TERKINI :

Saturday, January 6, 2018

Azmin nafi hendak bertanding di Shah Alam

KENYATAAN MEDIA
06 Januari 2018

Saya dengan ini menafikan apa yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang Selangor yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar yang kononnya sokongan pengundi di Parlimen Gombak yang semakin berkurangan menjadi faktor saya memilih untuk bertanding di Parlimen Shah Alam iaitu kubu kuat para penyokong cukup setia Parti Amanah Malaysia (AMANAH) malah saya seratus peratus yakin AMANAH akan terus berkuasa disana memandangkan para pengundi Pakatan Harapan di Shah Alam pastinya berterima kasih dan terhutang budi dengan Kerajaan Rakyat yang Berjaya menundukkan Kerajaan Pusat dengan memansuhkan caj tol yang menjerut tengkuk rakyat dan menanduskan kocek rakyat.

Walaubagaimanapun sekiranya ada yang mencadangkan saya untuk terus di Parlimen Gombak atau berpindah ke Parlimen Shah Alam ataupun mana mana Parlimen lain itu bukan keputusan saya akan tetapi ia adalah keputusan bersama Pakatan Harapan.

Sebagai orang yang berakal, bertamadun dan beragama, Beliau tidak sewajarnya menimbulkan persoalan ini kerana beliau sendiri berhadapan dengan masalah dan krisis dalamam parti yang tidak berkesudahan. Sepatatnya beliau perlu bermuhasabah diri kerana tidak mendapat tempat di hati rakyat Selangor dengan kekalahan berganda pada Pilihan Raya Umum yang lepas.

Oleh itu saya mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya Negeri Selangor untuk menolak pembangkang yang kaki borak, samseng dan rasis. Realitinya kata kata Pembangkang Selangor tidak cukup jantan dan hanya mencari publisiti murahan untuk memastikan dipilih pucuk pimpinan parti Parti Pemerintah agar dicalonkan pada Pilihan Raya Umum yang bakal berlangsung selewat lewatnya pada Februari 2018 hadapan.

Nasihat saya, jadilah sebuah bangsa yang gagah, bermaruah, berwibawa dan menghormati nilai-nilai kemanusiaan sejagat bukan seperti ayam jantan kuat berkokok ekor menyapu tahi.

DATO’ SERI MOHD AZMIN ALI
Menteri Besar Selangor
http://azminali.com/category/ucapan/

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...