TERKINI :

Thursday, November 9, 2017

Bekas duta lupakan PAS, pilih DAP



http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/11/yeop-dap.jpg
Kepimpinan melalui kebolehan - itu keutamaan yang dilihat bekas duta Malaysia, Datuk Yeop Adlan Che Rose, yang kini secara rasmi menganggotai DAP.

Dengan pengalaman sebagai pegawai diplomatik Yeop Adlan menggunakan analogi tersendiri untuk menggambarkan sebuah negara yang mampu membangun dengan kerjasama pelbagai kaum.

Diminta mengulas mengenai cakap-cakap pemimpin Umno mengenai dominasi DAP, bekas anggota PAS itu sebaliknya menjawab dengan pertanyaan: Apa salahnya?

"Kalau beri (DAP) menerajui dan menunjukkan kebolehan, apa salahnya? Apa kita takut?

“Macam pasukan bola sepak. Kalau dulu pasukan bola Malaysia masyhur, siapa kapten (pasukan)? (Datuk) Soh Chin Aun. Tak ada apa-apa (masalah pun), Abdullah Nordin boleh bermain di sebelah Chin Aun, (Datuk) Santokh Singh bermain di belakang beliau,” ujarnya " katanya seperti dilapor roketkini hari ini.

Yeop Adlan, 74, ialah diplomat Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai duta negara di Mexico, Brazil, Argentina dan beberapa negara Afrika.

Bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar itu pernah menyertai PAS ketika parti berkenaan menjadi tumpuan golongan profesional yang tertarik dengan pendekatan sederhana di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Pada pilihan raya umum ke-11 (2004) Yeop Adlan dipilih PAS bertanding mewakili parti itu untuk merampas kawasan parlimen Hulu Langat namun gagal apabila beliau kalah kepada Datuk Markiman Kobiran.

Itu rekod dunia

Pada 2009 beliau dipinjamkan ke PKR untuk menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu sebelum meletakkan jawatan kemudiannya.

Menurut Yeop Adlan kejayaan kerajaan Pulau Pinang juga menarik perhatiannya untuk menyertai DAP.

Bersama PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), katanya DAP membentuk HARAPAN mentadbir Pulau Pinang dengan baik.

“Pulau Pinang dipegang BN selama 50 tahun tapi apa yang dia buat? Tak ada perancangan, kelam kabut, sesak, begitu begini dan sebagainya, terutama tempat makan, masyhur sebagai bau sampah.

“Tetapi (DAP) ambil dua penggal sahaja. Tengok, sudah bersih. Kerajaan waras dengan perbelanjaan. Tutup bocor (pembaziran), tak ada tiris. (Pelaksanaan) tender terbuka. Dia (kerajaan) belanja, tapi dengan baik.

“Hutang dah turun, daripada RM680 juta tinggal RM66 juta sahaja. Yang paling tinggi sekali (hutang) Pahang (iaitu) RM2.3 bilion,” katanya.

Kata Yeop Adlan lagi, kemajuan ekonomi orang Melayu hanya akan dapat dicapai dalam sebuah negara yang ditadbir seperti dilakukan HARAPAN di Pulau Pinang.

Beliau juga berpendapat tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika DAP ditakdirkan lebih ke depan berbanding parti lain.

Pada masa sama katanya gejala rasuah perlu diberikan perhatian utama supaya dapat dibendung secara menyeluruh oleh kerajaan.

“Kalau dah masuk dalam akaun sendiri (peribadi) sampai RM2.6 bilion macam mana ni? Ini dah rekod dunia!” tegasnya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401289#E46CVejtjuMfmvPP.99

Veteran UMNO : 'Pemimpin bodek, kenapa masa Tun dulu tak tegur?'

 Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA ROMPIN - "Orang politik semua ada agenda, yang tiada agenda hanya orang biasa seperti nelayan, pergi ke laut untuk cari ikan."

Demikian luah seorang vateran Umno, Abdul Khalid Mohamad, 60, yang tidak menggemari dengan perbuatan sesetengah pemimpin Umno masa kini yang mengutuk atau mendedahkan keburukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegasnya, sewaktu tokoh negarawan itu menjadi perdana menteri, tiada pula yang mahu menegur seperti yang dilakukan sekarang.

Menurutnya yang berasal dari Kampung Salang, Pulau Tioman, untuk menjadi pemimpin tidak kira apa parti biar ikhlas, tegur jika ada yang buruk manakala beri pujian sekiranya ia baik.

Katanya, sekarang pun sama semua senyap apabila ada kesalahan atau kekurangan dilakukan pemimpin namun yang berbezanya rakyat masa kini sudah pandai berfikir serta menilai.

"Saya cakap yang benar, kenapa sekarang baru nak sibuk tegur dia (Mahathir), kenapa dulu tidak? Inilah bukti masing-masing pun ada agenda.

"Sepatutnya masa dia berkuasa pemimpin lain tegur dan ketika itu boleh betulkan keadaan, kalau sekarang maknanya selama ini mereka hanya membodek, kerja tak ikhlas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu laporan sebuah portal

Dalam laporan itu, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin mendakwa, Mahathir sengaja membiarkan Umno diharamkan selepas beliau hampir kalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu pemilihan kepimpinan parti itu pada tahun 1988.

Hasan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut mendedahkan tindakan Mahathir itu bagi mengelakkan pemilihan semula jawatan Presiden Umno di antara beliau dan Tengku Razaleigh, yang mana beliau hanya menang tipis sebanyak 43 undi melebihi Tengku Razaleigh.

Perkara itu sanggup dilakukan oleh Mahathir menurut Hassan adalah kerana kesetiaan beliau terhadap Umno hanyalah selama mana parti itu boleh dipergunakan untuk menjayakan agenda politik peribadi beliau.

Hasan dilaporkan berkata demikian ketika dijemput sebagai panelis Program Siri Jelajah Penerangan Perjuangan 4All di Shah Alam, malam tadi.

Aduhai SPR...Kem belum siap, pengundi pos sudah ada

Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memberi jawapan segera berhubung isu pendaftaran baru pengundi tentera.

Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, mana mungkin sejumlah besar golongan askar didaftarkan sebagai pengundi pos di kem askar Bera, Bagan Datok dan Segamat, sedangkan setiap satu kem belum siap dibina dan dihuni.

Katanya, seandainya SPR tidak memberikan jawapan yang tuntas, dibimbangi banyak pihak akan membangkitkan kredibiliti dan niat SPR.

"Terutama, apabila kita perhalusi majoriti kemenangan BN di kawasan terbabit di samping tarikh pilihan raya yang semakin hampir, ternyata perkara ini mampu melahirkan banyak imej negatif pada SPR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tegasnya, tidak cukup dengan itu, pertambahan pengundi yang ‘dibawa masuk’ ke kem-kem berkenaan bukan sedikit, bahkan mencecah angka ribu-ribuan.

Katanya, aneh difikirkan, bagaimana SPR boleh membenarkan pendaftaran golongan tentera ini, sedangkan ia bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

Jelas Nurul Izzah, tindakan SPR seolah-olah menidakkan Perkara 19(1)(b) Perlembagaan Persekutuan secara langsung, akta tersebut jelas menyatakan, seorang pengundi hanya dikira layak mendaftar di satu-satu kawasan, jika insan tersebut menetap di kawasan berkenaan pada tarikh pendaftaran.

Dengan ini, katanya, beliau mendesak pihak SPR agar bertanggungjawab atas isu pendaftaran pengundi tentera yang langsung tidak berintegriti ini.

"Pendaftaran yang telah dijalankan wajib ditarik balik, selagi mana golongan tentera tersebut belum masuk ke kem masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga menggesa pihak PDRM dan Jabatan Peguam Negara memastikan SPR mengambil tindakan sepantas mungkin.

"Kegagalan hari ini, bererti kemusnahan masa depan negara," katanya.

14.6juta pemilih berdaftar dengan SPR setakat Jun 2017


 https://aliran.com/wp-content/uploads/2015/05/spr-election-commission.jpg
Sejumlah 14,622,881 pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara sehingga 30 Jun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata jumlah warganegara berumur 21 tahun dan ke atas yang layak mendaftar tetapi belum mendaftar sebagai pemilih adalah 3,797,785 orang bagi tempoh sama.

Jumlah pemilih baharu yang telah didaftarkan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2017 adalah 409,564 orang manakala jumlah pendaftaran tukar alamat bagi tempoh sama melibatkan 152,832 orang,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sehingga 30 September lalu SPR telah melantik 205 penolong pendaftar pemilih bagi membantu urusan pendaftaran.

Beliau berkata urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu kini sedang disiapkan sebelum tempoh dua tahun kajian tamat pada 14 Sept depan, sebelum laporan akhir diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibentangkan di Dewan Rakyat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...