TERKINI :

Saturday, November 11, 2017

BETUL DAN KITA SOKONG TANPA "MALU ALAH" UNTUK SEBARKAN "KEJAYAAN" NAJIB.

BETUL DAN KITA SOKONG TANPA "MALU ALAH" UNTUK SEBARKAN "KEJAYAAN" NAJIB.

Kita di blok PAKATAN HARAPAN menyahut seruan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa untuk JANGAN "MALU ALAH" menyebarkan "kejayaan" Najib.

Kejayaan-kejayaan Najib selama memegang jawatan Perdana Menteri :

1  . Berjaya menubuhkan sebuah syarikat yang di kenali sebagai 1MDB dengan modal berbayar sebanyak RM1,000,000 dan hutang terkumpul sebanyak RM101,000,000.00.

2  . Berjaya MENGHAPUSKAN subsidi barangan keperluan rakyat Malaysia.

3  . Berjaya MENGHAPUSKAN subsidi minyak masak WALAUPUN Malaysia antara pengeluar minyak masak terbesar dunia dan MPOB mengutip cukai yang tinggi setiap tan dari para pekebun.

4  . Berjaya menurun dan MENAIKKAN harga minyak setiap minggu walaupun harga minyak dunia mengalami PENURUNAN yang nyata.

5  . Berjaya MENDAPATKAN derma sebanyak RM2,600,000,000.00 dari PUTERA ARAB YANG DAH 5 TAHUN MATI , di masukkan kedalam AKAUN PERIBADI.

6  . Berjaya MEMBODOHKAN SPRM agar tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun DUNIA TELAH MEMBUKTIKAN kesalahan dan ada penangkapan di lakukan.

7  . Berjaya MEMBODOHKAN ahli UMNO yang di sogok dengan wang ringgit untuk mempertahankan diri Najib.

8  . Dan KEJAYAAN yang paling besar adalah berjaya menjadikan UMNO itu UMNO ( Untuk Mohd Najib Only ) dan di sokong dengan nilai serendah RM50 oleh ahli UMNO.

Cukup hanya LAPAN (8) dahulu , KEJAYAAN yang telah di buat oleh Najib , lagi 692 "kejayaan" Najib akan saya tulis kemudian.

Bagi peluang PEMAKAN DEDAK, MAKCIK JR , KETUA CAWANGAN UMNO dan PAKNAIB buat posting maki hamun dahulu , itu sahaja bakat yang dia orang ada , hanya pandai MEMAKI HAMUN dan SERANG PERIBADI.

SHUKUR MOHAMAD

Saman Sarawak Report, Apa pilihan Hj. Hadi Sekarang??

DILEMA MELAYU
SIRI 484
HJ HADI DIJERAT SERBAN?

Mungkin Hj Hadi hendak tunjuk kejantanannya sebagai presiden PAS yang memakai serban, berjubah dan janggut sejemput. Dia menyaman Clair Rawcastle- Brown, editor Sarawak Report. dengan harapan dia menang.

Dia bersemangat sebab pegawai-pegawai kedutaan Malaysia juga mengipasnya dari belakang atas arahan dari Putrajaya tentunya. Besar kemungkinan nafsu kemenangan merangsang Hj Hadi  kerana ada pihak menggodok dia dari belakang. Dia bakal menjadi wira kalau menang menyaman  editor wanita itu.

Tapi Allah Maha Kuasa memperlihatkan apa yg cuba disembunyikan dari khalayak ramai selama ini. Nah, dengan jelas dan bukti peguam Claire senaraikan nama-nama mereka yang menjadi orang kaya baru dari kalangan PAS.

Bagaimanakah mereka yg tak punya kerja tetap, hanya menabur tahi gigi, air lior dalam ceramah maki hamun bertahun-tahun tiba-tiba boleh miliki Mercedes, Porche, Toyota, punya rumah banglo berharga berjuta? 

Apakah mereka membela batalion toyol yang mencuri untuk tuan-tuan mereka?
Kalau perbicaraan ini berlarutan bukan saja Hj Hadi ketar janggut, demam tak kebah tapi Najib juga akan meracau makan tak kenyang tidur tak lena kerana raja "cash is king" juga akan diheret ke London bila isu 1MDB dikaitkan dalam perbicaraan ini.

Maaf beb Najib akan jadi selebriti kleptokrat kelas cakrawala super hebat dengan Hj Hadi sebagai rakan perkongsiaan nasib dengan perdana menteri. Sorry beb hakim sana tak boleh kautim.

Niat Hj Hadi nak ajar wanita matsalleh itu jangan tabur "fitnah" terhadap presiden PAS parti Islam yang sedang tenggelam. Dia hendak buktikan kepada Najib bahawa PAS bawah pimpinannya kini sudah ahlanwasahlan dengan UMNO, dan Najib adalah pemimpin super kudus, super fulus.

Tiba-tiba Allah Ta'ala mendedahkan niat jahat yang terjerat. Niat Hj Hadi hendak tembak pelanduk (hancurkan  editor) tapi yang tertembak ialah Najib dengan 1MDB!

Bala  fatwa songsang Amanat Hadi Allah tunjukkan amarahNya sekarang. Kontan beb. Tanya Hj Hadi mahu tarik balik saman terhadap wanita matsalleh itu dan tutup muka dengan serban kerana malu, atau teruskan saman itu supaya Najib diheret ke tengah bersama dengan 1MDB?

Apa pilihan Hj Hadi sekarang?

Tarik saman dia tanggung malu dan bayar gantirugi kepada editor itu atau heret Najib dan 1MDB dalam perbicaraan? Kipas serban tepuk dada, pak Haji.

Nukilan
Yahaya Ismail

KHAIRUDDIN : DALAM PAS LAGI RAMAI PENYANGAK KINI..!!

APA MAKSUD HJ HADI AWANG, PAS TAK BOLEH SOKONG PH KERANA ADA PEMIMPIN PENYANGAK DI DALAMNYA?! DALAM PAS LAGI RAMAI PENYANGAK KINI!!

Siapakah penyangak yang Haji Hadi Awang maksudkan di dalam Pakatan Harapan?!

Untuk makluman Haji Hadi Awang dalam PAS terlalu ramai penyangak kini!! Sebab itu kalangan ini mampu beli kereta-kereta mewah dengan nombor-nombor pendaftaran satu angka kerana terlalu mewah dengan dedak haram yang disogokkan kepada mereka!!

Pemimpin-pemimpin PAS termasuk Haji Hadi Awang lagi penyangak kerana sedang menyokong serta bersekongkol dengan parti UMNO yang terlalu korup!!

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sedang bertungkus-lumus lawan rasuah dan salahguna kuasa tetapi pemimpin-pemimpin PAS sedang menyokongnya!!

Dulu kata UMNO itu haram!! Segala-galanya adalah haram dari UMNO!! Tetapi kini Hj Hadi Awang boleh tidur sebantal dengan UMNO!! Mimpi pun dah sama dengan pemimpin-pemimpin korup UMNO!!

Hj Hadi Awang jangan berdolak-dalik lagi!! Beliau bertaraf tok guru katanya!! Cuba namakan siapakah penyangak di dalam Pakatan Harapan yang beliau maksudkan itu?!

Takkan Hj Hadi Awang maksudkan dan tuju pada Tun Dr Mahathir Mohamad?!

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tokoh negarawan yang senantiasa membakar diri untuk menerangi penghidupan keseluruhan rakyat!!

Beliau telah hilang segala keistimewaan selaku mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran!! Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menghadapi segala kezaliman dari kerajaan kleptokrasi bagi membela rakyat jelata!!

Perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad amat konsisten di dalam memerangi rasuah serta salahguna kuasa di negara kita!!

Tetapi Hj Hadi Awang pula nampak semakin 'gelong' serta 'sewel' sekarang!!

Kita lawan Perdana Menteri paling korup yang menerajui kerajaan kleptokrasi; Hj Hadi Awang pula boleh sokong UMNO serta BN!!

Satu dunia dapat melihat kemungkaran serta korupsi pemimpin-pemimpin parti UMNO tetapi Hj Hadi Awang kelihatan semakin akrab dengan kalangan kleptokrat ini!!

Sebab itu saya kata Hj Hadi Awang selaku Presiden PAS pada hari ini sudah gadai aqidah agama serta prinsip politiknya!!

Cuma Hj Hadi Awang masih mampu memperalatkan agama untuk agenda kepentingan politik PAS kearah meyakinkan orang-orang melayu bahawa mereka ini di kalangan yang islamik!!

Yang islamik adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang terus berjuang lawan kemungkaran rasuah sepertimana yang dituntut oleh agama islam yang tulen berteraskan Al-Quran serta as-sunnah!!

Sebab itu kini saya tidak hairan lagi mengapa majoriti rakyat menggelar HJ HADI AWANG sebagai HJ HADI WANG!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
11November 2017

Kemudahan untuk Dr Mahathir: Kenyataan JPM tidak benar?

 MALAYSIA DATELINE


Kemudahan untuk Dr Mahathir: Kenyataan JPM tidak benar?
Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 9 Oktober telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kemudahan yang diberikan kepada Dr Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas Perdana Menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

JPM memaklumkan, pejabat Dr Mahathir dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor, selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237). Sebanyak 21 perjawatan diperuntukkan kepada Dr Mahathir.

Namun merujuk kepada apa yang dipaparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed dalam bognya Chedet berkaitan perkara di atas, fakta sebenar mengenai layanan dan kemudahan yang beliau perolehi sekarang didakwa adalah seperti berikut:

1. Dahulu disewa ruang pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk beliau. Sewa ditamatkan dan disuruh guna pejabat kerajaan yang tidak sesuai.

2. Akta Parlimen menyebut akan kelayakan mengguna pesawat terbang kerajaan. Sekarang tidak dibenar. Sebaliknya sesiapa yang cuba memberi pinjam pesawat persendirian dilapor kepada Jabatan Perdana Menteri.

3. Secara tidak langsung tidak dibenar menggunakan rumah penginapan Kerajaan Persekutuan di London.

4. Dua pengiring motorsikal, 4 pengiring UTK yang dibekal pelepas semburan pemedih mata, telah ditarik balik walaupun mantan Perdana Menteri lain masih dibekal.

5. Beberapa kakitangan pejabat dan tukang masak ditarik balik dan diganti dengan yang lain.

6. Dr Mahathir letak jawatan di Proton, Petronas (dilucut sebagai penasihat) dan juga sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas. Tetapi Universiti swasta dinasihat untuk tamatkan Dr Mahathir sebagai Canselor.

7. Perbuatan seperti ini tidak pernah dilakukan kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn walaupun mereka tidak sokong Kerajaan-kerajaan pada masa itu.

8. Kegunaan dewan-dewan untuk Kerajaan Pusat, Negeri diperintah Barisan Nasional dan bandaraya tidak dibenar. Dewan swasta diberi amaran akan menerima padah jika disewa kepada sesiapa yang menjemput Dr Mahathir.

9. Prinsip negara demokratik ialah parti pemerintah tidak boleh guna kemudahan kerajaan untuk kepentingan parti.

SATU LAGI SAMAN MENYUSUR TERHADAP BENDAHARI PAS PUSAT MERANGKAP PJ PAS PERAK RAZMAN ZAKARIA

BismillahirRahmanirRahim


1. Saya ingin mengucapkan tahniah kpd DS Nizar dan pasukan peguam beliau iaitu Hj Asmuni dan Fitri atas keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh yang memihak kpd DS Nizar dalam saman sivilnya ke atas PJ PAS Perak.

2. Salam ta'ziah pula saya ucapkan kpd PJ Perak tersebut dan pasukan peguamnya yg diketui oleh Sdr Zamri (kawan dlm lajnah guaman parti PAS dulu).

3. Jika saya layak bagi nasihat , saya hanya nak kata yang menang kena bersyukur pada Allah dan jgn ek dan yang kalah pula kena muhasabah dan jgn anggap "the end of the world". You still have the right to appeal.

4.InsyaAllah , one more kes dlm proses saman juga ke atas PJ Perak tu berhubung posting beliau dlm fb ( Lihat lampiran ). Yang ini, insyaAllah saya terlibat sbg peguam yg menyaman.

Hanipa Maidin

KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’

Nurul Izzah Anwar
SHAH ALAM - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan awal Malaysia perlu dilihat semula dengan membuat tindakan susulan agar tidak terus menjadi kucar-kacir.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kegagalan ini menjadikan guru sebagai kambing hitam apabila sejumlah 169 daripada 282 sekolah yang dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (bersamaan 60 peratus), hanya mencapai tahap ‘gagal’ atau ‘memuaskan’ hasil pemeriksaan penarafan amalan terbaik KBAT.

“Perlu kita ingat, jumlah populasi kajian sebanyak 282, hanyalah sekelumit daripada bilangan keseluruhan 10,180 sekolah di Malaysia pada penghujung Julai 2016.

“Sebelum kita sibuk menyalahkan pihak guru tentang statistik ini, adalah wajar jika kita dapat meneliti implementasi sistem KBAT ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, naratif yang dicanang Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mempamerkan kegusaran kementerian bahawa guru-guru kita masih belum bersedia sepenuhnya untuk sistem pendidikan berasaskan KBAT.

“Apa yang kita inginkan, agar para guru dan pelajar kita dapat berubah; daripada pendekatan berasaskan penghafalan teori dan konsep semata-mata, kepada proses pembelajaran yang berlandaskan pemikiran terbuka, kritis dan penuh aplikasi.

“Tetapi, langkah Kementerian selepas pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 kurang jelas terutamanya dalam memandu para guru dan pelajar ke arah gaya pemikiran yang baru,” katanya.

Ujarnya, tidak mudah bagi membiasakan barisan guru yang komited dan pelajar yang sudah terlalu terbiasa dengan cara pembelajaran lama.

“Anjakan yang digesa kementerian adalah terlalu mendadak, dan masih membelenggu tenaga pengajar sehingga hari ini.

“Bukankah lebih baik jika kementerian menjalankan kajian segenap negara, sebelum mendesak perubahan pola pembelajaran yang mengejut?” soalnya.

Nurul Izzah berkata, tugasan guru yang seharusnya tertumpu pada perkongsian ilmu dengan anak-anak, kian ditokok tambah dengan beban kerja yang berterusan.

“Tugas pentadbiran, pengisian laporan dan data atas talian, penganjuran aktiviti sekolah, penyertaan kursus dan latihan yang keterlaluan semakin menekan para pendidik.

“Sehinggakan tugas hakiki sebagai pengajar yang mencambah minda pelajar tidak dapat dijalankan dengan lancar,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini juga turut risau dengan kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan (NUTP) mengenai beban tugas guru dan polisi pendidikan negara yang kerap berubah saban tahun, langsung diabaikan kementerian berwajib.

“Adakah kementerian lupa, para guru adalah insan paling tepat untuk menilai keberkesanan satu-satu inisiatif pendidikan?

“Mereka jualah yang bertemu para pelajar setiap hari, ibarat ibu bapa kedua bagi anak-anak yang masih bersekolah.

“Saya menyarankan pihak kementerian lebih proaktif dalam isu keberkesanan pembelajaran berdasarkan KBAT,” katanya.

Tambahnya, di sebalik tudingan jari yang tidak putus-putus ke arah para guru, dengarilah rintihan mereka tentang kaedah dan cara pelaksanaannya yang mengelirukan dan membebankan.

“Latihan dan kursus yang berterusan mungkin tampak ideal pada Timbalan Menteri Pendidikan dan kementerian, namun jangan sekali-kali alpa terhadap kebajikan para pendidik dan kesesuaian inisiatif KBAT terhadap populasi pelajar yang pelbagai.

“Di saat kementerian mendukung visi sistem pembelajaran moden seperti kelompok negara dunia pertama, masih ramai yang sengsara dengan akses kepada pendidikan asas seperti membaca dan mengira,” katanya yang mahu para guru perlu dilibatkan sewajibnya di dalam setiap pelan yang dibawa Kementerian Pendidikan.

Katanya lagi, sekolah harus mengutamakan kualiti pendidikan asas, di samping mengubah gaya pembelajaran baru dan mewujudkan fasa-fasa transisi yang jelas dan mudah diikuti, tanpa menambah beban mana-mana pihak.

“Usahlah sakiti para guru dan pendidik dengan rasa bersalah yang tak putus-putus. Mereka yang patutnya disanjung sebagai wira tauladan, semakin terpalit dengan caci-maki dan ancaman.

“Tingkatkan sistem pendidikan kita ke arah kemakmuran berterusan Malaysia, bukan untuk dijadikan mainan politik dan populariti semata,” katanya

Adakah kedudukan Islam dan orang Melayu terpinggir di bawah Pakatan Harapan?

SHAMSUL MA'ARIF HJ ISMAIL



Kerap kali dan sering kali akhbar murahan prokerajaan BN memainkan sentimen murahan dengan menyebut bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan rapuh yang dipimpin oleh DAP atau Lim Kit Siang.

Tuduhan dan permainan psi war oleh pihak tertentu sengaja mahu mencalarkan reputasi PH. Setiap hari naratif ini dibawa bukan hanya oleh media tertentu propemerintah malah menjadi zikir yang berulang-ulang dalam ucapan pemimpin tertentu demi menanam rasa takut, benci dan marah terhadap PH yang kononnya diterajui oleh kaum Cina.

Biarpun sudah dinafikan berkali-kali oleh pimpinan PH namun ia terus diulang-ulang sehingga ramai pengundi Melayu telah “beriman” dengan tuduhan seperti ini. Jelas mesej yang disampaikan ini berniat jahat dan cuba menghakis kepercayaan kaum Melayu khasnya dan umat Islam secara amnya.

Sebenarnya PH yang dianggotai oleh empat parti besar dalam negara terdiri daripada Keadilan, Amanah, Bersatu dan DAP telahpun menandatangani satu dokumen perjanjian PH yang meletakkan syarat-syarat penting yang menjamin kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan pada akhir tahun 2016.

Perjanjian atau dokumen bertulis ini juga telah menyatakan dengan sangat jelas iaitu memelihara dan mempertahankan kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu, memelihara Bahasa Melayu serta menjamin hak keistimewaan Bumiputera seperti termaktub di dalam perlembagaan.

Meskipun ia telah ditandatangani pada akhir 2016 media umum masih memainkan sentimen palsu dan murahan menuduh bahawa PH akan dipimpin oleh bangsa Cina dan Yb Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri.

Hal ini sudah dinafikan oleh Yb Lim bahawa beliau tidak bercita-cita langsung pun untuk menjawat jawatan PM. Apatah lagi umum mengetahui bahawa Ketua Umum PH adalah DS Anwar Ibrahim yang akan dibebaskan pada pertengahan 2018, Pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamed, Presidennya DS Wan Azizah Wan Ismail serta Naib-Naibnya majoritinya beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Melihat kepada komposisi kaum Melayu dan Bumiputera dalam keanggotaan PH ternyata kaum Melayu beragama Islam menjadi majoriti sebagai Ahli Parlimen jika digabungkan daripada tiga parti utama iaitu Keadilan, Amanah dan Bersatu. DAP juga memberikan peluang kepada kaum Melayu untuk menjadi dan bertanding atas tiket DAP jika layak. Jika dilihat siapa lebih cauvinis Cina sudah tentu MCA lebih lagi dibandingkan dengan DAP.

Umum juga mengetahui tuduhan bahawa DAP adalah prokomunis juga masih dilaung-laungkan setiap hari tanpa bukti yang kukuh dan sah seolah-olah negara masih di tahun 60’an.

Dengan dua isu utama yang dimainkan oleh mereka iaitu kedudukan agama Islam yang akan terhakis dan PM nanti daripada kaum Cina sudah cukup untuk menakutkan pengundi Melayu luar bandar yang tidak terdedah kepada fakta sebenar.

Permainan emosi yang ditiup bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu akan tergugat dan kononnya negara ini akan menghakis kuasa Raja-Raja Melayu sudah cukup menggerunkan para pengundi Melayu tegar. Walhal semua ini adalah palsu belaka dan berunsurkan fitnah.

Sebenarnya pemimpin Melayu dan beragama Islam dalam PH adalah lebih setia terhadap negara dan dengan seluruh asas dan dasar negara tercinta. Perjuangan mengangkat kedudukan agama Islam sebagai dasar negara dan usaha memartabatkan perundangan syariah akan terus diperlihara, dipertahan dan diperjuangkan.

Cuma isunya hari ini ialah sebelum semua ini boleh dilakukan dengan jayanya akan berlaku hanya senya apabila seluruh institusi negara melalui satu reformasi atau islah.

Semua institusi negara yang utama seperti SPR, SPRM, Bank Negara, Jabatan Kehakiman dan Peguam Negara mestilah bebas daripada pengarahan politik yang mengganggu kebebasan dan kewibawaan mereka. Semua institusi negara mestilah bersih daripada cengkaman kuasa yang mempunyai agenda peribadi sang penguasa.

Negara yang bebas kezaliman ini sahaja yang akan dapat menjadikan sistem kebenaran itu dapat berfungsi dengan sihat. Kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman mestilah adil dan bebas daripada sebarang campur tangan mahupun tekanan politik murahan.

Dengan pembersihan dan reformasi institusi utama negara barulah seluruh agenda mengangkat martabat bangsa dan agama boleh dilakukan dengan penuh adil dan jujur serta bebas rasuah. Bangsa yang bebas rasuah dan cengkaman kuasa yang zalim akan dapat memajukan dirinya dalam tempoh yang sangat singkat.

Ia akan berjaya membetulkan seluruh sistem pentadbiran negara apabila kerajaan mendengar nasihat daripada pakar yang betul dan akan menarik kepercayaan para pelabur asing yang mahu berniaga di sebuah negara yang jujur, telus serta berintegriti tinggi.

Apa yang pasti pada hari ini penglibatan para ilmuan Islam, tokoh ulamak, teknokrat dan para pejuang kebenaran telah berpusu-pusu bersama perjuangan PH bagi mengangkat dan melakukan perubahan ke arah kebaikan. Perjuangan ini telah dan terus menarik ramai para pejuang Islah untuk bersama menjayakan agenda Rahmatan Lil Alamin.

Semua ini boleh menjadi kenyataan jika rakyat merasa aman dan tenteram dengan dasar dan perjuangan hakiki PH yang pastinya akan menjaga dengan teguh janji menjaga kedudukan agama Islam dan berusaha memartabatkan bangsa Malaysia berteraskan syariah dan maqasidnya. Moga usaha PH akan diterima baik rakyat dan mereka akan menilai dengan kaca mata yang bersih.

Pendang - 12 rumah rosak dilanda angin puting beliung

 ribut
PENDANG - Kira-kira 12 rumah di Kampung Alor Ali dan Kampung Rambai di sini rosak teruk selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.

Kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan kebanyakan bumbung rumah terbabit tercabut dan diterbangkan angin ke kawasan bendang berhampiran akibat pusaran angin yang kuat disusuli hujan lebat selama 10 minit.

Exco Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Alor Ali Ahmad Shukri Omar berkata, rumah yang rosak itu membabitkan enam rumah di Kampung Alor Ali manakala selebihnya di kampung bersebelahan iaitu Kampung Rambai.

Beliau berkata, sebelum menghampiri kampung berkenaan pusaran angin itu menarik air di dalam bendang ke atas sebelum bergerak membadai perkampungan itu.

"Buat masa ini, saya jadikan rumah saya sebagai penempatan sementara bagi menempatkan kesemua mangsa sebelum tindakan lanjut daripada pihak berwajib," katanya kepada Bernama malam ini.

Seorang mangsa Che Haminah Awang, 67, yang juga ibu tunggal berkata kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak dia menetap di kampung itu lebih 50 tahun lepas.

Katanya angin kuat yang datang itu dengan begitu pantas hingga menyebabkan bumbung rumahnya tercabut sebelum diterbangkan ke rumah jiran berhampiran.

"Angin sangat kuat sehingga saya dan dua orang cucu terpaksa lari menyelamatkan diri keluar dari rumah bagi mengelak dihempap kayu bumbung,” katanya.

Che Haminah berkata, berikutan kejadian itu dia mengalami kerugian ribuan ringgit apabila kelengkapan rumah seperti televisyen, almari baju, mesin basuh dan peralatan elektrik rosak.

Seorang lagi mangsa Norlijam Sari Hussin, 40, berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa jiran yang datang berkunjung ke rumahnya pada waktu itu terpaksa berlindung di dalam rumahnya itu dan hanya mampu melaungkan azan dalam keadaan cemas bagi meredakan keadaan itu.

"Kami tidak pernah alami perasaan sebegini sebelum ini di mana angin itu kelihatan ‘ganas’ sehingga menggegarkan rumah dan mencabut bumbung rumah dengan sekelip mata,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Pendang Sarjan Fairol Azhar Mohd Arshad berkata, lapan anggota APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 6.30 petang.

"Kami membantu mengalihkan perabot dan peralatan rumah penduduk...syukur tiada penduduk yang tercedera dalam kejadian tersebut," katanya.- Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...