TERKINI :

Thursday, July 26, 2018

Tuesday, April 10, 2018

Syed Saddiq: Jika Dr M kayakan anak, pasti SPRM serbu pejabat


PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pasti menyerbu pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar bekas perdana menteri itu mengayakan 3 orang anaknya.

Ketua Pemuda PPBM berkata pejabat pengerusi PPBM itu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 7, Putrajaya terletak 3 minit sahaja dari bangunan SPRM.

“Dr Mahathir dah lepaskan jawatannya, saya kira, dah nak 15 tahun. Beliau tak berkuasa lagi. Kalau betul kronisme, SPRM dah lama pergi ke pejabat dia,” katanya.

Beliau berkata demikian di debat “Apa Pilihan Anak Muda: Barisan Nasional atau Pakatan Harapan” anjuran Sinar Harian, menemukan Syed Saddiq dan Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin.

Rahman sebelum itu mendakwa antara kejayaan Dr Mahathir adalah melahirkan 3 orang hartawan Melayu dan ketiga-tiganya adalah anaknya.

Syed Saddiq mempertikaikan dakwaan Rahman mengenai Dr Mahathir mengayakan ahli ahli keluarganya.

Gelombang PH melanda Temerloh malam tadi


MALAYSIA DATELINE



Orang ramai memenuhi Temerloh dalam jelajah PH malam tadi.

Selepas gelombang di utara dan selatan tanah air, malam tadi Pakatan Harapan mempamirkan sokongan rakyat kepada mereka di pantai timur pula iaitu Temerloh, Pahang.

Puluhan ribu berhimpun malam tadi dalam program Jelajah Peneroka PH di Kampung Chengal, Temerloh Pahang, malam tadi yang diketuai oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.


Di samping itu, siaran langsung melalui internet malam tadi mencecah 21,000 penonton yang mengikuti secara langsung perhimpunan ini.

Sebelum ini, ribuan orang juga menyertai himpunan JPH di Alor Setar dan Utan Aji Perlis.

Hujung minggu lalu, himpunan di Pasir Gudang dan Muar juga mendapat sambutan yang luar biasa.

Friday, February 16, 2018

Saturday, February 10, 2018

Mukhriz sahkan bertanding di Kedah

 Mukhriz
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan akan bertanding di Kedah pada PRU14, sekaligus menepis ura-ura mengatakan beliau bakal bertanding di Selangor.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah tidak menolak kemungkinan bertanding di dua kerusi, Dun dan Parlimen serentak, namun enggan dedahkan kawasan yang akan ditandinginya.

“Apa yang diuarkan termasuk laporan sebuah media perdana baru-baru ini, saya andaikan ‘mabuk ketum’ kut. Tiada sebab saya nak bertanding di negeri lain selain Kedah. Saya bukan bertapak di Selangor sebagai orang politik, jadi tak masuk akal dakwaan itu,” katanya.

Menurut Adun Ayer Hitam itu, beliau tidak sedikit pun berasa gusar atau bimbang kalah jika memilih kerusi di Kedah.

“Gerenti Kedah! Kerusi mana kenalah tunggu dan lihat,” katanya berseloroh.

Mengulas ramalan banyak pihak yang mahu beliau bertanding kerusi Parlimen bersesuaian dengan kedudukan dalam parti selain layak diberikan jawatan menteri kabinet, katanya, masih dalam pertimbangan.

“Ada juga cadangan mahu saya bertanding peringkat Dun, saya rasa cadangan itu boleh dipertimbangkan,” katanya.

Mukhriz turut menepis dakwaan kononnya beliau tidak yakin menang di kerusi disandangnya dan memilih Selangor sebagai jalan selamat.

“Pandangan orang tertentu sahaja, atas ketakutan itu kononnya diuarkan saya nak bertanding di Selangor. Ia tak benar sama sekali,” katanya.

Menurutnya, ia sekadar mainan psikologi politik sedangkan dapatan kajian menunjukkan positif.

“Sokongan terhadap Pakatan Harapan melonjak di Kedah, atas beberapa sebab antaranya setelah Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan sebagai Perdana Menteri Harapan yang juga anak jati Kedah. Dua daripada tiga kawasan Parlimen yang sedang dipertimbangkan Tun untuk bertanding adalah di Kedah, ia umpama suntikan semangat kepada rakyat Kedah,” katanya.

Tambahnya, pasti rakyat Kedah mahu mengambil peluang ini untuk mengembalikan kegemilngan Kedah dalam arena politik tanahair.

“Ketika saya tadbir Kedah, saya tak pernah timbulkan masalah pada rakyat Kedah. Saya percaya peluang untuk menang di Kedah sangat cerah,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kajian menunjukkan Kedah bakal ditawan Pakatan Harapan, manakala Pas juga mahukan Kedah susulan memiliki majoriti pengundi Melayu.

“BN juga sudah mula mainkan kempen politik, dan turut bagi tumpuan pada Kedah terutama di Jerlun dan Langkawi. Malah kawasan berkenaan seolah ditabur peruntukan luar biasa, apa sahaja diperlukan pengundi, mereka bagi. Kita tengok sahaja taktik seperti itu berkesan atau sebaliknya,” katanya.

Friday, February 9, 2018

MCA nafi serah kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada UMNO

BN BERPERANG BAB KERUSI. TUNGGU MUKTAMAD CALON, PERANG DUNIA AKAN MELETUS DLM UMNO & BN


MCA hari ini menafikan yang ia menyerahkan kerusi parlimen Bandar Tun Razak kepada Umno.

“Tidak benar. Saya tidak akan bincangkan isu pertukaran kerusi menerusi media,” kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Tan Chai Ho menyandang kerusi itu selama 3 penggal sebelum tewas di tangan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 2008.

MCA berpendapat, kerusi di kawasan bandar yang majoriti pengundinya Melayu itu diperuntukkan sebagai kerusi tradisi MCA sejak 5 pilihan raya lalu atas dasar semangat Barisan Nasional namun kerusi tersebut turut dimahukan Umno.

ANDIK VERMANSAH PEMAIN IMPORT KUOTA ASEAN KEDAH FA.

ANDIK VERMANSAH PEMAIN IMPORT KUOTA ASEAN KEDAH FA.


Selamat datang ANDIK VERMANSAH!

Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - berjaya mengikat khidmat pemain kebangsaan Indonesia ini selama setahun bagi mengisi slot kuota import Asean skuad hijaukuning.

Pemain sayap lincah ini menjadi rebutan 6 kelab di liga Indonesia dan akhirnya memutuskan skuad hijaukuning destinasi perjuangan bagi musim ini.

Pengesahan kontrak dan pendaftaran beliau dimaklumkan oleh Football Malaysia LLP petang tadi selepas proses termeterainya kontrak dan pemeriksaan perubatan diselesaikan semalam di Alor Setar.

Andik akan menyarung jersi bernombor 30 pada musim ini.

Dengan berita ini, tertutuplah spekulasi kuota import Asean skuad hijaukuning dan kini muktamad semua 5 kuota import didaftarkan oleh KFA.

Ayuh Andik, kamu bisa!

-------------------------------

BIODATA ANDIK VERMANSAH

Nama penuh: Andik Vermansah
Tarikh lahir: 23 November 1991 (umur 26 tahun)
Tempat lahir: Jember, Indonesia
Tinggi: 163 cm
Posisi: Sayap, Tengah

|> Info kelab

>Akademi
2005–2008 Persebaya Surabaya

>Kelab
Tahun / Pasukan / Penampilan (gol)
2008–2013 Persebaya Surabaya 92 (36)
2013–2017 Selangor FA 67 (11)

>Pasukan Kebangsaan
2012 Indonesia U-21 6 (5)
2011–2013 Indonesia U-23 21 (3)
2012 Indonesia 17 (2)

KESEMUA GERAN TANAH-TANAH FELDA DI JALAN SEMARAK MASIH HAKMILIK PEMAJU

KESEMUA GERAN TANAH-TANAH FELDA DI JALAN SEMARAK MASIH HAKMILIK PEMAJU

Saya masih berminat untuk meneruskan siasatan ke atas tanah-tanah Felda di Jalan Semarak kerana saya percaya penyelesaian yang diumumkan oleh Tan Sri Shahrir Samad hanyalah satu helah. Jika tanah-tanah ini terus diserahkan kepada pemaju untuk dimajukan, peneroka-peneroka Felda dan rakyat keseluruhannya akan kerugian besar.

Saya ingin kembali kepada titik mula isu ini, iaitu:

i. Tan Sri Shahrir Samad mula-mula mendedahkan perkara ini kerana kata beliau, Felda tidak mahukan projek pembangunan yang melibatkan pemaju dan hanya mahukan tanah-tanah itu kembali kepada Felda

ii. Selepas isu tanah-tanah Felda diambil tanpa pengetahuan pengurusan Felda menjadi polemik sehingga hampir sebulan, pada 15 Januari 2018, Tan Sri Shahrir Samad sendiri memanggil sidang media mengumumkan bahawa tanah-tanah itu telah kembali kepada Felda.

Ekoran dari sidang media 15 Januari 2018 itu, akhbar-akhbar utama melaporkan kononnya “Felda telah dapat kembali hak milik tanah-tanah (di Jalan Semarak)”.

Ini dilaporkan oleh akhbar-akhbar yang dikawal oleh Barisan Nasional, contohnya Utusan Malaysia:

Untuk mengelakkan saya tersalah baca, saya juga menyemak akhbar-akhbar yang dilihat lebih beas, contohnya The Sun:

Kedua-dua laporan dengan secara jelas menyebut bahawa Felda telah mendapat kembali hak milik. Laporan The Sun (yang lebih bebas) dengan lebih jelas menyebut bahawa “all of the property ownership letters have been registered back under Felda’s name” yang memberi maksud kesemua hak milik tanah itu telah didaftarkan kembali di atas nama Felda.

Saya telah membuat pelbagai siasatan dan telah berjaya mendapatkan geran hak milik untuk kesemua 16 lot tanah Felda yang dipindahkan kepada pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd. Semua geran ini diperolehi dengan menjejaki nombor-nombor geran hak milik, yang seterusnya membolehkan saya membeli setiap geran yang bernilai RM30 setiap satu.

Saya tunjukkan geran-geran ini setiap satu persatu seperti berikut:

Saya ingin menunjukkan beberapa persoalan nyata yang perlu dijawab oleh Tan Sri Shahrir Samad ekoran dari sidang media beliau bertarikh 15 Januari 2018 kononnya Felda telah memperolehi kembali hak milik tanah-tanah tersebut:

i. Tidak ada satu pun dari tanah-tanah itu yang telah dipindah milik kembali kepada Felda. Setakat 31 Januari 2018 iaitu seminggu lalu ketika geran-geran ini diperolehi, kesemua 16 lot tanah masih lagi milik syarikat pemaju iaitu Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (Lot 390) dan Synergy Promenade Sdn Bhd (15 lot yang lain)

ii. Apabila Tan Sri Shahrir mengumumkan pada 15 Januari yang lalu kononnya Felda telah memiliki kembali hak milik, apakah maksud beliau sedangkan geran-geran hak milik secara jelas menunjukkan ia masih lagi hak milik pemaju?

iii. Apabila beliau dipetik oleh akhbar The Sun sebagai berkata “semua surat pemilikan tanah telah didaftarkan kembali atas nama Felda”, surat apa yang dimaksudkan beliau? Satu-satunya instrumen undang-undang yang diguna pakai adalah geran hak milik yang menunjukkan tidak ada satu pun geran hak milik didaftarkan atas nama Felda

Lebih tenat lagi, saya ingin mengingatkan Tan Sri Shahrir bahawa syarat nyata yang dimasukkan bagi geran hak milik tanah-tanah lot 4573, 4574, 9096, 14120 dan 22524 adalah bagi tujuan pejabat Felda sahaja, seperti yang ditunjukkan oleh geran-geran lot 4573 dan 4574 di bawah (boleh rujuk setiap geran yang disertakan bersama):

Maka, apabila pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd mahu membangunkan menara-menara perniagaan dan kediaman mewah untuk dijual kepada orang ramai, itu telah pun melanggar syarat-syarat nyata berhubung 5 lot tanah yang diambil dari Felda itu.

Ini adalah soalan-soalan awal yang saya ingin tanyakan kepada Tan Sri Shahrir Samad agar beliau dapat menerangkan kepada rakyat.

Saya tahu bahwa tujuan sandiwara ini dimainkan adalah untuk menunjukkan bahawa pengurusan Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Shahrir Samad tidak terlibat di dalam pelbagai urusniaga yang merugikan peneroka Felda dan sedang berusaha menyelamatakan Felda. Ini bertujuan meyakinkan peneroka Felda dan orang Melayu kononnya pelbagai isu yang dibawakan oleh saya dan pimpinan Pakatan Harapan yang lain adalah tidak benar.

Hakikatnya tidak ada satu pun lagi tanah-tanah itu yang diumumkan “telah kembali” kepada Felda yang hak miliknya didaftarkan kembali atas nama Felda. Jika saya tidak berusaha mendapatkan geran-geran ini, sudah tentu peneroka akan tidur lena kerana percaya tanah-tanah itu kekal dalam tangan Felda, sedangkan semua gerak hak milik menunjukkan ia telah dipindahkan sepenuhnya kepada pemaju dan tidak satu pun yang dikembalikan.

Saya akan terus menunggu jawapan dari Tan Sri Shahrir dan terus berdebat dengan beliau melalui media sehinggalah tanah-tanah itu kembali sepenuhnya kepada Felda, bukannya sandiwara yang dimainkan setakat ini.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Thursday, February 8, 2018

Media kerajaan dan pemimpin Umno lebih dahsyat cetuskan berita palsu


Begitu ramai pemimpin UMNO dan kerajaan bercakap mengenai undang-undang mengekang berita palsu sekarang ini. Ada yang mengatakan ia suatu keperluan, meminta undang-undang itu disokong semua orang dan tidak kurang yang menyatakan sesiapa yang melakukannya tidak akan terlepas daripada tindakan.

Cara mereka bercakap seolah-olah hanya pihak pembangkang atau mereka yang condong kepada perubahan saja yang gemar menyebar berita palsu ini.

Seolah-olahnya juga pemimpin UMNO dan kerajaan serta media yang ditaja oleh mereka tidak pernah sama sekali terlibat dalam berita palsu, sebaliknya hanya menjadi mangsa belaka.

Benarkah begitu?

Untuk melihat yang mana benar dan yang mana palsu, cuba kita imbas kembali beberapa kenyataan Najib Razak mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya sebelum ini.

Daripada beliau pada mulanya menafikan perkara itu, kemudian mengakuinya dan beberapa kenyataannya yang berbeza-beza mengenai satu perkara, tidaklah itu sebenarnya berita palsu?

Malah, dua hari lalu apabila Najib mengatakan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion tidak hilang dan asetnya lebih besar daripada itu, ia adalah jelas suatu lagi berita palsu daripadanya yang baru kembali daripada menunaikan umrah, menziarahi makam Rasulullah serta masuk ke dalam Kaabah.

Bukankah sebelum ini juga Najib mengakui 1MDB adalah suatu kegagalan kerajaan?

Kenapakah Najib asyik merapu dan tidak konsisten tentang 1MDB yang bagi rakyat adalah suatu malapetaka bagi negara?

Begitu juga dengan kenyataan Zahid Hamidi yang mengakui pernah berjumpa dengan wakil keluarga penderma RM2,600 juta kepada Najib, tetapi apabila diasak untuk berterus-terang siapakah yang ditemuinya itu, sehingga sekarang senyap terus kata-katanya, tidakkah ia suatu berita palsu?

Lebih dari itu, Zahid Hamidi juga pernah gah membuat dakwaan mengenai dalang Lahad Datu, amalan syiah yang melibatkan Mohamad Sabu, kad pengenalan biru Tun Mahathir Mohamad yang didakwanya bertulis “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” dan beberapa perkara lain yang gagal dibuktikannya, bukankah ia satu lagi berita palsu yang nyata?

Dalam beberapa kenyataan pemimpin UMNO yang berbeza dan bercanggah antara satu sama lain ketika mempertahankan Najib berhubung wang RM2,600 juta yang diterimanya, apakah ia bukan berita palsu?

Ketika Ahmad Maslan dengan bangga menyatakan GST akan menurunkan harga barang, tetapi semunya terbukti tipu belaka sehingga kini, tidakkah ia juga berita palsu?

Dalam waktu yang sama, cuba juga kita lihat media-media arus perdana seperti akhbar dan televisyen yang semakin tidak laku dan diketepikan rakyat, terutama dalam laporannya berkaitan politik, berapa peratuskah berita benar yang ada di dalamnya?

Ada yang mengatakan dalam media arus perdana sekarang, hanya laporan waktu sembahyang dan keputusan nombor ekor saja berita yang benar dan boleh dipercayai.

Tidakkah dengan semua perkembangan ini, media arus perdana sudah menjadi penyebar berita palsu berlesen paling utama dalam negara?

Jika media arus perdana pun sudah begitu dahsyat kelakuannya, usah dibayangkan lagi bagaimana ganas dan rakusnya media baru, media sosial dan blog serta portal yang ditaja oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin tertentu dalam menyebarkan berita-berita palsu melalui tulisan-tulisan mereka setiap hari.

Yang nyata, hampir semuanya palsu, rekaan dan khayalan semata-mata yang dilaporkan sedemikian rupa hanya untuk memastikan kerajaan kleptokrasi terus kekal berkuasa.

Maka, ketika kerajaan mahu merangka undang-undang mengekang berita palsu ini, siapakah yang mereka mahu sasarkan sebenarnya?

Pembangkang atau diri mereka sendiri?

Sudahkah kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO menatap cermin untuk melihat kebenaran?

>> Komentar bebas Shahbudin Husin, penganalisa isu semasa I 05 Februari 2018

Kekal 31 kerusi asal, bincang 4 kerusi baru, Pakatan Harapan berjaya selesai 62 peratus agihan


SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Selangor berjaya menyelesaikan rundingan 35 daripada 56 kerusi DUN dalam mesyuarat pembahagian kerusi semalam.

Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh berkata, rundingan yang berjaya diselesaikan adalah kerusi asal yang ditandingi PKR, DAP dan Amanah pada pilihan raya umum ke-13.

 
Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh

“Setakat ini memang bukan semua diselesaikan kerana ini adalah mesyuarat pertama. Kami berjaya 62% dari jumlah keseluruhan kerusi.

“Apa yang kami akan buat selepas ini adalah perjumpaan secara 2 pihak atau 3 pihak di antara parti secara berasingan,” katanya ketika ditemui selepas tamat mesyuarat di Shah Alam kelmarin.

Pada PRU13, PKR memenangi 14 kerusi, DAP (15) dan Amanah (2). Bilangan kerusi PKR dan DAP berkurang 1 kerusi apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dan Loh Chee Heng keluar parti.

Kerusi yang dimenangi akan ditandingi oleh parti-parti yang menang. Berdasarkan mesyuarat itu, jika dijumlahkan keseluruhan kerusi dimenangi PKR, DAP dan calon Amanah, yang sebelum ini bertanding atas tiket PAS, hanya 4 kerusi baharu berjaya dibincangkan.

Selain Gobind, DAP menghantar Prof Abdul Aziz Bari, Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan Adun Kuala Kubu Baru Lee Kee Hiong ke mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Saari Sungib berkata partinya menuntut 18 lagi kerusi DUN, menjadikan bilangan kerusi DUN dipohon 20 kerusi.

Saari berkata Amanah sedia berunding dan melepaskan 4 atau 5 kerusi DUN kepada PPBM sahaja tetapi tidak kepada parti lain.

“Secara prinsipnya, kita bertanding untuk menggantikan PAS. Kita akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS,” katanya.

Pada PRU13, sewaktu PAS bersama Pakatan Rakyat, parti Islamis itu menang 15 daripada 21 kerusi DUN yang ditandingi.

Menurut Saari, 4 parti komponen PH iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah berebut kerusi-kerusi PAS dan BN terutamanya kerusi DUN Lembah Jaya, yang ketika ini dipegang Adun Khasim Abdul Aziz dari PAS.

Pada PRU13, Khasim menewaskan calon BN dengan majoriti selesa 8,713 undi.

Sementara itu, Setiausaha PH Selangor Zuraida Kamaruddin berkata, beliau gembira dengan mesyuarat tersebut dan akan sedaya upaya menyelesaikan pembahagian kerusi minggu ini.

Mesyuarat pembahagian kerusi ini akan diteruskan esok, 3.00 petang.

Sebelum ini, Naib Pengerusi PKR Selangor Xavier Jayakumar memberitahu PKR berhasrat untuk bertanding di semua 12 kawasan yang ditandingi partinya pada PRU13.

Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa Azmin.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14.

Reaksi Amanah dan DAP itu menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.

Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara parti komponen.

Abdul Rahman sangkal dakwaan Mydin penyusutan kuasa beli rakyat

Abdul Rahman sangkal dakwaan Mydin penyusutan kuasa beli rakyat
Jualan pasar raya besar tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya penanda aras bagi prestasi jualan runcit dan seterusnya memaparkan keadaan ekonomi Malaysia serta rakyatnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dengan data Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan bahagian jualan pasar raya besar hanyalah sebanyak 8.0 peratus.

Kenyataannya itu sebagai menyangkal dakwaan Pengarah Urusan rangkaian pasaraya dan emporium Mydin, Datuk

Ameer Ali Mydin bahawa rakyat negara ini tidak mempunyai wang mencukupi bagi perbelanjaan barangan keperluan biarpun Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Perdagangan runcit di Malaysia telah mencatat pertumbuhan kukuh baik dari segi nilai mahu pun jumlahnya,\” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dari segi nilai, perdagangan runcit merekodkan pertumbuhan dua angka untuk tiga suku berturut-turut pada 2017 manakala dari segi jumlah, ia meningkat masing-masing kepada 7.8 peratus, 11.5 peratus dan 10.4 peratus bagi suku pertama, kedua dan ketiga 2017.

Abdul Rahman berkata, perdagangan runcit bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 meningkat kepada RM410.5 bilion berbanding RM367.7 bilion pada tempoh sama pada 2016 iaitu peningkatan sebanyak 11.6 peratus.

Bilangan premis atau kedai tanpa sebarang pengkhususan termasuk pasar raya besar juga meningkat daripada 66,920 (2016) kepada 73,848 pada 2017.

Ini sahaja mungkin menjadi antara sebab mengapa ada pasar raya besar ini mengalami jualan lebih perlahan kerana pengguna kini mempunyai banyak pilihan untuk berbelanja,” katanya.

Abdul Rahman berkata, berdasarkan Bancian Ekonomi 2016 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan, transaksi e-Dagang merangkumi perniagaan kepada pengguna adalah bernilai RM73.7 bilion dan angka itu terus meningkat setiap tahun.

Semakin ramai orang membeli produk, termasuk barangan keperluan asas mengikut keselesaan sendiri berikutan kemudahan berbelanja menerusi internet,” katanya.

Kebanyakan pasar raya besar di Malaysia sudah mula menawarkan pembelian barang runcit dan penghantaran melalui atas talian kepada pelanggan mereka. Mereka yang tidak meneroka trend ini akan kehilangan potensi perolehan yang datang dari kaedah beli-belah yang semakin berkembang ini

Beliau juga memetik angka industri pelancongan tempatan sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia mempunyai wang untuk berbelanja.

Sebagai contoh, perbelanjaan dalam kalangan pelancong tempatan meningkat 10.2 peratus pada tahun 2016 kepada RM74.8 bilion berbanding RM67.7 bilion pada tahun 2015 dan menambah, aktiviti beli-belah adalah komponen terbesar perbelanjaan pelancong tempatan dengan sumbangan sebanyak 35.3 peratus.

Pelancong Malaysia membelanjakan RM33.5 bilion di luar negara pada tahun 2016, peningkatan sebanyak RM31.3 bilion pada tahun 2015, walaupun ringgit mengalami penyusutan pada tempoh berkenaan.

Kesemua angka ini bersamaan dengan peningkatan median pendapatan bulanan isi rumah sebanyak 6.2 peratus setahun daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,228 pada tahun 2016 dan purata bulanan perbelanjaan isi rumah melonjak sebanyak 5.9 peratus setahun daripada RM3,578 pada tahun 2014 kepada RM4,033 pada tahun 2016 seperti dilaporkan dalam Kajian Pendapatan dan Perbelanjaan Keluarga oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, katanya.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh jelas memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk peningkatan pendapatan dan kuasa beli yang menggalakkan penggunaan swasta.

Malah, penggunaan swasta terus menjadi penyumbang kepada ekonomi Malaysia iaitu sebanyak 53.2 peratus atau RM589.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Prestasi ekonomi dan keadaan negara serta rakyatnya tidak boleh diukur melalui hanya satu sub-sektor seperti industri pasar raya besar sahaja.

Walaupun KDNK mempunyai batasannya dan mungkin bukan petunjuk tepat terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat, ia seolah berkait rapat dengan ukuran kualitatif yang lebih besar terhadap kemakmuran.

“Apabila KDNK berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, pendapatan isi rumah meningkat dan rakyat mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja, katanya.

Wednesday, February 7, 2018

Tabung Haji umum hibah 6.25 peratus kepada 8.7 juta pendeposit

 Tabung Haji umum hibah 6.25 peratus kepada 8.7 juta pendeposit
Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

“Bayaran hibah sebanyak 6.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 93 peratus atau 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji.

“Bagi 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibah sebanyak 4.50 peratus,” katanya ketika mengumumkan agihan hibah itu, di sini hari ini.

Untuk rekod, TH mengumumkan 4.25 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.88 bilion.

Pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan hibah TH 2017, Isnin ini (12 Februari).

Jamil Khir berkata pengagihan hibah itu telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak RM68 juta kepada semua pusat pungutan zakat negeri dan kepada asnaf-asnaf yang layak di seluruh negara.

Menurutnya, TH mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada tahun 2017 berbanding 2016, dengan pendapatan kasar meningkat sebanyak RM1.1 bilion atau 31 peratus kepada hampir RM4.5 bilion, berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM3.4 bilion.

“TH juga merekodkan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak hampir RM2.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM0.3 bilion (13 peratus) berbanding tahun 2016 sebanyak RM2.5 bilion,” katanya.

Tambahnya, anak-anak syarikat TH turut menyumbang kepada pendapatan tersebut sebanyak RM1.1 bilion antaranya BIMB Holdings Berhad (RM706 juta), TH Properties Sdn Bhd (RM113 juta), Kumpulan TH Hotel & Travel (RM104 juta), TH Trust (RM82 juta), Kumpulan LTH Property Holdings Ltd (RM82 juta) dan TH Plantations Berhad (RM50 juta).

syarikat minyak dan gas yang telah dan masih terjejas ekoran kemelut melanda industri itu.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata TH telah membelanjakan sebanyak RM356 juta bagi pengurusan haji pada tahun 2017, dengan RM298 juta adalah subsidi haji dan RM58 juta bagi kos tidak langsung termasuk kos kesihatan, kaunseling dan bimbingan haji.

Katanya, sebanyak RM2.41 juta pula diperuntukkan bagi membiayai 713 warga tua dan kurang berkemampuan untuk menunaikan haji melalui Dana Tabung Warga Tua.

Bagi tahun ini, Jamil Khir berkata

Rafizi kekal MP hingga rayuan selesai, kata Pengerusi SPR

 Rafizi kekal MP hingga rayuan selesai, kata Pengerusi SPR
Mohd Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), enam tahun lepas, masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata kedudukan Rafizi seteruskan akan ditentukan selepas semua proses rayuan selesai sepenuhnya.

“Buat masa ini terlalu awal untuk SPR memberi sebarang komen berhubung kedudukan beliau (Mohd Rafizi) sama ada boleh atau tidak beliau bertanding pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti memandangkan kes tersebut hanya akan menjadi muktamad selepas semua proses perundangan berkaitannya diselesaikan sepenuhnya kerana beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi yang juga Naib

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah BAFIA enam tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman sama terhadap bekas kerani bank, Johari Mohamad selepas didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi .

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selepas membenarkan permohonan peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari dan peguam Ahmad Nizam Hamid mewakili Mohd Rafizi.

Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.

Mohd Rafizi, 41, didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Beku peruntukan: PAS beri tempoh kepada Azmin sebelum Tahun Baru Cina

salleha
SHAH ALAM: PAS memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebelum Tahun Baru Cina 17 Februari ini untuk melepaskan peruntukan negeri kepada wakil-wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi memberi amaran parti Islamis itu akan bertindak sekiranya pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu tidak memenuhi tuntutan mereka.

“Kalau kami masih belum menerima juga, dan apabila Adun-Adun lain yang kami difahamkan ada yang boleh menggunakan peruntukan ini, maka selepas daripada Tahun Baru Cina ini kita akan ambil tindakan seterusnya termasuk buat kenyataan rasmi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS harian hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Sallehen sebagai berkata Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) memaklumkan peruntukan tahun ini kepada wakil-wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS akan dibekukan.

Azmin sebelum ini menafikan pentadbirannya menyekat peruntukan tahunan RM800,000 itu dan berkata kelewatan mungkin berpunca kerana masalah teknikal.

Sallehen hari ini berkata PAS Selangor, parti komponen yang membentuk kerajaan negeri sekarang bersama PH, mahu bertemu Azmin dan mendengar penjelasannya mengenai peruntukan itu.

“Saya sendiri telah pun mengeluarkan pesanan ringkas kepada menteri besar dan saya meyakini permohonan saya sampai kerana beliau sendiri maklumkan hasrat saya kepada Adun Dusun Tua (Razaly Hassan) mengatakan saya akan berjumpa beliau.

“Namun sehingga hari ini kita masih belum dapat berjumpa menteri besar mungkin kerana kesibukan dan sebagainya. Kita akan terus berhubung dengan setiausaha politik beliau (Mat Shuhaimi Shafiei) untuk kami berjumpa,” katanya.

PAS tidak akan merayu

Sallehen menegaskan tujuan perjumpaan itu nanti bukan untuk merayu kepada timbalan presiden PKR itu.

Pemimpin PH kecewa Rafizi dipenjara 30 bulan demi selamat wang rakyat

Rafizi55
SHAH ALAM: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) kecewa dengan hukuman penjara 30 bulan yang dijatuhkan mahkamah ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2012.

Walaupun terkejut, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu lega kerana hakim Mahkamah Sesyen membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

“Saya harap rayuan Rafizi dan (bekas kerani bank) Johari Mohamad akan berjaya sebab apa yang mereka buat untuk mempertahankan wang rakyat.

“Malah, beliau tidak mendapat sebarang keuntungan atas pendedahan itu. Kami DAP tetap akan memberi sokongan kepada Rafizi,” katanya kepada FMT selepas hadir mendengar keputusan itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Terdahulu, Hakim Zamri Bakar mendapati Rafizi dan Johari bersalah di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan penyata akaun NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Salleh.

Naib presiden PKR itu didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Johari pula didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Bafia dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 akta sama atas kesalahan bersubahat.

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan keputusan itu satu lagi hari hitam dalam sistem perundangan negara.

“Hukuman penjara 30 bulan adalah berat dan sangat menakutkan buat warganegara, rakyat yang berpotensi menjadi ‘whistleblower’ untuk membanteras penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, songlap dan beraneka jenayah kolar putih.

“Tidak dapat dielakkan persepsi buruk rakyat terhadap perundangan negara yang tidak melindungi rakyat baik atau ‘good citizens’ ini, sebaliknya melindungi penjenayah.

“Kalau usaha membanteras jenayah dianggap jenayah, maka negara sedang dipimpin penjenayah,” katanya.

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yakin kemenangan PH menawan Putrajaya ialah satu-satunya jalan untuk memastikan Rafizi mendapat keadilan sewajarnya dan dibebaskan sepenuhnya.

“Kita kesal dengan sabitan kes ini dan hukuman 30 bulan penjara, tapi kita bersyukur ia diberi penangguhan hukuman untuk rayuan dan kita yakin selepas pilihan raya, kita menang nanti, saya rasa kes ini kita boleh menang.”

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan Rafizi ialah pemimpin yang berani menegakkan kebenaran demi menyelamatkan wang rakyat.
“Kami hadir untuk beri sokongan buat saudara Johari dan Rafizi kerana antara usaha penting yang dilakukan mereka untuk ketengahkan skandal rasuah, itulah keberanian bagi pemberi maklumat.

“Kami amat kecewa sama sekali (dengan hukuman hari ini). Bagi pihak PKR dan keluarga besar kami, di mana antara kebanyakan usaha Rafizi menyelamatkan dana negara, maka 30 bulan itu memang sesuatu yang sukar diterima.

“Memandangkan perbandingan dengan jenayah yang berlaku di luar sana, sama ada perasuah atau penjenayah lain, kita harus lihat dari segi yang lebih tinggi, tapi kita terikat dengan keputusan mahkamah.

“Kita akan terus sedaya upaya memberi sokongan moral kepada Rafizi dan Johari,” katanya sambil menambah pihaknya menghormati keputusan mahkamah.

Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh; Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; bekas senator, Dr Syed Husin Ali; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid serta penyokong PH.

Tuesday, February 6, 2018

Institusi Parlimen akan direformasikan jika PH memerintah

Institusi Parlimen akan direformasikan jika PH  memerintah
Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan reformasi untuk mengukuhkan institusi Parlimen sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, reformasi terhadap institusi Parlimen itu kelak akan meliputi pelantikan semua jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan dan badan berkanun akan ditentukan oleh semua ahli parlimen bukan lagi dibawah kuasa seorang perdana menteri.

“Ramai yang khuatir sama ada Pakatan Harapan boleh buat perubahan atau tidak dalam kerajaan dan pentadbiran negara bila kami ambil alih kelak.

“Parlimen tidak diberikan peranan yang sepatutnya kerana salah guna kuasa oleh seorang perdana menteri.

“Apabila parlimen tidak diberikan peranan yang sepatutnya mengikut perundangan.

“Kita mahu parti yang kalah di dalam Parlimen mereka boleh memainkan peranan umpamanya untuk bersama memilih calon yang akan dipilih bagi jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti Ketua Polis Negara, badan Kehakiman, Perkhidmatan Awam, SPRM tidak lagi hanya kepada kuasa seorang perdana menteri.

“Apa yang berlaku hari ini semua bergantung kepada Perdana Menteri yang akan melaporkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk diperkenankan. Malah YDP Agong hanya mendengar penjelasan perdana menteri.

“Kita akan tukar setiap calon yang akan memegang jawatan penting dalam kerajaan boleh disoal (beri pandangan) oleh semua ahli parlimen.

“Ini termasuk jawatan perdana menteri kita akan kekalkan untuk dua tahun sahaja,” ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan PH yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Ini membawa maksud sekiranya PH memerintah sebuah jawatankuasa parlimen akan ditubuhkan bagi menangani permasalah utama negara.

PH berpandangan Parlimen merupakan antara tunjang utama demokrasi justeru ia akan diperkukuhkan sebagai sebuah institusi untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam proses semak dan imbang terhadap pihak eksekutif.

Antara reformasi akan dilaksanakan seperti Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dilantik dari kalangan pihak pembangkang.

Pelantikan utama suruhanjaya serta badan berkanun seperti Suhakam, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mestilah melalui jawatanakuasa Parlimen yang berkenaan untuk saringan dan calon lantikan juga akan diundi di Parlimen dan bukannya lagi dipilih oleh seorang Perdana Menteri.

Ditanya mengenai kenapa baharu kini Dr Mahathir mahu memikirkan reformasikan institusi Parlimen berbanding ketika di zaman beliau menjadi perdana menteri 22 tahun, Dr Mahathir menjelaskan, ketika beliau memimpin negara ini tidak berlaku sebarang salah guna kuasa terhadap parlimen Malaysia.

“Pada masa itu saya tidak menipu..saya bukan macam Najib, Saya mengikut undang-undang. Najib lain… saya dulu tak curi duit bahkan saya bagi balik semua hadiah yang saya terima, Saya tidak ambil…Najib bagi balik apa?” soalnya. MD

Pelancaran KR1M 2.0 hanya gimik pilihan raya, kata Pemuda PH




Pemuda Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pengumuman pelancaran Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah sebagai gimik pilihan raya.


“KR1M dilancarkan menjelang PRU13 dan gagal. Kini, dengan PRU14 bakal tiba tidak lama lagi, KR1M 2.0 pula dilancarkan. Jelasnya, ia hanya gimik pilihan raya,” kata ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi Nik Ahmad


Pengumuman PM Najib Razak berkenaan Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 baru-baru ini menimbulkan beberapa persoalan, kata beliau.

“Ini kerana kegagalan KR1M telah memberi kesan yang mendalam kepada ribuan rakyat terutamanya pekerja KR1M.

“Janji kerajaan bahawa KR1M akan menawarkan harga yang murah juga tidak benar pada masa itu kerana ada juga harga barangan yang lebih mahal berbanding di kedai lain.

“Malah Kerajaan langsung tidak bertanggungjawab di atas kegagalan KR1M dan hanya menyalahkan pihak lain,” tambah beliau.

Jadi apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Kerajaan bahawa KR1M 2.0 juga tidak akan gagal? soal Nik Nazmi.

Jelas beliau, model perniagaan KR1M 2.0 juga tidak jelas.

“Menurut apa yang dilaporkan media, model barunya berkonsepkan kepada tiga kategori model perniagaan iaitu kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang, pengeluar dan pengedar; operasi perniagaan kendalian pemilik serta penjenamaan bersama.

“Menurut kenyataan Najib, kedai-kedai akan menyertai program itu kerana bakal memperoleh keuntungan akibat ramai orang yang akan membeli di kedai mereka.

“Tetapi bagaimana barangan berjenama ini dapat dijual pada harga murah berbanding kedai lain? Adakah wujud subsidi kerajaan?” katanya.

Jika ya katanya lagi, kerajaan wajar berterus-terang kerana sebelum ini kerajaan menjalankan proses pemotongan subsidi dengan alasan golongan termiskin dibantu menerusi BR1M.

“Atau mungkin sebagaimana pernah didakwa Ahmad Maslan suatu ketika dahulu, penurunan harga ini hasil cukai GST diperkenalkan?

“Atau adakah kedai-kedai ini menjualnya di bawah kos? Bagaimana dengan kelestarian perniagaan mereka apabila model perniagaan ini digunapakai?” jelasnya.

Selagi Kerajaan tidak ambil tanggungjawab terhadap kegagalan yang lampau, menerangkan punca sebenar kegagalan itu, apa yang diumumkan hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya, katanya.

Jangan lihat Mahathir dengan ‘team’ dahulu, kata Husam

 https://1.bp.blogspot.com/-Wrvy5wOu02I/WXoUwtRtLUI/AAAAAAAADxA/FvHga3t_VpoP4-WLdzpLl8CUd6nQi40bQCLcBGAs/s1600/Dailog_Husam-Tun_3.jpg
Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa memberi jaminan Kabinet yang diterajui Tun Dr Mahathir akan dibarisi pemimpin Pakatan Harapan jika blok pembangkang itu mendapat mandat di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu berkata, menteri-menteri Umno tidak akan lagi mendapat tempat dalam Kabinet pasca PRU-14 memandangkan pendirian Tun Mahathir sudah berbeza berbanding ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Beza Tun Mahathir sekarang dengan yang dulu, kita akan ada Kabinet yang baru. Ahmad Maslan tidak boleh masuk Kabinet. Yang boleh masuk Kabinet adalah Nurul Izzah, Azmin Ali, Salahuddin Ayub.

“Nazri Aziz tidak boleh masuk Kabinet. Dia sudah tidak boleh keluar TV3 lagi sebagai menteri. Jadi, Tun Mahathir dengan ‘team’ baru.

“Jangan lihat Mahathir dengan team dahulu,” ujarnya dalam Ceramah Perdana Muafakat Rakyat di Melaka semalam.

Beliau berkata, keputusan PH mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM) memandangkan pertukaran rejim bagi sebuah negara yang belum pernah mengalami pertukaran parti pemerintah memerlukan tokoh yang diterima banyak pihak daripada segi pengalaman.

Sehubungan itu, Husam menyeru supaya rakyat bersatu menolak rejim Umno-BN pada pilihan raya akan datang kerana masalah yang dihadapi di negara ini membebani semua pihak tanpa mengira kaum.

“Kita kena bersatu-padu, kena lupakan perselisihan, batu api, lupakan perbezaan kaum. Macam GST (cukai barang dan perkhidmatan), adakah kena pada orang Cina?

“Orang Melayu teruk (akibat GST) sebagai pengguna. Orang Cina rasa teruk sebagai ahli perniagaan. Orang India, orang Umno, orang Pas pun kena GST. Jadi masalah dihadapi semua rakyat,” ujar bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Beliau turut mengulangi penegasan bahawa kerajaan PH akan melaksanakan janji menghapuskan GST sebaliknya cukai enam peratus itu dijangka akan naik jika rejim Umno-BN terus mendapat mandat.

“GST tidak boleh dijamin kekal enam peratus. Kalau Najib naik jadi perdana menteri sekali lagi, naik lapan peratus, sembilan peratus.

“Ada yang soal kalau hapus GST, apa jadi pada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)? Kita PH secara afirmatif menegaskan BR1M akan diteruskan kerana kita faham ada rakyat benar-benar susah kerana subsidi minyak dan barang-barang utama sudah tiada,” jelas Husam lagi.

Terima biaya DAP: AMANAH Kelantan saman Ketua Eksekutif PKINK dan portal Tranungkite



ZIKRI ABDULLAH

http://www.tv14.my/wp-content/uploads/2017/08/Amanah-vs-PAS.jpg
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kelantan memfailkan dua saman di mahkamah berkait dengan fitnah menerima biaya DAP di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Menurut peguam Hisham Fauzi yang mengendalikan kes-kes tersebut, saman pertama telah difailkan oleh penasihat AMANAH Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Saman berkenaan adalah terhadap Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan yang juga Ketua Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Datuk Dr. Wan Zawawi Wan Ismail.

“Ia berkaitan penyiaran tulisan di akaun Facebooknya yang menuduh bahawa AMANAH negeri Kelantan menerima duit dari seorang taukey judi dari parti DAP untuk digunakan bagi menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan.

“Gambar Husam turut disiarkan bersama-sama dengan artikel tersebut,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Saman kedua pula kata beliau yang juga Pengarah Undang-undang Pakatan Harapan (PH) Kelantan, telah difailkan atas nama Pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

“Ini berkaitan tindakan sebuah portal pro-Pas iaitu Tranungkite yang telah menyiarkan artikel bahawa AMANAH Kelantan sedang bekerjasama dengan Umno Kelantan bagi menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan.

“Tulisan ini kemudiannya banyak dikongsi (share) oleh pengguna media sosial dan tersebar luas,” katanya.

Kedua-dua kes ini menurutnya masih di peringkat pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu dan tarikh pengurusan kes terdekat ialah pada 7 Febuari ini.

“Justeru, saya sebenarnya tidak terkejut apabila sekarang ini heboh diperbincangkan mengenai Datuk Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang membuat kenyataan terbuka menuduh AMANAH menerima pembiayaan dari Umno untuk menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan.

Tuntut siasat wakil rakyat punyai dana luar biasa, dok bagi RM100 kat orang kampung..!!

Tuntut siasat wakil rakyat punyai dana luar biasa
Ismail dalam ceramah rakyat malam tadi di Kampung Memali.

BALING - Parti Bersatu mendesak Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang wakil rakyat yang didakwa mempunyai wang simpanan luar biasa.

Penasihat Bersatu Baling, Datuk Ismail Abu Bakar berkata, beliau hairan bagaimana seorang wakil rakyat boleh mempunyai dana begitu besar mengalahkan perdana menteri.

Menurutnya, wang itu secara terang-terangan disogok kepada rakyat daerah ini bagi agenda politik peribadi.

"Ada seorang wakil rakyat... selalu bagi RM100 kepada orang-orang kampung, bagi itu, bagi ini. Kalau tuan-tuan pi bank nak bawa keluar RM100,000 beli tanah, pengurusan bank akan tanya duit ambil daripada mana, sumber daripada mana?

"Tapi kawan tu datang tabur duit setiap kampung, dia ambil duit mana? Dia simpan di mana duit tu? Bukan senang nak bawa keluar duit daripada simpanan bank dalam jumlah sejuta dan ke atas. Apa yang depa buat ni ada benda tak kena sebab itu ekonomi negara jadi haru," katanya dalam ceramah rakyat di Kampung Memali.

Beliau yang juga mantan Adun Kupang 2004-2008 berkata, perkara salah tetap salah dan beliau sedia ditahan pihak berkuasa di atas kenyataan tersebut.

"Selama ini SPRM dan LHDN tidak ambil tindakan. Jadi sudah tiba perkara ini disiasat.

Mai lah tangkap saya pun benda salah tetap kita kata salah," katanya.

Harapan ada peluang jika Anwar berkempen

Harapan ada peluang jika Anwar berkempen
SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara yang dijangka pada 8 Jun depan, memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (Harapan) sekiranya PRU14 berlangsung seperti bayangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pengaruh dan kelebihan Anwar dilihat bakal memberi kesan positif terhadap gabungan pembangkang itu.

“Jika beliau (Anwar) bebas, Harapan ada kelebihan sebab Anwar banyak pengaruh. Kebolehan beliau dalam berpidato juga beri kelebihan kepada Harapan.

“Jadi kalau BN bimbang mengenai Anwar, mereka perlu buat PRU14 sebelum Jun,” katanya.

Semalam, Najib memberi bayangan PRU14 akan diadakan sebelum musim haji yang dijadualkan bermula pada Julai depan.

Mengulas lanjut mengenai bayangan tarikh PRU14 oleh Najib, Nik Ahmad Kamal berpendapat ia adalah tempoh sesuai.

“Jika PRU14 berlaku ketika musim haji, maka lebih 20,000 pengundi tidak boleh jalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi kerana menunaikan ibadat haji,” katanya.

Pada masa sama katanya, beliau yakin tarikh sebenar PRU14 akan diisytiharkan selepas BN selesa dengan kedudukan mereka.

“Kelebihan juga akan berpihak kepada BN jika semua isu yang boleh membawa kesan kepada peluang kemenangan pada PRU14 telah diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Peluang terbaik ubah pemerintahan Kerajaan BN

Peluang terbaik ubah pemerintah
ALOR SETAR - Gelombang Tsunami Mahathir-Anwar melanda ketika ini adalah peluang terbaik kepada pengundi membuat perubahan dalam PRU14 nanti.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, PRU kali ini merupakan peluang dan harapan terbaik bagi mereka yang menginginkan perubahan dalam negara.

“Sebelum ini, kita tidak pernah menyangka langsung bahawa satu ribut politik yang amat sempurna, iaitu Tsunami Mahathir-Anwar akan berlaku.

“Bagaimanapun, sekarang kita berada dalam situasi luar biasa yang tiada sesiapapun terbayang,” katanya ketika membuat lawatan bersempena Tahun Baharu Cina ke Pasar Pagi Simpang Kuala, dekat sini, hari ini.

Hsiao Leung berkata, pengundi perlu bersatu padu memberi sokongan kepada Tsunami Mahathir-Anwar dalam usaha menyelamatkan negara daripada Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk masa depan lebih baik.

SINAR HARIAN

Budaya guna telefon bimbit ketika memandu perlu dibuang

 Budaya guna telefon bimbit ketika memandu perlu dibuang
ALOR SETAR - Budaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu yang menjadi antara penyumbang utama kemalangan jalan raya di negara ini perlu dibuang dalam diri setiap pengguna jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata tahap kesedaran pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta atau menunggang motosikal masih rendah.

"Saya bimbang lihat pengguna jalan raya yang menggunakan telefon bimbit terutamanya penunggang motosikal. Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana ia boleh mengganggu dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

"Kalau penting sangat, mereka boleh berhenti di kawasan yang selamat untuk menjawab panggilan atau membalas teks," katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah 2018.

Tajul Urus berkata sikap kurang sabar pengguna ketika di jalan raya juga mempengaruhi jumlah kemalangan dan kematian yang berlaku.

"Pengguna perlu ada sikap sabar supaya mereka boleh mematuhi undang-undang jalan raya, jika tiada sikap sabar itu yang menyebabkan mereka langgar lampu merah dan memotong sesuka hati. Kalau sabar, semua boleh sampai ke destinasi yang dituju dengan selamatnya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri Chan Pei Hong berkata pengguna jalan raya perlu memberi fokus 100 peratus semasa di jalan raya tetapi fokus tersebut menurun kepada 50 peratus apabila pengguna menggunakan telefon bimbit.

"Apabila tahap fokus tinggal 50 peratus, tumpuan pengguna jalan raya terhadap risiko kemalangan juga berkurangan. Itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga meragut banyak nyawa," katanya. - Bernama

Sunday, February 4, 2018

KENAPA KHALID TIDAK Dr HASAN ALI


#MSONews
KENAPA KHALID TIDAK Dr HASAN ALI

Pas Selangor bersedia untuk memberi ruang dan perluang kepada Abdul Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Perkara ini dibayangkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Salehin Mukhyi sendiri. Menurutnya, Khalid boleh bertanding untuk membantu Pas walaupun tanpa menggunakan simbol bulan.

Cara Pas Selangor melayan Khalid itu ia sesuatu yang istimewa. Khalid sebelum ini dikaitkan akan menyertai Pas tetapi masih belum jadi kenyataan. Kononnya beliau sedang menanti keputusan berkaitan dengan bantahan terhadap pemecatannya daripada PKR.

Bagi bekas MB itu tawaran Pas itu tidak menjadi masalah kepadanya. Jika beliau ingin kembali aktif dalam politik ia perlu diterima segera tidak perlu menanti parlimen dibubarkan.

Soalnya kenapa Khalid diberi keistimewaan itu? Ini mungkin ada kaitan dengan pengalaman Khalid sebagai bekas MB Selangor. Apakah Pas bercadang akan menobatkan Khalid sebagai MB? Sebelum ini pun hubungan Pas Pusat dengan Khalid sangat intim.

Semasa projek Langkah Kajang untuk menyingkir Khalid dari kerusi MB, Pas membela dan berpihak di sebelah Khalid. Pas memulau pilihan raya kecil Kajang sebagai solidariti kepada Khalid.

Dalam pada itu, keistimewaan diberikan oleh Pas kepada Khalid itu menimbul pertanyaan umum. Boleh jadi juga ada di kalangan pemimpin Pas negeri sendiri berasa pelik atau aneh dengan kemurahan yang dibuka kepada Khalid itu.

Persoalan yang timbul dari kalangan pemerhati pula, apakah Pas ketiadaan tokoh untuk dinobat sebagai MB sekiranya parti itu menang pilihan raya nanti? Atau pun Pas sengaja mengundang Khalid untuk menarik perhatian rakyat? Menjadikan Khalid sebagai tokoh “pemanggil”. Pas memasang impian untuk memerintah di Selangor.

Pas perlu jelas secara jujur kenapa ia memerlukan Khalid. Kalau Khalid hendak dinobatkan sebagai MB, tidak menjadi masalah, Khalid memang layak sebab prestasinya semasa menjabat jawatan itu sangat menbanggakan. Setengah penganalisa mengatakan beliau lebih baik daripada Azmin Ali. Tidak perlu berlambat-lambat atau malu untuk mengistyharkan Khalid sebagai bakal MB daripada Pas.

Cuma dari sudut lain apabila Pas menaruh harapan kepada bekas Pengerusi PNB itu ia menggambarkan bahawa Pas Selangor tidak yakin kepada tokoh-tokohnya sendiri untuk menjadi MB. Ini secara tidak langsung pemimpin Pas yang ada tidak sampai ke tahap untuk diangkat menjadi MB.

Apakah ketiadaan itu disebabkan kerana ramai tokoh profesional Pas Selangor minggat dari parti itu.
Apakah begitu?

Pas Selangor masih memiliki beberapa orang pemimpin yang pernah menduduki jawatan sebagai pesuruhjaya, selain daripada Salehin, ada Dr Rani Osman Adun Meru dan seorang lagi (lupa nama) yang juga sebagai Adun. Sebelum ini Dr Hassan Ali juga pernah menjadi Pesuruhjaya.

Apakah ketiga mereka tidak layak untuk jadi MB? Jika Pas berasakan Dr Rani dan seorang lagi (yang saya lupa nama) itu tidak layak, kenapa tidak mengundang Dr Hassan Ali kembali ke dalam parti itu kemudian diangkat jadi MB?

Jika Pas sedia memberi laluan kepada Abdul Khalid tanpa menjadi ahli Pas, tiada sebab untuk Pas tidak boleh jemput Hassan Ali untuk ditabalkan sebagai MB. Lagipun semasa beliau memimpin Selangor, namanya sudah disebut dan ditulis bakal menjadi MB Selangor.

Ada khabar juga terdengar Hassan ingin kembali kepada Pas, tetapi mengalami sedikit masalah apabila kepimpinan Pas Selangor kini tidak sedia menerimanya. Pintu Pas Selangor ditutup kepada Hassan? Khabarnya Hassan mencuba untuk menyertai semula Pas dengan menjadi ahli di salah satu cawangan di Perlis.

Apapun sama ada Khalid atau Hassan elok bagi Pas mengistyharkan mereka sebagai bakal MB Selangor meniru apa dibuat oleh Pakatan Harapan yang mengistyharkan Dr Mahathri sebagai bakal perdana menteri. Dalam politik Machiavelli tiada apa yang pelik dan ganjil.

Trims.

Mohd Sayuti Omar

Saturday, February 3, 2018

Bukan Mustahil Kedah Mampu Pertahan Piala Sumbangsih - Marcote

 Roman Marcote
JOHOR BAHRU – Mempertahankan Piala Sumbangsih 2018 bukan misi mustahil bagi skuad Lang Merah yang mempunyai rekod cemerlang dalam saingan Liga Malaysia musim lepas.

Ketua jurulatihnya, Ramon Marcote berkata berdasarkan pencapaian pasukan berkenaan memenangi Piala Sumbangsih dan Piala FA musim 2017, beliau yakin anak buahnya mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), malam esok.

Malah, katanya, beliau juga tidak terlalu risau akan kehebatan pasukan lawan sebaliknya mahu terus menumpukan terhadap usaha menajamkan aspek taktikal.

“Kita akan mengikuti falsafah kita. Jangan terlalu bimbangkan tentang JDT dan bagaimana mereka beraksi. Perkara paling penting, kita bermain seperti biasa.

“Jika kita mampu melakukannya, kita mampu memenangi perlawanan dan merangkul kejuaraan tersebut,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan berkenaan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini hari ini.

Sementara itu, kapten pasukan Kedah, Badrol Bakhtiar berkata beliau lebih selesa jika pasukannya dilihat sebagai 'underdog' (bukan pilihan) agar barisan pemain skuad Lang Merah tidak berasa tertekan.

-BERNAMA

PRESIDEN AMANAH : BERUNDING, JANGAN MENUNDING


BERUNDING, JANGAN MENUNDING

Saya mengharapkan perbincangan di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan dibuat secara musyawarah dan tertutup. Semua pihak hendaklah mengelak dari mengeluarkan kenyataan secara terbuka sama ada kepada media mahupun di media-media sosial.

Biarlah semuanya diselesaikan secara dalaman di meja rundingan dengan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk Pakatan Harapan Negeri Selangor.

Saya yakin dan percaya, sikap sabar, saling hormat menghormati dan penuh kebijaksanaan akan memudahkan proses untuk kita mencapai kejayaan dalam mendepani musuh bersama kita, kerajaan kleptokrat Barisan Nasional. Musuh sebenar kita adalah Umno/Barisan Nasional.

Ayuh bersama tumbangkan mereka dalam PRU14 nanti.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

3 Februari 2018

KONTROVERSI KEPUTUSAN KES M INDRA GANDHI: ANTARA AUTA WALAUN DAN FAKTA SEBENAR


KONTROVERSI KEPUTUSAN KES M INDRA GANDHI: ANTARA AUTA DAN FAKTA

1. AUTA 1

Auta utama dan terbesar dalam kontroversi di atas ialah apabila ramai pemimpin/penyokong Pas mengaitkan keputusan tersebut dengan RUU 355 dan Akta 164(pindaan) 2017 dengan menjadikan PH dan UMNO sebagai sasaran maki hamun dan terjahan jahat.

Ruu 355 ialah suatu cadangan dari Pas untuk menaikkan jumlah hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah daripada denda RM5000, penjara 3 tahun dan sebat 6 kali kepada denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali.

Manakala Akta 164 (pindaan 2017) ialah satu pindaan oleh BN bagi membolehkan suami atau isteri yang memeluk Islam memfailkan permohonan untuk membubarkan perkahwinan dan perkara perkara yang berkaitan dengan pasangannya yang tidak memeluk Islam di mahkamah sivil. Sebelum ini mereka tidak ada hak untuk berbuat sedemikian.

RUU 355 dan Akta 164 Pindaan 2017 ini tidak ada kaitan sama sekali dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pendaftaran memeluk Islam yang telah dibuat oleh bapanya pada tahun 2009 atas alasan persetujuan ibu dan bapa adalah diperlukan bagi mendaftar kanak kanak bawah umur memeluk Islam.

2. AUTA 2

Keputusan kes tersebut telah diautakan kononnya telah menyebabkan kanak kanak tersebut menjadi murtad (waliyazubillah).

Hakikatnya 3 orang kanak kanak tersebut telah didaftarkan sebagai memeluk Islam bersama bapanya ketika mereka masih belum mukallaf. Selepas didaftarkan sebagai Islam, 2 orang kanak kanak tersebut yang berumur 10 dan 11 tahun telah ditinggalkan dan membesar bersama ibunya yang beragama hindu, manakala yang paling kecil (umur 2 tahun) sehingga kini masih tinggal bersama bapanya, Muhammad Ridhuan Abdullah.

Kanak kanak ketika masih bawah umur dianggap fitrah(suci bersih) dan tidak tetakluk kepada taklif syarie, ibu bapa merekalah yang akan menentukan mereka membesar sebagai penganut apa apa agama.

Dalam kontroversi di atas, selepas memeluk Islam, Ridhuan telah keluar dari rumahnya kerana isterinya enggan memeluk Islam bersamanya. Beliau membawa bersamanya anaknya yang paling kecil, Ummi Habibah, manakala dua orang lagi ditinggalkan bersama ibunya.

Adakah apabila seorang bapa mendaftar anaknya yang masih belum mukallaf sebagai seorang Islam, kemudian anak tersebut tinggal dan membesar bersama ibunya mengikut agama Hindu sehingga apabila dia baligh masih lagi meneruskan amalan agama hindunya, maka dia dianggap sebagai muslim, lalu bila mahkamah membatalkan pendaftarannya sebagai seorang Islam, lalu dia dianggap murtad?

Mahkamah termasuk mahkamah syariah sekalipun tidak boleh membatalkan aqidah seorang muslim, hanya individu tersebut sahaja mempunyai hak untuk menentukan samada beliau ingin menjadi seorang muslim atau sebaliknya. Mahkamah hanya mengesahkan berdasarkan situasi yang ada.

Bagi saya, sekiranya anak anak Ridhuan yang telah diislamkan olehnya, terus kekal dengan aqidah Islam nya semasa membesar bersama ibunya yang beragama hindu, maka mereka tetap masih seorang Islam walaupun mahkamah berpendapat pendaftaran mereka memeluk Islam dianggap tidak sah dan terbatal kerana tidak ada izinnya dari ibunya.

Hentikanlah auta dan kembalilah kepada fakta untuk kita melihat secara matang dan sejahtera apa implikasi keputusan kes ini kepada Ridhuan dan seorang lagi anaknya yang saya akan tulis di siri kedua sekejap lagi.

Selamat menikmati hidangan pagi dengan ikan kering goreng ciptaan isteri tersayang.

Che Ibrahim Haji Mohamed.
Naib Pengerusi
Parti Amanah Negara
Negeri Kelantan.

3 Februari 2018.

Friday, February 2, 2018

Najib minta jemaah haji ditaja 1MDB terus sokong BN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru jemaah haji yang ditaja 1MDB agar terus menyokong kerajaan BN.

Berucap di Putrajaya, Najib juga memberi isyarat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan sebelum Hari Raya Haji yang dijadualkan Ogos depan.

"(Ini untuk memastikan) kekal dapat tunaikan fardu haji dengan selesa. Segalanya tak berubah selagi kerajaan tak berubah," katanya.

Najib berkata demikian ketika menyerahkan surat tawaran menunaikan haji sumbangan Yayasan 1MDB kepada 1,200 penerima yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Tanpa menyebut nama, Najib juga membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sebelum ini menyatakan mereka yang menunaikan haji menggunakan dana 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur.

Beliau memetik kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan bahawa penerimaan ibadah haji seseorang ditentukan oleh Allah.

"Ini kuasa mutlak Allah, manusia tak ada hak," katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu Bernama melaporkan Najib dalam ucapannya berkata pelaksanaan program yang memasuki tahun kelapan itu semakin berjaya memandangkan kerajaan mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Arab Saudi di bawah pimpinan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Katanya program yang diilhamkannya pada 2011 itu kini telah menghantar seramai 5,711 golongan agamawan dan pemimpin akar umbi menunaikan haji, yang dibantu menerusi dukungan Yayasan 1MDB serta Lembaga Tabung Haji (TH) selaku badan utama dalam urusan dan pengendalian menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Saya dapat bayangkan perasaan jemaah haji yang telah berjaya kita hantar yang nyata cukup bersyukur kerana pada mereka tanpa program ini, tidak mungkin merasai nikmat mengerjakan haji,” katanya.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa ramai masyarakat Islam negara ini berpeluang menunaikan ibadah haji hasil hubungan baik tersebut, malah keberangkatan Raja Salman ke Malaysia pada tahun lepas turut membawa kepada tambahan kuota haji bagi jemaah Malaysia untuk musim haji kali ini.

Najib juga berkata disebalik tohmahan pihak tertentu kononnya isu 1MDB menyebabkan mereka yang ke Tanah Suci melalui tajaan Yayasan 1MDB tidak akan mendapat haji yang mabrur, namun program berkenaan terus mendapat perhatian memberangsangkan daripada masyarakat.

"Jangan kata wang tersebut lesap begitu sahaja… itu hutang dan ia boleh dibayar. Jangan fitnah, kalau ada yang tidak betul, kita betulkan.

"Seorang mufti menyatakan soal mabrur adalah ketentuan Allah dan manusia tiada hak untuk menentukannya, lebih-lebih lagi oleh individu yang bukan ahlinya," katanya diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Menurut Najib, jika pentadbiran kerajaan tidak berada di landasan mengikut syariat Islam, tidak mungkin Raja Salman memberi pertimbangan dalam soal penambahan kuota hajiserta meletakkan Malaysia sebagai negara pertama yang baginda kunjungi semasa melakukan lawatan rasmi ke rantau ini tahun lepas.

Perdana menteri turut mengajak bakal jemaah untuk berterima kasih kepada TH kerana sedia memberikan kuota haji lembaga itu kepada program tersebut selain mengekalkan kadar bayaran RM9,980 bagi mereka yang akan menunaikan haji musim ini.

"Kita kena ingat, kerajaan melalui TH telah memberi subsidi yang amat besar kepada jemaah kita di mana mereka hanya membayar RM9,980, manakala RM12,470 ditanggung TH, dan ini tidak termasuk pelbagai kemudahan lain yang dinikmati jemaah semasa beribadat di Tanah Suci," katanya.

Pada majlis tersebut, Najib turut melancarkan Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri yang kini mempunyai seramai 6,111 ahli sejak program itu dimulakan pada 2011.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410852#eYEOrr2jfuGuU5V1.99

PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib

 najib-ge14
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan sebelum 14 Julai ini.

Perdana menteri berkata, bakal haji akan menyambut 2 “raya” terlebih dahulu, sebelum bertolak ke Mekah untuk menunaikan Rukun Islam Kelima.

“14 Julai bererti 2 peristiwa akan terlepas. Pertamanya, Hari Raya Aidilfitri dan hari raya satu lagi. Dua-dua raya baru tuan-tuan naik haji. Kita buat lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati.

“Kalau kerajaan kita masih kekal, insya Allah tuan-tuan dapat tunai fardhu haji dengan baik, dengan selesa,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardhu Haji kepada 1,200 penerima tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Putra.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pertengahan Jun ini, manakala Hari Raya Haji pada akhir Ogos.

Mandat kerajaan persekutuan diterajui BN akan berakhir 24 Jun ini dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.

Pada 26 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 16 dan 17 Februari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib menjelaskan RM42 bilion yang didakwa “lesap” sebenarnya ialah hutang 1MDB.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai tidak memfitnah syarikat milik Kementerian Kewangan itu sehingga tidak nampak kebaikannya.

“Janganlah kata RM42 bilion ‘lesap’. RM42 bilion tak lesap, itu hutang…hutang boleh kita lunaskan dengan aset yang lebih daripada hutang.

“Kalau ada tak betul, kita betulkan. Kalau ada kepincangan, kita ambil tindakan tetapi janganlah kita fitnah bukan-bukan.”

Sementara itu, Najib turut menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa menyebut namanya.

“Kerugian RM31 bilion forex (tukaran wang asing) itu lebih besar pada negara zaman siapa?

“Dalam zaman orang kata kononnya haji 1MDB ini tak mabrur, tuhan tak terima,” katanya sambil berterima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana memberi penjelasan mengenai perkara terbabit sebelum ini.

Pada 1 Januari 2017, pengerusi PPBM itu dilaporkan berkata, jemaah yang menunaikan ibadat haji menggunakan wang 1MBD, tidak akan mendapat haji mabrur kerana wang haram yang dikatakan dicuri Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.

RCI itu percaya Dr Mahathir merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu yang mengakibatkan BNM mengalami kerugian RM31.5 bilion.

Bila parti Islam berjinak dengan parti sekular


ULASAN | DR MUHAIMIN SULAM
+
Bila parti Islam berjinak dengan parti sekular
PAS bukan sekadar berhasrat untuk menjadi ‘king maker’ dalam pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 tetapi juga membayangkan untuk bersama berada di atas takhta kerajaan. Ada dua pilihan. Sama ada dengan BN atau PH. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki dalam berkata jika keadaan ‘hung parliament’ berlaku, Pas hanya ada satu pilihan saja, bersama BN.

Sebelum ini hasrat parti Islam itu untuk bekerjasama dengan Umno hanya dalam bentuk samar-samar dan momokan dari musuh politik Pas khususnya AMANAH. Dikhabarkan bahawa wujud dua aliran dalam Pas pada masa sekarang. Pertama, terus kekal melawan Umno secara sedi ada dan yang kedua lebih terbuka untuk mewujudkan ‘persefahaman’ dengan Umno.

Bahkan dakwaan itu sudah wujud sejak sebahagian besar pimpinan AMANAH masih menjadi pemimpin utama Pas. AMANAH sendiri belum wujud. Paling ketara pendedahan bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Ahmad Awang yang menyebut wujud usaha untuk bekerjasama dengan Umno semasa penubuhan kerajaan negeri Perak selepas PRU 2008.

berkongsi lambang

Usaha tersebut terhenti apabila bekas Pesuruhjaya Pas itu bertegas untuk meneruskan kerjasama dengan rakan pembangkang lain iaitu Keadian dan DAP. Pada masa itu belum wujud Pakatan Rakyat. Kerjasama antara parti politik pembangkang pada masa itu lebih sebagai ‘pax election’ sahaja.

Idea untuk Pas bekerjasama membentuk kerajaan dengan Umno bukanlah suatu idea baru. Datuk Asri Muda dan pimpinan Pas pada masa itu sudah meneroka pendekatan tersebut pada 1971. Datuk Asri Muda berjaya meyakinkan muktamar tentang maqasid syariahnya untuk membentuk sebuah kerajaan campuran. Setelah itu ia menjadi gabungan dengan penubuhan BN pada 1973 dan berkongsi lambang kati (dacing).

Datuk Asri Muda disingkirkan dari kepimpinan parti oleh sekumpulan yang membawa idea ‘kepimpinan ulama’ semasa muktamar di DBP. Kumpulan ini terinspirasi dengan gerakan kebangkitan Islam, Revolusi Iran dan pengaruh Ikhwanul Muslimin. Antara slogan yang dilaungkan adalah ‘tidak barat, tidak timur’, ‘tegakkan Islam di atas runtuhan jahiliah’, ‘daulah Islamiah’ dan sebagainya.

Pemikiran Hasan al Banna, Syed Qutb, Abdul Kadir Audah, Maududi antara tokoh gerakan Islam telah menjadi kerangka pemikiran Pas selepas era Datuk Asri Muda.

regim zalim sekular

Pertembungan gerakan politik Islam khususnya Pas di Malaysia mengalami tekanan hebat dengan penguasa. Dr Mahathir yang pada masa itu sebagai Perdana Menteri telah mengambil langkah berani apabila menghulurkan tangan kepada tokoh gerakan Islam yang terkenal, Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim pernah dibayangkan oleh Datuk Asri sendiri bahawa tokoh tersebut adalah pemimpin masa hadapan Pas. Tindakan Anwar Ibrahim bekerjasama dengan regim zalim sekular bukanlah tiada asas fekahnya. Anwar Ibrahim mendapat pengaruh daripada pemikiran dan pendekatan tokoh gerakan Islam Sudan, Dr Hasan Turabi menyertai kerajaan kudeta pimpinan General Omar Hasan Bashir yang autokratik.

Seperti juga dengan pengalaman Datuk Asri berada di dalam kerajaan, Anwar Ibrahim mempunyai peluang luas untuk melaksanakan dasar yang mereka perjuangkan sebelum ini. Menjadi sebahagian daripada parti yang menguasai kerajaan, para pimpinan mereka juga dipilih atau dilantik menjadi menteri, timbalan menteri dan jawatan politik yang diperuntukkan.

Setelah Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, ramai bekas pimpinan Abim menduduki jawatan strategik yang membolehkan mereka melaksanakan agenda perjuangan mereka. Keadaan yang sama juga dilakukan oleh Datuk Asri. Ramai pimpinan Pas memegang portfolio penting dalam kerajaan.

kesilapan Morsi

Selepas Arab Spring, pendekatan politik gerakan Islam mengalami perubahan besar. Ia tidak datang secara mendadak. Kegagalan pemerintahan Najmuddin (Necmettin) Erbakan, seorang tokoh gerakan Islam di Turki adalah suatu eksperimen politik yang dikongsi oleh gerakan atau politik Islam seluruh dunia. Namun yang paling terkesan ialah kudeta oleh tentera Mesir terhadap kerajaan pilihan rakyat.

Antara ‘kesilapan’ yang dilakukan oleh kerajaan Morsi adalah dasar luarnya tentang Israel dan pelaksanaan syariah. Sedangkan masalah utama rakyat Mesir adalah ekonomi yang parah, kadar pengangguran yang tinggi dan sistem birokrasi lemah. Dalam masa yang sama Morsi belum cukup menguasai jentera kerajaan dan tentera. Akhirnya parti Morsi hilang kuasa, beribu-ribu penyokongnya dan pimpinan Ikhwan ditangkap dan dihukum.

Pengalaman ini lebih berharga apabila tekanan yang dihadapi oleh Rashid Ghannouchi di Tunisia membentuk kerajaan apabila parti pimpinan beliau sentiasa menerima tekanan dalam dan luar negara sehingga membantutkan usaha membangunkan negara. Rashid Ghannouchi melihat keutamaan Tunisia adalah memulihkan ekonomi yang terjejas kerana kelemahan pentadbiran regim lepas.

Rashid Ghannouchi ialah antara 100 orang yang paling berpengaruh di dunia mempunyai pandangan yang lebih terbuka. Merengkuk bertahun-tahun dan berkali-kali dalam penjara, menjadi pelarian dan tinggal dalam buangan selama lebih 20 tahun memberikan beliau lebih memahami isu Islam secara global dan praktikal.
Beliau menyarankan agar gerakan dan parti Islam mengambil pendekatan Muslim Democrat daripada pendekatan Political Islam. Beliau telah membuang label ‘Islamism’ daripada partinya An Nahda kerana Islam radikal telah menyalahgunakan terminologi itu hingga menjejaskan nama Islam.

kerjasama Umno-Pas

Dalam konteks politik Malaysia, para pemikir Pas berpandangan bahawa BN adalah lebih baik dan selesa untuk Pas bekerjasama demi kepentingan bersama. Meskipun bebanan BN dengan isu seperti 1MDB, Felda dan sebagainya, Pas tidak tertekan dengan isu seperti rasuah, salah guna pengurusan dan sebagainya. Umno dilihat sebagai sebuah parti Melayu dan Islam. Doktrin politik ini sudah sebati dalam pemikiran masyarakat Melayu. Situasi ini bersesuaian dengan sentimen perkauman yang menebal dalam masyarakat Melayu tentang ‘kebangkitan kuasa Kristian dan Cina’.

BN melalui Umno telah mewujudkan percubaan memujuk para ahli dan penyokong mereka menerima situasi keperluan untuk mereka bersama. Ia dimulai dengan beberapa program yang melibatkan cerdik pandai Islam, program alim ulama, perundangan Islam, Palestin, Rohinya dan sebagainya. Program-program ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Umno dan Pas untuk kepentingan politik. Bagi para ahli dan penyokong Pas tiada masalah untuk mereka bersama atas kepentingan Islam dan Melayu.

Zaman pelaksanaan Islam secara ‘syumuliah’ (menyeluruh) dan berasas ‘hukumiah’ beransur-ansur hilang dalam gerakan Islam. Pas mengalami kekalahan teruk pada PRU 1986 dengan hanya menang satu kerusi Parlimen. Pendekatan yang lebih praktikal adalah bekerjasama dengan kelompok lain dalam perlumbaan mendapat kuasa.

Bermula dalam PRU 1990, Pas mengadakan kerjasama dengan parti serpihan Umno pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Pada PRU 1999 dengan Barisan Alternatif, PRU 2004 dan PRU 2008 bekerjasama dengan Keadilan dan PRU 2013 bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Pada PRU kali ini, Pas mewujudkan kerjasama melalui Gagasan Sejahtera sebagai respon kepada penubuhan PH. Namun kerjasama itu tidak memberi sebarang impak besar pada Pas jika dibandinglan kerjasama ‘demi kepentingan Islam’ dengan Umno.

Kerjasama ‘demi kepentingan Islam’ dengan Umno adalah lebih besar impak politiknya. Pas membina ‘demand’ atas nama parti Islam terbesar di Malaysia. Biarpun terpaksa menjualnya pada sang raja rasuah. Itulah yang saya faham tentang ‘politik matang dan sejahtera’ yang dilaung-laungkan Pas.
____________________
Dr Muhaimin Sulam ialah Naib Pengerusi AMANAH Negeri Perak.

Rundingan kerusi PH Selangor: Izhar bidas Azmin dakwa Amanah berbohong


MALAYSIA DATELINE

Rundingan kerusi PH Selangor: Izhar bidas Azmin dakwa Amanah berbohong
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa mereka berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.

Beliau menyifatkan Azmin sebagai ‘badut’ dan tidak layak untuk menjadi menteri besar dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor.

“Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut (joker). Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Beliau mendakwa AMANAH sudah menghantar surat rasmi kepada Azmin selaku Pengerusi PH Selangor agar mengadakan mesyuarat khas bagi perkara itu, tetapi sehingga kini ia tidak diadakan.

“Nak jadi pengerusi PH Selangor kena bijak. Sejujurnya beliau tak berkebolehan (fit) untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini.

“Mesyuarat tak panggil kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” katanya.

Terdahulu, Azmin mendakwa AMANAH berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk, sedangkan ia sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.

“AMANAH berbohong…AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah. Bolehkah AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai kita telah bertemu sebanyak empat kali?” Kata Azmin.

Izham dipetik berkata memang ada mesyuarat sebelum ini tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen PH.

Katanya, mesyuarat tentang pembahagian kerusi pula dibuat secara berasingan antara partinya dengan PKR dan Bersatu.

“Mesyuarat empat parti untuk bincang kerusi memang tak ada, boleh semak dengan DAP dan BERSATU. Yang ada hanya mesyuarat pilihan raya,” katanya lagi.

Katanya lagi, ada perbezaan jelas antara pembahagian kerusi dengan mesyuarat persiapan pilihan raya, dan wakil parti dalam mesyuarat itu tidak mempunyai mandat untuk membincangkan soal kerusi.

Pertikaian mengenai mesyuarat pembahagian kerusi PH Selangor ini berlaku selepas Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa menjelaskan Majlis Presiden PH akan menubuhkan Jawatankuasa Khas selepas rundingan kerusi PH Selangor dilaporkan menemui jalan buntu kerana perbezaan pandangan antara PKR dan tiga lagi komponen AMANAH,DAP dan Bersatu.

AMANAH, DAP dan Bersatu enggan merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

Tiga parti itu berkata jawatankuasa pilihan raya negeri yang dipengerusikan Adun Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai mandat bagi merundingkan kerusi, memetik laporan Malaysiakini.

Amanah desak Najib perjelas Bank Pusat Rusia senarai hitam 7 Bank Malaysia

https://malaysianaccess.com/wp-content/uploads/amanah-husam.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta memperjelaskan kedudukan penyenaraian hitam tujuh bank utama negara ini oleh Bank Pusat Rusia (CBR).

Penasihat AMANAH Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa, penyenaraian hitam yang dilakukan CBR bermula akhir tahun lalu turut menyusahkan rakyat Malaysia di Rusia dan Asia Tengah untuk berurusan, termasuk mengirim wang kepada keluarga.

“Dipercayai, 1MDB menjadi punca sebahagian bank kita masuk dalam senarai hitam.

“Kebimbangan lebih besar ialah masyarakat dunia seluruhnya akan membekukan transaksi bank-bank Malaysia yang terlibat.

“Kesan buruk kepada ekonomi negara ini tidak dapat dibayangkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bank Pusat Rusia bermula pertengahan tahun lalu telah mengetatkan pemantauan ke atas pembersihan wang haram melalui institusi bank negara itu.

Dilaporkan media asing The Moscow Times terdapat kira-kira 200,000 perniagaan dan usahawan di senaraikan CBR pada bulan Jun. Menjelang bulan Oktober, senarai itu telah mencecah kepada 460,000 syarikat dan ahli perniagaan.

Terkini dilaporkan pada 1 Januari 2018 terdapat 5,795 perniagaan telah disenaraihitamkan oleh CBR.

Senarai pelanggan “mencurigakan” CBR termasuk nama syarikat dan ahli perniagaan yang menafikan perkhidmatan bank disebabkan kebimbangan, mereka telah melanggar undang-undang Rusia mengenai pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Wednesday, January 31, 2018

Mara digesa tampil jawab dakwaan beli bangunan pada harga terlalu mahal dari harga pasaran

 https://1.bp.blogspot.com/-blZz2CDV2L4/Wh5ec6c1eeI/AAAAAAAAfqs/yjOJo_2aKeo5P1HTJicf87_-bcqRNFMggCLcBGAs/s1600/Rasuah%2BMARA%2Bdi%2BMelbourne.jpeg
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu menjawab dakwaan yang dijalankan oleh badan media antarabangsa, yang melaporkan institusi kerajaan itu membeli sebuah bangunan di Jalan Swaston, Melbourne yang telah dibeli pada harga terlalu mahal berbanding harga jualan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pemuda AMANAH Nasional Mohd Ammar Atan menjelaskan, harga yang dibeli seminggu sebelum itu adalah bernilai RM73.82juta (AS$23.5juta) dibeli oleh pihak Mara dengan harga jualan RM131.2juta (AS$41.8juta).

Pembelian hartanah oleh pihak MARA ujarnya, sangat mencurigakan apabila harga pembelian adalah 177% lebih tinggi daripada harga asal selang beberapa minggu sebelum transaksi jualan dilakukan.

Beliau yang merujuk kepada portal The Sydney Morning Herald di pautannya, dipetik menyatakan bahawa sejurus transaksi hartanah ini berjaya dijalankan oleh pihak Mara, wang sebanyak RM10.05juta (AS$3.2juta) telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Mohammad Lan yang merupakan bekas pengerusi Mara Inc sewaktu beliau memohon untuk ditingkatkan nilaian harga bangunan tersebut.

Bekas pemilik bangunan tersebut, Lionel Harber terkejut kerana baru sahaja menjualnya kepada sebuah syarikat luar persisir selang beberapa minggu dengan harga RM73.82juta (AS$23.5juta) yang kemudiannya dijual semula dengan Mara Inc. pada harga RM131.2juta (AS$41.8juta), terangnya.

“Ini adalah pembelian yang sangat mencurigakan dan telah memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Jangan pula muncul kleptokrat baharu versi Jho Low 2.0 lain yang memalukan lagi nama baik Malaysia,” ujar Mohd Ammar dalam satu kenyataan.

Justeru Pemuda Amanah Nasional telah menghantar satu memorandum ke ibu pejabat Mara hari ini.

Kata Mohd Amar lagi, dalam situasi Mara kekurangan dana sehingga pinjaman dan biasiswa mahasiswa digantungpun Mara ujarnya, masih tergamak untuk melakukan transaksi yang cukup dicurigai ini.

“Soal pendidikan adalah prioriti, jangan disebabkan sikap ini, anak muda Malaysia terpaksa menerima tempiasnya.

”Pemuda Amanah menggesa Mara untuk bersikap jujur dan mendedahkan secara telus pembelian aset hartanah yang dibeli dengan 177 peratus lebih mahal supaya tiada wang rakyat yang tiris dan pembelian ini benar-benar mendatangkan keuntungan tinggi kepada rakyat,” ujarnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...