TERKINI :

Thursday, September 7, 2017

APAKAH TAWARAN PH, BN & PAS DALAM 100 HARI JIKA MENANG MALAYSIA PRU14 NANTI?

HARAPAN tawarkan yang berikut dlm 100 hari jika berjaya mentadbir Malaysia slps PRU14 :-

• Menghapuskan GST;
• Menstabilkan harga petrol;
• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan
• Memulihkan FELDA.

BN tawarkan penambahan hutang sehingga anak cucu jika terus mentadbir Malaysia.

Pak Lebai Matang tawarkan apa?

Pak Lebai Matang tawarkan politik matang dan sejahtera. Apa benda tu?

Politik matang dan sejatera ialah :
- undi HARAPAN bermakna undi DAP.
- undi HARAPAN bermakna Islam tak selamat.
- undi HARAPAN bermakna sekular.
- undi HARAPAN bermakna LGBT berleluasa.
- undi HARAPAN bermakna tiada hudud.

UNDILAH HARAPAN pada PRU14 nanti.

Bersama Berubah Menjadikan Malaysia Milik Kita Bersama.

ZULHAZMI SHARIFF
07092017

Anwar tidak berbohong kepada kabinet, kata Dr Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan laporan yang dibuat bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kabinet pada awal 1990-an, berhubung kerugian yang ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM) daripada perdagangan forex ketika itu.

Beliau mengulas pertikaman lidah antara Anwar dan pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tercetus ketika Ketua Umum PKR itu memberi keterangan.

Sidek berkata Anwar selaku menteri kewangan ketika itu tahu jumlah kerugian sebenar, tetapi menyembunyikannya daripada kabinet.

Beliau berkata kabinet hanya dimaklumkan kerugian sebanyak RM5.7 bilion.

Namun Dr Mahathir berkata, Anwar membuat laporan berdasarkan apa yang ditunjukkan audit Bank Negara kepadanya.

"Dia beritahu apa yang dilaporkan. Takkanlah dia nak persoal dan (buat) sangkaan ada orang curi duit.

"Dia buat kenyataan mengikut apa yang disahkan audit, itu sahaja," katanya.

Prosiding RCI: Mahathir tidak pernah masuk bilik urusniaga Forex

Seorang pengarah di Jabatan Pengurusan Tukaran Asing Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Suruhanjaya Siasatan (RCI) Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah memasuki bilik urus niaga  tukaran asing (forex di London).

Azman Mat Ali, 54, menjawab "beliau tidak pernah" kepada soalan oleh peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla sama ada Dr Mahathir pernah memasuki bilik dagangan ketika Azman menjalankan urusan dagangan forex.

Mengenai soalan sama ada Azman bertugas di pejabat Bank Negara, London ketika Dr Mahathir merasmikan pembukaan bilik dagangan forex di London, beliau berkata upacara itu diadakan beberapa tahun sebelum beliau ditugaskan sebagai peniaga mata wang di pejabat itu.

Beliau berkata sebagai peniaga ketika itu beliau menjalankan urus niaga atas arahan ketua peniaga dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Selain melaporkan kepada Nor Mohamed dan ketua peniaga, tiada siapa yang tahu sebesar mana dagangan forex yang dilakukan," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...