TERKINI :

Tuesday, September 5, 2017

Bihun Sup Kak Mah Paya Kechut 'kena serbu' sejak tular di fb

Bihun Sup Kak Mah 'kena serbu' sejak tular
WARUNG Bihun Sup Kak Mah yang terletak di Kampung Paya Kerchut, di Pendang kini tular di media sosial apabila menu yang disediakan dipenuhi dengan daging menyelerakan.

Pengusaha, Che Mah Abdullah, 61, berkata, warungnya itu mula beroperasi sejak 1981 lagi.

"Dah lama dah saya buka warung ini cuma baru sekarang viral. Mungkin sebab sekarang zaman Facebook," katanya ketika ditemui di warungnya, semalam.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka dengan kuasa tular, bihun sup di warungnya mendapat sambutan sehingga ramai datang berkunjung.

"Ada yang datang dari luar Pendang, dari Pulau Pinang pun ada. Bila tanya mereka tahu dari mana, mereka kata baca dekat Facebook.



"Alhamdulillah syukur yang datang makan bagi komen positif. Saya cuma nak orang rasa puas bila makan," katanya.

Che Mah berkata, setiap hari dia memperuntukkan kuah sup sebanyak tiga periuk besar dan 28 kilogram daging.

Dengan menggunakan resipi suaminya, Mohd Salleh Nayan, 62, mereka mampu menjana pendapatan RM2,000 sehari.

Tambahnya dia memulakan perniagaan pada jam 12 tengah hari pada setiap hari kecuali Jumaat tetapi pada jam 10 pagi pelanggan sudah pun mulai berada di hadapan warungnya.

“Di warung saya, hanya menu bihun sup sahaja yang dijual dari harga RM3.50 hingga RM5,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan tenaga kerja seramai 10 orang untuk menguruskan warungnya memandangkan dia tidak lagi boleh bergerak aktif dan hanya menggunakan tongkat untuk berjalan.

“Saya hanya tunggu di kaunter bayaran, suami bertugas untuk memasak manakala pekerja lain bantu operasi jualan,” katanya.

Bekas KPN Khalid kini pengerusi Prasarana

 najib-razak-khalid-abu-bakar-prasarana-lrt
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu.

Dalam satu kenyataan, Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.

“Ini memandangkan pengalaman luas serta hubungan baik Tan Sri Abu Bakar dengan agensi antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara dalam menangani masalah tersebut,” katanya.

Khalid bersara wajib pada 4 Sept (semalam). Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, menyertai pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Dis 1976.

Najib berkata pelantikan Khalid sebagai Pengerusi Prasarana adalah bagi menggantikan Tan Sri Ismail Adam yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Ogos lepas (2017).

“Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf dunia serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

Najib bagi pihak kerajaan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ismail atas sumbangan beliau menjayakan misi dan visi Prasarana sepanjang tempoh perkhidmatannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...