TERKINI :

Monday, November 6, 2017

Pemuda Umno gesa Ahmad Bashah melepaskan jawatan Presiden KFA sebab asyik kena "BOOO"

PEMUDA Umno Kedah menggesa Menteri Besar Kedah,  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta-merta.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya menyifatkan tindakan segelintir penyokong Kedah sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan biadab.

Menurutnya, Pemuda Umno Kedah malu apabila seorang menteri besar yang mewakili Kerajaan Negeri dimalukan dan “diboo” dengan keadaan sedemikian rupa walaupun beliau telah banyak berkorban demi kemajuan dan kecemerlangan bola sepak negeri.

"Pemuda Umno percaya, apa yang terjadi tempoh hari adalah sama sekali tidak boleh diterima. Komitmen dan pengorbanan Dato Seri Presiden langsung tidak dikenang dan dihargai.

Untuk rekod semasa pentadbiran beliau sebagai Presiden KFA kita telah ke pentas final Piala Malaysia sebanyak 2 kali dan final Piala FA (satu kali)," katanya pada satu sidang media khas di Hotel Tabung Haji Alor Setar, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, pihaknya juga ingin mencadangkan agar semua ahli politik Umno di dalam KFA turut mengambil tindakan yang serupa.

Jelasnya, tuntutan dan cadangan ini dibuat atas dasar untuk menjaga nama baik parti yang sering dijadikan "kambing hitam" oleh pihak berkepentingan tertentu yang terus menjadikan bola sepak sebagai medan mereka mencari simpati politik dan amarah politik.

Dalam pada itu, Pemuda Umno Kedah juga ingin memohon agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas kepada penyokong JDT yang sama sekali tidak menghormati lagu negeri Kedah ketika ianya dimainkan.

"Sebuah kain rentang gergasi yang bersimbolkan 'haters' jelas menunjukkan niat tidak baik pihak tertentu terhadap lagu kebanggaan negeri Kedah dan secara tidak langsung tidak menghormati keberangkatan Sultan Kedah di pentas utama.

"Mungkin imej 'haters' tersebut bersifat 'umum', namun kami ingin mempersoalkan kenapa ia diturunkan sewaktu lagu kebanggaan negeri Kedah iaitu 'ALLAH selamatkan Sultan' dinyanyikan," soalnya lagi.

Tambah beliau, Pemuda Umno Kedah mohon agar pihak yang bertanggungjawab tampil memberi penjelasan dan pada masa yang sama memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Kedah dan kepada Tuanku Sultan Kedah atas apa jua niat dan tindakan.

KALAU DAH TAK TAHAN CABARAN, SERAH SAJA JAWATAN PERDANA MENTERI KEPADA TIMBALAN....

Semakin dekat tarikh piliharaya, Najib Razak dilihat semakin tak keruan dan gagal menahan dirinya daripada berkelakuan yang sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri.

Tingkah terbarunya dengan mengungkapkan perkataan "kepala bapak kau" dan "bodoh" adalah kemuncak manifestasi kegagalan dan tidak tahan terhadap  cabaran yang dihadapi.

Dua ungkapan tersebut menyusul perkaraan "haramjadah", "bangang" dan "bangsat" yang pernah diucapkannya sebelum ini.

Semua Perdana Menteri sebelum ada cabaran masing-masing, tetapi tidak pernah kita dengar ada sampai mencarut, memaki dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kasar dan tidak sepatutnya seperti Najib ini.

Selepas ini, tentunya kerana semakin diserang dan diasak oleh Tun Mahathir serta Pakatan Harapan dan kepala Najib akan bertambah bengang kerananya, barangkali lebih banyak lagi perkataan berunsur makian dan carutan yang akan terkeluar daripada mulutnya.

Maka, jika itu berlaku, bukan saja menambah-burukkan lagi imejnya di mata umum serta memungkinkan beliau lebih mudah ditewaskan oleh Tun Mahathir, malah yang lebih sengsara ialah menyukarkan  laskar-laskar maya pro UMNO untuk mempertahankannya.

Bagaimanakah seorang Perdana Menteri boleh dan mampu dipertahankan di media sosial dan kepada makcik-makcik Felda jika perkataan "kepala bapak kau", "bodoh", "haramjadah", "bangang", "bangsat" dan lain-lain sudah menjadi mainan di bibirnya setiap hari?

Tidak mustahil, kiranya dibekalkan dedak tambahan dan ditemani gajet secanggih Iphone X pun mereka tetap menghadapi kesukaran memerah otak mengeluarkan idea-idea bernas, melainkan menjadi "anak murid yang kencing berlari" juga iaitu turut menjadikan bahasa lucah, mencarut dan memaki  sebagai mainan seharian serta sandaran mempertahankan kuasa.

Hakikatnya, tingkah laku seorang Perdana Menteri yang buruk perangainya akan melahirkan pengikut dan laskar maya yang sama atau lebih buruk perangainya.

Kenapa pengikut dan pejuang maya pro Tun Mahathir dan Pakatan Harapan begitu bersopan dan konsisten dengan fakta serta budi bahasa yang tinggi dalam perjuangan mereka?

Jawapannya tidak lain adalah kerana pemimpin-pemimpin di atas sana telah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk dicontoh oleh semua peringkat bawahannya.

Najib, dalam keadaan berterusan tak keruan dan gagal menahan diri itu sebenarnya sudah tidak layak lagi untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau lebih baik mengundurkan diri dan menyerahkan saja jawatan kepada timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang walaupun banyak kekurangan dan ketidaklayakan di sana sini, tetapi tentunya sudah lama berangan-angan serta mengidam untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, sekiranya Zahid Hamidi tidak begitu boleh dipercayai, manalah tahu bila dapat kuasa nanti beliau boleh mengarahkan siasatan atas skandal 1MDB misalnya, demi untuk mendapatkan populariti dan sokongan rakyat secara mendadak, Najib boleh juga menyerahkan jawatannya kepada Hishammuddin Hussein, sepupunya sendiri.

Sebagai sepupu dan ada hubungan darah daging, Hishammuddin tentu saja akan cuba sedaya upaya melindungi dan mempertahankan Najib selagi kuasa ada dalam genggamannya.

Lagi pula, tiada yang peliknya menyerahkan kuasa kepada sepupu sendiri kerana ketika Tun Razak jadi Perdana Menteri dulu pun, timbalan dan penggantinya adalah birasnya sendiri iaitu Tun Hussein Onn.

Dulu biras, kini sepupu....okaylah tuu....(ShahbudinHusin 06/11/2017).

Pemulihan Felda, FGV: Menang sorak kampung tergadai?

MALAYSIA DATELINE

Pemulihan Felda, FGV: Menang sorak kampung tergadai?
Merujuk kepada langkah kerajaan yang akan mengambil langkah pemulihan ke atas Felda dan FGV, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mempersoalkan apakah ini dinamakan menang sorak kampung tergadai?

Dalam situasi FGV yang terumbang ambing, adalah terlalu awal untuk menjangkakan kemampuan Pengerusi dan CEO Felda membawa pelan pemulihan ke atas FGV, kata presiden persatuan tersebut Mazlan Aliman dalam satu kenyataan semalam.

“Sebelum FGV disenaraikan lagi, NGO Anak telah membuat bantahan dan tentangan kuat. Anak bertegas, penyenaraian FGV di Bursa Malaysia adalah satu malapetaka yang bakal memberi kesan buruk kepada Felda dan peneroka Felda.

“Segala usaha dan ikhtiar dibuat. Merayu kepada YAB Perdana Menteri dengan menyerah sendiri memorandum di pejabat PM di Putrajaya.

“YAB PM bukan sahaja tidak menghargai pandangan Anak, bahkan tergamak mengungkapkan perkataan kesat ‘haram jadah’ kepada penentang FGV,” kata Mazlan.

Anak katanya lagi, pernah mengetuai himpunan aman di Bangunan Ibu Pejabat Felda, berarak dan menyerahkan memorandum ke Istana Negara, Jelajah Kembara Oren dan menggunakan saluran undang-undang.

“Tidak banyak pihak yang bersama Anak waktu itu. Rata-rata terpedaya dengan gambaran indah mengenai penyenaraian yang diumum dengan bangganya, kedua terbesar selepas Facebook. Apatah lagi setiap peneroka diberi RM15,000!

“Justeru, benarlah seperti kata Dr Jomo K Sundram, seorang pakar ekonomi, hari ini masyarakat Felda yang terdiri daripada peneroka, Generasi Baru Felda dan kakitangan Felda sekitar sejuta orang, telah menanggung akibat yang sangat buruk.

“Untuk meredakan amarah warga Felda, diberilah dedak/gula-gula melalui insentif, antaranya insentif khas berjumlah RM5,000 kepada peneroka ‘yang bersama Felda’,” jelas Mazlan.

Menurut Mazlan lagi, ada pihak yang memberi pandangan agar Anak menghentikan pertembungan dengan kerajaan dan melakukan kerjasama demi kebaikan peneroka.

“Sebenarnya, itulah yang diusahakan daripada awal. Sama ada YAB PM, Tan Sri Isa Samad, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Faizoul Ahmad, berbagai usaha dibuat. Sampaikan ke suatu peringkat ketika Datuk Ahmad Maslan menolak debat dan bersedia dengan ‘Dialog 3 hari 3 malam’ (ungkapan Ahmad Maslan), Anak menerima dengan senang hati.

“Malangnya, ego dan sikap sombong kerajaan, segala pandangan ditolak mentah-mentah. Bahkan Pengurusan Kanan Felda yang telah berkhidmat begitu lama menerima tekanan teruk, hanya kerana berbeza pandangan mengenai FGV.

Sambung Mazlan, bagi Anak, sementara kita merai dan menghargai langkah-langkah pemulihan ke atas Felda dan FGV, tidak dapat dinafikan, warga Felda mesti mempertimbangkan situasi yang ada demi masa depan mereka.

“Kuasa undi di 54 parlimen Felda seluruh negara harus dimanfaatkan dalam PRU14 ini. Sama ada mahu terus memilih kerajaan sedia ada, atau, kerajaan baharu, semuanya terpulang kepada kebijaksanaan peneroka.

“Barang diingat, kegagalan memulihkan Felda dan FGV, mimpi ngeri yang tidak terfikir oleh kita, boleh sahaja menimpa masyarakat Felda,” kata Mazlan memberi amaran.

KEPALA BAPAK PENIPU.. LIDAH BERCABANG!!

Ketika berucap di Perhimpunan Agung Persatuan Cina Malaysia (MCA) di Jalan Ampang semalam, Ketua Parti Penipu Negara Najib Tun Razak dilaporkan berkata :

“Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan, realitinya pada PRU lepas mereka menang pun tidak boleh tubuh kerajaan. Mereka tidak boleh buat yang terbaik dari PRU lepas, tak boleh, termasuk jika mereka buat dengan baik pun mereka tetap tak boleh tadbir kerajaan."

Nampak tak bagaimana tinggi skil PENIPU yang ada pada ketua Parti Penipu ni. Suatu ketika hari itu dimainkan bahawa jika Pakatan Harapan berjaya mentadbir Malaysia selepas PRU-14 nanti maka Lim Kit Siang dari DAP akan jadi Perdana Menteri. Dimainkan isu tersebut supaya melayu takut kononnya nanti "cina" akan jadi Perdana Menteri dan habis semua melayu dizalimi. Habis melayu dan Islam dibuang.

Bila bercakap di hadapan orang-orang cina, NAJIB penipu besar ini bercakap lain pulak. Kalau DAP menang pun tak boleh jadi Kerajaan, jadi apa nasib cina jika DAP menang?

Penipu ini kata lagi :

"Dalam kerajaan kita tanya pada suara kaum Cina, apa mereka mahu, wakil Cina yang kuat atau lemah? Pilihan di tangan anda. Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan,”

Sebenarnya apa cina mahu sama seperti apa melayu mahu, sama seperti apa india mahu, sama seperti apa orang sikh mahu, sama seperti orang siam mahu, sama seperti orang iban, kadazan dan lain-lain bangsa di Malaysia mahu.

Semua bangsa mahu hak yang sama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan iaitu "NILAI". Orang cina mahu nilai cina dijamin, diangkat, dijaga. Orang melayu mahu "nilai" orang melayu dipertahan, dijaga dan dihormati. Orang india juga sama. Semua bangsa sama kemahuannya.

Seluruh warga Malaysia mahukan sebuah Kerajaan yang mentadbir negara dengan baik, tiada rasuah, tiada penyelewengan, tiada rompakan harta negara. Apa yang kami sumbang kepada negara hendaklah dipulangkan kepada kami BUKAN dikawal dan dihakmilikkan serta digunakan sesuka hati pemimpin negara untuk kepentingan sendiri.

"Nilai" kita adalah harga diri dan maruah kita. Kita bukan bahan kajian dan hamba pemimpin negara sehingga apa saja yang kita suarakan tidak pernah dilayan, didengar dan diambli berat. Kita kata kita merana, pemimpin kata kita malas. Kita kata ekonomi kita teruk. Pemimpin kata kita bergantung kepada Kerajaan tanpa berusaha. Kita kata kos hidup kita meninggi. Pemimpin Kerajaan kata GST baik untuk semua.

Apa nilai kita? KOSONG di bawah BN!!

BANGKITLAH warga Malaysia.
Nyahkan si penipu ini bersama pengampu-pengampu.
Nyahkan seluruh kepimpinan jahat ini.

Kita sama-sama jadikan Malaysia Baru ini milik kita bersama.

ZULHAZMI SHARIFF.
6 November 2017

Akhirnya Hadi berjaya heret Najib ke mahkamah


SHAHBUDIN HUSSIN

Akhirnya Hadi berjaya heret Najib ke mahkamah
Perkara paling mungkin akan berlaku serta sukar dielakkan dalam kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clate Rewcastle-Brown ialah perlunya kehadiran Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai saksi di mahkamah London.

Oleh kerana nama beliau telah dikaitkan secara langsung, bukan saja dalam isu RM90 juta yang didakwa diberikan kepada Pas, tetapi juga berkaitan RM200juta yang dikatakan diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, keperluan Najib untuk hadir memberi keterangan tidak boleh lagi dipandang remeh.

Apatah lagi buat pertama kalinya, Najib semalam juga menafikan pernah memberikan wang RM90 juta itu kepada Pas.

Memandangkan kenyataan itu dibuat secara terbuka ditempat umum, maka ia perlu disahkan sekali lagi dengan Najib sendiri mesti tampil sebagai saksi di mahkamah.

Jika tidak, penafian Najib itu tidak boleh diterima dan hanyalah umpama perbualan dalam sembang-sembang di kedai kopi saja.

Dengan yang demikian, untuk menentukan Najib benar-benar tidak pernah memberikan wang, sama ada dalam jumlah RM90 juta atau RM200 juta, beliau perlu mengesahkannya di mahkamah.

Dalam hal berkaitan, bukan saja peguam Clare ingin menyoal Najib dengan lebih detail, malahan tentunya peguam Hadi juga ingin berbuat perkara yang sama.

Najib pula, dalam keinginan untuk memastikan Hadi menang kes samannya terhadap Clare itu, sudah pasti sukar untuk menolak daripada menjadi saksi kerana keengganan untuk hadir secara tidak langsung memperlihatkannya tidak mahu membantu Presiden Pas itu.

Hadi sendiri tentunya amat kecewa jika Najib enggan hadir untuk memberi keterangan dan membantunya dalam perbicaraan itu.

Dah jadi kawan, adatnya tentulah Najib dan Hadi boleh saling bantu-membantu.

Apabila hadir di mahkamah London, Najib pasti bukan saja akan ditanya mengenai wang RM90juta, tetapi juga berkenaan RM200juta dan kaitannya dengan 1MDB.

Ini kerana sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kesemua wang yang dikatakan pemberian Najib itu adalah dipercayai bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pendedahannya melalui akuan bersumpahnya sebelum ini, walaupun tidak menyebut jumlahnya, mengatakan Najib telah memberikan wang yang bersumberkan daripada 1MDB kepada Nasharuddin untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pula, di sebalik tidak menyebut nama sesiapa, tetapi secara terbuka mendedahkan angka RM200juta itu serta nama sebuah bank, Affin Bank sebagai tempat di mana wang tersebut disalurkan.

Jika Rafizi dan Husam pun ada maklumat sedemikian rupa, apakah tidak mungkin peguam Clare mempunyailebih maklumat lagi?

Maka, mampukah Najib menafikannya dalam mahkamah nanti?

Apa yang menariknya di sini, kalau sebelum ini Najib berjaya menolak beberapa saman untuk menghadapkannya ke mahkamah berkaitan 1MDB dan wang RM2,600juta yang pernah diterimanya, bahkan soalan di Parlimen juga berjaya dielaknya, beliau kini sudah tiada pilihan lain lagi.

Najib kini terpaksa hadir ke mahkamah London dan seterusnya merelakan dirinya disoal oleh peguam di sana.

Akhirnya, meskipun Clare yang kena saman, dalam masa yang sama, Presiden Pas itu juga telah berjaya mengheret Perdana Menteri ke mahkamah – suatu perkara yang selama ini sedaya-upaya cuba dielakkan oleh Najib.

*Shahbudin Hussin adalah penulis buku politik dan blogger

MO1 gelabah dengan pendedahan Claire


ARIF ATAN


 MO1 gelabah dengan pendedahan Claire



Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Hanipa Maidin berpendapat ‘Malaysian Official 1’ (MO1) tidak tentu arah atau gelabah dengan pendedahan editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown.


Menurutnya, reaksi gelabah MO1 itu ekoran kenyataan pembelaan Claire terhadap saman dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April lalu.

“Teknik atau taktik orang yang gelabah kerana tanggung masalah atau beban ada pelbagai macam dan bentuk.

“Antara tekniknya adalah orang yang gelabah itu pula yang tuduh orang yang bikin dia gelabah itu sebenarnya yang telah gelabah.

“Inilah teknik MO1. Dia gelabah dengan pendedahan Claire dalam pernyataan pembelaan Claire ke atas saman Presiden parti suci di London sebab nama dia juga terpalit.

“Jadi nak buat macam mana? Dia kata Claire yang sebenarnya gelabah!” dipetik daripada kenyataannya di Facebook.

Untuk rekod, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam tuntutan mahkamah ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaitkan MO1 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dokumen itu pada muka surat 13, perenggan 39 contohnya menyebut, “Setelah ditubuhkan, MO1 iaitu Najib mengambil alih kedudukan kuasa dalam 1MDB. MO1 (Najib) mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan, dan penyingkiran, lembaga pengarah 1MDB pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.”

Bahkan, menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini turut mengakui MO1 yang disebut dalam tuntutan mahkamah oleh DOJ Amerika itu adalah Najib Razak.

Sehubungan itu, Hanipa yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH menyifatkan majoriti rakyat Malaysia masih siuman untuk menolak dakwaan kononnya Claire gelabah.

Beliau menganggap cuma individu tidak waras yang menganggap MO1 dan pihak Pas yang mendakwa kononnya mereka mengamalkan politik matang dan sejahtera tidak gelabah.

“Teknik sebegitu hanya mungkin berjaya jika 95 peratus rakyat negara ini bukan berfikiran waras. Hanya orang tak siuman sahaja, bagi sayalah, yang percaya yang sebenarnya gelabah adalah Claire dan bukannya MO1 atau yang sejahtera dan matang dengannya,” kata beliau.

‘Ibu segala skandal’ bertemu dengan ‘ibu segala komen’ dalam ‘Ibu segala posting’

MALAYSIA DATELINE


‘Ibu segala posting’ untuk ‘Ibu segala bajet’.

‘Ibu segaja bajet’ yang dibuat untuk menghadapi ‘Ibu kepada segala pilihan raya’ kini bakal berdepan dengan ‘Ibu kepada segala skandal kewangan’ iaitu 1MDB.

Demikian analogi yang diberikan oleh ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin ketika mengulas tindakan Parlimen yang menyekat perbahasan mengenai skandal itu.

Bagi beliau, tindakan PAS pula yang menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika menyiasat skandal 1MDB di negara mereka sebagai ‘campur tangan asing’ adalah ‘Ibu segala komen’ dalam ‘Ibu segala posting’nya hari ini.

Setelah namakan ‘Bajet Kleptokrat’ beliau sebagai ‘Ibu Segala Bajet’, kini dilaporkan media yang MO1 namakan pula PRU 14 yang tak tahu bila akan kunjung tiba sebagai ‘Ibu Segala Pilihanraya’, tulis Hanipa dalam akaun facebook yang dikendalikannya ‘Peguam PAS – Dulu’.

Bagi beliau, mungkin yang dia (Datuk Seri Najib Razak) lupa nak sebut skandal 1MDB yang berskala amat besar itu adalah, setakat ini , ‘Ibu Segala Skandal Kewangan’ dalam negara ini.

“Dan yang best lagi, beliau terpalit sama dalam ‘Ibu Segala Skandal Kewangan’ tersebut,” katanya.

Namun, katanya, ‘Ibu Segala Skandal Kewangan’ itu, sepertimana boleh dilihat dengan jelas dalam saman DoJ, mengundang pula ‘Ibu Segala Komen’ dalam dunia-saman DoJ adalah campurtangan asing!

“Saya harap ibu kepada anak-anak saya tak marah anak bongsu saya jika beliau tersasul sebut ‘Bajet Kleptokrat’ sebagai ‘Bajet Keparat’.

“Don’t be sad honey (jangan sedih sayang), itu hanyalah ‘Ibu segala tersasul’,” tulis Hanipa.

Ketika membentangkan Bajet 2018 baru-baru ini, Najib menyifatkan bajet itu sebagai ‘Ibu kepada segala bajet’.

Sebelum ini pemimpin BN menyifatkan pilihan raya umum ke 14 adalah ‘Ibu kepada segala pilihan raya’ yang membayangkan kesengitannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...