TERKINI :

Thursday, October 12, 2017

Umno guna 'umpan plastik' pancing rakyat

 
Ada penganalisis politik yang membuat analisis kononnya undi Melayu berpecah kepada lima (5) parti iaitu Umno, PAS, PKR, AMANAH dan BERSATU.

Analisis ini begitu mudah dipapar oleh media arus perdana terutamanya yang dikuasai oleh parti Umno yang sentiasa meniupkan sentimen untuk menakutkan orang Melayu dengan momokan kononnya Melayu akan hilang kuasa politik di Malaysia dan analisa yang dibuat ini langsung tidak mencerminkan realiti politik kuasa sebenar serta tidak bertanggungjawab.

Apabila wujudnya banyak parti politik Melayu, maka kita akan lihat orang Melayu mempunyai pilihan untuk menyertai parti yang dilihat sesuai dengan jiwanya.

Terdapat pemikir 'politik kuno' bersuara kononnya inilah perpecahan, tetapi mereka gagal melihat dengan mata hati sendiri bagaimana pemimpin parti-parti politik pembangkang Melayu memainkan peranan besar dengan membawa pendekatan strategi politik penyatuan suara kuasa dalam pakatan besar bersama parti yang berbilang kaum.

Ini adalah kebijaksanaan pemimpin politik pembangkang kususnya Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam usaha bagi memastikan peralihan kuasa kerajaan dari Umno/BN kepada HARAPAN tidak membimbangkan orang Melayu serta rakyat keseluruhan.

Tiada kawasan yang majoriti pengundi Melayu ditandingi calon bukan Melayu dari HARAPAN. Jadi bagaimana mungkin kerusi parlimen Melayu akan berkurangan.

Begitu juga halnya dengan kerusi pengundi campuran berbilang kaum di mana ianya akan ditandingi oleh calon Melayu dari HARAPAN. Sedangkan senario sedemikan tidak pernah berlaku dalam Umno/BN di mana kerusi yang majoriti dan campuran diserahkan kepada calon bukan Melayu dari komponen BN.

Realiti politik dalam pilihanraya umum ke-14 (PRU14} nanti akan menyaksikan pertandingan dua pakatan besar iaitu Pakatan Harapan dan BN. Adapun pakatan Gagasan Sejahtera dilihat sebagai pakatan terpencil dalam PRU14 akan datang.

Ini kerana PAS yang menerajui Gagasan Sejahtera menyasarkan dan berkeyakinan sekadar untuk menang 40 kerusi Dewan Rakyat sahaja. Walaupun PAS akan bertanding lebih daripada 100 kerusi tetapi sasaran untuk kemenangan hanya 40 kerusi Dewan Rakyat sahaja. Mana mungkin hanya dengan 40 kerusi di Dewan Rakyat PAS mampu membentuk kerajaan baru mengantikan Umno/BN.

Oleh demikian, sudah tentu pilihan rakyat khususnya pengundi Melayu akan nampak bahawa pertandingan sebenar pada PRU14 nanti adalah antara Pakatan Harapan dan BN serta undi akan terarah kepada Pakatan Harapan setelah rakyat merasai bebanan kehidupan harian di bawah kerajaan Umno/BN.

Ini akan membuktikan bahawa orang Melayu tidak berpecah dan akan terus menerajui kuasa politik baru dalam negara Malaysia serta menafikan analisa 'haprak' oleh pemikir politik kuno.

Tiada apa yang harus dibimbangi dan ditakuti oleh orang Melayu pada perubahan politik yang bakal berlaku pada PRU14 akan datang. Umno/BN sedang memancing rakyat menggunakan 'umpan plastik' apabila semua pemimpin mereka memalu gendang bagi menakutkan orang Melayu kononnya Melayu akan kehilangan kuasa jika Umno/BN kalah pada PRU14 nanti.

Rakyat yang cerdik tidak akan memakan 'umpan plastik' dan senang-senang percaya bahawa Melayu akan hilang kuasa memerintah negara tetapi sebaliknya rakyat sedang menghitung hari untuk menghilangkan kuasa politik Umno/BN.

Melayu akan terus kekal berkuasa dan menerajui kuasa baru politik Malaysia bersama kaum Cina, India, Sikh, Siam, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain di negara bertuah Malaysia yang tercinta.

DATUK MAHFUZ OMAR adalah ahli Parlimen Pokok Sena.

AMANAH - 'Cadangan 100 peratus pekerja asing parahkan pengangguran'

Rancangan kerajaan untuk membenarkan syarikat mengambil 100 peratus pekerja asing bagi sektor tertentu langsung tidak membantu masalah kadar pengangguran yang sedia tinggi, kata Parti Amanah Negara (AMANAH).

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil dalam kenyataan hari ini ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung pertimbangan kerajaan untuk membenarkan syarikat yang terlibat dalam kegiatan eksport mengambil pekerja asing sepenuhnya untuk bahagian pengeluaran.

Faiz berkata, kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang tidak mengabaikan pekerja tempatan dalam usahanya memenuhi pasaran kerja.

Katanya, rancangan itu jelas untuk memenuhi permintaan buruh tidak mahir dan pada masa sama membolehkan syarikat menawar gaji rendah untuk mengurangkan kos.

"Kerajaan seharusnya memberi perhatian lebih kepada kepentingan rakyat berbanding kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya sambil berkata, terdapat cara lain untuk memenuhi permintaan dalam pasaran kerja.

Menurut Bernama 10 Oktober lalu, Nur Jazlan berkata rancangan itu agar syarikat dapat menambah kapasiti pengeluaran dan meningkatkan daya saing di peringkat global.

Katanya, terdapat syarikat yang menjalankan eksport yang memohon perkara itu, namun berkata ia perlu dibuat kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Namun Faiz berkata, permintaan dalam pasaran kerja dapat dipenuhi antaranya dengan menaikkan gaji minima kepada RM1,500 sebulan seperti yang dicadangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar lebih ramai pekerja tempatan berminat terhadap sektor tersebut.

Setakat ini, gaji minima adalah RM1,000 bagi semenanjung dan RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya, kaedah itu dapat memenuhi permintaan terhadap pekerja dan pada masa sama menangani masalah pengangguran khususnya di kalangan golongan muda.

Beliau memetik kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh Ogos lalu yang terdapat 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian.

"Adakah Nur Jazlan sedar bahawa masalah graduan menganggur di Malaysia adalah tertinggi dalam dekad ini? Situasi akan menjadi lebih parah jika kerajaan membenarkan pengambilan 100 peratus pekerja asing untuk sektor tertentu.

"Ia perlu dipertimbangkan dengan terperinci sebelum dilaksanakan. Kerajan juga perlu lebih kreatif untuk mengoptimumkan penggunaan modal insan yang boleh dimanfaatkan untuk ekonomi negara," katanya lagi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398077#FLs8Lg1dkhyWBd81.99

Mahkamah arah Najib, Zahid failkan pembelaan berhubung saman RM2.6 bilion

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memfailkan pembelaan mereka berhubung saman RM2.6 bilion yang dikemukakan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Arahan itu dibuat oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi M Pavani susulan pengurusan kes hari ini. Beliau juga mengarahkan Najib dan Zahid untuk mengemukakan permohonan mereka untuk membatalkan saman itu, sekiranya memilih untuk berbuat demikian, sebelum 10 November.

Hakim Ahmad Zaidee Ibrahim menetapkan 15 November sebagai tarikh pengurusan kes.

image: https://i.malaysiakini.com/1107/41b63d4ca84980dc143d5e07120722c9.jpeg
Khairuddin diwakili peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, manakala perdana menteri dan timbalannya diwakili oleh Yazid Mustaqim.

Dalam pernyataan tuntutannya, bekas pemimpin bahagian Umno itu menuduh kedua-dua mereka mengelirukan orang ramai mengenai sumber dana AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang berada dalam akaun bank peribadi Najib.

Justeru, kata Khairuddin, kedua-dua mereka melanggar sumpah jawatan kerana sebelum memegang jawatan PM dan TPM, Najib dan Ahmad Zahid telah melafazkan ikrar masing-masing mengikut Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, dana RM2.6 bilion berkenaan disebut sebagai derma atau sumbangan daripada seorang putera Arab Saudi dan ini disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Walau bagaimanapun, seteru politik Najib tidak menerima jawapan itu dan mengaitkannya dengan 1MDB.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398075#z8prejo88I6CvA7P.99

Nasaruddin Mat Isa masih ahli PAS rupa-rupanya..!!!


Baru-baru ini bekas Timb Presiden PAS ini bersuara lagi berkenaan perpaduan antara PAS & UMNO... Namun semua kepimpinan PAS seolah berdiam diri seperti mana Nasa berdiam diri berkenaan isu yang Rafizi katakan beliau dimana sebagai jambatan membawa dedak kepada pimpinan PAS daripada UMNO. 

Walaupun ada terdengar bahawa beliau akan menyaman Rafizi namun susulan selepas itu apa pun tidak didengarinya.

https://2.bp.blogspot.com/-MnzKEvQQVVc/WPKrc3y_2UI/AAAAAAAAF2Y/tDyTlkW8LqYWZWGVHyNuZqmjYACeoYfsACLcB/s1600/nashrudin.jpg

dahulu semasa zaman arwah TGNA masih ada beliau pernah dikatakan akan diludah oleh TGNA disebabkan idea perpaduan ini.

http://1.bp.blogspot.com/-3wvLE-Tmi_g/VUS5ZkKTcdI/AAAAAAAAm-M/LWbMonPXLro/s1600/NIK%2BAZIZ%2BNAK%2BLUDAH%2BUG.jpg

Kini apabila beliau bersuara semula berkenaan isu perpaduan tersebut dan dengan jawapan dari salah seorang pimpinan PAS yang mengatakan Nasaruddin masih ahli PAS namun tak ada kuasa penentu setiap keputusan...

jadi sekarang kita lihat sejauh mana penafian boleh dilakukan.

AnakMuda Kola
#PAS #UMNO #PAKATANHARAPAN
#BARISANNASIONAL

BENARKAH RUU 355 GAGAL KERANA DIHALANG OLEH DAP?

Che Ibrahim Mohamed
 http://hakam.org.my/wp/wp-content/uploads/2017/04/c3682fe8e3bfa1725b36c5b949379082.jpeg
Kuasa pemerintahan di Malaysia dibahagikan kepada tiga badan utama:

1. Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri di peringkat pusat dan MB/KM di peringkat negeri.
2. Badan Kehakiman yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
3. Badan Perundangan iaitu Parlimen bagi peringkat Persekutuan dan DUN (Negeri).

Kuasa menggubal dan meluluskan undang undang di Malaysia adalah terletak di bawah Badan Perundangan/Legaslatif. Undang Undang yang diluluskan di Parlimen dipanggil akta, manakala undang undang yang diluluskan oleh DUN dipanggil enakmen. Draf atau cadangan kepada akta dan enakmen yang hendak diluluskan oleh Parlimen /Dun dipanggil Rang Undang Undang (RUU).

Pada dasarnya semua undang undang yang hendak dikemukakan dalam Parlimen dan Dun akan disediakan oleh Pejabat Peguam Negara/Penasihat Undang Undang Negeri atas arahan dan persetujuan Badan Eksekutif (Kabinet/Exco) sebelum dibentangkan dalam Parlimen/Dun sebagai RUU Kerajaan.

Walau bagaimanapun sebagai ahli Badan Perundangan samada di Parlimen/Dun, mana mana Ahli Yang Berhormat Bukan Kerajaan (Pembangkang) boleh mengemukakan satu undang undang persendirian melalui satu usul di bawah Peraturan Dewan. Usul ini akan menjadi satu RUU jika ianya diterima dan diluluskan oleh Parlimen/Dun. Selagi usul ini tidak diluluskan oleh Parlimen /Dun, ianya tidak dianggap sebagai satu RUU.

RUU 355 yang mula dikemukakan oleh MP Marang pada 18/3/2015 dan ditangguhkan dan dibaiki berkali kali sebelum dibentang semula dan disokong oleh MP Kota Bharu pada Mei 2017 sebenarnya masih belum bertaraf RUU selagi Usul MP Marang ini tidak diluluskan oleh Parlimen.

Malangnya ada parti tertentu telah menabur fitnah dan propaganda jahat menuduh Dap yang menghalang dan menolak RUU 355, apabila ada pihak yang cuba menyatakan kedudukan sebenar RUU 355, mereka terus dilabel sebagai khadam Dap dan menjadi sasaran ejekan dan maki hamun.

Itulah antara kejahatan politik yang memperdagangkan agama untuk mengelirukan masyarakat dan menanam kebencian rakyat kepada parti pembangkang terutama PH bagi menambah keselesaan UMNO dan BN. Inilah taawun politik yang dikatakan matang dan sejahtera yang disukai oleh UMNO sekarang.

Najib jumpa pemimpin, bakal calon BN

 Tidak mustahil BN boleh dibubar
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan memanggil semua pemimpin dan bakal calon BN minggu depan, bagi mengadakan mesyuarat menghadapi PRU14.

Menurut laporan Sin Chew Daily, mesyuarat itu kali pertama diadakan selepas semua pemimpin komponen BN mengadakan kem motivasi di Bukit Tinggi, April tahun ini.

Sepanjang dalam kem motivasi yang dijalankan selama tiga hari itu, Najib dikatakan telah memberi arahan kepada semua pemimpin komponen BN supaya bersiap sedia menghadapi PRU yang dijangka diadakan Oktober ini, ataupun selewat-lewatnya tahun depan.

Sumber dalaman memberitahu akhbar ini, antara yang diundang menghadiri mesyuarat pada 21 Oktober itu adalah semua ketua dan setiausaha bahagian BN bagi berbincang persiapan mengenai jentera parti, meningkatkan moral dan semangat ahli parti serta strategi mencapai kemenangan.

"PRU sudah hampir tiba. Perdana menteri harap melalui mesyuarat kali ini dapat meningkatkan semangat semua pemimpin BN agar mampu membuat persiapan rapi.

"Kini hanya tunggu masa perdana menteri umumkan tarikh pilihan raya. Semua agensi termasuk polis telah pun menyatakan kesediaan mereka. Mungkin PRU14 ini akan diadakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang," kata sumber itu lagi.

Sumber berkata, isu mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN kini di peringkat akhir dan dipercayai akan diselesaikan tidak lama lagi.

Zahid menang majoriti lebih besar PRU14?

oleh Shahbudin Husin

Ulasan | Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi ada mendedahkan tentang kewujudan satu gerakan untuk menjatuhkannya di Bagan Datuk dalam PRU 14 akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama “rosak ikan bermula di kepala.”

Tidak dipastikan siapa yang mahu menjatuhkan Zahid Hamidi dan apa pula maksud “rosak ikan bermula di kepala” yang disebutnya itu.

Semalam pula, Zahid Hamidi menyasarkan keyakinan untuk menang di Bagan Datuk dalam PRU 14 akan datang dengan majoriti lima kali ganda berbanding PRU 2013 lalu.

Dalam pilihanraya lalu, Zahid Hamidi hanya menang dengan majoriti 2108 undi saja.

Bermakna, sasaran keyakinan Zahid Hamidi dalam pilihanraya akan datang ialah menang dengan majoriti lebih 10 ribu.

Bagaimana?

Adakah Zahid melakukan tambahan pengundi secara besar-besaran di Bagan Datuk?

Jika itu yang dilakukannya, adakah mereka pengundi Bagan Datuk sendiri atau pengundi daripada luar?

Siapakah mereka?

Kiranya itu yang dilakukannya, adakah Zahid Hamidi sekadar mengikut jejak langkah Najib Razak yang menambah secara besar-besaran jumlah pengundi Pekan sejak beliau hanya menang tipis 241 undi pada pilihanraya 1999 lalu?

Berdasarkan rekod di Pekan, jumlah kertas undi yang dikeluarkan pada pilihanraya 1999 ialah 26,797 yang mewakili 74.78 peratus keluar mengundi, tetapi pada pilihanraya 2013 lalu, jumlah pengundi kawasan itu telah meningkat kepada 80,260 orang.

Daripada hanya menang dengan 241 undi pada 1999, tidak hairan majoriti Najib meningkat kepada 35,613 pada pilihanraya 2013 lalu.

Atau adakah sasaran kemenangan lima kali ganda yang mahu dicapai Zahid Hamidi itu melalui pemindahan atau pertambahan pengundi pos?

Selain itu, adakah gerakan yang sebelum ini diumpamakan Zahid Hamidi “rosak ikan bermula di kepala” sudah tiada lagi di Bagan Datuk sehingga sasaran kemenangan lima kali ganda mahu dicapainya? – ShahbudinHusin

Lim Kit Siang Perdana Menteri?

Kenapa Tv3 persoalkan  soal Lim Kit Siang akan jadi Perdana Menteri.     

Salepas pilihanraya terserah kepada Ahli Dewan Rakyat memilih salah seorang darinya disembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong.

Jika 222 Ahli Parlimen.. majoriti kerusi nak jadi Perdana Menteri sekurangnya 113 kerusi.

Jika ahli Parlimen bukan Melayu/Islam berjumlah 63 orang dari 113 kerusi, mereka menamakan Lim Kit Siang  jadi Perdana Menteri. YD Agong kena akur.

Maka kenapa Tv3 cuba membuat tafsiran yang bertentangan dan menghina Perlembagaan?

Mungkin cuba hendak manakutkan orang Melayu. Tetapi di mana logiknya Lim Kit Siang boleh jadi Perdana Menteri?

Dengan DAP  hanya bertanding tidak lebih 60 kerusi dan bukan semuanya boleh menang. Calon Cina dalam PKR pun tidak lebih 10 orang.  Selebihnya 20 kerusi  bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

Kenapa Tv3 tidak bangkitkan isu jika ahli Parlimen bukan Islam dari Sabah dan Sarawak lari dari BN.. kemungkinan juga mereka akan berikan sokongan Lim Kit Siang.

Kesimpulannya, orang  Meayu yang menyokong pembangkang bukan penyebab Lim Kit Siang akan jadi Perdana Menteri sebaliknya ialah
pendirian pengundi bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak. 

Yang sepatut Tv3 kena perjelaskan ialah pengundi bukan Islam di Sabah dan Sarawak, boleh terjamin kah jika mereka mengundi pembangkang dan Lim Kita Siang akan jadi Perdana Menteri dan juga jika ahli Parlimen BN lari ke pembangkang.

Maka Tv3 kurangkanlah membodohkan rakyat dan orang melayu.

Zaharin Mad Yassin
Rsstoran NZ, Jalan Ampang.
Oktober 11.2017.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...