TERKINI :

Thursday, August 10, 2017

Pensyarah UUM koma di Australia dibawa pulang malam ini

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
bhnews@bh.com.my

ALOR SETAR: Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang koma diserang angin ahmar di Sydney, Australia sejak 31 Julai lalu, akan dibawa pulang ke tanah air malam ini, untuk mendapatkan rawatan susulan.

Prof Madya Md Zahir Mat Cha, 51, dijadual berlepas dari Sydney jam 10 malam ini (waktu Malaysia) dan dijangka tiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5 pagi esok.

Anaknya, Nur Asniza Md Zahir, 22, berkata ahli keluarga dengan kerjasama Wisma Putra kini menguruskan perkara itu dan Md Zahir yang semakin stabil keadaannya, dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

"Kos rawatan di sana (Australia) setakat seminggu ini sudah mencecah AUS$83,000 (RM280,595) dan jumlah terkumpul setakat ini hasil bantuan rakyat Malaysia dan UMNO Kedah termasuk pihak UUM sebanyak RM150,000.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami dan berharap ayah akan pulih dan selamat kembali ke Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan cek AUS$10,000 (RM34,000) daripada Biro Kebajikan UMNO Kedah yang disampaikan Pengerusinya, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin, di Wisma Darulaman, di sini.

Abdullah Hasnan ketika ditemui berkata sumbangan terbabit adalah untuk membayar kos rawatan dan membawa pulang Md Zahir yang juga Timbalan Pengarah Pusat Asasi Pengurusan UUM di Sintok, dekat sini.

"Kita harap ia dapat meringankan beban mereka dan UMNO Kedah akan terus bantu sehingga Md Zahir pulih... kita juga akan meminta ahli UMNO Kedah membantu menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini," katanya.

Rumah Prima : Kerajaan BN janji nak bina 500,000 unit tapi yang siap hanya 8,475 unit sahaja

PARLIMEN l Kerajaan BN yang ini dibidas kerana didakwa "berbohong" kepada rakyat mengenai perumahan yang mampu dimiliki.

Dalam membuat dakwaan itu, ahli parlimen PKR Sim Tze Tzin memetik jawapan bertulis parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jawapan itu mengesahkan bahawa hanya 8,475 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) siap sejak penubuhan PR1MA pada tahun 2013.

Sim berkata, BN dalam manifesto pilihan raya umum lalu, berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 unit PR1MA.

"Tetapi jawapan yang saya terima itu mengejutkan," kata ahli parlimen Bayan Baru itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Daripada 8,475 unit yang telah disiapkan itu, hanya 934 kunci diserahkan kepada pemilik masing-masing, kata Sim memetik jawapan bertulis itu selanjutnya.

"Kerajaan tidak berbuat apa-apa, mereka gagal dan tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan, inilah BN," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...