TERKINI :

Wednesday, January 3, 2018

Selamat datang 2 import baru untuk menabur bakti di bumi Hijau Kuning..!

Selamat datang Alvaro Silva dan Pablo Pallares!

Kedua-dua pemain inI sah milik skuad hijaukuning selepas menandatangani kontrak selama setahun bersama Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - bagi musim 2018.

Berjuanglah sejiwa murni!

Vamosssss!

---------------

BIODATA PABLO PALLARES

Nama penuh : Pablo Pallarés Marzo
Asal : Gandía, Sepanyol
Tarikh lahir : 16 April 1987 (30 tahun)
Ketinggian : 1.88 meter
Berat : 81 kg
Posisi : Penyerang

KELAB TERDAHULU: Sociedad Deportiva Ponferradina (2017)

----------------

BIODATA ALVARO SILVA

Nama penuh: Álvaro Peralta Silva Linares
Tarikh lahir: 30 Mac 1984 (33 tahun)
Tempat lahir: Andújar, Spain
Tinggi: 1.87 m (6 kaki 2 inci)
Posisi: Pertahanan Tengah

KELAB TERDAHULU: Hà Nội FC

Benarkah pembeli tanah Felda warga luar???

SAYA SUDAH PUN BUAT LAPORAN POLIS DI IPD DANG WANGI UNTUK SIASAT KAD PENGENALAN WARGA LUAR PEMBELI TANAH FELDA ITU SAMADA TULEN ATAUPUN TIDAK?! TANAH FELDA DIGADAI PADA ORANG ASING!!

Pembeli tanah Felda adalah warga luar!! Abd. Rahman bin Soltan dan Noraini bte Soltan memegang kad pengenalan warga luar negara!!

Nombor kad pengenalan Abd. Rahman bin Soltan (660604-71-5095) manakala Noraini bte Soltan (611102-71-5238) menunjukkan kedua-dua pengarah syarikat yang membeli tanah Felda adalah orang asing!!

Pada jam 4:20 petang tadi saya sampai di IPD Dang Wangi dan telah buat laporan pada pihak pdrm untuk menyiasat samada kedua-dua kad pengenalan yang dimilikki oleh dua orang lembaga pengarah syarikat yang beli tanah felda itu tulen ataupun palsu!!

Inilah pengkhianatan pemimpin-pemimpin bangang UMNO pada keseluruhan warga peneroka serta orang-orang melayu di tanahair kita!!

Kerajaan kleptokrasi gadai tanah Felda pada orang luar!! Sungguh zalim dan tidak masuk akal!!

Tujuan saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada petang ini adalah untuk mengsahihkan  Abd. Rahman bin Soltan serta Noraini bte Soltan memilikki kad pengenalan warga asing yang sah!!

Hanya pihak pdrm yang boleh menghubungi jabatan pendaftaran negara untuk menyiasat kesahihan kad pengenalan warga asing mereka berdua!!

Kita mohon keseluruhan orang-orang melayu di negara ini untuk terus buka mata seluas-luasnya melihat bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO memperbodohkan dan mengkhianati mereka!!

Segala hasil-mahsul keuntungan Felda diperah dari keringat dan titik peluh peneroka-peneroka dari kalangan bangsa melayu tetapi akhirnya aset-aset Felda digadaikan pada warga asing!!

Kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri paling korup 'gila,'
'sewel' dan 'sial!!'

Najib Tun Razak serta keseluruhan pemimpin-pemimpin UMNO yang bersubahat dengan kemungkaran mahupun salahlaku adalah pengkhianat bangsa, agama dan tanahair!!

Apa pendirian parti PAS yang 'gelong' dan 'sewel' dalam isu kerajaan kleptokrasi gadai aset-aset Felda yang dibina melalui titik-peluh orang-orang melayu pada orang asing?!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
28 Disember 2017

Adakah hampir 3.05 juta sukarelawan Rela akan mengundi pos? tanya Nurul Izzah




Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kategori skim anggota keselamatan dan kesihatan sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sebagai mengejutkan.


Menurut beliau, perkara ini memberi isyarat seolah-olah akan berlaku permainan kotor melibatkan SPR dalam PRU kali ini.

“Persoalannya, adakah mereka yang berdaftar sebagai anggota sukarelawan polis (PVR), seperti anggota Rela boleh dikategorikan sukarelawan polis layak mendaftar untuk undi pos?

“Begitu juga status polis bantuan, kor kadet, simpanan pesara polis, adakah semuanya tersenarai sebagai pengundi pos?” soal Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam satu kenyataan media yang disiarkan melalui blognya.

Katanya, menurut data terkini, jumlah anggota tetap pegawai Rela adalah seramai 1,100 orang, walhal sukarelawan Rela hampir 3.05 juta orang.

“Banyak pihak meragui, apakah pada saat akhir sebelum PRU14 kelak, SPR bersedia menyatakan jumlah terkini bagi keseluruhan kategori undi pos, termasuk yang difikir layak?

“Hal ini kerana, langkah tidak popular ini akan mengakibatkan banyak pihak menganggap SPR seperti pengadil yang berat sebelah, iaitu akan menyelamatkan kerajaan kleptokrasi Umno-BN dengan menggunakan undi pos sebagai talian hayat akhir dalam PRU ke14.

“Pertama, keraguan amat jelas apabila pendaftaran pengundi pos dalam kategori petugas dan pasukan keselamatan dilakukan secara hendap dan tidak telus,” sambungnya.

SOP yang tempang ini tambahnya, turut memberi laluan kepada kerajaan BN menggunakan kuasa untuk memindah pengundi ke kawasan pilihan raya yang mahu BN menangi di saat-saat akhir.

“Lebih-lebih lagi, apabila senarai pengundi pos tidak diwartakan awal sebelum pilihan raya umum dan calon juga tidak menerima maklumat tentang pengundi pos.

“Malahan, Menteri yang mempunyai kuasa dalam pendaftaran anggota RELA, mempunyai ruang untuk mendaftar undi pos anggota Rela ke kawasan Dun atau parlimen yang mereka mahukan tanpa justifikasi yang jelas.

“Sebelum ini pun, kita menyaksikan terdapat beberapa kes pengundi dipindahkan pada saat akhir. Kebanyakan pengundi ini tidak hadir ke JPN, SPR dan pejabat Pos untuk menukar alamat dalam cip Mykad mereka.

“Bahkan, tersebar juga maklumat yang menyatakan bahawa terdapat perpindahan pengundi dari parlimen Bagan ke DUN Telok Ayer Tawar, Seberang Jaya dan Sungai Bakap tanpa pengundi ini hadir di JPN dan SPR untuk menukar alamat mengundi,” kata beliau.

Pihak SPR katanya, perlu sedar bahawa rakyat terkesan dengan memanipulasi pilihan raya menerusi pendaftaran pengundi pos dan pemindahan pengundi ini.

“Malaysia merupakan negara berdaulat dan demokratik, manipulasi pilihan raya sebegini bertentangan dengan prinsip kenegaraan serta perlembagaan negara.

“Buktinya, semasa PRU13 lepas, BN memperoleh 133 daripada 222 kerusi dengan kemenangan majoriti tipis hampir 30 kerusi melalui undi pos.

“Bermakna, andai tidak wujud undi pos dan undi awal, pakatan pembangkang berupaya memenangi 30 kerusi tambahan daripada 89 kerusi asalnya, seterusnya mendapat kerusi majoriti parlimen dengan 119 kerusi.

Kedua jelasnya lagi, untuk memastikan pilihan raya telus, SPR perlu membuat pengiraan undi awal pada hari pengiraan undi biasa berlangsung.

“Sebuah badan antarabangsa yang memantau proses pilihan raya, ACE Knowledge Network menegaskan bahawa pengiraan undi terbaik bermula apabila semua peti undi ditutup.

“Perkara ini berbeza dengan amalan pilihan raya di Malaysia, peti undi awal disimpan di dalam lokap polis sehingga tarikh asal pilihan raya.

“ACE turut menyatakan jarak masa pengiraan undi yang panjang diantara undi awal dan undi kertas boleh mendorong ke arah penipuan pilihan raya.

“Perkara ini dilaksanakan di banyak negara seperti Australia, Bangladesh, Ivory Coast, Rwanda, Tanzania, Georgia, Senegal, Mexico, Cameroon dan Georgia yang akan mengira undi sejurus peti undi ditutup. Langkah ini mempercepatkan penubuhan kerajaan bagi menguruskan pentadbiran negara.

“Berbeza dengan negara yang mengamalkan kiraan undi lewat seperti Honduras. Realitinya, negara tersebut menghadapi krisis pemerintah akibat proses pilihan raya yang dimanipulasikan.

“Justeru, SPR perlu mengikut pengamalan negara yang berjaya dalam mengurus pilihanraya. Malahan, disarankan agar SPR untuk mengamalkan pilihanraya yang telus dan adil,” katanya.

Beliau menyeru rakyat Malaysia bersama-sama mempertahankan ketelusan pilihan raya; iaitu dengan mendesak agar SPR menggunakan mekanisme pemantauan terperinci pada setiap peti undi pada hari pengundian awal dan pos.

“Ini kerana, setiap undi adalah suara dan aspirasi rakyat,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...