TERKINI :

Wednesday, August 30, 2017

PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA

Kenyataan media

PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA

1. Thingana di Selatan Maungdaw sudah 500 buah rumah dibakar, 200 rumah dibakar di Maung Gyi Htaung, 350 rumah di Chut Pyin serta 500 rumah di utara Buthidaung.

Ratusan nyawa sudah terkorban, ribuan insan sudah cedera dan ribuan keluarga sudah meniggalkan kampung mereka untuk menyelamatkan nyawa dan keluarga.

2. Adakah embunuhan demi pembunuhan dan kezaliman demi kezaliman ini hadiah sempena Aidil Adha oleh pemerintah Myanmar kepada umat Islam sedunia yang akan disambut dalam beberapa hari lagi.

3. Tidakkah kita berasa hairan dengan bukti yang sangat jelas penglibatan pihak tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya melalui laporan media antarabangsa yang berada disana secara jelas beserta rakaman video dan gambar yang ditularkan oleh nitizen yang berada di Arakan tetapi masyarakat dunia masih membisu seribu bahasa seolah - olah Arakan aman damai. Tindakan junta tentera itu membawa maksud ianya adalah tindakan kerajaan Myanmar

4. Apakah pendirian Malaysia dalam situasi yang sedang berlaku di Arakan,adakah kerana penyertaan Mynmar dalam sukan SEA membuatkan kerajaaan Malaysia tidak berani untuk menyatakan pendirian.

Apakah sudah hilang semangat ‘flotila’ yang dilaungkan sebelum ini oleh Perdana Menteri dan kerana sukan SEA ianya menjadi penghalang untuk Malaysia membela saudara seagama yang dizalimi di Arakan?

5. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Organisation Islamic Conference (OIC) dan ASEAN hanya mampu menjadi 'teropong bebal' untuk melihat sahaja kezaliman terhadap etnik Rohingya tanpa sebarang tindakan dan suara,seolah-olah genoside di Arakan ini hanya sebagai satu isu terpencil apabila badan dunia tersebut tiada aktiviti penting yang dimainkan untuk dilaporkan.

6. Badan-badan dunia hanya mampu bersuara bila mana mereka di kritik serta amat malang sekali apabila kezaliman terhadap etnik Rohingya ini hanya dicakna dan tindakan secara bermusim. Sikap sambil lewa yang ditunjukan oleh badan dunia tersebut menggambarkan seolah nyawa dan nasib mereka di sana hanya bernilai ketika bermusim sahaja.

7. Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam dunia amnya untuk mendesak badan-badan dunia agar 'celik dari lena' mereka untuk sentiasa cakna dan bersolidariti untuk  genoside terhadap umat Islam Rohingya.

Tahniah buat semua NGO Islam Malaysia yang lantang membawa isu kegansaan tentera Myanmar ini ke suara antarabangsa.

8. Buat jutaan para jemaah haji dari seluruh dunia yang akan berwukuf di Arafah nanti, marilah kita panjatkan DOA buat saudara seakidah kita Rohingya di Arakan agar terus cekal dan sabar serta diberikan pertolongan dari Allah SWT.  

Wahai orang-orang zalim... insaflah.. hentikanlah kezaliman kamu..!!
 
DATO' Hj MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Hotel Abraj Janadriyah
Makkah AlMukarramah Arab Saudi
1.15 Pm Waktu Makkah
30 Ogos 2017/ 8 Zulhijjah 1438H
Menanti Bermulanya Perjalanan Ke Arafah

Jangan salahkan penjaga gol

Jangan salahkan penjaga gol


Peminat bola sepak Malaysia disarankan supaya tidak menyalahkan penjaga gol lantaran kekalahan tipis kepada pasukan Thailand. Penjaga gol Mohamad Haziq masih muda dan kurang pengalaman bermain dalam suasana perlawanan akhir. Sudah tentunya perasaan gemuruh menghantui diri beliau.

Perlawanan akhir bola sepak diantara Malaysia menentang Thailand baru sahaja tamat sebentar tadi dengan kemenangan tipis 1-0 Thailand keatas Malaysia.

Gol Thailand adalah hasil dari kesilapan mudah oleh penjaga gol Haziq apabila tertumbuk masuk bola sepakan sudut ke gawang sendiri pada minit ke 39 separuh masa pertama.

Malaysia tampak lemah di bahagian serangan apabila gandingan Sapawi, Jafri dan Thanabalan gagal menyerlah tanpa cubaan berbahaya. Permainan pasukan Malaysia di bahagian tengah dikawal oleh Azam Azih haruslah diberi pujian kerana berjaya mengawal bola dengan baik.

Thailand hampir menambah jumlah jaringan gol apabila pemain sayap kiri mereka iaitu Worachit berjaya melepaskan satu rembatan lemah pada minit ke-53 namun berjaya ditepis keluar oleh pertahanan Malaysia.

Percubaan Sapawi Rashid pada minit ke- 65 lemah dan berjaya dikawal oleh penjaga gol Thailand walaupun cuba disambar oleh Jafri hasil bola muntah.

Percubaan oleh pemain Malaysia Daniel Amir pada minit ke-69 hanya melewati palang gol. Sepakan deras Syazwan Andik pada minit ke-78 nyaris memberi gol penyamaan kepada pasukan Malaysia tetapi sipi dari palang gol.

Permainan Malaysia tiba-tiba berubah dengan kemasukan Syafiq Ahmad dan juga Mohd Akhyar Rashid apabila seringkali mengasak kubu Thailand dengan gerakan-gerakan yang tersusun.

Rangkaian Syafiq, Akhyar dan juga Daniel tampak lebih garang berbanding separuh masa pertama. Gerakan solo dari Akhyar Rashid lincah serta memukau dan haruslah diberi pujian kerana pemain ini mempunyai masa depan yang cerah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...