TERKINI :

Thursday, January 11, 2018

Umno-BN diramal hadapi tentangan sengit PH, hilang undi popular PRU-14



Umno-Barisan Nasional (BN) diramal menerima tentangan sengit pembangkang terutama Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) dan sekali lagi kehilangan undi popular.



Datuk Seri Kalimullah Hassan


Mantan Ketua Pengarang Kumpulan New Strait Times Press (NSTP), Datuk Seri Kalimullah Hassan berkata, jangkaan itu boleh berlaku pada PRU14 nanti biarpun Umno-BN mungkin tidak kalah dari segi jumlah majoriti di Parlimen.

“Walaupun saya yakin Umno-BN akan kehilangan undi popular pada PRU akan datang tetapi saya tidak pasti ia akan kehilangan majoriti parlimen,” katanya seperti dipetik Strait Times Singapore oleh Selangorkini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Regional Outlook Forum anjuran ISEAS – Yusof Ishak Institute di Singapura, semalam.

Dalam PRU13 lalu, Umno-BN buat kali pertama kehilangan undi popular dengan mengumpul 47.4 peratus daripada keseluruhan jumlah undi manakala parti pembangkang diketuai Pakatan Rakyat (ketika itu) mendapat 52 peratus.

Biarpun hilang undi popular, Umno-BN menang kerana terdapat lebih banyak kerusi di luar bandar Semenanjung Malaysia, yang mesra dan memihaknya berbanding kawasan bandar dengan majoriti rakyat cenderung menyokong PH.


Datuk Azman Ujang


Seorang lagi pemerhati dalam forum itu, Pengerusi Agensi Berita Bernama, Datuk Seri Azman Ujang berkata, Umno-BN akan menghadapi laluan sukar dalam PRU14 meskipun diyakini mampu mengekalkan kuasa sedia ada.

Katanya, keadaan itu berdasarkan rasa tidak puas hati sebilangan rakyat terhadap isu skandal berkaitan kerajaan juga kos sara hidup tinggi terpaksa diharungi.

“Dengan undi di Sabah dan Sarawak dijangka kekal milik Umno-BN selain undi masyarakat Melayu luar bandar, ia mampu mengekalkan kuasa pada PRU14 yang dijangka dipanggil dalam beberapa bulan lagi,” katanya .

“Dengan parti pembangkang yang tidak bersatu, matematik mudah ini akan memberi manfaat kepada Umno-BN,” katanya.

Ahad lalu, dalam konvensyennya, Pakatan Harapan menamakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai PPBM, sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mengambilalih pentadbiran negara daripada Umno-BN pada PRU14 nanti.

PPBM, sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mengambilalih pentadbiran negara daripada Umno-BN pada PRU14 nanti.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...