TERKINI :

Tuesday, April 10, 2018

Gelombang PH melanda Temerloh malam tadi


MALAYSIA DATELINE



Orang ramai memenuhi Temerloh dalam jelajah PH malam tadi.

Selepas gelombang di utara dan selatan tanah air, malam tadi Pakatan Harapan mempamirkan sokongan rakyat kepada mereka di pantai timur pula iaitu Temerloh, Pahang.

Puluhan ribu berhimpun malam tadi dalam program Jelajah Peneroka PH di Kampung Chengal, Temerloh Pahang, malam tadi yang diketuai oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.


Di samping itu, siaran langsung melalui internet malam tadi mencecah 21,000 penonton yang mengikuti secara langsung perhimpunan ini.

Sebelum ini, ribuan orang juga menyertai himpunan JPH di Alor Setar dan Utan Aji Perlis.

Hujung minggu lalu, himpunan di Pasir Gudang dan Muar juga mendapat sambutan yang luar biasa.



PAKATAN HARAPAN…Itulah yang diteriakkan oleh penyokong PH malam tadi di Temerloh.

“Ini adalah gelombang PH terutama selepas logo PKR diperkenalkan sebagai logo bersama mereka,” kata penganalisis politik.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Profsor Datuk Dr Redzuan Othman berkata, beliau diberitahu gelombang PH akan berlaku selepas pembubaran parlimen.

“Saya diberitahu oleh Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang, mereka jangka gelombang akan berlaku selepas pembubaran,” kata Redzuan ketika membentangkan kajian terkini IDE mengenai pilihan raya umum ke 14 di Shah Alam baru-baru ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...