TERKINI :

Wednesday, January 10, 2018

DAP PELAKON TAMBAHAN

Selesai diumumkan pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia bagi Pakatan Harapan, ramai memberikan reaksi. Ada reaksi ikhlas, ada komen sinis, ada pendapat menghina malah banyak juga memuji.

DAP diperuntukkan 35 kerusi Parlimen. Pak Lebai Kelantan kata DAP untung, DAP dominan. Parti-parti komponen BN juga tidak kurang sinis menghentam Pakatan Harapan bahawa pembahagian kerusi menguntungkan DAP. Malah ada pendapat mengatakan bahawa walau pun Tun Mahathir diangkat sebagai calon Perdana Menteri, Lim Kit Siang yang untung.

Terbaru Presiden parti seluruhnya Cina (MCA) mengatakan DAP hanya sekadar pelakon tambahan kerana hanya diberikan 35 kerusi. DAP telah mengkhianati masyarakat Cina kerana bersama Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan.

Sebelah kelompok melayu, dimomokkan DAP yang untung dan jahat sebaliknya di sebelah kelompok bukan melayu, dikatakan DAP hanya pelakon tambahan tiada harga.

Pendirian aku mudah. Jika DAP yang ahlinya berbilang bangsa dan kaum seperti aku dikatakan pelakon tambahan, aku terima seadanya kerana pelakon tambahan juga memainkan peranan yang tidak kurang penting untuk menjatuhkan Umno/BN dan sekutunya.

Pelakon tambahan untuk menjatuhkan BN adalah lebih baik dari pelakon utama yang bersama BN menjahanamkan negara.

Soalnya ialah di mana MCA dalam BN? Agaknya berapa kerusi MCA yang diperuntukkan oleh Umno/BN? Apa peranan MCA dalam BN? Adakah MCA yang kononnya mewakili masyarakat cina memainkan peranan menasihatkan Umno dan Najib dari menjahanamkan negara atau MCA hanya sekadar pemerhati membiarkan sahaja Najib dan Umno menjahanamkan negara? Lebih dari itu adakah MCA menjadi pelakon utama bersama Umno dan Najib menjarah semua kekayan Malaysia untuk diri sendiri tanpa menghiraukan nasib warga Malaysia tidak kira melayu, cina, india dan lain-lain?

Batman bersama Robin menyelamatkan Gotham City daripada dijahanamkan oleh Mr. Freeze. Batman berseorang tidak akan berjaya menyekat Mr. Freeze tetapi dengan bantuan "sidekick" atau wira tambahan Robin, gandingannya lebih mudah menyekat Mr. Freeze.

Jika aku yang bersama DAP ini pelakon tambahan kepada Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN, aku terima seadanya kerana tujuan utama aku dan parti aku ialah menyelamatkan Malaysia dari Umno dan sekutunya MCA di dalam BN dari terus menjahanamkan negara.

Zulhazmi Shariff

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...