TERKINI :

Saturday, January 13, 2018

PERINGATAN UNTUK PENYOMBONG

1. Jika anda berpangkat dan berkuasa, lalu anda sombong dengan pangkat dan kuasa, anda akan menyesal setelah pangkat dan kuasa tiada lagi pada suatu hari nanti. Pada masa itu, anda jadi kupang tembaga. Tidak dihargai, tidak dihormati. Anda duduk bersendirian. Tiada orang yang sudi berkawan dengan anda. Namun ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Penyesalan sudah tidak berguna lagi.

2. Jika orang lain teraniaya dengan sebab kesombongan anda, anda mungkin ditimpa kemurungan suatu masa nanti. Ingatlah kemurungan sangat bahaya kerana ia menghakis ketenangan dan mengganggu kehidupan. Orang yang murung sentiasa dibayangi kesalahan lampau.

3. Jika ada orang teraniaya dengan sebab kesombongan anda, mungkin ada di antara mereka yang tidak serik bermunajat kepada Allah mengadukan nasib malangnya. Mungkin Allah mustajabkan doanya lalu anda terkesan dengan doa itu.

4. Orang yang sombong merasakan dirinya serba lebih dan serba tahu. Orang lain dianggapnya lekeh dan serba kekurangan. Tetapi sangkaannya itu meleset dan tidak tepat. Boleh jadi orang yang dianggapnya bodoh lebih pandai daripadanya.

5. Salah satu cara menyedarkan orang yang sombong ialah bertindak sombong kepadanya. Terdapat satu athar sahabat : التكبر على المتكبر صدقة
" Berlaku sombong kepada orang yang sombong adalah sedekah "

(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...