TERKINI :

Wednesday, October 4, 2017

BETULKAH AMANAH WUJUD UNTUK HANCURKAN PAS ?

Nik Beduh kata, kewujudan Amanah adalah untuk menghancurkan Pas.  Silap tu Ustaz, kewujudan Amanah adalah untuk menggantikan tempat Pas di dalam gabungan Pakatan Harapan.

Kalau sekadar untuk hancurkan Pas, alangkah moleknya semua pimpinan Amanah terus berada di dalam Pas.  Bukankah untuk menghancurkan satu2 jemaah atau parti itu lebih berkesan dilakukan dari dalam? 

Hakikatnya, Pas boleh hancur dengan sendirinya bukan kerana dasar Pas tetapi kaedah dan pendekatannya.  Ini terbukti bila Pas menggunakan pendekatan yg bijak sebelum ini, Pas menjadi lebih maju, berkesan dan dihormati segenap lapisan, bangsa dan semua agama.  Bila Pas tersilap di dalam pendekatannya, maka terjadilah apa yg terjadi sekarang.  Jangan salahkan pihak lain atas kelemahan sendiri.

WAJARKAH AMANAH DIKAITKAN DENGAN MUKTAZILAH?

Muktazilah disegi bahasanya ialah mengasingkan diri dari kelompok ramai untuk bersendiri. Disegi akademik ianya merujuk kepada satu mazhab ilmu kalam atau teologi dengan aliran pemikirannya yang tersendiri.

Kewujudan kelompok ini bermula akibat pertikaian pendapat antara Hasan Al Basri dengan muridnya Wasil bin Atha' dalam satu majlis ilmu berkaitan kedudukan seorang mukmin yang melakukan dosa besar di akhirat nanti sekiranya beliau mati sebelum bertaubat.

Hasan Al Basri berpendapat golongan ini dianggap seorang mukmin yng derhaka dan akan diazab oleh Allah di neraka sebelum layak ke syurga. Sementara Wasil berpendapat sesorang yang melakukan dosa besar adalah kafir, bukan mukmin.

Sebelum sempat berhujah dengan pendapatnya, Wasil mengubah pendiriannya dengan mengatakan golongan ini tidak dianggap mukmin dan tidak kafir, mereka berada di "manzilah baina manzilatini" iaitu " di sana pun tidak di sini pun tidak ". Semenjak itu Wasil membentuk kelompok sendiri dengan pemikiran teologinya yang tersendiri.

Ada juga ahli sejarah mengatakan perkataan Muktazilah ini adalah merujuk kepada satu puak yang kecewa dalam politik akibat tindakan Saidina Hasan yang melepaskan jawatan khalifah kepada Saidina Muawiyah. Lalu mereka mengambil sikap tidak menyokong Saidina Hasan sebagai " pihak bukan kerajaan" dan Saidina Muawiyah sebagai " pihak kerajaan"

Oleh itu tindakan MursyidulAm yang melabelkan Amanah sebagai muktazilah adalah tidak relevan sama sekali, sebaliknya sikap Pas yang menolak pakatan pembangkang dan kecewa dengan kerajaan dalam isu RUU 355 adalah menyamai pemikiran kelompok muktazilah yang beranggapan hanya puak mereka yang benar dan puak lain adalah batil.

Walau apa pun sikap kita tentang muktazilah, realitinya mereka pernah menguasai pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah di zaman Khalifah Al Makmun, Al Muktasim dan Al Wasit dan tidak ada seorang ulama pun menganggap mereka sebagai telah terkeluar dari ajaran Islam, apalagi agama Islam.

Azmin akan cabar keengganan polis tangkap Jho Low

Oct 3 2017 / Suara Keadilan

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal permohonannya untuk mendesak polis menangkap ahli perniagaan yang terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho ditolak mahkamah.

Azmin merakamkan kekesalannya itu sewaktu mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mengarahkan bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu.

“Kita dapati wakil pejabat peguam negara membela Jho Low, sedangkan dia dikehendaki di tempat lain (mengikut saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat).

"Di sini pihak berkuasa tidak mahu melakukan apa-apa terhadap Jho Low," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN akan merayu keputusan tersebut yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hanipah Farikullah di dalam kamar tanpa menyebut sebarang kos.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Natrah Idris mewakili bekas ketua polis negara dan polis.

SANUSI JUNID - SEMUA SALAH LIM KIT SIANG

SEMUA SALAH LIM KIT SIANG

Oleh TS Sanusi Junid

1. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong pengenalan GST yang membebankan rakyat jelata.

2. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong keputusan menghapuskan subsidi sehingga naik harga barang dan toll.

3. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

4. Lim Kit Siang tidak pernah bersetuju untuk menggunakan wang KWAP untuk melabur dalam perniagaan atau perusahaan yang tidak menguntungkan.

5. Lim Kit Siang tidak pernah dirundingi untuk menukar surat hak-milik tanah peneroka Felda yang sangat bernilai dan tidak turun harganya dengan sijil saham yang tidak menentu harganya dan kini harga sahamnya merudum turun kerana dilanda kerugian.

6. Lim Kit Siang tidak pernah menjadi perajurit dalam angkatan tentera dan tidak tahu menahu mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera; beliau tidak terlibat dalam keputusan menggunakan wang tabung LTAT untuk membiayai projek yang tidak menguntungkan.

7. Lim Kit Siang tidak pernah pinjam duit Mara untuk berniaga atau sebagai biasiswa waktu beliau belajar; beliau juga tidak pernah merestui penyelewengan yang kini dikatakan berlaku dalam MARA.

8. Lim Kit Siang belum memeluk ugama Islam dan beliau tidak pun tahu mengenai salahguna wang Lembaga Urusan dan Tabung Haji untuk pelaburan yang merugikan.

9. Lim Kit Siang, kerana belum memeluk ugama Islam, tidak pernah membayar zakat itulah sebabnya dia tidak tahu bahawa pejabat ugama mengadakan lawatan ke Paris sebagai salah satu acara dalam 'Kursus Pernikahan'.

10. Lim Kit Siang bukan seorang Melayu/Bumiputera dan dia tidak merasa penderitaan, dan bukan sebab kepada penderitaan, maka biasiswa anak-anak Melayu dikurangkan jumlahnya oleh kerajaan.

11. Bukan Lim Kit Siang yang menamatkan khidmat Peguam Negara.

12. Bukan Lim Kit Siang yang menukar pegawai MACC kerana menyelidiki kes yang melibatkannya.

13. Bukan Lim Kit Siang yang mencadangkan dikenakan label OSA atas semua hasil penyelidikan atas sebarang salahlaku dalam apa jua syarikat, badan dan agensi kerajaan.

14. Bukan Lim Kit Siang yang menghalang Bank Negara Malaysia dari mengambil tindakan atas penyelewengan dalam institusi kewangan  dalam dan luar negara.

15. Bukan Lim Kit Siang yang mencadang untuk membeli kapal selam Scorpine; dan bukan dia yang suruh Sirul dan rakannya untuk membunuh Altantuya.

16. Bukan Lim Kit Siang yang suruh SPRM untuk menyelidik dan tangkap perasuah-perasuah kecil supaya perasuah yang lebih hebat kelihatan tidak rasuah.

17. Bukan Lim Kit Siang yang mengarah media perdana supaya setiap hari mengutuk Tun Dr. Mahathir walaupun beliaulah yang telah mengharumkan negara Malaysia di zaman pemerintahannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

18. Lim Kit Siang tidak pernah terbabit dalam sebarang skandal seks.

19. Lim Kit Siang tidak pernah terlibat dalam sebarang skandal kewangan.

20. Lim Kit Siang tidak menjadi pengeluar filem lucah di Hollywood dengan memakan belanja wang yang disalurkan dari syarikat milik negara.

21. Lim Kit Siang tidak pernah melabur wang negara yang dicurinya di Singapura, Hongkong, New Zealand, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan namanya tidak pernah disebut sebagai penjenayah dalam mana jua mahkamah didunia.

22. Lim Kit Siang tidak pernah merancang untuk membawa 1.5 juta rakyat dari Bangladesh sehingga rakyat Bangladesh melebihi jumlah rakyat keturunan India yang ada dalam negara sekarang ini.

23. Lim Kit Siang juga bukan perancang untuk membenarkan ratusan ribu Cina dari negara Komunis China untuk membeli harta milik tetap (freehold) dan tinggal di negara ini.

24. Lim Kit Siang juga tidak boleh disalahkan jika harta-harta yang sangat bernilai seperti Lapangan Terbang Sungai Besi dijual kepada syarikat dari negara Komunis China.

25. Lim Kit Siang tidak boleh disalahkan jika kos pembangunan satu-satu projek, seperti keretapi di Pantai Timur dinaikkan harganya sehingga Negara terhutang sejumlah yang sukar untuk dibayar dari hasil projek berkenaan.

26. Lim Kit Siang tidak bertanggungjawab, malah tidak tahu menahu mengenai penubuhan 1MDB; tidak pernah menjadi penasihat atau ahli lembaga pengarah, pegawai atau pekerjaa di 1MDB.

Oleh itu, takutkah Datuk Zaid Ibrahim untuk berkawan dengan DAP.

Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bergabung tenaga dengan Lim Kit Siang untuk sama-sama menentang penyelewengan, rasuah dan pengkhianatan kepada negara?

Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membetulkan kesilapannya kerana telah salah menanam budi dan memilih pengganti2nya yang beliau tidak sangka menjadikan negara dipandang hina seperti sekarang dan rakyat jelata menderita kerana beban hutang negara yang bertimbun dan tidak mungkin selesai dibayar oleh anak, cucu dan cicit kita semua.

- Sanusi Junid -





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...