TERKINI :

Monday, October 16, 2017

Wanita Pakatan Harapan selar denda RM1,000 keatas ibubapa lewat daftar lahir


KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Harapan (PH) menyelar pengumuman kerajaan untuk menaikkan denda sebanyak RM1,000 kepada ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata denda yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed terlalu tinggi dan membebankan rakyat.

“Peningkatan denda daripada RM50 kepada RM1,000 jika ibu bapa gagal mendaftarkan kelahiran bayi mereka dalam tempoh 60 hari menjadi beban tambahan terutama kepada golongan miskin.

“Selain itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan penalti itu kerana tidak diwartakan dalam undang-undang,” kata Zuraida sambil mengingatkan Nur Jazlan bahawa denda itu bersamaan dengan upah minimum di Malaysia Barat.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) dengan pindaan yang diluluskan tahun lepas tidak menyatakan penalti yang dikenakan ke atas pendaftaran lewat dalam Seksyen 12 akta tersebut.

“Rujukan yang dibuat terhadap penalti adalah samar-samar dan tidak boleh dikenakan hanya dengan kata-kata seorang timbalan menteri dalam negeri. Ini perkara serius yang mesti didebatkan di Parlimen kerana ia memberi kesan kepada setiap rakyat,” kata Zuraida seperti dilapor FMT.

Sementara Teo pula berkata jumlah peningkatan denda itu akan meningkatkan bilangan kanak-kanak tanpa kerakyatan.

“November tahun lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat 290,437 kanak-kanak tanpa warganegara di Malaysia yang berumur di bawah 18 tahun.

“Jumlah itu lebih besar daripada jumlah penduduk Perlis. Kami tidak mahu melihat lebih ramai kanak-kanak menerima nasib yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mencadangkan supaya JPN membuat kajian terlebih dahulu untuk mengetahui punca ibu bapa lewat mendaftarkan anak mereka.

“JPN mesti buat analisis dulu punca kelewatan. Adakah sebab malas, tidak bertanggungjawab, buta huruf atau kemiskinan?

“Jika buta huruf atau miskin menjadi punca, mengenakan penalti yang tinggi tidak akan menyelesaikan masalah itu.”

Sebelum ini dilaporkan pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak dalam tempoh 60 hari perlu membayar denda RM1,000, berkuatkuasa serta-merta.

Sebelum ini, denda pendaftaran lewat kelahiran hanya RM50.

“Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

“Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuatkuasa serta merta,” kata Nur memetik laporan Berita Harian.

Beliau juga berkata peningkatan denda itu tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

Kajian: Hanya 17% responden Malaysia percaya kandungan media sosial

FMT Reporters | October 16, 2017

social-media-users
Jenama global menghadapi kesukaran berhubung dengan pengguna di Malaysia kerana mereka tidak mempercayai kadungan dalam talian dan ragu-ragu dengan niatnya.

social-media-usersPETALING JAYA: Satu kajian yang dijalankan sebuah agensi penyelidikan dunia mendapati rakyat Malaysia skeptikal dengan kandungan dalam talian kerana hanya 17% pengguna internet di negara ini mempercayai kandungan dalam media sosial.

Kajian “Connected Life 2017” yang dijalankan Kantar TNS mendapati rakyat Malaysia menghabiskan 7.2 jam melayari internet setiap hari, tetapi jenama global menghadapi kesukaran berhubung dengan pengguna Malaysia yang tidak mempercayai kandungan dalam talian dan ragu-ragu dengan niatnya.

Kajian yang dijalankan ke atas 70,000 responden di 56 negara bagi mengkaji kepercayaan pengguna terhadap jenama dari segi teknologi, kandungan, data dan e-dagang menunjukkan hanya 41% pengguna internet di Malaysia mempercayai jenama global berbanding 54% di Vietnam.

Keadaan bagaimanapun berbeza di negara lain dalam rantau ini, di mana 59% pengguna internet di Filipina dan 61% responden di Indonesia mempercayai kandungan dalam talian.

Hampir satu pertiga atau 31% responden bimbang sejauh mana rangkaian media sosial mempunyai kawalan ke atas kandungan yang dibaca di laman mereka.

Kajian itu juga menunjukkan rakyat Malaysia berhati-hati dengan data peribadi yang dikongsi dalam talian kerana 51% responden bimbang jenama global memperolehi data peribadi mereka berbanding 33% responden di seluruh Asia Tenggara.

“Jika dibandingkan dengan negara-negara membangun di rantau ini, pengguna di Malaysia tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca di internet dan kurang selesa dengan jenama yang mengumpulkan data peribadi mereka.

“Jenama perlu lebih menonjol dan menunjukkan nilai yang mampu menambah baik kehidupan pengguna jika mahukan kepercayaan mereka, di samping memastikan saluran ini digunakan untuk perbincangan lebih bermakna berkaitan jenama,” kata Pengarah Urusan Kantar TNS Malaysia, MC Lai dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun kemajuan teknologi memudahkan kehidupan, namun 38% pengguna internet berusia 16 hingga 25 tahun di Malaysia merasakan mereka terlalu banyak menggunakan telefon dan tidak mahu berhubung dengan peranti yang boleh memantau aktiviti mereka, berbanding 15% di Indonesia.

Wang tunai ternyata masih menjadi pilihan rakyat Malaysia, di mana hanya 29% pengguna internet di negara ini bersedia membeli produk menggunakan telefon pintar, tetapi 39% enggan berbuat demikian.

“Jadi, penyelesaian inovatif yang memberi kemudahan kepada pengguna diperlukan sebelum mereka berasa yakin untuk beralih kepada pilihan pembayaran baru,” kata Kantar TNS.

Ketua Penyelesaian Ketersambungan Global Kantar TNS, Michael Nicholas menyarankan jenama lebih telus mengenai cara pengumpulan dan penggunaan data peribadi pelanggan.

“Untuk membina dan melindungi kepercayaan pengguna, jenama perlu mengutamakan pelanggan meraka. Ini bermakna jenama perlu memahami motivasi, mengetahui masa yang sesuai untuk berhubung dengan mereka dan menghormati masa pelanggan.”

Himpunan ‘anti-kleptokrasi’ di Padang Timur gagal kerana ketiadaan PAS

FMT Reporters | October 16, 2017

Riduan-Mohamad-klepto
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Riduan Mohamad Nor berkata, himpunan Sabtu lalu gagal kerana PAS bukan sebahagian gabungan pembangkang yang berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran sebelum ini.

Riduan-Mohamad-kleptoPETALING JAYA: PAS hari ini berkata, jumlah peserta ke perhimpunan di Padang Timur Sabtu lalu menunjukkan ia gagal mencapai sasaran, dan kerana parti Islam itu bukan lagi sebahagian gabungan pembangkang yang sebelum ini berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Riduan Mohamad Nor berkata, Pakatan Harapan (PH) gagal mencapai sasaran diharapkan walaupun mempunyai 3 bulan untuk merancang perhimpunan yang dihadiri pemimpin tertinggi semua 4 parti dalam gabungan pembangkang itu.

“Jika tempoh yang sama digerakkan pasukan mobilisasi PAS, sebagaimana terbukti sebelum ini, maka 270,000 hingga 300,000 ahli akan berhimpun seperti himpunan H355 dan Fastaqim 2.0,” kata Riduan merujuk 2 perhimpunan anjuran PAS di Kuala Lumpur dan Terengganu tahun ini.

Beliau menyatakan beberapa faktor menyumbang kepada kegagalan himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” anjuran PH.

Pertama katanya, PAS ketika bersama Pakatan Rakyat (PR) mempunyai modus operandi tersusun dalam mengerah ahlinya daripada semua peringkat dengan 80% peserta ialah ahli parti Islam itu.

“PAS bukan hanya meramaikan himpunan, tetapi membekalkan petugas keselamatan iaitu anggota Jabatan Amal yang sangat berdisiplin dan mempunyai dedikasi tinggi, selain pasukan khas medik dengan ambulans sendiri.”

Riduan turut mendakwa PH tidak mempunyai pimpinan berintegriti untuk menjulang tema himpunan anti-kleptokrasi itu.

“Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ahli Umnonya mempunyai sejarah silam yang tak mampu dipadamkan dengan apa jua serbuk penyental. Mereka daripada pasukan perompak negara dengan pelbagai skandal kewangan.

“Mereka ‘acah-acah suci’ untuk menolak pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, sedangkan rakyat yang pernah menderita di zaman Dr Mahathir tidak mudah melupakan senarai panjang kezaliman dan salah guna kuasa.”

Tambahan, katanya, rakyat tidak yakin dengan DAP yang merupakan pendorong kegagalan perhimpunan itu.

“Lihat sahaja ucapan pimpinan utama DAP di pentas utama himpunan yang hanya meratib ‘gila’ berulang kali tanpa kerangka berfikir yang mapan untuk memulihkan negara ini daripada penyalahgunaan kuasa. Ucapan mereka seperti kokok berdegar-degar, tetapi ekor bergelumang tahi.”

Beliau berkata, himpunan itu juga tidak berjaya menarik penyertaan belia berbanding Fastaqim 2.0, di mana lebih 70% peserta ialah anak muda pelbagai latar belakang, termasuk daripada aliran tarbawi, tajnid dan peminat muzik genre keras.

“PAS sebagai gerakan massa berjaya memicu kesedaran politik anak muda, termasuk wanita muda,” katanya yang mendakwa Pemuda DAP, PPBM, Amanah dan PKR gagal meraih sokongan belia.

Riduan berkata, PH juga gagal menghimpunkan 100,000 peserta di kubu kuat sendiri, berbanding PAS yang berjaya menarik penyertaan 250,000 ahli dan penyokong ke Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus yang merupakan kubu Umno.

“Walaupun bendera PAS dicabut, dikenakan saman oleh pihak berkuasa tempatan, ada masjid yang menutup bekalan air untuk pengunjung dan pelbagai karenah BN, namun keazaman dan iltizam penyokong PAS berupaya mengatasi segala halangan.”

Katanya, himpunan anti-kleptokrasi itu gagal kerana PH tidak mempunyai jentera akar umbi dan sokongan NGO.

“Selama ini jentera pilihan raya PR disandarkan pada PAS, petugas PAS di atas nama arahan jamaah dan sikap setiakawan telah membantu rakan komponen PR. Kali ini jentera PAS tidak perlu memikul biawak hidup lagi, mereka boleh menghela nafas lega sambil berzikir mengingati Allah.

“Saya difahamkan, kelompok radikal tidak selesa dengan keberadaan Dr Mahathir dalam hirarki kepimpinan PH. Mana mungkin seorang yang menggunakan pelbagai akta drakonian di zaman berkuasa dulu, kini diwirakan untuk memimpin kebangkitan rakyat menentang rejim korup.”

Hanya Umno yang beriya mahu Kit Siang jadi PM, kata Guan Eng

MALAYSIADATELINE
October 16, 2017 4:06 pm 

Hanya Umno yang beriya mahu Kit Siang jadi PM, kata Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas ‘kegilaan’ Umno yang giat menyebarkan dakyah songsang dengan memberi gambaran kononnya Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya.

“Mereka cakap PM selepas Najib ialah Lim Kit Siang. Tapi Kit Siang cakap bukan. Tun Dr Mahathir juga kata bukan.

“Nampaknya hanya Umno sahaja mahu Kit Siang jadi perdana menteri,” katanya seperti dipetik Roketkini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, menyifatkan tohmahan jahat mengaitkan DAP dengan fahaman komunis adalah tindakan ‘tidak siuman’.

“Ada orang cakap DAP komunis! Kuncu-kuncu mereka cakap Chin Peng dan Lim Kit siang adalah sepupu. Kerana kononnya sepupu, jadi, saya merupakan anak saudara Chin Peng – oleh kerana saya anak saudara Chin Peng maka saya komunis?

“Ini sudah gila!” katanya ketika berucap di Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi Sabtu lalu.

Sebaliknya beliau dengan nada sinis mempersoalkan Umno yang diberi penghormatan untuk berucap dalam Kongres Parti Komunis China yang dijadualkan 18 Oktober ini.

“Lagi gila bila tuduh kita komunis. Bila parti komunis (China) ada himpunan besar di Beijing, parti mana yang dijemput hadir dan satu-satunya parti diberi penghormatan untuk berucap?” soalnya dijawab dengan “Umno!” oleh hadirin.

“DAP tak langsung dipanggil. Kalau komunis, macam mana kita tidak dijemput?” soalnya lagi.

Guan Eng turut membuka pekung Umno dan MCA yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia dengan dua tuduhan fitnah yang bercanggah.

Katanya, jika di hadapan orang Melayu Umno menuduh kerajaan Pulau Pinang anti-Islam , MCA pula membuat tohmahan bertentangan dengan mendakwa kerajaan Pulau Pinang meminggirkan orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina negeri itu.

Segala tohmahan jahat ini dibuat memandangkan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang giat memberi peruntukan dan penambahbaikan kepada institusi Islam negeri itu jauh lebih baik berbanding pentadbiran BN sebelumnya.

Kementerian Pendidikan haramkan cabaran ‘mati lima saat’

 
Kementerian Pendidikan hari ini mengharamkan cabaran atau aksi yang dikenali sebagai ‘mati lima saat’ di semua asrama dan sekolah berkuat kuasa serta merta.

Susulan itu, menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian akan memberikan arahan selanjutnya kepada pihak sekolah bagi memastikan cabaran berkenaan tidak menjadi budaya di asrama dan sekolah.

“Cabaran ini bukan sahaja membahayakan malah boleh membawa padah kepada pelajar-pelajar.

“Tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada pelajar yang melakukan cabaran tersebut,” katanya yang dipetik portal Utusan Online.

Baru-baru ini, tular video sekumpulan remaja melakukan cabaran berdurasi 15 saat itu yang menunjukkan mereka menekan dada seorang rakannya dipercayai bagi menghalang udara masuk ke dalam badan rakannya itu supaya ‘khayal’ sebentar

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398491#xdYJ1XY8PT8lBeFp.99

Sultan Selangor berkenan tarik balik tauliah Zamihan

 
Sultan Selangor berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain.

Menurut kenyataan baginda melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais, setelah berbincang, baginda memperkenankan tindakan itu melalui Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan bin Mat Zin yang mengandungi perkataan-perkataan bersifat rasis, kurang beradap dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

“Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di masjid diraja, yang mana ceramah agama seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398499#ehCiXdzYd0O13ogp.99




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...