TERKINI :

Monday, January 15, 2018

Pas tidak rebut jawatan Perdana Menteri





Mendapat ruang hampir separuh halaman di akhbar Utusan Malaysia hari ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, partinya bukan berjuang untuk merebut jawatan Perdana Menteri.


Sebaliknya, beliau mendakwa Pas cuma hendak menukar sistem pemerintahan Islam dan tidak akan berhenti berjuang walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bendera Pas.


“Kalau kita tewas, dapat hanya 10 peratus sahaja daripada bilangan undi, adakah kita (Pas) akan berhenti daripada berjuang.

“Kita bukan berjuang hendak rebut jawatan Perdana Menteri, kita cuba mahu ubah sistem pemerintahan, siapa sahaja asalkan kita bawa sistem pemerintahan Islam,” dipetik daripada akhbar dikuasai Umno-BN itu.

Hashim dalam wawancara itu berpendapat DAP akan mengepalai Pakatan Harapan ekoran kekalahan Bersatu dan PKR walaupun masing-masing mendapat agihan 52 dan 51 kerusi Parlimen.

“Mereka (Bersatu dan PKR) akan tewas, kalau tidak tewas dengan Pas, mereka tewas dengan BN. Akhirnya, DAP mengepalai Pakatan Harapan – parti yang paling banyak menang kerusi dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau bahkan menganggap Perdana Menteri yang dipilih jika Pakatan Harapan menang sekalipun perlu mengikut kehendak DAP.

“Ini bahaya terhadap perkembangan politik Islam dan orang Melayu di negara ini,” ujarnya lagi yang dilantik sebagai Mursyidul Am Pas pada 2016 menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...