskandar Fareez dan AJK DAPSY Kebangsaan Dyana Sofya.

Terdahulu HARAPAN dilaporkan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Gabungan parti pembangkang itu dijangka akan membuat pengumuman rasmi dalam masa yang terdekat.

Terdapat juga laporan media yang menyebut pengumuman itu mungkin dibuat selepas Konvensyen HARAPAN pada Ahad ini.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/407690#RLoHdcwSZddaPo7y.99

Gaji rendah punca anggota polis terlibat rasuah



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak kerajaaan mengkaji semula skim gaji dan kebajikan anggota penguatkuasaan di negara ini khususnya anggota polis dalan usaha menangani isu integriti.

Pengerusi Biro Pekerjaan PKR Datuk Abdullah sani Abdul Hamid menjelaskan, dengan 10,000 anggota polis dilaporkan memperolehi gaji kecil menjadi pendorong utama kepada penglibatan mereka dalam gejala rasuah dan penipuan.

“Saya amat bersimpati dengan perkara tersebut dan bagi saya angka 10,00 adalah begitu ramai yang mana faktor gaji rendah ini akan menyebabkan individu itu terpaksa menipu atau mencari duit sampingan lain.

“Sebagai contoh, jika gaji sebanyak RM2,000 dan menetap di Kuala Lumpur memberikan cabaran besar apatah lagi RM4,000 yang dianggap berada di bawah paras kemiskinan.

“Sebelum ini juga, terdapat beberapa kes anggota polis yang terlibat dalam gejala rasuah seperti terlibat dalam sindiket perjudian haram,dadah,rumah urut dan banyak lagi di mana ia dipercayai untuk mencari duit tambahan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi yang mengakui gaji anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjadi semakin rendah di mana mereka hanya menerima gaji bersih tidak sampai 40 peratus daripada gaji kasar.

Beliau dipetik berkata, terdapat lebih 10,000 anggota polis mengalami masalah hutang yang serius dan kebanyakan mereka yang terlibat berusia di antara 30 hingga 35 tahun dan 50 hingga 55 tahun.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat turut berkata pada 6 Disember lalu, seorang anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulai, telah ditahan dan disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM3,000 daripada guru agama sebagai dorongan menyelesaikan siasatan satu kes dadah membabitkan dirinya yang sedang dijalankan oleh Bahagian Narkotik IPD Kulai, Johor.

Justeru pandangan perkara seperti itu memberi banyak kesan buruk lebih-lebih lagi anggota polis merupakan badan yang menjaga keselamatan rakyat dan rakyat telah memberi kepercayaan penuh kepada mereka.

“Oleh itu saya ingin menggesa pihak kerajaan secara serius melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota dan pegawai agensi-agensi penguatkuasa di negara ini khususnya PDRM sepertimana yang disarankan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah(SPRM) sebelum ini.

“Ini sebagai salah satu langkah penting bagi mengelakkan anggota dan pegawai agensi-agensi penguatkuasa terjerumus ke dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa,” ujarnya.

BIAR BERGADUH DALAM MESYUARAT BUKAN MENGATA DILUAR BILIK

BismillahirRahmanirRahim

BIAR BERGADUH DALAM MESYUARAT BUKAN MENGATA DILUAR BILIK MESYUARAT (FB DAN WHATSAPP)

Pengalaman saya bertugas sebagai pengurus projek dengan syarikat kontraktor Cina dan Pengalaman menjadi RE M&E Consultant untuk beberapa projek seperti Asrama UITM Merbok dan Arau bawah Maju Holdings dan Asrama Kampus Bukit Kachi UUM mengajar saya betapa perlunya serius dalam mengurus projek.

Semasa jadi Pengurus Projek dengan syarikat kontraktor elektrik Cina, saya hadir beberapa mesyuarat tapak projek Taman Kota Kenari Kulim, mula2 saya terkejut dengan budaya mesyuaratnya yang di pengerusikan oleh seorang arkitek cina, maki hamun sumpah seranah sepanjang mesyuarat walaupun kesilapan hanya kecil sahaja ( masa tuh saya baru berhenti dari khidmat sebagai pensyarah politeknik - amat jauh beza masa mesyuarat kamipenuh dengan gurau senda, hilai ketawa lepas tuh apa yang tak puas hati bercakap diluar bilik mesyuarat). Hasil dari mesyuarat penuh dengan maki hamun itu kerja dapat disiapkan ikut masa dan kos tidak banyak lari dari yang dijangkakkan. YANG BAGUSNYA LEPAS MESYUARAT BOLEH BERGELAK DAN BERTEPUK TAMPAR DAN SEGALA MAKI HAMUN SEBELUM ITU TAK BERBEKAS DALAM HATI PUN.

Begitu juga dalam politik, kalau mesyuarat nak jaga hati banyak orang inilah hasilnya bila lepas mesyuarat buat kerja lain. PH kena bertegas dengan semua pemimpin komponen dan mana-mana pemimpin yang bergerak bercanggah dengan keputusan yang dibuat perlu ditegur dan kalau masih tak pakai juga halau dari mesyuarat, teruskan agenda perjuangan bukan agenda peribadi.

Sumber
FB Md Zulaimi Kazin

Nota: Gambar mesyuarat AJK Pilihanraya Pakatan Harapan Kedah yang serius membincangkan strategi menjatuhkan UMNO/BN malam tadi dihadiri oleh keempat-empat wakil parti komponen PH Kedah iaitu KEADILAN, PPBM, DAP dan AMANAH.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...