TERKINI :

Wednesday, December 13, 2017

Dakwaan halang RUU355 dibahaskan: Khalid failkan writ saman terhadap CEO IKSIM

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad telah memfailkan writ saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Prof Datuk Mahamad Naser Disa kerana didakwa dengan sengaja memfitnahnya berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) ketika menyampaikan ceramah di Masjid Bukit Beruntung pada Ogos lalu


Prof Datuk Mohamad Naser Disa

Menurut Khalid sebelum writ saman difailkan pihaknya menerusi peguam Tetuan Faiz Fadzil & Co telah menghantar  notis  tuntutan (letter of demand) kepada Prof Mahamad Naser untuk menarik balik kenyataan dan menuntut permohonan maaf terbuka terhadap dakwaan beliau.

Bagaimanapun Prof Mahamad Naser tidak berbuat demikian.

“Bagi saya tuduhan ini amat jelas kerana agak mustahil sebagai seorang ahli parlimen daripada pembangkang boleh menghalang perbahasan mana-mana rang undang-undang dalam Parlimen kerana Parlimen bukan kita yang menguasainya,” ujar Khalid dalam sidang media diadakan di pejabat ahli parlimen Shah Alam hari ini.

Writ saman itu menerangkan pada 28 September 2017 lalu lebih kurang jam 9.50 pagi di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam, Prof Mahamad Naser telah dipercayai mengeluarkan ucapan yang mempunyai perkataan-perkataan fitnah.

Kenyataan fitnah itu diucapkan ketika menghadiri seminar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertajuk:’Wacana Isu Semasa an Perundangan Peringkat Negeri Selangor: Doktrin: Cabaran dan Perlembagaan’.

Prof Mahamad Naser didakwa ada membuat pernyataan:”…Akta 355 perlu dipinda. Salah satu punca kenapa Akta 355 tidak boleh dipinda kerana orang Shah Alam hantar ahli Parlimen yang menentang Akta 355. Saya serah pada tuan-tuan nak sokong ataupun tak sokong Akta 355. Kalau tuan-tuan tak setuju dengan Akta 355 bolehlah hantar ahli Parlimen yang sama.”

Menurut Peguam Faiz,  berdasarkan kenyataan tersebut kita dapati telah wujud elemen fitnah (slander) dan pada awalnya telah menghantar ‘letter of demand’ bertarikh 19 Oktober lalu kepada beliau tetapi tiada permohonan maaf dibuat, atas dasar itu writ saman ini difailkan.

“Kami dapati ucapan beliau itu telah dimuat naik di laman media sosial yang diakses oleh penguna internet.

“Kita menuntut ganti rugi yang akan ditentukan mahkamah dan injunksi menghalang penerbitan ucapan yang sama dan permohonan maaf secara terbuka,” ujarnya.

Beliau turut berkata saman ini dilakukan kerana ia bukan kali pertama Pengarah Komunikasi AMANAH ini difitnah berkaitan RUU355 yang mana turut membabitkan sebuah akhbar pro kerajaan yang kini kes saman masih lagi berlansung di mahkamah.

“Ia bertujuan untuk diambil pertimbangan bahawa YB Khalid sudah menjadi objek serangan beberapa pihak berkaitan isu RU355….ini bukan kali pertama saman ke atas isu RUU355 ini difailkan.

“Sebelum ini juga beliau telah menyaman Berita Harian yang mana perbicaraan masih lagi berlansung yang akan diadakan pada Ogos tahun depan.

“Kita mengambil keputusan sama terhadap pihak terbabit supaya memberi kesedaran kepada pihak di luar supaya tidak dibangkitkan lagi isu ini kerana ia sepatutnya dibahaskan di parlimen kerana melibatkan isu legislatif,” terangnya.

Dimaklumkan mahkamah telah menetapkan 16 Januari tahun hadapan pengurusan kes pada peringkat permulaan bagi kedua pihak.

Menurut Khalid lagi, beliau bertindak untuk memfailkan saman terhadap Prof Mahamad Naser dan Berita Harian kerana didapati membuat tuduhan rambang terhadapnya yang lebih menjurus kepada
strategi politik ke partian dakwanya.

“Isu saya nak saman Datuk Naser dan Berita Harian kerana kami dapati tuduhan rambang seperti ini adalah strategi politik pihak parti pemerintah.

“Ini kerana mereka mahu memberikan gambaran bahawa Pas adalah pro Islam dan parti pembangkang lain anti Islam.

“Bagi kami ini mainan politik dan terbukti kebenarannya apabila pada sesi terakhir sidang parlimen pada 30 November lalu isu RUU355 langsung tak timbul.

“Yang membentang diam, kerajaan pun diam. Amat penting saya ambil tindakan undang-undang ini untuk menafikan dakwaan mereka dan untuk mengagalkan strategi mereka,” terangnya.

Menurut Khalid lagi, Pakatan Harapan tidak keberatan malah menyokong usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah kerana itu memang merupakan satu institusi penting yang perlu diperkasakan demi membawa imej keadilan Islam.

Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara

-A.Kadir Jassin.

Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.

Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.

Namun kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini, ia hanya akan berlaku sekiranya kerajaan yang diperintah oleh Umno-BN ini dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita tidak boleh membatalkan mana-mana perjanjian kerana kita menandatangani banyak konvensyen antarabangsa berkaitan pelaburan antara negara.

“Tetapi kita boleh kaji semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai itu bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara.

“Itupun kalau kita tukar kerajaan yang ada ini kerana kerajaan Umno-BN tidak akan berubah.

“Ataupun mungkin apa yang kita bangkitkan selama ini menimbulkan kesedaran di kalangan sesetengah pemimpin Umno-BN yang diharapkan berani untuk melakukan sesuatu demi kedaulatan negara.

“Ini bukan isu menakut-nakutkan orang Melayu atau isu anti Cina ini soal kepentingan negara.

“Kita boleh tidur lena hari ini sebab kita tidak tahu apa-apa kesan jangka panjang. Jika kita tahu, kita tidak boleh tidur lena kerana takut bila rumah terbakar,kita tidak jumpa kunci rumah,” ujarnya dalam temubual eksklusif dengan Malaysia Dateline baru-baru ini.

Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14 perjanjian dengan negara itu.

Beliau diminta pandangan mengenai Pelaburan Lansung Asing (FDI) China ke Malaysia antaranya sebahagian perjanjanjian yang dimeterai itu, membabitkan perjanjian pemilikan dalam hartanah, penempatan dan bandar merangkumi pemeteraian perjanjian pembangunan Forest City dengan kos RM175bilion, pembinaan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion serta Keretapi Laju Kuala Lumpur -Singapura (HSR) sejumlah RM60bilion selain mempertaruhkan kedaulatan Laut China Selatan dan Selat Melaka dengan pembinaan Kompleks Pelabuhan Melaka bernilai RM43bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berpandangan dengan Pelaburan Lansung Asing ke Malaysia, negara boleh menjadi gerbang China ke Asean.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan mengenai jenis FDI dari China ke Malaysia sebagai ancaman besar kepada Malaysia dari segi perdagangan dua hala dan kedaulatan negara.

Dalam pertikaian ini, Kadir menjelaskan sejak 1990-an apabila Malaysia memulakan dasar perindustrian telah bergantung kepada FDI.

“Pada satu peringkat negara menolak FDI dan tidak mahu industri tertentu dibuka di negara ini terutama industri yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Dalam tempoh itu juga Malaysia tidak pernah kekurangan pelabur asing kerana negara sentiasa ada pilihan.

“Natijahnya mana-mana negara masuk ke negara ini, kita boleh menentukan industri mana mereka boleh melabur kerana salah satu sebabnya tidak mahu kedaulatan negara kita terjejas. Kita juga tidak mahu peluang pelabur tempatan dirampas oleh pelabur asing,” ujarnya.

Kata beliau lagi, sekiranya Malaysia memberi keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi maka tidak timbul dakwaan di mana pelaburan China akan bersaing dengan pelabur tempatan.

Amat perlu negara memberikan keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi yang mana rakyatnya memiliki kepakaran khusus mengenainya dalam sektor tertentu di negara ini.

“Misalnya kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan bandar baru, perumahan, dan kompleks membeli belah sewajarnya tidak perlu diberikan kepada pelabur asing.

“Tetapi apa yang berlaku dalam pelaburan China mereka masuk ke bidang yang mana mereka bersaing

Penting : Jikalau anda dapat saman trafik jom kita ke mahkamah jangan bayar kompaun lagi.

Apa jadi di Mahkamah Majistret Langkawi hari ini?

Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan 3 kes trafik yang ditukar dari Notis Pol 170A kepada Pol 257. 3 kes lagi dibawa dari hari Ahad 10/12/2017 yang mana Majistret bercuti menjadikan hari ini 6 kes.

Apabila kes dipanggil, kelibat Pegawai Pendakwa Trafik tidak kelihatan. Tuan Timbalan Pendakwa Raya menyebut bagi pihak Pegawai Pendakwa Trafik memaklumkan Pegawai Pendakwa dan saksi belum sampai sedangkan waktu sudah jam 11:30 pagi. Mahkamah tangguhkan 10 minit untuk kehadiran Pegawai Pendakwa dan saksi.

Bila kes dipanggil semula, bukan sahaja Pegawai Pendakwa tidak muncul, Timbalan Pendakwa Raya juga hilang dari radar.

Mahkamah melepaskan OKS bagi 6 pertuduhan.

Esok ada lagi 6 kes.

Inilah yang selalu berlaku apabila OKS meminta bicara. Pihak Pendakwaan tidak pernah bersedia.

Tindakan mereka ini menyusahkan OKS sahaja dan paling utama membazirkan masa Mahkamah.

Sebab itu kita desak supaya semua Notis Pol 170A ini dihapuskan tapi mereka tidak mahu kerana di sana masih ada pengguna yang takut dan akan bayar sahaja kompaun. Untung mudah.

Para pengguna harus sedar bahawa dengan membayar kompaun, anda semua akan berisiko mata dimerit dipotong. Dah la bayar kompaun, mata dimerit pula hilang. Cukup potongan mata dimerit, lesen memandu boleh digantung atau dibatalkan.

Jangan biar diri ditindas!

Zulhazmi Shariff
13/12/2017
Kuah, Langkawi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...