TERKINI :

Tuesday, January 2, 2018

MAAFLAH.. SEBENARNYA 'LEBAI' BUKAN BERJUANG ISLAM..!!

LEBAI BUKAN BERJUANG ISLAM

1. SBP yg anak aku belajar kenakan yuran PIBG RM450 setahun. Kata pengetua, kadar itu paling rendah berbanding SBP yg lain. Ada SBP kenakan yuran PIBG RM1200 setahun. Aku ada tiga anak yg sedang belajar di SBP. Itu yuran PIBG, belum bayaran lain lagi.

2. Diberitahu, wang yg biasa kerajaan bagi utk sekolah sebelum ini, pada tahun ini semuanya ditarik balik. Kertas A4 pun ibu bapa belikan utk sekolah. Meja guru pun ibu bapa tolong balutkan atas nama Sarana Ibu Bapa. Banyak aktiviti pelajar batal kerana sekolah tiada wang.

3. Aku bukan tentang usaha baik itu dan aku tidak salahkan guru. Aku tahu guru telah bekerja sampai ke siling utk penuhkan harapan ibu bapa. Guru keluarkan duit poket mereka utk pelbagai aktiviti pelajar. Guru telah buat semuanya demi anak muridnya yg dia ambil menjadi anaknya sendiri di sekolah. Pendek kata, guru dah buat semuanya demi amanah yg mereka pikul.

4. Aku cuma nak sedarkan orang politik yg masih tak tahu keutamaan dlm kerja politik mereka. Masalah negara sekarang bukan hukuman mahkamah syariah yg rendah tapi masalah pemimpin Umno / BN yg khianat. Bukan macam mana nak sebat penzina, tapi mcm mana nak keluarkan rakyat drpd kemiskinan.

5. Jika hukuman mahkamah syariah dinaikkan sampai 100 tahun penjara pun, tapi kalau pemimpin Umno /BN yg ada kekal menerajui kerajaan, nasib rakyat tak berubah. Umno / BN mesti dikalahkan demi perubahan. Keutamaannya ialah, tumbangkan Umno / BN, bukan tingkatkan jumlah sebatan.

6. Sempit dan hodohnya Islam jika hanya hukuman berat saja yg ditonjolkan. Pendidikan percuma, sekolah bagus, universiti cemerlang, adalah tuntutan Islam. Inilah keutamaannya. Dalam keadaan rakyat tercekik begini pun, pemimpin masih bercakap soal nak tingkatkan hukuman ke atas rakyat. Ini gila namanya...!

7. Para nabi berjuang utk membebaskan rakyat drpd belenggu kesusahan hidup. Pemimpin gila pada hari ini berjuang utk heret rakyat supaya disebat. Biarlah rakyat miskin, susah, bodoh, merempat asalkan mereka boleh disebat dan dipotong tangan. Inikah perjuangan Islam, inikah usaha tegakkan hukum Tuhan? Ini bukan perjuangan, tapi gila tahap gaban...!

8. Islam tidak pernah merelakan kesusahan dan mahu semua manusia bahagia dan senang. Islam tidak suka menghukum, menyebat atau memotong tangan. Sebab itu, ayat hukum potong tangan dan sebat orang hanya satu saja. Tapi ayat suruh bela orang tertindas sangat banyak. Ayat sebegitu wujud hatta dlm surah yg pendek. Lebai tak baca ke?

9. Tapi bagi kelompok yg kononnya berjuang Islam, ayat hukuman yg satu itulah yg ditonjol dan dilaung. Ini hukum Allah, katanya. Bela orang miskin, bukan hukum Allah? Inilah kebaikan, katanya. Pendidikan percuma bukan kebaikan? Mengapa hukuman yg diutamakan sedangkan banyak lagi perkara lain yg patut menjadi keutamaan?

10. Kepada lebai, walaunta, walaunti, tak payahlah nak berlagak pejuang Islam dgn ketayap dan serban yg hampa pakai, tak payahlah mengaku ulama, kalau keutamaan dlm realiti yg ada ini pun hampa tersalah pilih. Hampa bukan berjuang utk daulatkan Islam, tapi hampa berjuang utk kekalkan kerajaan zalim.

USTAZ ZOLKHARNAIN AL ABYADHI.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...