TERKINI :

Saturday, August 26, 2017

Tubuh tiga lagi RCI selain siasat peristiwa Memali



26 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE


https://i.malaysiakini.com/1143/e664df77c2effcda609ca4703bd3ceef.jpeg

Kerajaan digesa menubuhkan tiga lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kepentingan negara selain RCI Memali.

Tiga RCI tersebut termasuklah bagi meneliti khabar angin yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa bagi melindungi dirinya daripada skandal membabitkan syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membuat desakan itu dengan merujuk kepada peristiwa pemecatan Tan Sri Gani Patail selaku Peguam Negara dan digantikan dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali ketika ada cakap-cakap bahawa Gani akan mendakwa Najib.

Apandi, sejurus lantikan itu, bertindak membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB dan mendakwa RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi pemimpin itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

“RCI adalah alat yang berguna untuk menggali kebenaran mengenai sesuatu isu sambil mengalakkan sikap telus, kebertanggungjawaban dan pentadbiran yang baik,” kata Kit Siang dalam kenyataan.

Selain itu, menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, kerajaan Persekutuan juga harus dengan segera menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal melibatkan 1MDB, serta menyiasat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta anak syarikatnya Felda Global Ventures Berhad (FGV).

“Jika Najib tidak bersedia membentuk RCI terhadap tiga isu penting ini, rakyat akan melihat dia menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dengan menubuhkan RCI terhadap isu lapuk yang sudahpun menjadi sejarah demi kepentingan politik,” katanya.

Pelbagai pihak termasuk Pas mendesak RCI berkaitan Memali ditubuhkan dan disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi meneliti semula peristiwa berdarah Memali di Kedah pada 1985 yang telah meragut 18 nyawa termasuk empat daripadanya anggota polis.
PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

'Jangan buang masa pujuk pihak tiada pendirian'


 | MALAYSIA DATELINE

Konvensyen Amanah Perak

Sejarah Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 yang menyaksikan tumbangnya BN di Perak boleh diulangi kembali dengan syarat Pakatan Harapan (PH) bersatu hati dan saling mempercayai.

Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi berkata, tidak boleh ada agenda tersembunyi dalam kalangan parti komponen PH termasuk membuang masa memujuk pihak yang tidak konsisten untuk menentang Umno-BN.

"Apa sahaja yang kita lakukan di peringkat negeri akhirnya adalah untuk mengukuhkan Pakatan Harapan. Hari berlalu masa beredar. Jangan buang masa memujuk pihak-pihak yang tegaknya tiada tulang belakang, duduknya rapuh di pinggang.

"Sekejap ber’kluk’ ke kanan sekejap ber’klik’ ke kiri. Pinar mencari arah. Tak tahu ke mana nak dituju. Sekadar ingatan, kami lebih mengenali ‘mereka’ dari orang lain mengenalinya," katanya dalam ucaptama Konvensyen AMANAH Perak kali ke-2 di sebuah hotel di Ipoh, hari ini.

Asmuni Awi Konvensyen Amanah Perak 2

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada usaha PKR untuk terus berunding dengan Pas, parti yang dianggotainya dahulu.

Asmuni menegaskan, AMANAH harus memperkukuh muafakat dengan PH di Perak kerana BN sedang mencari nafas baru untuk terus mendapatkan mandat rakyat.

"Bagi BN Perak, Pilihan Raya Umum Ke-14 ibarat bahtera tanpa nakhoda. BN Perak sedang mencari ‘nafas’ baru untuk terus mendapatkan mandat rakyat dan Pakatan Harapan Perak wajar perkukuhkan muafakat antara kita sebagai sebuah kerajaan negeri yang diharapkan oleh rakyat," tegasnya yang juga Bendahari Agung AMANAH.

Liberalisasi kuasa

Menurut Asmuni juga, AMANAH dan PH sedang memikul tugas yang berat untuk merungkai tembok perkauman akibat politik perkauman yang dimainkan Umno-BN khususnya setiap kali menjelang PRU, apabila mereka menghadapi saingan getir dengan parti-parti pembangkang.

"Perkara ini menjadi lebih kronik kerana setiap kali menjelang pilihan raya isu perkauman ini adalah antara barangan atau bahan yang cukup laris untuk diperdagangkan, terutama ketika Umno-BN menghadapi saingan getir antara hidup atau mati di tangan parti-parti pembangkang," katanya.

Tambah malang lagi katanya apabila sebuah 'parti agama' yang sepatutnya menjernihkan hubungan antara kaum ini turut menjadi pelakon tambahan terbaru dengan menghidupkan kembali fahaman asabiyah sempit.

"Inilah cabaran untuk kita, melahirkan politik peradaban yang bukan sekadar slogan, tetapi mendepani dan merungkai tembok pemisah ini dengan mesej Islam yang sebenarnya iaitu Islam yang adil, Islam yang penuh rahmah dan Islam yang tidak membenci hanya kerana perbezaan kaum," katanya.

Justeru, Asmuni berkata, PH tiada pilihan selain membuat liberalisasi kuasa mereka kepada suatu struktur yang lebih seimbang berdasarkan kepada dinamika politik semasa.

"Memang ada usaha yang dilakukan oleh DAP dan PKR meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti bukan Melayu.

"Ia adalah satu usaha yang baik. Walaupun meletakkan calon-calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu berkemungkinan menghadapi risiko yang besar, namun usaha ke arah itu hendaklah difikirkan mulai dari sekarang," katanya.

Konvensyen Amanah Perak

Pengerusi KTMB riang sambut hari jadi, pengguna komuter letih menanti

Ketika pengguna Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter di Lembah Kelang letih menanti ketibaan tren, Pengerusi KTM Berhad, Datuk Ir. Nawawi Ahmad dilihat riang menyambut hari jadi di Langkawi.

Nawawi yang juga Ketua Umno Bahagian di pulau pelancongan itu di Facebook miliknya semalam mengucapkan ulang tahun kelahiran kepada Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian itu, Azlina Ahmad.

Tidak cukup dengan itu, Nawawi turut berkongsikan rakaman video menyanyikan lagu 'Happy Birthday' dan 'Allah Selamatkan Kamu' bersama kumpulan staf Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkenaan.

"Happy birthday puan azlina pegawai jasa parlimen Langkawi... kejutan di dewan badminton KDN," ucapnya dipetik daripada status yang dimuatnaik bersama video berdurasi satu minit itu.

Bahkan, Azlina pada hari ini turut berkongsikan beberapa gambar termasuk foto bersama Nawawi sempena sambutan hari jadinya itu di sebuah dewan badminton.

Sejak kelmarin, pengguna komuter berang dengan servis tren itu meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mendakwa pengangkutan awam di negara ini antara terbaik di dunia.

Banyak rungutan pelanggan komuter diajukan di Facebook KTM Berhad dengan paling ketara mengecam kelewatan tren dan kegagalan menepati waktu ketibaan.

Walaupun begitu, masalah tersebut berlarutan dengan kemuncaknya petang kelmarin apabila tiada tren menghala ke Rawang untuk tempoh sekurang-kurangnya empat jam.

Akibatnya, ramai penumpang termasuk wanita dan warga emas terkandas tanpa pengumuman berkenaan perkhidmatan yang separuh hari tergendala itu.

Sebaliknya, ketika tren tidak muncul untuk jangka masa lama, paparan tempoh ketibaan pada skrin di ruangan menunggu di platform dilihat membohongi pengguna apabila memaklumkan tren ke destinasi seterusnya adalah dalam tempoh 30 minit sehingga sejam.

Selain sambutan hari jadi stafnya, Nawawi, 56, dilihat aktif melayari Facebook dengan pelbagai 'posting' serta perkongsian video termasuk kanak-kanak berkaki ayam sedang menari lagu dangdut sebelum dibaling selipar.

Hanya dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari ini, Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) Negeri Kedah di Unit Media Transformasi Kedah itu turut berkongsikan video dari Tanah Arab yang menunjukkan motosikal berpusing bagi menggerakkan kincir air.

Selain itu, Nawawi juga berkongsikan video pemilik bengkel di Alor Setar yang melakukan pengubahsuaian memasang turbo Kancil pada sebuah motosikal serta video parodi gusti yang antaranya memaparkan karakter Lim Kit Siang memukul belakang 'Tun Mahathir' dengan bangku besi.

Walaupun dilantik sebagai Pengerusi KTMB sejak 24 Februari 2014 dan pada tahun berikutnya beliau mendakwa ketepatan masa operasi komuter telah mencapai 98 peratus, mutu perkhidmatan pengangkutan awam itu terus mengecewakan rakyat di Lembah Kelang.

Tinjauan Malaysia Dateline di laman web KTM Berhad juga mendapati lebih 10 aduan pengguna berkaitan masalah kelewatan tren dan sikap tidak mesra pelanggan petugas di kaunter diajukan sejak bulan lalu. Namun, tiada maklum balas di pihak KTM di paparan sama.

Salah seorang pengadu, Nurul pada 31 Mei lalu menganggap penantiannya selama tiga jam untuk ke Rawang sebagai amat tidak masuk akal.

"Kalau pergi Perak dari KL pun dah sampai. Memang tak jaga customer. Tahu naikkan harga saja tapi servis teruk amat.

"Kita bayar bukan tak bayar. Jadual kata 60 minit kalau bukan peak hour. Ini dah 200 minit aku tunggu. KTM TERUK, SILA IMPROVE!" tegasnya yang terpaksa menempuh perjalanan meletihkan walaupun jarak KL Sentral ke Rawang hanya 33 kilometer (km).

PAS 'sucide bomber', bukan 'king maker'

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (AMANAH) Faiz Fadzil menyelar PAS sebagai pengganggu perjuangan rakyat menjatuhkan kerajaan BN.

Faiz berkata demikian sebagai merujuk kesediaan PAS Selangor untuk bertanding di 42 kerusi DUN Selangor yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan media.

“Kenyataan (kesediaan PAS Selangor) tersebut juga jelas menunjukkan sikap sebenar PAS yang kini ibarat suicide bomber dan bukan lagi king maker,” katanya menambah bahawa rakyat hanya memilih blok Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mampu menjatuhkan UMNO.

“Sejarah pilihanraya di negara ini menyaksikan PAS hanya mendapat sokongan kuat rakyat apabila berada dalam satu gabungan sepertimana dalam PRU 1999 bersama Barisan Alternatif dengan 27 kerusi, PRU 2008 dengan 23 kerusi dan PRU 2013 bersama Pakatan Rakyat dengan 21 kerusi.

“Sebaliknya, apabila bersendirian, PAS hanya mendapat satu kerusi dalam PRU 1986 dan tujuh kerusi dalam PRU 2004, “ katanya

Terdahulu, Sallehen mengumumkan PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dan bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi BN atau HARAPAN.

Menurut Faiz, tindakan suicide bomber PAS bukan sahaja akan membunuh parti itu, tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya.

Sehubungan itu, Faiz berkata PAS bukan saja tidak mengendahkan jemputan menyertai HARAPAN, malah ketagih menyerang pakatan pembangkang itu dan parti-parti komponennya.

“Punca dan agenda PAS di sebalik langkah sumbang mereka itu di kala Datuk Seri Najib Razak mengamalkan khurafat baru cash is king demi survival politiknya bukan lagi suatu misteri,” katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/393090#Ozu7GTXUgIoslhxv.97

TRUMP JEMPUT NAJIB KE RUMAH PUTIH - MAKA BERSORAKLAH SI PEMAKAN DEDAK

Najib di khabarkan telah di jemput oleh Presiden Amerika Donald Trump ke rumah putihnya pada bulan hadapan.

Maka bertempik soraklah pemakan dedak apabila telah mendengar khabar tersebut.

Maka mula lah juak-juaknya menjaja cerita bahawa Najib tiada kesalahan atas kes 1MDB.

Dan di war-warkan ke setiap pelusuk negara mengatakan bahawa pemimpin pembangkang telah memfitnah Najib dalam skandal 1MDB itu.

Juak-juak tersebut boleh lah menipu orang yang sama level pemikiran seperti mereka , tetapi bukan rakyat Malaysia amnya.

Satu dunia tahu , apa peranan China , dan apa peranan Amerika di dunia ini.

Kedua-dua kuasa besar itu adalah kuasa yang boleh menjahanamkan sesebuah negara dengan mudah.

Amerika melihat Najib sebagai "kambing hitam" yang boleh di kembirikan untuk melembutkan China dari segi penguasaan ekonomi di Asia Tenggara.

Najib pula berada di persimpangan antara penjara dan istana kayangan , Amerika ada segala bahan bukti tersebut.

Dalam keadaan China mula membekukan pengeluaran wang pelaburan negaranya keluar , atau masuk ke Malaysia masa ini , Najib seperti sudah kehilangan arah punca wang untuk menjalankan aktiviti negara.

Najib yang merasakan dia memegang kad "double ace" dalam permainan ini sudah mula mengacah China dengan menerima jemputan Amerika ke white house.

Juak-juak Najib bukan nampak apa yang tersurat dalam permainan ini , mereka lupa bahawa antara Amerika dan China mungkin ada yang memegang "straight card" atau "flush".

Walau apa pun permainan itu nanti , akhirnya Najib hanya akan menjadi modal dua kuasa besar untuk di ugut.

Yang bertambah susah dan merana adalah RAKYAT MALAYSIA.

Juak-juak Najib bergembira dengan jemputan itu , walaupun akhbar arus perdana Amerika mengutuk dan menghina jemputan yang di buat oleh Donald Trump itu.

*SHUKUR MOHAMAD*

https://mobile.nytimes.com/2017/08/23/us/politics/trump-najib-razak-malaysia-white-house.html?referer=https://www.google.com/

PAS MESTI DIBUANG SEGERA DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Semalam ,Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu.

Selain itu, Pas juga nampaknya sudah tidak berganjak lagi untuk benar-benar memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Dalam masa yang sama, Pas juga terlihat amat ghairah untuk turut serta bertanding di Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Kajang.

Gombak dan Bukit Antarabangsa adalah kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, manakala Kajang pula diwakili oleh Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kenapa Pas, selain beria-ia untuk berlawan tiga penjuru di Selangor, mereka hanya bersungguh-sungguh di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat Pakatan Harapan saja?

Kenapa tidak pernah kita dengar Pas menunjukkan kesungguhan yang sama di kawasan yang sedia diwakili oleh UMNO?

Pernahkah kita dengar Pas mahu merampas Parlimen Tanjung Karang yang diwakili oleh Noh Omar?

Semua ini dengan sendirinya mengesahkan Pas dan UMNO memang bekerjasama untuk menghadapi pilihanraya akan datang, meskipun ketika ini mereka sedang "makan setalam" dengan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.

Apakah jenis politik Pas ini, di ketika berkeras tak mahu keluar daripada jawatan bergaji lumayan dalam kerajaan Selangor, tetapi dalam masa yang sama berpakat dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan?

Pendedahkan oleh akhbar Singapura mengenai perkara itu di mana Hadi Awang dan Najib Razak dikatakan berhubung hampir setiap hari dengan Najib Razak dan sedang merangka kerjasama untuk menawan Selangor,  tidak sukar diterima kebenarannya.

Kecondongan politik dan arah tuju Pas memang jelas ke arah itu, walaupun wajah politik Najib adalah yang terburuk berbanding semua Perdana Menteri yang kita ada sebelum ini.

Pas nyata tidak peduli semua itu. Mereka bukan mahu menang pilihanraya, sebaliknya hanya ingin membantu UMNO dan Najib mencapai cita-citanya.

Akhirnya, apa mesti Pakatan Harapan lakukan kepada Pas?

Pertama, lupakan Pas dan tidak harus buat sebarang rundingan lagi dengan mereka. Jangan buang masa, sebaliknya tumpukan kepada usaha mengukuhkan lagi Pakatan Harapan dan memberi penerangan mengenai isu-isu lebih besar yang berlaku dalam negara.

Jangan percaya lagi dengan mana-mana pemimpin Pas yang kononnya bersimpati dan tetap bersama perjuangan Pakatan Harapan. Pas sekarang sudah pandai "main wayang" dan hanya mahu membuatkan mereka leka.

Pemimpin Pas sebenarnya  tetap wala' kepada Hadi dan Pas. Jika benar ada antara pemimpinnya mengaku bersama dengan perjuangan Pakatan Harapan, mereka mesti berani keluar dan meninggalkan Pas. Hanya itu pilihan bagi mereka.

Kedua, Pakatan Harapan mesti buang semua Exco dan pemimpin Pas yang ada jawatan lain dalam kerajaan Selangor dengan segera. Mereka kini adalah "duri dalam daging"  kepada Pakatan Harapan.

Masa untuk bersimpati sudah berakhir. Tauke Pas kini adalah UMNO dan Najib yang bertaraf bilionaire serta boleh menjanjikan syurga dengan lebih segera kepada mereka. (ShahbudinHusin 25/08/2017).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...