TERKINI :

Tuesday, January 2, 2018

KEPADA TUAN IBRAHIM, NAK MENGATA MAHFUZ PUN TENGOKLAH KIRI KANAN DULU

NAK MENGATA MAHFUZ PUN TENGOKLAH KIRI KANAN DULU

1. Kalau ia pun Tim Pres Pas nak komen Mahfuz keluar Pas, komenlah dgn lebih manis. Mahfuz bukan anak kecil dlm Pas. Dia masuk Pas bukan pada era gemerlapan seperti era Tim Pres Pas masuk Pas.

2. Mahfuz bergelumang dgn Pas jauh lebih awal drpd Tim Pres Pas. Ketika Tim Pres Pas masih bersandiwara agama dlm Forum Perdana RTM, Mahfuz sudah pun makan gas pemedih mata FRU.

2. Ketika Tim Pres Pas makan elaun forum perdana ribu-riban, Mahfuz ke hulu ke hilir berceramah dgn saguhati RM30. Dia sara hidupnya dgn saguhati itu.

3. Ketika Tim Pres Pas tidur di hotel berbintang-bintang sediaan penganjur forum perdana, Mahfuz tidur di bawah meja mesyuarat di bilik mesyuarat pejabat Pas Taman Melewar.

4. Ketika Tim Pres Pas masih berlembut lidah bercakap agama jaga hati Umno dlm forum perdana mengikut skrip RTM, Mahfuz sudah pun hentam BN berapi-rapi dlm ceramahnya.

5. Ketika Tim Pres Pas berforum perdana di bawah lampu limpah stadium di hadapan ramai orang, Mahfuz sudah pun berceramah berdepan pokok kelapa sawit dan tengah hujan (ini pengalaman aku bersama Mahfuz).

6. Pendek kata, pedih, payah, susah, lelah Mahfuz bersama Pas jauh lebih awal drpd Tim Pres Pas. Air mata Mahfuz tumpah kerana Pas lebih banyak drpd Tim Pres Pas. Peluh Mahfuz kerana Pas lebih lencun berbanding Tim Pres Pas.

7. Tiba-tiba apabila Mahfuz keluar Pas, Tim Pres Pas kata Mahfuz ibarat buah busuk yg tak berguna. Fuhh... Sedapnya mulut. Buah busuk tidak berguna itulah yg mengusung Pas ke sana-sini sehingga nikmatnya dirasa oleh Tim Pres Pas sekarang.

8. Jangan lupa, jasa Mahfuz dalam politik diiktiraf apabila dia dianugerah datuk. Anugerah itu kerana jasa dalam politik bukan jasa dalam Forum Perdana RTM seperti Tim Pres Pas itu.

9. Nak mengata orang pun, tengoklah kiri kanan dulu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...