TERKINI :

Monday, January 15, 2018

Hisbah akan umum calon bebas PRU14



Hisbah Centre of Reform (Hisbah) dijangka akan mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dalam waktu terdekat ini.

Timbalan Pengerusinya Syed Nazarudin Syed Aziz berkata, dengan meletakkan calon bermakna Hisbah akan terus memainkan peranan kecil di dalam mempastikan perjuangan melawan kerajaan kleptokrat berjaya.

“Hisbah ingin menjelaskan bahawa keputusan pembahagian kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dimuktamadkan baru-baru ini tidak memberi kesan kepada keputusan Hisbah untuk bertanding di satu kawasan.

“Ini kerana Hisbah bukan sebahagian daripada PH dan kami tidak pernah dilibatkan di dalam sebarang bentuk kerjasama dan persefahaman bersama PH,” ujarnya dalam kenyatana hari ini.

Sebelum ini Hisbah dalam satu kenyataan telah menyatakan kesediaan Pengerusinya Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor (gambar)untuk menjadi calon pilihan raya sama ada di Pekan dan Shah Alam dengan bekerja sama  dengan PH atau Pas.

Bagaimanapun  kini Hisbah akan meletakkan seorang calun bebas mewakilinya di dalam satu kawasan parlimen dan  dalam peringkat akhir mengenalpasti kawasan paling sesuai untuk memberi impak maksima kepada perjuangan institusi yang memerangi rasuah itu.

Tambah Syed Nazaruddin  lagi , Ezam sendiri akan mengumumkan secara rasmi keputusan Hisbah dalam satu majlis yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

“Pengerusi Hisbah sendiri akan mengumumkan secara rasmi keputusan rasmi Hisbah (calon pilihan raya) ketika melancarkan buku terbaru Hisbah mengenai rasuah al ghulul dan kecurian wang negara sedikit masa lagi.

“Kami juga sedia maklum terdapat tuduhan liar dilemparkan kepada Hisbah atas keputusan kami ini.

“Pertamanya, kami sedikitpun tidak terkesan kerana sudah lama dan lali dengan situasi seperti ini didalam perjuangan.

“Keduanya, sebarang keputusan kami berasaskan kepada prinsip kepentingan agama dan negara dan tidak sama sekali berasaskan kepentingan mana-mana pemimpin dan individu,” ujarnya.

Justeru katanya lagi,perjuangan Hisbah akan tetap fokus kepada usaha-usaha menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu Islam terhadap kewajiban bangkit melawan pemimpin yang jelas korup dan rasuah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...