TERKINI :

Wednesday, August 9, 2017

Awas !!!! Teknik penipuan terkini guna telefon call jual nama polis dan mahkamah

Just nak share dapat call pagi tadi ..
.

Pegawai Mahkamah : Selamat pagi En Fairul saya Sivabalan A/L Mani pegawai Mahkamah Tinggi Johor dan en ada perbicaraan pagi ini berkaitan keslahan ingkar en untuk membayar..
.

Fairul : Ingkar bayar apa ya..
.

Pegawai Mahkamah : En ada tunggakan sebanyak RM 32517.63 kerana tidak membayar kredit kad dari Public bank. No akaun en 3811967927 No Belakang Kad 4828 No Rujukan Fail Mahkamah J03473842017.
.

Fairul : Bila saya pakai kredit kad public bank.. kredit kad pun tak pernah apply.
.

Pegawai Mahkamah : So ni siapa yang pakai banyak ni.
.

Fairul : sy mana la tahu..
.

Pegawai Mahkamah : En duduk di alamat felda kratong 11 johor kan
.

Fairul : Duduk di felda.. bila saya duduk johor saya dudk kl..
.

Pegawai Mahkamah : en kena datang johor hari ni sebab kes sebutan en jam 1030 pagi ini..
.

Fairul : macam mana sy nak datang jauh..
.

Pegawai Mahkamah : kalau mcm tu datang petang jumpa saya..
.

Fairul : takper la sy nak pergi public bank dan balai polis berdekatan untuk buat report sebab org guna data peribadi saya.
.

Pegawai Mahkamah : tak apa en sy akan sambungkan en ke balai polis johor untuk en buat laporan polis online ( semasa nak sambung siap mesin suara bg tahu lagi "sekarang anda telah disambungkan ke Balai Polis Johor" dalam hati berkata gak wah canggih dah sekarang siap bg link terus good servis )
.

Fairul : Salam tuan
.

Pegawai Polis : Selamat pagi cik ada laporan apa tu mengenai kredit kad ker atau penipuan maklumat.
.

Fairul : Sy dimaklumkan oleh En Sivabalan A/L Mani di bg tahu sy ada tunggakan kredit kad dan perlu naik mahkamah pagi ni.
.

Pegawai Polis : oo mcm tu biasala en sekrang ni macam macam orang nak guna data peribadi kita. en bagi nama penuh dan ic saya nak buat semakan en mengenai kes ni.
.

Fairul : sy fairul iskandar dan no ic saya ( sy bagi no ic salah ) itu maklumat sy la ..
.

Pegawai Polis : ya en fairul untuk makluman en fairul selepas kami semakl en ada tunggakan dan saman mahkamah.
.

Fairul : aik mcm mana en tahu sy ada tunggakan dan semakan mahkamah?
.

Pegawai Polis : Sy semak la.
.

Fairul : oo mcm tu .. ( terfikir ini tipu ni takan polis ada detail kita ) .. Tuan apa nama tuan ..
.

Pegawai Polis : ASP Nazlan Abd Wahab..
.

Fairul : Tuan mcm ni la sy minta rayuan la jangan tangkap saya. sy pun tak tahu pasal kes ni
.

Pegawai Polis : jangan risau saya bantu dan en nak buat report polis online saya bantu sekarang..
.

Fairul : Report polis online ..
.

Pegawai Polis : ya online sekrang semua atas talian. bagi maklumat en nama penuh no ic dan alamat en sekarang dan no bank.
.

Fairul : aik en kan dah ada maklumat sy. dan kenapa nak no akaun bank plak..
.

Pegawai Polis : ini prosuder ..
.

Fairul : ( aku layan jer comfom scam ) ok en .. ( bg juga detail tipu )
.

Pegawai Polis : ok semua dah lengkap dan betul apa yg en bagi..
.

Fairul : oo betul ek. yakin betul kan.
.

Pegawai Polis : ya dah check betul ( laju nyer check )..sekarang saya sambungkan  ke mahkamah tinggi untuk proses seterusnya ..
.

Fairul : Jap tuan.. Lama dah jadi polis .. sehari buat berapa tembakan .. lama buat kerja mcm ni ( diam dan terus sambung kat pegawai mahkamah )
.

Ya en sivabalan pegawai tinggi mahkamah yang hebat.. byk tipu orang.. scam ya hahahah ( terus letak phone ) hahah..
.

Moral : Saya dah call kawan di Public Bank dan tanya dan mereka kata itu scam dan minta saya hati hati..  dan sy call balik no mrk call 07 2212022 itu memang betul nombor mahkamah tapi pegawai mahkamah tu explain dah hampir beratus call semula nak kepastian. tp pihak mahkamah juga dah buat report polis krn mengunakan no mereka..
.

So pesanan saya hati hati kawan kawan.. kalau kita panik kita akan minta mereka bantu dan mereka akan minta bayaran pada kita.. pesanan dr pegawai mahkamah tu :
.

Setiap panggilan dr mahkamah bukan dengan talian dia kemukakan surat.
.

Tiada report polis online setahu saya..
.

Kesian pada mahkamah tinggi johor , Public Bank Berhad Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kerana kejahatan orang lain menggunakan nama mereka dan merosakan imej mereka..
.

So hati hati kawan kawan.. yang terkena .. apa pun jangan panik bila kena mcm ni..
.

Credit to Haris

SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI

Apa lagi nak dikata, kalau bukan inilah bukti paling sahih lagi nyata bahawa 1MDB sebenarnya tiada wang dalam kantungnya.

Hutang kepada IPIC berjumlah AS$603 juta atau RM2,600 juta yang sepatutnya dibayar pada 31 Julai lalu tak dapat dilaksanakan, kemudian ditangguhkan selama lima hari juga tak mampu dilunaskan.

Kini diberikan pula tarikh baru sehingga 31 Ogos. Dulu, minta tangguh lima hari konon kerana masalah teknikal, kali ini tertangguh sampai 31 Ogos, apa pula alasannya?

Kenapa tak mengaku saja duit tiada?

Tapi kali ini pun tak tahu sama ada sama bayaran boleh dilunaskan atau mungkin akan tertangguh sekali lagi.

Jika sudah dua kali penangguhan dibuat kerana tidak mampu membuat bayaran, tidak mustahil janji pembayaran pada 31 Ogos nanti juga akan dimungkiri.

Orang yang tiada wang, tapi suka berlagak macam banyak wang memang suka bertangguh-tangguh membayar hutang. Sekali dua dapat menangguh, bukanlah pelik jika mereka terus menangguhnya buat kali ketiga dan seterusnya.

Ketika IPIC memberi penangguhan selama lima hari dulu, mereka menyatakan jika tertangguh sekali lagi ia akan menyebabkan 1MDB terikat dengan obligasi tambahan yang mungkin berupa beban caj akibat kegagalan tersebut.

Oleh itu, dengan penangguhan yang agak lama iaitu sehingga 31 Ogos, sudah pasti caj tambahan yang terpaksa dibayar bukanlah kecil jumlahnya.

Jumlah RM2,600 juta yang perlu dibayar kepada IPIC itu adalah bersamaan dengan jumlah wang yang pernah mengalir masuk ke dalam akan peribadi Najib Razak sebelum ini.

Selepas bayaran pada 31 Ogos nanti, itu pun jika wang benar-benar sudah ada,1MDB perlu membayar sekali lagi dengan jumlah yang sama iaitu AS$603 juta atau RM2,600 juta kepada IPIC pada 31 Disember akan datang.

Dengan itu, 31 Ogos dan 31 Disember depan adalah tarikh yang terus mendebarkan buat kita semua, kalau pun tidak sekali lagi memalukan Malaysia di mata dunia setelah skandal 1MDB di tahun-tahun kebelakangan ini sudah banyak diperkatakan di seluruh dunia. 

Hmmm...itu pun masih ada yang tak malu-malu mengaku berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda mengenai pelan rasionalinasi 1MDB.(ShahbudinHusin 08/08/2017).

TIMB PRESIDEN PAS - 1MDB : nasi yang sudah menjadi bubur

Masalah 1MDB hari ini, jikalaupun adanya kerajaan baru selepas PRU-14 dan semua yang terlibat menyeleweng berjaya ditangkap dan disumbat di dalam penjara, hutang 1MDB masih perlu ditanggung rakyat dan kerajaan yang baru kerana hutangnya dijamin kerajaan telah diluluskan oleh mereka yang berkuasa hari ini.

Itulah realiti yang menyayatkan dan itu kesan sebenarnya skandal 1MDB terhadap rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa 1MDB adalah satu bala terhadap negara.

Di dalam taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS, beliau menegaskan pelan rasionalisasi 1MDB adalah apa yang boleh beliau buat sekadar mampu untuk memastikan 1MDB tidak lagi perlu meminta suntikan dana daripada kerajaan.

Jika pelan rasionalisasi 1MDB gagal dan sekiranya 1MDB lewat membayar hutang, ini menyebabkan kos faedah bertambah melebihi ASD$1.9 bilion setahun yang perlu ditanggung kerajaan, samada kerajaan bertukar tangan ataupun tidak di PRU14.

Kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah, di mana ia akan memeritkan rakyat dan kerajaan akan datang, suka mahupun duka.

Yang menanggung akibat ini ialah kerajaan dan rakyat, bukan mereka yang terlibat menyeleweng 1MDB yang masih berkuasa. Hatta harta mereka yang terlibat dirampas pun, ia tidak mampu untuk membayar hutang 1MDB.

Disebabkan itu, PAS mengharapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan pada masa yang sama kita berusaha menumbangkan BN agar mereka yang meninggalkan hutang 1MDB untuk ditanggung rakyat dan kerajaan dapat dibawa ke muka pengadilan.

Disebabkan PAS meragui kemampuan kerajaan dalam mengendalikan aset-aset negara dan memandangkan Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB dan diserahkan kepada MOF Incorporated, maka PAS berpendirian bahawa Menteri Kewangan perlu melaporkan kepada Parlimen dari semasa ke semasa.

Ini bertujuan supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengetahui dan memantau perkembangan aset-aset tersebut dan mengelakkan tidak timbul masalah baru jika tidak dikawal. 

Kedua, PAS terus menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat perkara yang mencetus kemelut dalam isu 1MDB.

Selepas pertemuan dengan Arul, pendirian PAS tidak pernah tidak ubah dalam isu 1MDB. Malah orang pertama yang menyarankan RCI terhadap 1MDB ialah Presiden PAS sendiri pada 2015.

Arul bersedia berjumpa dengan PAS barangkali mungkin kerana PAS mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan bukannya politik “fitnah dulu, bayar kemudian.” Ini bezanya PAS dengan parti-parti politik pembangkang yang lain. Memang ada beza antara yang mencari solusi dengan yang mencari publisiti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
8 Ogos 2017

Rafizi : Andainya ini yang diterangkan oleh Arul kepada PAS, adakah anda sebagai RAKYAT juga akan "BERPUAS HATI?"

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS.

Saya membaca beberapa kali laporan mengenai taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS.

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS. Saya juga menonton rakaman sidang media oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk memastikan saya tidak tersalah dengar.

Kesimpulan yang dibuat oleh kepimpinan PAS selepas taklimat itu dilaporkan seperti berikut:
Bahawa PAS berpuas hati dengan proses rasionalisasi 1MDB;
Bahawa PAS berasakan perlu ada pemantauan ke atas syarikat-syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih aset dan hutang 1MDB itu.
Saya tidak pasti sama ada pimpinan PAS yang hadir dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan sebagai “memuaskan” itu.

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS

Proses rasionalisasi 1MDB seperti yang dijaja oleh Arul Kanda dan pimpinan Umno/BN ialah proses memindahkan hutang-hutang 1MDB kepada syarikat-syarikat milik penuh kerajaan melalui MOF Inc.

Segala yang diterangkan oleh Arul Kanda itu sudah pun diketahui umum dan melibatkan perkara-perkara berikut:

Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan dana yang dibayar itu akan dapat mengurangkan hutang 1MDB disamping memindahkan hutang-hutang lain yang diwarisi semasa 1MDB membeli asetnya kepada pembeli baru itu.

Contohnya, penjualan Edra kepada syarikat milik kerajaan China; Menjual aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan pembangunan di tanah-tanah itu akhirnya akan membawa keuntungan yang sebahagiannya akan dikongsi oleh kerajaan Malaysia suatu ketika nanti. Penjualan itu juga diharap akan dapat membawa dana untuk membantu 1MDB mengurangkan hutangnya.

Contohnya, penjualan tanah di Pangkalan Udara Sungai Besi kepada syarikat swasta dan syarikat milik Kerajaan China untuk dibangunkan menjadi Bandar Malaysia.

Menjual aset-aset negara kepada tabung-tabung dana rakyat pada harga yang berkali ganda mahalnya atau memindahkan operasi tabung-tabung dana rakyat ke pembangunan baru yang diusahakan 1MDB walaupun tidak ada keperluan tabung-tabung tersebut membelanjakan wang untuk ibu pejabat yang baru.

Contohnya, penjualan tanah kepada Tabung Haji dan keputusan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) untuk membina ibu pejabat baru di Tun Razak Exchange; Memindahkan anak-anak syarikat 1MDB yang dibebani hutang kepada kerajaan sepenuhnya dan mewarisi hutang-hutang tersebut.

Contohnya, SRC International Sdn Bhd dipindahkan kepada MOF Inc dan mewarisi hutang RM4 bilion yang kini ditanggung rakyat.

Sebab itu saya ingin bertanya kembali kepada kepimpinan PAS: apabila mereka berpuas hati dengan kemajuan proses rasionalisasi itu, adakah mereka bersetuju dengan kaedah memindahkan hutang 1MDB kepada rakyat, sedangkan wang yang dipinjam oleh 1MDB itu telah jelas lesap dan diselewengkan untuk membeli harta-harta mewah.

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS

Di mana baiknya tindakan-tindakan merompak wang rakyat, kemudian menjual harta-harta rakyat untuk menutup lubang hutang setelah hutang-hutang itu dipindah milik kepada kerajaan?

Pada masa sama, kerajaan terpaksa mengutip cukai yang baru (GST), meningkatkan kutipan cukai sedia ada sehingga orang yang mati pun masih perlu membayar cukai dan memotong perbelanjaan-perbelanjaan penting seperti pendidikan dan kesihatan?

Saya kecewa dengan kenyataan Tuan Ibrahim dan pendirian pimpinan PAS itu kerana akan dijadikan modal oleh Umno/BN untuk menghalalkan tindakan memindahkan hutang kepada rakyat.

Sewajarnya, apabila pengurusan 1MDB menawarkan untuk memberi taklimat, Tuan Ibrahim mengambil peluang itu untuk membawa Arul Kanda berhadapan dengan parlimen kerana selama ini beliau mengelak daripada hadir menjawab soalan-soalan anggota parlimen, terutamanya daripada pembangkang.

Pelik Tapi Benar Kisah Dalam PAS. Saya menasihatkan pimpinan PAS supaya lebih berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda Umno/BN yang hanya mahu menggunakan PAS untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB.

Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR
Ahli Parlimen Pandan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...