TERKINI :

Friday, January 5, 2018

Gaji rendah punca anggota polis terlibat rasuah



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak kerajaaan mengkaji semula skim gaji dan kebajikan anggota penguatkuasaan di negara ini khususnya anggota polis dalan usaha menangani isu integriti.

Pengerusi Biro Pekerjaan PKR Datuk Abdullah sani Abdul Hamid menjelaskan, dengan 10,000 anggota polis dilaporkan memperolehi gaji kecil menjadi pendorong utama kepada penglibatan mereka dalam gejala rasuah dan penipuan.

“Saya amat bersimpati dengan perkara tersebut dan bagi saya angka 10,00 adalah begitu ramai yang mana faktor gaji rendah ini akan menyebabkan individu itu terpaksa menipu atau mencari duit sampingan lain.

“Sebagai contoh, jika gaji sebanyak RM2,000 dan menetap di Kuala Lumpur memberikan cabaran besar apatah lagi RM4,000 yang dianggap berada di bawah paras kemiskinan.

“Sebelum ini juga, terdapat beberapa kes anggota polis yang terlibat dalam gejala rasuah seperti terlibat dalam sindiket perjudian haram,dadah,rumah urut dan banyak lagi di mana ia dipercayai untuk mencari duit tambahan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi yang mengakui gaji anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjadi semakin rendah di mana mereka hanya menerima gaji bersih tidak sampai 40 peratus daripada gaji kasar.

Beliau dipetik berkata, terdapat lebih 10,000 anggota polis mengalami masalah hutang yang serius dan kebanyakan mereka yang terlibat berusia di antara 30 hingga 35 tahun dan 50 hingga 55 tahun.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat turut berkata pada 6 Disember lalu, seorang anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulai, telah ditahan dan disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM3,000 daripada guru agama sebagai dorongan menyelesaikan siasatan satu kes dadah membabitkan dirinya yang sedang dijalankan oleh Bahagian Narkotik IPD Kulai, Johor.

Justeru pandangan perkara seperti itu memberi banyak kesan buruk lebih-lebih lagi anggota polis merupakan badan yang menjaga keselamatan rakyat dan rakyat telah memberi kepercayaan penuh kepada mereka.

“Oleh itu saya ingin menggesa pihak kerajaan secara serius melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota dan pegawai agensi-agensi penguatkuasa di negara ini khususnya PDRM sepertimana yang disarankan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah(SPRM) sebelum ini.

“Ini sebagai salah satu langkah penting bagi mengelakkan anggota dan pegawai agensi-agensi penguatkuasa terjerumus ke dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa,” ujarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...