TERKINI :

Saturday, August 5, 2017

SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid

05 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE

Pemuda AMANAH Nasional menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan beliau memiliki wang berjumlah RM230 juta sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno dahulu.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, SPRM yang sebelum ini agresif terhadap 'bilis-bilis' rasuah kelihatan lambat bertindak bahkan seakan-akan cuba mengelakkan diri daripada mengambil langkah susulan apabila jawapan 'tiada komen' diberikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.

"Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cukup berat. Mempunyai RM230 juta ketika berjawatan Ketua Pemuda Umno sekitar 1996 merupakan suatu kekayaan yang amat luar biasa.

"Malangnya setelah tiga hari berlalu, Zahid masih lagi belum dipanggil mana-mana badan penguatkuasa bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam catatan di blog Selasa lalu, Mahathir menimbulkan semula mengenai pengisytiharan harta yang dibuat Zahid selepas dilantik sebagai Pemuda Umno pada 1996.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Ahmad Zahid gagal memberikan jawapan yang jelas berhubung wang RM230 juta dalam akaunnya.

Zahid bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu apabila ditanya wartawan sehari selepas dakwaan Mahathir iu.

Shazni berkata, jika SPRM takut untuk memulakan siasatan ke atas individu yang masih memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran negara, badan itu boleh memanggil Mahathir sendiri untuk siasatan.

"SPRM tetap perlu siasat dakwaan ke atas Zahid. Jika terus-terusan mengelakkan diri, SPRM hanya mengesahkan persepsi awam bahawa badan tersebut sebahagian daripada aparat pemerintah," katanya.

'Perbincangan gelap' di luar PH biadab, kata Pemuda AMANAH

5 Ogos 2017 | ARIF ATAN

Pemuda AMANAH Nasional kecewa terhadap sikap pemimpin Pakatan Harapan di negeri tertentu yang masih meneruskan rundingan dengan pihak di luar gabungan politik tersebut.

Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, wujud kepimpinan politik negeri yang masih degil dan berkeras tidak mahu menubuhkan Pakatan Harapan di peringkat negeri.

"Lebih biadab, perbincangan-perbincangan gelap antara dua tiga kerat pemimpin politik negeri ini dengan parti luar daripada Harapan sedang berlangsung rancak," tegasnya.

Hal ini sekali gus, kata Sany, mengetepikan autoriti Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"Dengan disiplin organisasi 'ke laut', apa bentuk kepercayaan lagi yang mahu diberikan kepada pemimpin politik sebegini?

"Tidak malukah untuk membelakangi organisasi hanya disebabkan tidak memperoleh jawatan yang dimahukan dalam Harapan?" bidasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya amalan parti menguasai kerajaan harus dipraktikkan Pakatan Harapan bermula pada masa ini sehingga ke Putrajaya.

"Amalan ini penting bagi memastikan seluruh kandungan tawaran dan manifesto terlaksana.

"Lebih penting, kita tidak mahu kepimpinan negeri dan negara kemudiannya 'besar kepala' dan cenderung membuat keputusan berpaksikan kepentingan diri, bukan kepentingan rakyat terbanyak," tegas Sany lagi.

Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional kali kedua ini diadakan di Hotel Garden, Batu Pahat dengan tema 'Menggalas Harapan Perubahan'.

PULAU PINANG NEGERI PERTAMA IKRAR BEBAS RASUAH PLUS 10

BismillahirRahmanirRahim

PULAU PINANG NEGERI PERTAMA IKRAR BEBAS RASUAH PLUS 10

IBR Plus 10 mengandungi 10 langkah integriti tambahan seperti berikut:

1. Amalan Pentadbiran berlandaskan Prinsip CAT.

2. Melaksanakan dasar tender terbuka.

3. Tidak benarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak kerajaan negeri dan urusniaga dengan kerajaan negeri.

4. Melindungi pemberi maklumat atau peniup wisel yang tulen.

5. Mengambil tindakan ke atas pemimpin yang hidup mewah melebihi pendapatan rasminya.

6. Tidak akan menerima 'donation' peribadi.

7. Menidakkan ADUN dan ahli pentadbiran daripada mendapat tanah kerajaan negeri.

8. Pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri dan EXCO dan membenarkan ia diumumkan.

9. Telus dalam sumbangan politik.

10. Mengambil tindakan tegas ke atas pegawai yang melanggari perkara di atas.

#CAT #SayaSayangPulauPinang #UntukNegeriKita





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...