TERKINI :

Saturday, October 14, 2017

Jamal tak jadi jual ikan di himpunan antikleptokrasi?

Setakat ini Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos masih belum kelihatan di himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya.

Jamal sebelum ini merancang untuk membuka kedai menjual ikan di sana, pada pukul 12 tengahari.

Namun setakat pukul 5.30 petang tadi, ketua gerakan Baju Merah masih tidak muncul.

Namun, Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang sentiasa bersama Jamal kelihatan berada di Amcorp Mall, berhampiran padang, bersama-sama dua yang lain.

Ketika ditanya sama ada Jamal akan datang atau tidak, Razali hanya berkata "kita tunggu sahaja."

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Jamal memberitahu Malaysiakini yang beliau dinasihatkan untuk tidak hadir ke himpunan.

“Jamal turun saja polis akan cekup dia," katanya.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Petaling Jaya dan polis memberi amaran kepada ahli politik kontroversi itu untuk tidak masuk campur dalam himpunan itu.

Namun, Jamal membalasnya dengan mencabar Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain untuk turun sendiri ke Padang Timur untuk menghalangnya.

"Minta dia sendiri turun halang saya esok. Jadi esok, Datuk Bandar datang, saya nak mandikan dia dengan air ikan,” katanya kepada Malaysiakini.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398339#H1V8GF4bREpYHCov.99

Bekas pengerusi SPR: 99% rancangan BN untuk tipu rakyat


6.35pm - Padang Timur: Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa mengambil alih pentas dengan mensasarkan "pemimpin BN yang korup".

"Pada zaman dulu kita bersatu menghalau penjajah, tetapi hari ini kita ada penjajah daripada bangsa sendiri. Sekarang kita perlu bersatu untuk menentang penjajah ini," katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, 99 peratus rancangan yang dijalankan BN adalah untuk menipu rakyat.

"Jangan terkejut, saya bekas pengerusi SPR. Saya berdiri di sini, sebab saya muak melihat kelakuan pemimpin kerajaan, yang dulu kononnya 'bos' saya.

"99 peratus rancangan (BN) diadakan untuk menipu, menawan hati rakyat. Beri sedikit, kaut banyak," katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398319#P7KHYQvB3USkTIRh.99

Tokoh wartawan jamin kepentingan Melayu terjaga dengan undi PH

ARIF ATAN


Tokoh wartawan negara, Datuk A. Kadir Jasin berkata, pengundi Melayu tidak harus bimbang untuk memilih Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 ini kerana hak dan kepentingan Melayu lebih terpelihara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) itu berkata, dengan mengundi Bersatu, AMANAH, PKR mahupun DAP tidak jejaskan kepentingan Melayu bahkan lebih baik.

Dengan mengundi PH, katanya, kerajaan akan lebih baik kerana PH tidak akan bertolak ansur dengan rasuah.

“Pemerintahan Pakatan Harapan di Putrajaya tidak bertolak ansur dengan kleptokrasi,” katanya.

Tokoh Wartawan Negara 2011 itu bangga dengan kehadiran ramai peserta berbilang kaum walaupun cuba dihalang pihak berkuasa.

Umno dan rakan barunya Pas sedang berkempen kononnya jika mereka menvgundi PH, pemimpin DAP, Lim Kit Siang akan memimpin negara iaitu menjadi perdana menteri.

Yang terbaru, Ketua Penerangan Umno, Datuk Annuar Musa mendakwa pelaksanaan Islam akan terganggu dengan mengundi PH kerana DAP akan menentangnya.

sumber

HADI : MAYAT PENGHINA ISLAM LAYAK DIBERI ANJING MAKAN

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

MAYAT PENGHINA ISLAM LAYAK DIBERI ANJING MAKAN

Akan berlaku di akhir zaman, mereka yang mengaku Islam menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Antaranya orang Islam yang menolak hukum Islam. Bagi mereka, cukup dengan mengikut Islam pada bab sembahyang puasa sahaja. Soal pemerintahan, Islam tak relevan. Tak wajib tegakkan pemerintahan Islam. Kalau buat juga nanti jadi huru-hara negara.

Kata mereka lagi, nak memerintah kena pakai peraturan yang akal manusia buat, tak boleh pakai yang tuhan sebut dalam al-Quran. Seolah-olah tuhan ni tak pandai. Padahal tuhan yang cipta semua alam ini. Dia tahu seditil-ditil perkara. Firman Allah:

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[Al-Mulk:14]

Ada yang sampai hina pula peraturan yang tuhan tetapkan. Mengucap dua kalimah syahadah, tapi hina ketetapan tuhan. Nak buat macam mana orang sebegini?

Sebahagian ulama-ulama yang keras berpendapat, orang jenis ini kalau mereka mati, bagi makan kepada anjing sahaja mayat mereka! Bukan tanam, tapi layak bagi anjing sahaja mayatnya. Kalau yang terang-terang kafir ini kita tanam juga mereka di jirat, di tanah perkuburan mereka. Tapi kalau ada mengaku Islam tapi hina Islam, ada pendapat kata sampai boleh bagi makan anjing sahaja.

Tapi oleh kerana dia jahil, kita maafkan dia atas kejahilan itu. Dan kita perlu tegur dan sedarkan dia sebelum dia mati. Kerana selepas mati, Nabi SAW sendiri pun tidak dapat menolong mereka.

22 Muharram 1439
13 Oktober 2017

Alang Ibn Shukrimun

Sultan Johor kecam Zamihan tin kosong, angkuh

 sultan-johor-zamihan-mat-zin
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Zamihan Mat Zin sebagai “tin kosong” dan angkuh.

Sehubungan itu baginda juga melarang Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) daripada berurusan dengan Jakim selepas ini.

Sultan Ibrahim juga bertintah gaya percakapan Zamihan yang juga presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) sangat angkuh dan sombong, “seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.”

“Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kali ke-17 di Batu Pahat, hari ini.

Sultan Ibrahim berkata demikian susulan Zamihan mengkritik baginda mengenai isu kedai dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dipetik Sinar Harian Online, Sultan Ibrahim bertitah Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan yang beliau menyebut perkara itu setelah dikecam orang ramai.

“Nampaknya ustaz ini dah pandai berbohong pula, macam mana kita nak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, lepas ini cukuplah berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.

“Kalau betul dia penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda.

Baginda juga bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada negeri Johor, yang mana semua orang tahu urusan berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.

“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut.

Pada Rabu lalu, Zamihan ditangkap polis ekoran kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Selasa lalu, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

sumber

Zamihan bebas, mahkamah tolak reman ditambah

 
Pendakwah Zamihan Mat Zin dibebaskan daripada balai polis daerah Dang Wangi tengahari tadi selepas mahkamah menolak permohonan untuk memanjangkan lagi perintah tahanan reman dua hari beliau.

Menurut peguam beliau, Fakhrul Azman Abu Hassan, Zamihan dibebaskan dengan jaminan polis dan dipandu keluar dengan kenderaan Toyota Vellfire hitam kira-kira jam 2.30 petang tadi tetapi dinasihatkan untuk tidak bercakap dengan pihak media.

"Siasatan dijalankan untuk tuduhan hasutan, suatu kesalahan yang boleh dijamin, jadi kami melihat penambahan penahanan reman ini tidak sama dengan kesalahan mandatori," kata Fakhrul di luar balai polis.

Beliau juga berkata Zamihan tidak sedar perkembangan yang membawa kepada penangkapan beliau yang dipercayai atas syarahan agama yang kelihatan mengkritik pendirian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tidak bersetuju dengan dobi untuk orang Islam sahaja.

Terdapat kira-kira sepuluh orang di luar balai polis, walaupun NGO Ahli Sunnah Wal Jemaah (Aswaja) pada awalnya mahu menggerakkan perhimpunan solidariti.

Saya bayar tambang sendiri datang ke Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi


Alwi Idrus (gambar), 69, anggota BERSATU membayar tambang bas RM50 dari Johor untuk menyertai himpunan itu.

"Bukan saya sendiri, semua anggota PKR, AMANAH dan DAP yang datang dengan bas sama dari Mersing menggunakan duit sendiri.

"Saya cuma ahli biasa, tapi saya datang untuk (menyokong) perjuangan parti," katanya.

Alwi sebelum ini menyertai Umno ketika berumur 16 tahun namun meninggalkan parti itu pada 1996 ketika Dr Mahathir sebagai presiden parti.

"Saya keluar Umno kerana beliau enggan dengar suara rakyat, dan saya kembali sokong beliau kerana beliau mula dengar suara kita semula," katanya yang menambah dia ingin melihat Najib Razak dijatuhkan.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398319#cbTT0gLFpgi4Sq1g.99

PM bukan ISLAM - Nasib baik MCA yang kata, Jika DAP sudah pasti 30 hari 30 malam masuk TV3

MCA: Tiada halangan bukan Islam jadi PM


Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon menyifatkan tiada masalah daripada segi perlembagaan atau perundangan yang menghadkan kaum atau agama seseorang pemimpin untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

Beliau berkata, tidak kira siapa sahaja termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Jika dilihat daripada segi kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, DAP mendominasinya, bagaimanapun parti itu sedar mengenai sensitiviti di negara ini dan mereka cuba menyorok untuk tidak mahu menjadi perdana menteri.

"Kalau kita lihat dua perkara ini, satu Perlembagaan Malaysia tidak menghadkan kaum atau agama untuk menjadi perdana menteri. Seseoang ahli Parlimen mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan dilantik menjadi perdana menteri.

"Kedua, kalau kita lihat kepada kerusi yang dipegang Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini, DAP merupakan parti terbesar di Dewan Rakyat, cuma DAP tahu sensitiviti di negara ini, mereka cuba sorok di belakang, tidak mahu jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MK Curtain dan Goldhill Curtain Sdn. Bhd di Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang mengulas persoalan yang diwujudkan pimpinan Umno berhubung kelayakan Lim untuk menjadi perdana menteri jika HARAPAN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Zaid yang juga bekas menteri undang-undang di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu bukanlah cadangan yang buruk.

"Kita tak henti-henti dengar tentang perkara ini. Jika mereka (pemimpin Umno) begitu 'menginginkannya'terjadi, ia mungkin idea yang baik, " katanya seperti dilaporkan Malaysiakini pada 10 Oktober lalu.

Sementara itu, Chong menegaskan dua faktor tersebut membolehkan Lim diangkat sebagai perdana menteri.

"Tiada halangan daripada segi perundangan dan perlembagaan. Kalau menteri besar tak boleh sebab tertakluk kepada undang-undang tubuh negeri, " jelasnya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan Malaysiakini berkata beliau tidak pernah menanam cita-cita untuk menjadi perdana menteri Malaysia, dan merasakan tidak akan ada perdana menteri dari kalangan orang bukan Melayu pada abad ini.

ARMADA lapor polis video pegawai SPRM terlibat hubungan sulit dengan isteri orang.



ARMADA BERSATU telah membuat suatu laporan polis berkenaan klip video di internet yang memaparkan dakwaan menuduh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat hubungan sulit dengan isteri orang.

"Sekiranya benar kandungan di dalam video tersebut, ianya adalah suatu perkara yang serius kerana hakikat mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang sehingga meruntuhkan satu rumah tangga adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh rakyat kerana melibatkan akhlak dan moral individu dan ianya mempunyai kesan buruk, lebih-lebih lagi apabila individu tersebut merupakan pegawai kanan satu institusi seperti SPRM," dakwa exco ARMADA BERSATU Muhd Syazwan Ahmad Zainal dalam sebuah kenyataan hari ini.

Klip video itu dimuat naik ke dalam platfom perkongsian video Youtube. Ia menunjukkan dakwaan pegawai itu mengadakan hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berumah-tangga dan mempunyai anak.

Oleh itu, Muhd Syazwan mendesak siasatan dijalankan berhubung perkara ini dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang relevan.

Khususnya, beliau mahukan pihak polis untuk menyiasat hal ini di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Seksyen 498 Kanun Keseksaan memperuntukan perbuatan 'memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah.'

Beliau juga menggesa pegawai kanan SPRM yang terlibat untuk tampil menafikan kandungan video tersebut jika ia palsu bagi mengekalkan imej agensi antirasuah itu.

Semalam Malaysiakini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihak polis akan menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba memikat isteri orang.

Mark Zuckerberg pun menyokong LGBT...amacam JOM BOIKOT FACEBOOK!!


Hari ini kecoh bilamana dikatakan SHELL menyokong LGBT... jadi mulalah seruan suruh boikot SHELL... jadi pakat viral lah di whatsapp, fb, twitter, sms dll...

Jadi sekarang nie pada warga facebook semua..memandangkan tokey dia Mark Zuckberg pon jenis sokong LGBT nie.. apa kata pakat boikot sama Facebook... amacam...???

Mark Zuckerberg pun menyokong lgbt...tak dak sapa kaa nak boikot sekali?

Pakat dok ajak boikot SHELL pulak... macam-macam hal hangpa nie..!!!!

Ahmad Muslim Badawi Badawi
·
http://greenplease.co/system/boycotts/snapshots/43/original/Boycott_Shell.jpg 

Dalam dok heboh2 ISMA ngan penyokong PAS ajak org boikot Shell sebab sokong LGBT, rupanya, sorang dari AJK PAS pusat kerja di Shell.. dia cakap, " ana kerja di Shell.. tapi ana menolak LGBT " kalau ikut logik dan prinsip agama tu...dah patut berhenti lah kut, takkan nak subahat..takkan takut elaun berbanding Aqidah perjuangan.. tu kalau ikut logik depa la..

ada satu lagi status, geng2 Masjid, dia tanya.. ana ada kenal sorang ni, rajin derma kat ana, tapi dia kerja Shell.. minta pendapat, nampak ? sebab duit pakat goyang dah.. mana pi Aqidah hangpa tu ?

Memang betul.. sahabat aku, ayah dia pemegang kontrak Logistik dan Stesen Minyak Shell, tapi bapak dia ni kaki Masjid, siap selalu infaq derma kat sekolah tahfiz lagi.. jadi macam mana ? hangpa nak Boikot ? nak hina orang kerja dgn Shell ? ni lah sebab nya, bila agamawan membawa imej dan gambaran buruk tentang Islam.. menggunakan sentimen perkauman agama dan bangsa..

Dulu heboh suruh boikot MCD, sampai baling batu ke cermin MCD, punya semangat.. sampai suruh budak2 Melayu hat kerja MCD berhenti..kononnya bersubahat, sedangkan francais MCD ni berikan hak pemilikan dan pemasaran di Malaysia, kepada orang melayu..tu belum kira hat ajak boikot minyak Zaitun Syria dan kurma Iran..kalau nak kira senarai produk cina dan DAP yg kena boikot, lagi lah panjang..bani Melayu ni dah takda idea lain selain boikot dan buruk kan Produk orang ? lepas tu mainkan sentimen agama dan bangsa..

Nabi bila dia sampai Madinah, dia bina Masjid.. bila ada pasar dgn nama pasar Bani Qainuqa’.yg dikuasai yahudi dgn penindasan sewa dan cukai yang tinggi, ditambah sistem Riba yg mengikat rakyat Madinah, apakah nabi ajak pengikut dia Boikot dan buruk kan barang yahudi ? apakah Nabi ajak perangi org yahudi ? tidak.. yang buat mcm tu cuma bani melayu..Nabi bina komuniti(jamaah) Islam... nabi bina pasar yg bebas dari Riba.. dikecualikan sewa dan cukai yg tinggi.. malah pasar dibina dikawasan Strategik kawasan masuk pintu kota Madinah, bukan saja lokasinya strategik..pasarnya bersih.. malah Nabi menggunakan kepakaran kaum ansar dan muhajirin bagi memberikan nafas baru kepada pembinaan ekonomi Islam...

Kalau tanya aku, kalau di malaysia ni siapa yg pernah bawa peranan dan akhlak Nabi dan Islam dalam mimbina komuniti Islam(jamaah), menyebarkan Islam dgn kasih sayang.. tidak memusuhi sesama muslim, membangunkan ekonomi dan menghidupkan hiburan Islam, tidak menghina atau memburuk kan produk bangsa dan agama lain.. jawabnya bukan PPIM, tetapi adalah gerakan Al-Arqam.. 

 sumber KLIK SINI

Kebenaran sudah diperolehi, Pakatan Harapan seru rakyat turun himpunan santai hari ini

 
KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran hadir pada program Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi esok yang berlangsung di Padang Timur MBPJ bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha menyelamatkan negara daripada amalan kleptokrasi dan kebenaran pihak berkuasa sudah diperolehi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sabu yakin himpunan yang bermula jam 4 petang itu akan berlangsung lancar, aman dan tenteram.

“Kebenaran dari pihak berkuasa sudah kita perolehi. Tiada lagi halangan untuk kita raikan pesta demokrasi ini,” ujar Mohamad yang juga Presiden AMANAH tanpa menyebut apakah polis juga sudah memberikan kebenaran.

Pihak penganjur, ujar beliau menggalakkan orang ramai datang ke Padang Timur MBPJ menggunakan kenderaan awam khususnya sistem transit aliran ringan (LRT) yang mempunyai stesen hentian di Padang Timur.

Pihaknya juga akan berusaha menamatkan program pada jam 11 malam bagi memudahkan para peserta khususnya yang datang menaiki LRT untuk beredar pulang dari lokasi himpunan sebelum jam 12 malam.

“Oleh itu orang ramai janganlah bimbang kerana aliran kenderaan akan dikawal dengan baik oleh sukarelawan daripada parti-parti Pakatan Harapan dan pihak keselamatan PBT.

“Kita juga akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan polis trafik yang akan menjaga lalu lintas,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan orang ramai agar menjauhkan sebarang tindakan provokasi dan sentiasa mematuhi nasihat penganjur.

“Selamat datang kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

WARGA PENEROKA FELDA JUGA DISARAN TURUN

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut menggesa seluruh lapisan masyarakat menghadiri Himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi esok.

Presidennya Mazlan Aliman berkata, himpunan aman ini adalah langkah berterusan membantah perompakan wang rakyat yang dilakukan pemimpin yang berkuasa.

“Bagi Anak, tentu sekali kehilangan berbilion ringgit wang peneroka Felda khususnya 5 tahun kebelakangan amat dirasai.

“Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan FGV serta ketidaktentuan situasi Felda hingga ke hari ini, adalah suatu malapetaka besar,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, rakyat tambahnya tidak boleh berpeluk tubuh atau menjadi penonton semata-mata ketika para pemimpin terus menerus bermaharajalela merompak hak rakyat.

“Anak konsisten mendesak suatu Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dan mempastikan mereka yang terlibat melakukan penyelewengan didakwa ke muka pengadilan,” tegas beliau.

'Kami akan dedah kelemahan Khalid Ibrahim'

Ikhtiar BN Selangor dalam memikat empat orang bekas menteri besar, khususnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk merebut kembali negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang boleh menjadi 'serampang dua mata'.


Demikianlah Exco kanan kerajaan negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim memberi amaran kepada Khalid yang bakal mengumumkan kedudukan beliau dalam PRU14 pada Ahad ini.

Meski pun BN Selangor akan menggunakan Khalid untuk kelebihan mereka dengan membidas pentadbiran kerajaan negeri, kata beliau, mereka juga tahu kelemahan peribadi dan urus tadbir semasa era Khalid dan tidak keberatan untuk mendedahkannya.

"Kami tahu kelemahan beliau juga," Teng memberitahu Malaysiakini.

Beliau berkata Khalid dan menteri besar sebelum beliau Tan Sri Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tidak melepaskan jawatan mereka dalam 'keadaan yang baik'.


"Tapi, jika beliau memilih untuk berada di pihak yang satu lagi, kami akan dedahkan kelemahan beliau. Kami terpaksa membersihkan keadaan kacau-bilau yang disebabkan beliau," katanya.

"Oleh kerana beliau membina imejnya dengan baik (semasa pentadbiran beliau) kami akan mendedahkannya," kata beliau apabila ditanya Khalid digemari oleh rakyat Selangor.

'Bantuan Khalid kepada BN'

Khalid digugurkan berikutan 'langkah Kajang', suatu muslihat politik untuk menggantikan beliau dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pilihan raya kecil.

Tindakan yang sama akan diambil terhadap tiga bekas menteri besar, ikrar Teng yang juga ahli dewan undangan negeri Sungai Pinang.


Dalam wawancara bersama Malaysiakini baru-baru ini, bekas menteri besar Abu Hassan Omar mendakwa BN akan menerima bantuan daripada Khalid.

Manakala itu, setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata menteri besar tersebut boleh menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran negeri.

"Mat Taib beritahu banyak yang dia kecewa, contoh, pembangunan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, orang bagi tau dah tutup," kata Johan.

Dengan bantuan menteri besar keempat itu, kata beliau mungkin Khalid boleh bercakap bagaimana PKR berpolitik semasa 'Langkah Kajang' dan bukan memikirkan dasar yang bermanfaat kepada rakyat.

Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) Zuraida Kamaruddin berkata Khalid tidak memiliki nilai tambah atau daya penarik.

"Beliau juga tiada akar umbi," katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398298#llkhvskqVOvQoOME.99

Himpunan anti kleptokrasi: Persiapan giat dilakukan

Himpunan anti kleptokrasi
PETALING JAYA - Walaupun tidak mendapat kebenaran polis, himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dijangka tetap diteruskan esok.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi himpunan iaitu di Padang Timur mendapati kerja-kerja persiapan telah pun dilakukan.

Setakat jam lima petang hari ini, terdapat kanopi-kanopi yang didirikan di kawasan padang berkenaan.

Padang Timur menjadi lokasi pilihan kerana kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam.

Pakatan Harapan sebelum ini menyasarkan kehadiran 100,000 orang dalam himpunan yang diadakan dari jam 4 petang hingga 11 malam.

Himpunan ini turut meliputi aktiviti pameran, jualan, persembahan kebudayaan dan kontemporari serta solat hajat.

Acara kemuncak ialah ucapan-ucapan daripada pemimpin Pakatan Harapan, termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengarah Jawatankuasa Teknikalnya, Faiz Fadzil menegaskan, himpunan itu sah di sisi undang-udang dan dijamin berlangsung dalam keadaan aman.

“Kita teruskan himpunan sebab ia sah dan pemilik premis (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) telah beri kebenaran, jadi polis mesti memudahkan himpunan.

“Sebagai penganjur, Pakatan Harapan yakin sasaran himpunan tidak akan terjejas,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini menegaskan polis tidak membenarkan penganjuran himpunan ini selepas menerima 27 laporan oleh rakyat yang membantah.

Langkah mencegah kebakaran, ambil iktibar tragedi pusat tahfiz

Ambil iktibar tragedi pusat tahfiz
Zulkifli menyampaikan sumbangan alat pemadam api kepada wakil Maahad Tahfiz Darul Furqan, Pendang sambil diperhatikan Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri.

PENDANG - Kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, Kuala Lumpur pada 14 September lalu membuka mata pelbagai pihak akan kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran di pusat tahfiz.

Pengarah Urusan Aw Utara Sdn Bhd. Datuk Zulkifli Ibrahim berkata, pihaknya merasa terpanggil untuk menyumbangkan alat pemadam api kepada sekolah tahfiz dan rumah anak yatim sekitar Pendang.

“Sumbangan ini bertujuan memastikan kesemua institusi penerima hari ini (semalam) sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemalangan yang tidak diingini,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan di Pejabat Agama Pendang, semalam.

Menurutnya, pada majlis ini dia menyumbangkan dua alat pemadam api kepada sembilan buah tahfiz dan sebuah rumah anak yatim.

“Selain alat pemadam api, kita juga menyumbangkan wang tunai bernilai RM200,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri Mohamed berkata, Pejabat Agama sentiasa mengharapkan agar badan korporat yang lain akan turut komited membantu sekolah berdaftar ini dalam pelbagai bentuk bantuan yang mereka perlukan.

“Kami di pihak Jabatan Agama Islam mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menyalurkan sumbangan kepada pusat tahfiz yang berdaftar di bawah jabatan,” katanya.

SINAR HARIAN

Baling - Pagar elektrik kurangkan gangguan gajah



BALING – Pagar elektrik bagi mengelakkan ancaman gajah liar termasuk memusnahkan tanaman penduduk kampung telah pun siap dipasang di tiga lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayu di sini.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pagar itu dipasang sepanjang 3.5 kilometer di setiap lokasi berkenaan iaitu di Kampung Seri Ketengga di Batu Lapan, Tanjung Pari dan Rambong di Batu Tujuh.

"Kos memasang pagar elektrik setiap 3.5 kilometer itu bagi setiap lokasi itu berharga RM20,000. Proses memasang pagar elektrik tersebut dilakukan sejak dua bulan lalu di tiga lokasi berkenaan.

"Tindakan memasang pagar elektrik adalah langkah jangka panjang bagi mengelakkan kemusnahan berterusan ke atas tanaman pisang, tebu dan kelapa sawit yang diusahakan penduduk di kawasan yang terlibat," katanya katanya selepas merasmikan pagar elektrik berkenaan, semalam.

Abdul Azeez berkata, pihaknya mendapat aduan penduduk yang melaporkan terdapat sekurang-kurangnya enam ekor gajah liar berkeliaran di kampung mereka sehingga berasa terancam pada waktu malam.

Beliau berkata sehubungan itu buat masa ini pihaknya akan melihat keberkesanan penggunaan pagar elektrik itu dalam waktu terdekat sebelum mengambil langkah lain sekiranya masalah berkenaan masih tidak dapat diatasi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata ibu bapa di kawasan Parlimen Baling yang tidak berkemampuan dan mempunyai anak ramai diberikan kelonggaran mendapatkan bantuan awal persekolahan terutama pakaian seragam.

Katanya, ia sebagai langkah memastikan anak-anak mereka dapat memulakan persekolahan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.- Bernama

Bank salah masuk wang, pelanggan dipenjara

 atm
LEICESTER - ENGLAND. Seorang lelaki dihukum penjara 12 bulan selepas menggunakan wang yang bukan miliknya.

Menurut laporan Telegraph, Sandeep Singh menerima AS$1,019,695.37 (RM4,305,153.85) gara-gara kesilapan sebuah bank, DC Payments.

Sandeep yang berasal dari Leicester kemudian membeli sebuah rumah menggunakan wang tersebut dan menghantar AS$106,132.80 (RM448,092.68) ke India.

Wang yang diterima oleh Sandeep sepatutnya dimasukkan ke akaun Rubicon Casino yang terletak di Wolverhampton.

Sandeep didapati bersalah kerana tidak memberitahu pihak bank mengenai kesilapan tersebut.

"Terdapat banyak cara untuk memberitahu pihak bank, perkara ini akan menjadi lebih mudah jika kesilapan ini dimaklumkan," kata hakim, Nicholas Dean QC.

Sandeep telah membelanjakan wang tersebut sepanjang tempoh Oktober 2014 sehingga Oktober 2016.

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun

 Banjir baru
ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga 8 malam ini menurun kepada 103 orang berbanding 153 orang, tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Kota Setar yang membabitkan 36 keluarga.

Seramai 35 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar manakala Sekolah Kebangsaan Titi Gajah menempatkan 68 orang daripada 24 keluarga.

Sementara itu, pusat pemindahan di Surau As Syakirin yang menempatkan 46 orang daripada 13 keluarga telah ditutup pada 5 petang tadi. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...