TERKINI :

Tuesday, August 8, 2017

KES SKANDAL 1MDB!! JANGAN BIARKAN ARUL KANDA MEMPERBODOHKAN PARTI PAS!!

TIMBALAN PRESIDEN PAS HARUS JEMPUT YB TONY PUA, YB RAFIZI RAMLI DAN SAYA UNTUK TERANGKAN ISU SEBENAR KES SKANDAL 1MDB!! JANGAN BIARKAN ARUL KANDA MEMPERBODOHKAN PARTI PAS!!

Saya ingin 'mengangkat topi' kepada arul kanda kandasamy yang telah berjaya memperbodohkan timbalan presiden serta 30 ahli jawatankuasa pusat Pas semalam.

Syarikat 1mdb sedang berada dalam keadaan pelbagai kegagalan masakini tetapi tokoh-tokoh pemimpin Pas puji penerangan serta berpuas hati dengan taklimat oleh arul kanda mengenai isu skandal 1mdb.

Timbalan presiden Pas dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas tak tanya arul kanda kenapa sehingga tarikh tamat bayar hutang hari ini sejumlah rm2.6 bilion; syarikat 1mdb masih gagal untuk melunaskannya kepada IPIC?!

Isu-isu lain saya rasa pemimpin-pemimpin Pas tak mampu nak fikir serta buat penilaian. Jadi mereka tak perlu tanya mengenai isu-isu lain yang agak kompleks lagi rumit dalam kes skandal 1mdb!!

Kes mutakhir iaitu hari ini tarikh akhir syarikat 1mdb bayar hutang pada IPIC sejumlah rm2.6 bilion tetapi masih gagal!! Pemimpin-pemimpin Pas yang hadir pada perjumpaan sesi taklimat dengan arul kanda sepatutnya soal beliau secara terperinci mengenai kegagalan melunaskan hutang tersebut walaupun tarikh akhir telah dianjakkan dari 31 julai hingga ke hari ini!!

Kegagalan melunaskan hutang ini bakal meninggalkan implikasi negatif kepada sistem ekonomi negara!!

Syarikat 1mdb kini gagal dalam pelbagai segi sehinggakan akaun syarikat dah lebih dari 3 tahun masih gagal diodit?!

Secara logiknya, seandainya sesebuah syarikat itu gagal diodit akaunnya; ini membawa erti syarikat itu sedang bermasalah!!

Takkan timbalan presiden Pas serta 30 ahli jawatankuasa pusat Pas ini tak boleh berfikir?! Kenapa parti Pas menjadi semakin dungu dari hari ke sehari?!

Saya cukup hairan dengan 'virus bodoh' yang sedang melanda Pas selepas parti umno!!

Secara jujurnya, saya ingin cadangkan kepada tuan ibrahim tuan man serta kepimpinan tertinggi Pas untuk menjemput yb tony pua, yb rafizi ramli dan saya sendiri untuk mengadakan satu sesi taklimat bagi menerangkan permasalahan sebenar kes skandal 1mdb ini.

Selepas mendengar taklimat dari kedua belah pihak; barulah timbalan presiden Pas dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas boleh buat satu rumusan secara adil lagi telus!!

Jangan hanya dengar pada sebelah pihak saja terus cakap dah puas hati dengan penerangan kes skandal 1mdb itu!! Arul kanda sudah pasti akan beri gambaran yang baik-baik serta berat sebelah!!

Secara peribadi saya nampak parti Pas sejak kebelakangan ini menyokong unsur-unsur rasuah serta salahguna kuasa pemimpin-pemimpin umno yang menunjang kerajaan kleptokrasi!!

Parti Pas dah menjadi semakin 'gelong' dan tokoh-tokoh pemimpinnya pula nampak semakin 'sewel!!'

Wadah perjuangan Pas yang berteraskan pada aqidah agama berlandaskan kepada ajaran islam yang tulen bersandarkan pada al-quran dan as-sunnah sudah hilang!! Pas semakin 'merapu' dan 'merepek!!'

Bagi pihak diri saya amat ikhlas dan bersedia untuk berhadapan memberi penerangan dan fakta sebenar mengenai kes skandal 1mdb pada parti Pas yang semakin 'gelong!!'

Saya telah berjuang bermati-matian di seluruh dunia membuat laporan-laporan kepada pihak berkuasa di singapura, hong kong, peranchis, switzerland, united kingdom dan FBI demi untuk menyelamatkan dana kerajaan serta wang rakyat dari diselewengkan oleh kalangan pengkhianat negara!!

Tuan ibrahim tuan man dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas jangan jadi 'katak di bawah tempurung' dan jangan biarkan arul kanda kandasamy memperbodohkan kamu semua!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
8 Ogos 2017

Menakutkan Rakyat Adalah Amalan Umno Bn Yang Penakut

Oleh YB Aminuddin Harun

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengenai penafian Umno BN mengamalkan politik menakutkan rakyat sepetimana yang diucapkan pada 29 Julai lalu di Persidangan Umno Bahagian Parit jelas menunjukkan bahawa Presiden Umno ini melakukan pembohongan secara terang-terangan.

Realitinya, Umno BN sejak merdeka lagi telahpun mengamalkan politik menakut-nakutkankan rakyat melalui propaganda media yang berat sebelah dan memfitnah pembangkang. Umno begitu sinonim dengan memomokkan orang Melayu supaya berasa fobia dan takut kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan kehilangan kuasa Melayu dan Bumiputera.

Hakikatnya, Umno BN hari ini begitu menyusahkan bukan sahaja Melayu, bahkan sebahagian besar 32 juta rakyat Malaysia. Disamping pengenalan pelbagai cukai yang membebankan kehidupan seharian rakyat, Umno BN kini terpalit dengan pelbagai skandal .

Isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), tatakelola teruk FELDA, kerugian saham Tabung Haji dan KWSP, skandal pembelian hartanah MARA dan bumiputera Johor, serta penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeIM). Kesemua ini adalah bukti jelas menunjukkan Umno BN sendiri yang memberi masalah kepada institusi-institusi negara, bukannya DAP dan komponen parti pembangkang yang lain.

Amalan ‘baling batu sembunyi tangan’ telah sinonim dengan kamus kehidupan Umno BN. Media-media utama telah menjadi senjata propoganda untuk menakutkan rakyat.

Begitu takutnya Najib Razak akan berlakunya pertukaran pentadbiran kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sedangkan Perlembagaan Persekutuan membenarkanya atas prinsip Demokrasi Raja Berpelembagaan. Adakah Najib mahu menafikan hak yang telah termaktub di dalam perlembagaan?

Untuk membuktikan bahawa Umno BN tidak bermain ‘politics of fear’, kerajaan sepatutnya mengimplimentasi amalan media bebas dan adil. Rata-rata media utama yang wujud pada hari ini adalah dimiliki oleh golongan korporat pro-Umno BN. Media utama telah menjadi saluran ‘propaganda menakutkan rakyat’ terutama kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengakses media alternatif.

Izinkan Pakatan Harapan dan juga media-media alternatif yang lain untuk menjadi sebahagian media utama negara. Wujudkan platform media yang baharu agar rakyat mampu menilai hujah ahli politik mengenai keadaan semasa negara, terutama mengenai ekonomi dan polisi.

Sudah tiba masanya Malaysia menuju ke arah politik yang membijakkan rakyat, bukannya bermain tohmahan negatif semata-mata untuk menakutkan rakyat untuk melaksanakan perubahan yang lebih baik.

Persoalannya, beranikah Umno BN untuk menerima pakai konsep media bebas dan meninggalkan amalan politik yang selama ini menakutkan dan memperbodohkan rakyat?

Umno BN hanyalah parti bacul yang sentiasa mahu menjadi jaguh kampung, sedangkan percakapan mereka hanyalah ‘indah khabar dari rupa’. Mahu tidak mahu, rakyat wajib tumbangkan Umno BN daripada terus membawa bala kepada negara pada PRU yang akan datang.

YB Aminuddin Harun
ADUN Sikamat
Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

Pakatan Harapan gesa SPRM siasat semula 1MDB

 
Pakatan Harapan hari ini menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesa agar suruhanjaya itu membuka kembali kertas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pakatan Harapan yang diwakili Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir, Naib Presiden Bersatu Datuk Rashid Asari, Timbalan Presiden Parti Warisan Darrell Leiking dan Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul.

Pimpinan Pakatan Harapan bersama beberapa ahli parlimen parti gabungan dan dikalangan reformis tiba dan berkumpul di hadapan bangunan baharu ibupejabat SPRM di Presint 7 Putrajaya seawal jam 9 pagi tadi.

Pertemuan lebih kurang sejam itu telah berbincang dan menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Pengarah Komunikasi Strategik Roslan Mohd Zakhwan Ali oleh Pakatan Harapan.

Memorandum itu bertujuan mengesa SPRM melakukan siasatan baharu terhadap 1MDB berdasarkan dokumen rasmi mahkamah dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang terkini.

Dalam kenyataan bersama Pakatan Harapan menyebut agak ganjil apabila seuatu jenayah yang cukup besar didakwa boleh berlaku di negara asing tetapi tiada sebarang dakwaan di mahkamah negara sendiri, iaitu Malaysia.

Dalam sidang media diadakan Dr Wan Azizah berkata, Pakatan Harapan mengesa agar SPRM mengambil maklum akan kewajaran kertas siasatan berkaitan 1MDB itu perlu dibuka semula kerana ia telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

" Mereka ambil maklum untuk membuka balik kertas siasatan 1MDB termasuk isu berkaitan rasuah Jabatan Bekalan Air Sabah.Kami dimaklumkan mereka (SPRM) nak kira wang mengunakan 6 mesin dan wang itu telah diserahkan kepada Bank Negara," ujarnya.

Menurut Lim Kit Siang dengan terbinanya sebuah bangunan baharu SPRM ia melambangkan semangat suruhanjaya itu untuk membanteras global kleptokrasi dan mencadangkan agar suruhanjaya itu mengadakan kempen membanteras rasuah lebih giat lagi.

"Bangunan baharu SPRM mewakili negara yang sangat berazam untuk membanteras global kleptokrasi.

"SPRM patut adakan kempen sama ada kerajaan mahu melibatkan diri atau tidak tugas suruhanjayya adalah untuk bersihkan nama baik negara.Apa guna ada SPRM jika kita dikenali di dunia sebagai global kleptokrasi.

"Semua pegawai tinggi SPRM akan bermesyuarat dan timbang isu ini (1MDB) untuk bersihkan nama baik SPRM dan membuka kertas siasatan 1MDB bahawa dunia tahu inilah skandal setaraf dunia- SPRM tidak perlu berpura-pura bahawa ia bukan satu masalah," ujarnya.

Bagi Mohd Anuar Tahir yang mewakili AMANAH berkata, SPRM perlu bertanggungjawab kerana mereka dibawah kuasa YDP Agong dan berkhidmat untuk rakyat.

"Tuntuan kita buka semula siasatan jika mereka masih gagal, ini akan membawa rasa malu kepada negara yang akan dicatit selaama-lamanya dalam skandal membabitkan 1MDB yang paling dahsyat ini," ujarnya.

Abdul Rashid pula berkata, tidak guna kerajaan memperuntukkan dana kepada suruhanjaya itu sekiranya SPRM wujud tidak dipedulikan rakyat kerana gagal memberikan penjelasan lebih lanjut terhadap mereka yang terlibat dalam 1MDB.

"SPRM perlu memberikan penjelasan lebih lanjut untuk menentukan siapa yng terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah kerana skandal ini melibatkan skandal terbesar tetapi di negara kita tidak siapa nak ambil tahu.

"Ini disebabkan perdana menteri dilindungi oleh pihak-pihak berkuasa. Justeru maruah SPRM perlu dijaga, dipersoalkan dan kita akan malu seluruh dunia dengan kegagalan SPRM menjalankan tugas mereka," ujarnya.

Dan Darell Leikin pula menerangkan selain isu 1MDB yang di bincangkan oleh rakan Pakatan Harapan dengan wakil SPRM, beliau turut mengenengahkan isu membabitkan Jabatan Bekalan Air Sabah.

"Saya ingin tekankan SPRM sebagai sebuah badan bebas dengan adanya bangunan baharu ini mereka sewajarnya lebih berazam dan mengukuhkan posisi mereka untuk membanteras setiap skandal yang berlaku tanpa memilih kes tertentu sahaja," ujarnya.

Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul yang turut mewakili pimpinan Pakagan Harapan hari ini berkata, akan terus mengadakan jelajah penerangan "Sayangi Malaysia" berkaitan isu 1MDB dan beberapa isu berkaitan rasuah lain dan kos sara hidup rakyat di setiap negeri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...