TERKINI :

Sunday, December 17, 2017

UMRAH SISTEM IMAMS: PM NAJIB RAZAK CUBA TUNJUK HERO,NAZRI AZIZ DI KAMBING HITAM

Kenyataan Media

1. Saya sejak dari awal lagi tidak bersetuju dengan perlaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dalam urusan mendapatkan visa Umrah.Pendirian ini bukan bermakna saya tidak bersetuju dengan pengawalan terhadap penipuan pengendali pakej umrah yang akhirnya memangsakan peserta Umrah. *Pengendali Pakej umrah memang perlu dikawal bagi mempastikan tiada unsur penipuan* tetapi bukannya sepertimana sistem IMAMS yang bertujuan untuk mengaut keuntungan ke atas setiap induvidu yang akan mengerjakan Umrah.

2. Persoalannya,  *kenapa kerajaan tidak mengkaji dengan lebih mendalam tentang keberkesanan penggunaan sistem IMAMS yang mana ianya akan menekan jemaah Umrah untuk sebuah syarikat yang mengendalikan sistem IMAMS boleh mengambil peluang mengumpul kekayaan berjuta runggit*.

Baru sehari bermulanya perlaksanaan kerajaan telah batalkan atas alasan terlalu banyak aduan yang diterima. *Bukankah bantahan sudah berlaku dalam pertemuan dengan syarikat yang mengendalikan pakej Umrah serta dalam sesi sidang Bajet 2018 yang lalu ianya juga dibantah oleh ahli dewan rakyat di parlimen*.

Bukankah ini menunjukan betapa lembabnya kerajaan dalam menangani permasalahan rakyat. *Pembatalan penggunaan sistem IMAMS ini hanya sebagai helah untuk meredakan dan membendung kemarahan rakyat yang memuncak terhadap tindakan kerajaan*.

3. Saya juga terkejut setelah membaca kenyataan PM Najib Razak di laman tweternya yang menyatakan beliau juga tidak bersetuju dengan perlaksanaan sistem IMAMS ini.

Amat pelik apabila PM Najib Razak boleh kata dia tak setuju sedangkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah tentukan tarikh perlaksanaan bermula 15 Dis 2017.Bukankah sebarang perlaksanaan termasuk  sistem IMAMS perlu terlebih dahulu *mendapat persetujuan Kabinet* yang di pengerusikan oleh PM Najib Razak dan *mana mungkin Najib Razak sebagai Perdana Menteri tidak tahu menahu kecuali kalau Najib Razak seorang penjual cendol* memang rakyat percaya beliau tidak tahu menahu.

4. Apa muslihat PM Najib Razak mengatakan yang dia tidak bersetuju.Kenapa setelah perkara ini menjadi kecoh baru kata tak setuju.Kenapa dari awal PM Najib tak kata tak setuju.Ini menunjukan PM Najib dan kabinet tidak peka terhadap masaalah rakyat.

Ini menunjukan PM Najib Razak bimbang dan takut isu perlaksanaan IMAMS  boleh menambahkan kemarahan rakyat pada kerajaan dan menjerat UmnoBn.Oleh sebab itu PM Najib Razak cuba tampil sebagai 'hero' kononnya beliau tidak bersetuju IMAMS yang mana beliau sendiri setuju dari awal.

Rakyat tidak bodoh jika PM Najib Razak cuba letakan dalam kepala rakyat yang 'jahat' melaksanakan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) adalah Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz dan pegawai tinggi di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Inilah politik selamat diri Najib Razak dan saya simpati dengan keadaan yang terpaksa ditanggung oleh Nazri Aziz sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta pegawai tinggi kementerian yang di kambing hitamkan oleh #MO1 PM Najib Razak.

#TolakImams
#TolakNajibRazak
#TolakUmnoBn
#SelamatkanMalaysia
#BinaSemulaNegara

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
11am 17 Des 2017/28 Rabiulawal 1438H
Taman Al Walid Alor Setar Kedah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...