TERKINI :

Tuesday, January 23, 2018

Hilang buat selama-lamanya Tanah Felda Jalan Semarak, dakwa Rafizi




Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa tanah Felda Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), diJalan Semarak telah hilang buat selama-lamanya.


Menurut Rafizi apabila bidang tanah milik Felda itu diserahkan kepada sebuah syarikat pemaju Symphony Promenade Sdn Bhd (SPSB) untuk membangunkan beberapa menara pejabat dan kediaman mewah, maka, lot-lot bangunan itu akan dijual kepada pembeli-pembeli.

Manakala hakmilik bangunan bertingkat itu akan bertukar dari hakmilik tanah kepada hakmilik strata (satu hakmilik strata setiap satu ruang pejabat atau kediaman mewah yang dijual kepada pembeli).

Katanya lagi, hakmilik bangunan tersebut akhirnya adalah milik pembeli-pembeli persendirian dan bukan lagi hakmilik Felda, walaupun kini hakmilik tanah masih lagi dalam pegangan Felda

“Sebab itu saya mahu mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad bagaimana pendirian beliau sendiri telah berubah dalam tempoh sebulan mengenai pembangunan tanah-tanah tersebut.

“Apabila beliau mula-mula mendedahkan sandiwara tanah ini, beliau dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 21 Disember 2017 bahawa Felda tidak berminat untuk meneruskan projek pembangunan KLVC di atas tanah-tanah Felda itu kerana sekiranya projek diteruskan, hakmilik akan bertukar kepada hakmilik strata dan keseluruhan bangunan dan lot-lot yang dijual itu akan berpindah milik kepada pembeli-pembeli yang mendapat hakmilik strata tersebut,” terangnya.

Hanya dengan tidak meneruskan projek pembangunan KLVC itu barulah Felda ujarnya lagi, dapat mengekalkan tanah-tanah tersebut menjadi pegangan Felda.

“Malangnya tidak sampai sebulan Tan Sri Shahrir telah buat pusingan-U demi menjual sandiwara tanah Felda diperolehi kembali.

“Saya memberi ruang sepenuhnya kepada kepimpinan Felda untuk meneruskan sandiwara mengenai tanah Felda yang dilaporkan hilang hakmilik dan kemudiannya telah mendapat kembali hakmilik.

“Sepanjang sebulan sandiwara ini dimainkan, saya menunggu sama ada Tan Sri Shahrirakan menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada rakyat.

“Malangnya, beliau terus terjebak dengan sandiwara politik untuk meredakan kemarahan rakyat mengenai kerosakan yang telah berlaku ke atas Felda, sehingga beliau sempat mengeluarkan sindiran seolah-olah “kejayaan” Felda mendapatkan kembali tanah tersebut adalah hasil doa Perdana Menteri di Mekah,” ujarnya.

Justeru Rafizi berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Shahrir mengenai beberapa perkara yang menimbulkan persoalannya.

“Pertamanya mengenai Hakmilik tanah yang diperolehi oleh Felda yang diwar-warkan sejak minggu lepas sebenarnya tidak bermakna kerana dengan pembangunan KLVC yang diteruskan, hakmilik strata akan dikeluarkan kepada pembeli lot-lot bangunan dan ruang pejabat/kediaman. Merekalah pemilik sebenar hartanah itu kelak, bukannya lagi Felda

“Keduanya episod Felda mendapatkan kembali tanah adalah satu sandiwara kerana keadaan sekarang (walaupun Felda dilaporkan mendapat balik hakmilik ke atas plot tanah tersebut) tidak berbeza dengan keadaan sebelumnya; iaitu tanah-tanah tersebut telah diserahkan kepada Felda.

Ahli Parlimen Pandan ini juga berkata mempunya beberapa dokumen yang akan didedahkannya bagi menguatkan lagi hujahnya bahawa tanah Felda itu telah hilang selama-lamanya.

“Esok atau lusa saya akan dedahkan beberapa dokumen lagi. Episod tanah Felda diperolehi kembali hanyalah sandiwara politik yang dimainkan oleh Tan Sri Shahrir,” tegasya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...