TERKINI :

Tuesday, January 2, 2018

Paling kurang pun depa pernah harum dan manis, yg kamu busuk 24 jam apa hal pulak?

Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kamu tu "busuk" je 24 jam apa hal?

1. Ada pemimpin kanan parti suci yg semua tahu agak "frust" dgn keluarnya sahabat saya sekeluarga ( Yb Pokok Sena ) drp parti suci cuba menyembunyikan kekecewaan beliau itu dengan madah berhelah.

2. Maka diwiridkanlah jika harum manis dah busuk ,dia akan jatuh sendiri dan pada masa tu sekupang pun orang tak mahu beli.

3. Diibaratkan juga Yb Pokok Sena tu mcm ayam betina, bila bertelur riuh sekampung sebab ia terkejut sendiri. Katanya, tiada orang peduli kecuali yang jenis ayam juga.

Kena komen lah sikit.

a. Bila anta kata seseorang itu harum manis sebelum busuk , paling kurang dia pernah juga orang hidu harum dan orang rasa manis ya sheikh. Yang anta dengan geng anta tu harum pun tak pernah, manis jauh sekali , bukankah lagi teruk?..Yang kami tahu anta dan geng "busuk" sokmo.

b. Jika YB Pokok Sena keluar parti suci ibarat ayam betina yang bertelur dan kecoh dan yg ambil peduli hanya ayam juga..sahlah anta lah ayam tu. Bukankan bila anta komen menunjukkan anta tu ambil peduli ya sheikh. Dalam parti anta pun ada orang yang amat rapat dengan pemimpin tertinggi  dan dipanggil juga dengan gelaran ayam..janganlah komen anta menyebabkan dia pedih dan terasa pulak. Dia suci dan tak bersalah ya sheikh.

c. Katakanlah satu Malaya kecoh sebab "ayam betina" bertelur, kekecohan itu sebab dia bertelur emas..tu yg jadi rebutan ramai.

d. Yang tak jadi rebutan adalah yang jenis ayam jantan yang dah lah tak bertelur, tua bangka pulak tu, lepas tu suka pulak berkubang dengan spesis haiwan yang suka benda2 kotor pulak tu..mana lah ada orang minat..orang tunggu nak sembelih je ya sheikh!

Hanipa Maidin

MAAFLAH.. SEBENARNYA 'LEBAI' BUKAN BERJUANG ISLAM..!!

LEBAI BUKAN BERJUANG ISLAM

1. SBP yg anak aku belajar kenakan yuran PIBG RM450 setahun. Kata pengetua, kadar itu paling rendah berbanding SBP yg lain. Ada SBP kenakan yuran PIBG RM1200 setahun. Aku ada tiga anak yg sedang belajar di SBP. Itu yuran PIBG, belum bayaran lain lagi.

2. Diberitahu, wang yg biasa kerajaan bagi utk sekolah sebelum ini, pada tahun ini semuanya ditarik balik. Kertas A4 pun ibu bapa belikan utk sekolah. Meja guru pun ibu bapa tolong balutkan atas nama Sarana Ibu Bapa. Banyak aktiviti pelajar batal kerana sekolah tiada wang.

3. Aku bukan tentang usaha baik itu dan aku tidak salahkan guru. Aku tahu guru telah bekerja sampai ke siling utk penuhkan harapan ibu bapa. Guru keluarkan duit poket mereka utk pelbagai aktiviti pelajar. Guru telah buat semuanya demi anak muridnya yg dia ambil menjadi anaknya sendiri di sekolah. Pendek kata, guru dah buat semuanya demi amanah yg mereka pikul.

4. Aku cuma nak sedarkan orang politik yg masih tak tahu keutamaan dlm kerja politik mereka. Masalah negara sekarang bukan hukuman mahkamah syariah yg rendah tapi masalah pemimpin Umno / BN yg khianat. Bukan macam mana nak sebat penzina, tapi mcm mana nak keluarkan rakyat drpd kemiskinan.

5. Jika hukuman mahkamah syariah dinaikkan sampai 100 tahun penjara pun, tapi kalau pemimpin Umno /BN yg ada kekal menerajui kerajaan, nasib rakyat tak berubah. Umno / BN mesti dikalahkan demi perubahan. Keutamaannya ialah, tumbangkan Umno / BN, bukan tingkatkan jumlah sebatan.

6. Sempit dan hodohnya Islam jika hanya hukuman berat saja yg ditonjolkan. Pendidikan percuma, sekolah bagus, universiti cemerlang, adalah tuntutan Islam. Inilah keutamaannya. Dalam keadaan rakyat tercekik begini pun, pemimpin masih bercakap soal nak tingkatkan hukuman ke atas rakyat. Ini gila namanya...!

7. Para nabi berjuang utk membebaskan rakyat drpd belenggu kesusahan hidup. Pemimpin gila pada hari ini berjuang utk heret rakyat supaya disebat. Biarlah rakyat miskin, susah, bodoh, merempat asalkan mereka boleh disebat dan dipotong tangan. Inikah perjuangan Islam, inikah usaha tegakkan hukum Tuhan? Ini bukan perjuangan, tapi gila tahap gaban...!

8. Islam tidak pernah merelakan kesusahan dan mahu semua manusia bahagia dan senang. Islam tidak suka menghukum, menyebat atau memotong tangan. Sebab itu, ayat hukum potong tangan dan sebat orang hanya satu saja. Tapi ayat suruh bela orang tertindas sangat banyak. Ayat sebegitu wujud hatta dlm surah yg pendek. Lebai tak baca ke?

9. Tapi bagi kelompok yg kononnya berjuang Islam, ayat hukuman yg satu itulah yg ditonjol dan dilaung. Ini hukum Allah, katanya. Bela orang miskin, bukan hukum Allah? Inilah kebaikan, katanya. Pendidikan percuma bukan kebaikan? Mengapa hukuman yg diutamakan sedangkan banyak lagi perkara lain yg patut menjadi keutamaan?

10. Kepada lebai, walaunta, walaunti, tak payahlah nak berlagak pejuang Islam dgn ketayap dan serban yg hampa pakai, tak payahlah mengaku ulama, kalau keutamaan dlm realiti yg ada ini pun hampa tersalah pilih. Hampa bukan berjuang utk daulatkan Islam, tapi hampa berjuang utk kekalkan kerajaan zalim.

USTAZ ZOLKHARNAIN AL ABYADHI.

MITOS PERPECAHAN MELAYU, KENAPA IA DIDENDANGKAN?

BismillahirRahmanirRahim

MITOS PERPECAHAN MELAYU

Oleh:Tuan Sani Ahmad

Mata kita saban waktu dipertontonkan tentang bahaya Melayu berpecah. Gegendang telinga apatah lagi siang malam dipalu dengan ungkapan perpecahan Melayu hingga tipis dan ada yang pecah. Pecahkah Melayu? Sejak bila Melayu berpecah? Apa yang pecah? Kenapa Melayu berpecah? Siapa yang pecahkan dan bagaimana Melayu berpecah?

Mitos perpecahan Melayu ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan bangsa kita ditertawakan bukan Melayu? Jangan sampai bangsa kita jadi bahan sendaan orang luar bahawa tahap intelektualisma Melayu begitu cetek sehingga begitu mudah diperbudakkan. Jangan hanya kerana jong pecah yu kenyang berlaku dalam UMNO maka itu dianggap Melayu berpecah.

Di Indonesia sahaja ada hampir 40 buah partai politik dan apakah mereka menjerit-jerit ketakutan tentang perpecahan bangsa Indonesia? Di Thailand ada 10 buah parti politik tetapi sekalipun tidak kedengaran kata-kata bangsa Thai berpecah dan amaran tentang bahayanya perpecahan bangsa Thai.

Lebih meriah adalah di India terdapat ratusan parti-parti politik tetapi apakah mereka menakut-nakutkan bangsa mereka tentang bahaya perpecahan?

Malah di Jepun yang maju itu pun terdapat lima buah parti politik dan tidak ada yang bising-bising mengenai perpecahan bangsa Jepun hanya kerana berbeza ideologi dan parti politik yang dipilih.

Di Jepun terdapat Parti Komunis tetapi tidak wujud pertelingkahan disebabkan memilih parti berlainan. Jepun sering bertukar Perdana Menteri (PM) tetapi bukan disebabkan perbalahan berbeza ideologi dan parti, tetapi kerana jika pemimpin terpalit dengan isu rasuah dan skandal memalukan, tanpa dipaksa mereka akan undur diri tidak seperti di negara sendiri.

Sekiranya isu sembahyang dua imam dianggap sebagai perpecahan, sila renung kembali puncanya bukan disebabkan berlainan parti tetapi 'ketaksuban' melampau terhadap pemimpin dan gagal mendalami agama dengan sebenar-benarnya.

Jangan jadikan itu alasan untuk menakut-nakutkan rakyat tentang bahaya berada dalam parti selain UMNO dan politik naungan yang selama ini sudah sebati dalam parti.

Di negara lain mereka meraikan perbezaan pandangan dan amat akur dengan prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju'. Bagi mereka, itulah fitrah manusia apabila Allah menjadikan manusia berbagai-bagai bangsa yang memiliki wajah dan jasmani yang berbeza-beza di antara mereka sesama bangsa dan juga di antara bangsa-bangsa yang lain, orang Melayu berbeza fizikalnya dengan orang Cina, India, Siam, Arab dan lain-lain.

Orang Melayu sesama Melayu pula berbeza wajahnya sesama mereka, walapun berasal dari satu bangsa, demikian juga dengan bangsa-bangsa lain, bukan sahaja wajah atau muka malah suara, bahasa yang digunakan, makanan, pakaian dan lain-lain aspek pun berbeza, semuanya ini adalah untuk menyenangkan manusia berkenalan sesama mereka. Sekiranya wajah dan warnanya serupa tentulah menyusahkan mereka mengenali di antara satu sama lain yang sama-sama hidup di dalam masyarakat yang begitu besar. Inilah Maha Bijaksananya Maha Pencipta iaitu Allah Tuhan sekalian alam.

Di Malaysia sendiri kaum Cina mempunyai berbagai parti politik termasuk MCA, PGRM, DAP dan tidak kurang yang menyertai PKR. Begitu juga kaum India yang menyertai MIC, PPP dan IPF. Kaum Cina tidak menjadikan isu perpecahan kaum Cina dan India pula berpecahnya India. Tetapi kenapa dengan Melayu?

Apakah bangsa Melayu begitu naif, minda lemah, otak udang dan kaki bodek seperti yang selalu disebut oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan? Jangan kita rendahkan harakat dan martabat bangsa sendiri sehingga nanti dilabel gagal memahami erti demokrasi dan politik.

Politik dan demokrasi bukan sahaja berlaku lima tahun sekali untuk tujuan pilihanraya. Kanak-kanak tadika pun mampu berfikir lebih jauh dari kita yang tidak serik-serik memperbodohkan diri sendiri dan bangsa Melayu walaupun lidah berbelit-belit menjerit 'Hidup Melayu'.

Kata Soe Hok Gie (Aktivis Indonesia Tionghoa 1942-1969), "Kita seolah-olah merayakan demokrasi, tetapi memotong lidah orang-orang yang berani menyatakan pendapat mereka yang merugikan pemerintah".

KEPADA TUAN IBRAHIM, NAK MENGATA MAHFUZ PUN TENGOKLAH KIRI KANAN DULU

NAK MENGATA MAHFUZ PUN TENGOKLAH KIRI KANAN DULU

1. Kalau ia pun Tim Pres Pas nak komen Mahfuz keluar Pas, komenlah dgn lebih manis. Mahfuz bukan anak kecil dlm Pas. Dia masuk Pas bukan pada era gemerlapan seperti era Tim Pres Pas masuk Pas.

2. Mahfuz bergelumang dgn Pas jauh lebih awal drpd Tim Pres Pas. Ketika Tim Pres Pas masih bersandiwara agama dlm Forum Perdana RTM, Mahfuz sudah pun makan gas pemedih mata FRU.

2. Ketika Tim Pres Pas makan elaun forum perdana ribu-riban, Mahfuz ke hulu ke hilir berceramah dgn saguhati RM30. Dia sara hidupnya dgn saguhati itu.

3. Ketika Tim Pres Pas tidur di hotel berbintang-bintang sediaan penganjur forum perdana, Mahfuz tidur di bawah meja mesyuarat di bilik mesyuarat pejabat Pas Taman Melewar.

4. Ketika Tim Pres Pas masih berlembut lidah bercakap agama jaga hati Umno dlm forum perdana mengikut skrip RTM, Mahfuz sudah pun hentam BN berapi-rapi dlm ceramahnya.

5. Ketika Tim Pres Pas berforum perdana di bawah lampu limpah stadium di hadapan ramai orang, Mahfuz sudah pun berceramah berdepan pokok kelapa sawit dan tengah hujan (ini pengalaman aku bersama Mahfuz).

6. Pendek kata, pedih, payah, susah, lelah Mahfuz bersama Pas jauh lebih awal drpd Tim Pres Pas. Air mata Mahfuz tumpah kerana Pas lebih banyak drpd Tim Pres Pas. Peluh Mahfuz kerana Pas lebih lencun berbanding Tim Pres Pas.

7. Tiba-tiba apabila Mahfuz keluar Pas, Tim Pres Pas kata Mahfuz ibarat buah busuk yg tak berguna. Fuhh... Sedapnya mulut. Buah busuk tidak berguna itulah yg mengusung Pas ke sana-sini sehingga nikmatnya dirasa oleh Tim Pres Pas sekarang.

8. Jangan lupa, jasa Mahfuz dalam politik diiktiraf apabila dia dianugerah datuk. Anugerah itu kerana jasa dalam politik bukan jasa dalam Forum Perdana RTM seperti Tim Pres Pas itu.

9. Nak mengata orang pun, tengoklah kiri kanan dulu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...