TERKINI :

Monday, January 1, 2018

Belasungkawa Harakah : Dikhabarkan Gaji staff tertunggak sejak November

Oleh Arif Atan

Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa juga. Apa lagi kalau tempat jatuh lagi dikenang.

Bila ada sahabat di Harakah beritahu saya, pimpinan Pas tidak peduli pun tentang kebajikan staf apabila gaji November pun belum bayar habis, tentulah sedih mendengarnya.

Sedangkan katanya, pimpinan Pas bergelar Ustaz dengan memiliki pusat tahfiz dari tahun ke tahun semakin bergaya mewah, berkereta besar.

Dan sejak dulu saya perhatikan gaya hidup mewah pimpinan Pas bergelar 'Ustaz' (belajar sastera, bahasa Arab pun 'diijazahkan' Ustaz), selain ada seorang tu ingatkan pada saya jangan lupa tulis gelaran Dato' dalam laporan berita! Padahal ramai pekerja Harakah pakai kapcai sampai ada yang ditimpa kemalangan balik lewat malam kerana deadline selain naik turun bas dan menapak ke LRT.

Pimpinan bergaya mewah, gila pangkat, harta gelaran dan kuasa. Nakhoda bermulut celupar, anak-anak buah tak keruan nasib.

Kebajikan anak buah yang bersengkang mata di organ parti tidak diendah. Nampak benar bermuka-muka bertopengkan agama! Amat mengaibkan.

Selepas habis pemimpin yang bagus dan peduli dengan staf Harakah berhijrah ke AMANAH, tinggal YB Datuk Mahfuz Omar yang sangat ambil berat, tanya dah dapat gaji ke belum. Sampaikan saya sudah lama keluar Harakah pun, Datuk Mahfuz siap telefon tanya, "kawan-kawan Harakah dah dapat gaji ka?"

Sekarang, beliau pun keluar Pas. Pada siapa pula baki pekerja Harakah mengadu nasib?

Moga kawan-kawan di Harakah diberi kekuatan dan ikhtiar untuk keluar daripada kesusahan. Dan buat pimpinan Pas bergelar ustaz itu, ustaz ini yang tidak peduli kebajikan pekerja Harakah tu, mungkin hanya bertaubat  selepas kertas undi PRU14 dikira nanti! Itupun, mungkin kalau sedarlah! :-(

#BelasungkawaHarakah

2018 : Tambang Feri Langkawi NAIK HARGA

Fb Aduan Rakyat Kedah

Viral dari Whatsapp pagi ini Rakyat yang ke Langkawi mengeluh kerana harga tiket sudah naik berbeza dari kelmarin 31 Disember 2017.

Assalamualaikum untuk makluman semua :

TAMBANG BARU HARGA FERI KE LANGKAWI DARI KUALA KEDAH 2018

RM 23.00 naik RM 26.00 dewasa
RM 17.00 naik RM 20.00 kanak-kanak

TAMBANG BARU HARGA FERI DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI 2018 :

RM18.00 naik ke RM21.00 Dewasa
RM12.00 naik ke RM16.00 Kanak-Kanak

Tahun Baru & Harga Baru ???

#SapaMenangSapaSenang
#MuafakatBayarHargaTambangBaru

MB Kedah digesa beri sebab gagal agih wang khairat kematian lebih RM9juta



Malaysian Dateline

Abdullah Suady Mohd Nasir


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak harus berdiam diri dan perlu segera menjawap pelbagai persoalan yang timbul membabitkan dakwaan kegagalan kerajaan negeri mengagihkan wang khairat kematian kepada keluarga waris yang mencecah lebih RM9 juta.

Abdullah Suady Ramadhan Mohd Nasir yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah mendesak Ahmad Bashah supaya menjawab keraguan tersebut sedangkan ia telah dijanjikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

“Kerajaan negeri harus segera menyatakan kekeliruan yang menjadi tanda-tanya kepada seluruh rakyat negeri ini.

“Apakah kerajaan negeri sudah tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menunaikan janji yang mereka laung-laungkan kepada rakyat Kedah selama ini.

“Ataupun terdapat keraguan maupun kecuaian dalam pengurusan untuk menyalurkan dana yang telah dijanjikan selepas mereka memenangi pilihan raya umum yang lalu, ” jelasnya.

Beliau juga berkata, penjelasan ini amat penting kerana rakyat ingin tahu status pelaksanaan skim tersebut.

“Apakah skim khairat yang menjanjikan pembayaran sebanyak RM250 bagi setiap kes itu sudah tidak wujud lagi.

“Sekiranya ia tidak mempunyai peruntukan maupun masalah pengurusan, maka kerajaan negeri wajar menjelaskan kepada rakyat negeri ini yang menjadi sebahagian dari penyumbang (pembayar cukai) kepada kerajaan negeri, ” ujarnya.

Malah tegasnya lagi, adalah lebih parah apabila menjelangnya pilihan raya yang begitu hampir, banyak aliran wang tunai yang meragukan sedang dan akan berlaku.

“Sekiranya diperingkat nasional, aset milik Felda boleh tergadai, apakah perkara tersebut tidak boleh berlaku di negeri Kedah.

“Sudahlah rakyat Kedah terbeban dengan masalah bekalan air yang tidak kesudahan sehingga sekarang, ditambah pula dengan janji-janji yang tidak ditunaikan.

“Pendedahan ini membuktikan betapa lemahnya kerajaan negeri pimpinan Umno dan BN untuk terus menerajui kepimpinan negeri Kedah, ” ujarnya.

Adalah difahamkan kerajaan negeri telah gagal untuk menyerahkan sumbangan khairat kematian tersebut kepada lebih 32,00 waris simati.

Manakala sejak 2014 sehingga Julai 2017, sebanyak lebih 40 ribu kes kematian yang berlaku, sedangkan jumlah yang menerima sumbangan kerajaan negeri hanyalah seramai 7,397 waris keluarga simati.

Oleh kerana itu katanya, rakyat Kedah seharusnya menyedari bahawa sejak menerajui kepimpinan kerajaan negeri Kedah terlalu banyak janji yng mereka laungkan tidak kesampaian.

“Janji mereka hendak bina Hospital Pendang pun jadi angan-angan hingga kini.

“Begitu juga ura-ura nak bina Lapangan Terbang Kulim pun tidak nampak bayang.

“Apa lagi dengan janji hendak wujudkan Bandaraya Getah di Kedah untuk beri peluang pekerjaan yang begitu banyak tidak juga menjadi kenyataan, ” tegasnya.

Maka itu katanya, rakyat Kedah mesti membuat perubahan serta berazam untuk menolak Umno dan BN dari terus mempelbagaikan janji mereka menjelang pilihan raya umum yang akan datang jika enggan berada ditakok yang lama dan melarat berterusan.

Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno




Perhimpunan ‘Turun Minyak Turun Najib’ di ibu negara menjelang tahun baru 2018 menyaksikan peserta berazam untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Protes bertemakan warna putih itu menuntut supaya kerajaan mengembalikan subsidi minyak serta menetapkan harga siling petrol RON95 dan diesel masing-masing pada harga RM1.90 dan RM1.80 seliter.

Laungan ‘Turun Najib, Hancur Umno’ kedengaran sepanjang perarakan yang bermula jam 11 malam tadi dari kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abduk Rahman menuju ke Dataran Merdeka.

Polis mendakwa penganjur melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.


Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK); bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta kumpulan aktivis Otai Reformis 1998 antara mereka yang berada di barisan depan perarakan.

Walau bagaimanapun, himpunan dihadiri kira-kira 1,000 peserta yang turut melaungkan ‘Mansuh GST, Turun minyak’ itu disekat oleh pihak polis daripada memasuki Dataran Merdeka.

Polis juga sebelum itu melarang peserta protes yang terdiri daripada penyokong Pakatan Harapan daripada menggunakan pembesar suara dan kompang selain mengingatkan supaya tidak menganggu trafik.

Kira-kira 11.45 malam, seorang pegawai polis mengarahkan peserta protes yang juga membawa sepanduk berupa wajah mirip Najib itu supaya meninggalkan lokasi himpunan dalam tempoh 15 minit.

Sepanduk hitam putih dengan imej panahan kilat berwarna merah itu tertera ungkapan ‘Koruptor Musuh Negara’ dengan mata kiri bertutup berlambangkan lanun.

Namun, sebahagian peserta termasuk mewakili NGO dan mahasiswa masih tidak berganjak menantikan acara pertunjukan bunga api di Dataran Merdeka.

Sementara itu, seorang peserta yang turut membawa anaknya berusia 4 tahun memberitahu Malaysia Dateline, beliau awal-awal lagi diarahkan anggota polis supaya segera meninggalkan lokasi himpunan.

“Encik, elok balik dulu. Ada orang buat kacau,” katanya mengulangi kembali arahan anggota berkuasa tersebut.

Pihak polis memberitahu pemberita akan menyiasat pihak penganjur atas alasan melanggar syarat-syarat dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perhimpunan ‘Turun Turun’ di ambang tahun baharu itu susulan daripada aksi protes Permuda Pakatan Harapan berkampung di perkarangan Parlimen selama 42 jam mulai 23 November 2016.

Malaysia Dateline


Berakhirlah secara rasmi legasi Ustaz Fadzil Noor dalam PAS dengan keluarnya Mahfuz Omar

SELAMAT BERJUANG DATO MAHFUZ OMAR

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Dengan keluarnya Dato Mahfuz Omar daripada PAS, maka berakhirlah secara rasmi legasi Ustaz Fadzil Noor. Antara legasi ustaz Fadzil Noor yang berpengaruh secara khusus utk negeri Kedah adalah almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak dan Dato Mahfuz Omar.

2) Ustaz Azizan menjadi bualan ramai setelah menjadi Menteri Besar, apabila semua orang kagum dengan potensinya yang unik dan hebat. Malah gaya kepimpinan dan pengucapan mirip Ustaz Fadzil Noor sendiri. Ramai yang terkenang Ustaz Fadzil Noor apabila menghayati cara ustaz Azizan berpencak dalam dewan undangan negeri.

3) Setelah pemergian Ustaz Azizan, Dato Mahfuz Omar dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah. Walaupun tidak sehebat Ustaz Azizan dari segi kepimpinan, beliau turut mewarisi kehebatan Ustaz Fadzil dari sudut kehebatan berhujah dan bersilat dalam Parlimen. Atas dasar itu, PAS Kedah melihat beliau sebagai legasi ustaz Fadzil yang boleh menjadi nakhoda PAS Kedah.

4) Namun ia tidak lama. Cuaca dalaman PAS menjadi panas secara mendadak dan setelah ketiadaan TGNA panas itu mula membakar. Pendek cerita, Dato Mahfuz Omar tiba-tiba direhatkan. Malah beliau sebagai ketua PAS Pokok Sena juga dipangku.

5) Jiwa beliau yang mesra AMANAH membuatkan beliau terus dipinggir dan dicemuh oleh ahli dan pimpinan PAS negeri bahkan PAS pusat. Walaupun beliau Ahli Parlimen PAS, suaranya tidak mahu dikira sebagai suara PAS. PAS sudah lama memutuskan hubungan dengan beliau akibat mesra AMANAH dan PH.

6) Pengumuman untuk keluar daripada PAS menang ditunggu oleh orang PAS dan pimpinan PAS. Malah ada suara-suara yang mahu beliau bertanding di Pokok Sena atas nama parti lain (Pakatan Harapan) untuk berdepan dengan PAS. betapa marahnya mereka kepada beliau sehingga merancang untuk kasi total defeat kepada beliau. Lupa kot yang BN pun bertanding situ juga.

7) Tepat 12.00 malam tadi, beliau secara unilateral keluar PAS. Belum putuskan untuk sertai mana-mana parti. Bagi saya, dengan keluarnya daripada PAS, Dato Mahfuz rugi, dan PAS juga rugi. Yang untung adalah BN dan PH. BN untung sebab mereka dah letih nak bersilat dengan Dato Mahfuz Omar. PH untung sebab tokoh yang hebat dan berpengalaman dalam politik akan menyetai mereka.

8 ) PAS rugi. Samada rugi besar atau rugi kecil bergantung kepada persediaan PAS mengisi kehilangan Dato Mahfuz Omar. Dato Mahfuz rugi kerana meninggalkan perjuangan beliau dalam parti yang beliau sama-sama berjuang dengan almarhum Ustaz Fadzil Noor.

9) Tiada lagi legasi Ustaz Fadzil Noor yang boleh mengembalikan PAS kepada era Ustaz Fadzil Noor. Kini PAS dianggap dikuasai sepenuhnya oleh TG Haji Hadi dan sedang membina legasinya yang besar.

10) Selamat berjuang dalam kapal baru, Dato Mahfuz Omar. Jasamu dikenang.

Sekian





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...