TERKINI :

Saturday, November 4, 2017

JIKA JUARA P.MALAYSIA : Esok Kedah Cuti & RM50K untuk pemain-pemain.

Dalam satu sidang media selepas Majlis Jamuan Tengahari bersama pasukan hijaukuning, YAB Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -, Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan insentif buat skuad hijaukuning seperti berikut:

1. Hari AHAD diumumkan cuti peristiwa buat negeri Kedah Darul Aman JIKA Kedah FA muncul juara TM Piala Malaysia 2017;

2. Bonus RM50,000 buat pemain-pemain skuad hijaukuning jika muncul juara;

3. Lawatan dan perlawanan persahabatan antarabangsa buat pasukan Kedah dalam persediaan musim 2018.

Terima Kasih.

Dakwa aktiviti pembalakan di kawasan Gunung Inas punca banjir lumpur

Dakwa aktiviti pembalakan punca banjir lumpur
KULIM - Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendakwa kejadian banjir lumpur yang melanda di Kampung Ulu Mahang dan Mahang Luar baru-baru ini berpunca daripada aktiviti pembalakan di kawasan Gunung Inas.

Pegawai Luar SAM, Zulkifli Yusuf berkata pihaknya telah membuat tinjauannya ke lokasi tersebut dan mendapati punca banjir lumpur adalah disebabkan aktiviti pembalakan yang dijalankan di kawasan Gunung Inas berdekatan.

Menurutnya, aktiviti itu menyebabkan kawasan tadahan air musnah dan memberi pelbagai masalah termasuk merugikan harta benda, serta mengancam nyawa penduduk kerana arus sungai akan mengalir dengan laju dan deras.

"Sebelum ini kita telah ke lokasi dan menjangkakan pelbagai masalah akan timbul, jadi apabila banjir lumpur berlaku saya percaya ia disebabkan aktiviti pembalakan di kawasan gunung di situ.

"Bila berlaku hujan, air dari bukit turun dengan laju, air sungai juga menjadi deras kita bimbang keselamatan penduduk terutama kanak-kanak terancam, malah akan berlaku banjir sehingga menyebabkan kerugian harta benda penduduk di kawasan tersebut.

"Kita jangka jika aktiviti ini terus berlaku dalam tempoh beberapa tahun lagi sungai akan menjadi semakin cetek dan tercemar teruk, kualiti air juga terjejas,"katanya kepada Sinar Harian.

Malah, beliau turut berkata kewujudan kuari pasir di sungai berdekatan juga akan menambah masalah kepada penduduk di kawasan tersebut.

"Bukan setakat aktiviti balak ditambah pula dengan kewujudan kuari pasir ia juga memberi kesan buruk kepada penduduk di situ.

"Air sungai menjadi cetek dan tebing menjadi semakin luas, selain sistem saliran untuk pengairan sawah padi juga tersumbat, ia merugikan pengusaha sawah," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan 12 rumah telah terjejas teruk akibat dilanda banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembalakan yang dijalankan di bukit berdekatan.

Dalam pada itu, Zulkifli berpendapat pihak terlibat sama ada pengusaha balak atau kerajaan negeri perlu memberi pampasan yang setimpal kepada mangsa terjejas akibat banjir lumpur.

"Saya telah pergi temui mangsa banjir lumpur itu kebanyakan mereka mengalami kerugian RM1,000 hingga RM5,000, selain emosi juga terganggu," katanya.

Tambahnya, pihak badan kerajaan yang bertanggungjawab juga digesa turun padang memantau aktiviti berkenaan dan mengambil tindakan segera.

"Saya gesa pihak terlibat termasuk kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Hutan dan Jabatan Pertanian segera turun padang dan ambil tindakan menghentikan segera aktiviti-aktiviti yang merosakkan alam sekitar dan sungai tersebut," katanya.

Final Piala Malaysia 2017 - Kedah harap tuah Stadium Shah Alam

Kedah harap tuah Stadium Shah Alam
JUARA bertahan, Kedah mengharapkan tuah beraksi di Stadium Shah Alam menyebelahi mereka sekali lagi ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, malam esok.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata selepas melakar kejayaan menewaskan Selangor pada edisi lepas dan menjuarai Piala FA musim ini di venue itu, keputusan sama diharap dapat dicatat ke atas skuad Harimau Selatan pada pertembungan esok.

“Ini adalah kali ketiga berturut-turut Kedah berjaya sampai ke perlawanan akhir di stadium yang sama, jadi kita mengharapkan tuah yang sama seperti tahun lalu,” katanya pada sidang media perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Bagaimanapun, pengendali berusia 49 tahun itu mengakui pasukannya bakal berdepan ujian getir dalam mengekang asakan JDT, namun ketiadaan tonggak pertahanan pasukan lawan Marcos Antonio yang mengalami kecederaan lutut dilihat memberi sedikit kelebihan.

“Kelebihan itu kita akan cuba gunakan sebaiknya tetapi jika dilihat pada barisan tengah dan serangan pasukan lawan, mereka memang sangat baik.

Jika kita lihat statistik gol sepanjang musim ini, mereka mempunyai rekod yang sangat baik. Oleh itu final kali ini kami memikul tanggungjawab yang lebih berat,” kata beliau.

Sementara itu, Kapten Skuad Lang Merah, Khairul Helmi Johari menggesa rakan sepasukan untuk memberikan yang terbaik dalam memastikan Piala Malaysia terus kekal berada di Kedah.

“Kita sudah berdepan JDT dua kali pada musim ini dan ia merupakan aksi yang seimbang. Sudah pasti final kali ini kami mahukan kemenangan tetapi bila bercakap soal final, hanya pasukan terbaik yang akan menang.

Jadi saya mengharapkan semua pemain tidak kira yang bermain ataupun di bangku simpanan dapat memberikan sepenuh komitmen pada malam final esok,” katanya. – Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...