TERKINI :

Thursday, August 3, 2017

Tidak tahu majlis Umno walaupun surat dari Wisma Umno Kuala Lipis?

 
Selepas tular foto Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kawasan Lipis, Ustaz Mohd Mahyuddin Ghazali berpeluk dengan Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Agung Umno Bahagian itu, pimpinan Pusat parti tersebut tampil menerangkan situasi sebenar.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan memberitahu Mahyuddin hadir atas kedudukannya sebagai Pengetua Maahad Tahfiz Darul Fikri Al-Mahmudiah di Kampung Tempoyang untuk menerima wang zakat daripada Perdana Menteri.

Menurutnya, lima wakil maahad tahfiz lain di Parlimen tersebut turut menerima sumbangan itu yang disampaikan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis.

"Beliau (Mahyuddin) tidak tahu pun mengenai Mesyuarat Agung Umno Bahagian dan tidak bertujuan menghadhiri (menghadiri) Majlis Mesyuarat Agung Umno Bahagian tersebut.

"Sebarang tindakan mengeksploitasi atau manipulasi keadaan adalah suatu yang sangat dikesali," tegasnya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau pukul 10.47 malam tadi.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu turut melampirkan surat jemputan ke majlis penyampaian tersebut yang ditandatangani Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Surat jemputan berkenaan jelas tertera di bahagian bawahnya alamat Wisma Umno Tingkat 2, Jalan Bukit Blus, 27200 Kuala Lipis bersekali dengan nombor telefon dan nombor faks.

Ekoran itu, penjelasan Nasrudin kemudiannya hanya mengundang kecaman dan sindirian pengguna media sosial termasuk mendakwa pemimpin Pas itu 'lebai penipu' apabila mendakwa Mahyuddin tidak tahu tentang Mesyuarat Agung Umno Bahagian Lipis itu.

Hal tersebut dikukuhkan lagi apabila Najib di laman Twitter dan Facebook beliau memuat naik gambar berpelukan dengan Mahyuddin di dalam dewan berlangsungnya mesyuarat tersebut.

Mahyuddin berkopiah dan berpakaian serba putih yang dianggap Najib berjawatan Pesuruhjaya Pas Kuala Lipis jelas kelihatan hadir di mesyuarat Umno itu dengan wajah ceria, berjabat tangan dan berpelukan dengan Presiden Umno itu.

"Gembira dapat berjumpa dengan Pesuruhjaya Pas Kuala Lipis Mahyuddin Ghazali ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis tadi," dipetik daripada Twitter Najib semalam.

Walaupun Nasrudin mendakwa lima wakil maahad tahfiz turut menerima sumbangan tersebut tetapi gambar mereka terbabit tidak tular seperti Mahyuddin.

Banyak pihak menganggap kehadiran pemimpin tempatan Pas berkenaan sebagai percubaan Umno untuk menarik ahli Pas supaya meninggalkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Tidak kurang juga menyifatkan insiden terserbut sebagai rentetan siri kerjasama antara Pas dan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tidak pernah berlaku sebelum ini terutama ketika Pas pada era Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, kehadiran Mahyuddin dalam mesyuarat Umno Bahagian itu susulan daripada penyertaan Abdul Hadi sendiri sejak beberapa tahun lalu dalam beberapa program yang turut dihadiri Najib Razak.

'Kutty' jadi bahan jenaka wakil rakyat BN dalam sidang dewan

 
Dalam sidang dewan hari ini, wakil rakyat Umno berjenaka sesama sendiri ketika sesi soal jawab berkaitan isu Rohingya yang dilakukan secara spontan mencetuskan derai tawa semua wakil rakyat dari BN dan pakatan pembangkang.

Suasana jenaka itu tercetus apabila sesi soal jawab di awal sidang oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bercakap tentang kesan rombongan kemanusiaan Malaysia untuk masyarakat Rohingya pada Februari lalu.

Sebelum itu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengemukakan soalan mengenai langkah kerajaan bagi membantu etnik beragama Islam di Myanmar itu.

Kata Abdul Azeez, kerajaan perlu melipatgandakan usaha yang sebelum ini digerakkan oleh Datuk SeriMohd Najib Razak bagi membela nasib masyarakat terbabit.

"We have to walk the talk (Kita kena buat apa yang dikata), ikutlah kita pergi (ke sana).

"Seputeh (Teresa Kok-DAP) jangan bising dalam dewan saja, mari ikut.

"(Ikut) contoh macam PAS, 100 pemimpin (mereka) ikut (rombongan dulu),

"Lepas itu saya minta Pakatan Harapan (ikut sama), yang mana kutty, tak kutty - semua sekali - ikut pergi sana untuk beri bantuan," katanya.

Ekoran 'soalan' Abdul Azeez itu, Reezal Merican kemudian berkata: "Panjang sungguh soalan dia, macam itulah kalau mamak bertanya soalan".

Kenyataan itu disambut dengan ketawa anggota dewan.

Kemudian Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit mencelah: "Yang menjawab pun sama, sekapal saja!"

Namun ia mendapat reaksi segera daripada Reezal Merican.

"Yang jawab ini kasta tinggi sikit," katanya.

Isu nama kutty masih hangat diperkatakan selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad - yang kini menjadi seteru ketat Umno - mempunyai darah keturunan India.

Ahmad Zahid membuat pendedahan itu ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada Ahad lalu.

Pada awal Februari lalu 500 tan bekalan makanan dan keperluan bernilai RM5 juta diserahkan kepada kerajaan Myanmar untuk diagih-agihkan kepada etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya akan memastikan bekalan itu diterima oleh komuniti Rohingya di Myanmar.

Abdul Azeez adalah ketua misi kemanusiaan Food Flotilla for Myanmar itu.

Rombongan berkenaan turut disertai beberapa anggota dan pemimpin PAS.

Bank Negara Malaysia - Umpama Pusat Ah Long Najib....?


http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/05/bank-negara-malaysia2.jpg
5 hari "tambahan" diberikan oleh IPIC utk bayar RM2.58 b bermula 1 Ogos berakhir 5 Ogos setelah gagal dibayar pada tarikh 31 Julai 2017.

Di Parlimen, Najib menjawab soalan Ketua Pembangkang dengan mengatakan bukan tidak mampu bayar tetapi cuma ada "masalah teknikal" dan akan membayarnya pada bulan Ogos. Beliau tidak langsung memperincikan apa "masalah teknikal" yang dimaksudkannya.

Tiba2 Bank Negara terbit bon RM2.5 b utk dilanggan dalam masa 4 hari sahaja dari 1 Ogos hingga 4 Ogos. Jadi fahamlah kita inilah "masalah teknikal" yang dimaksudkan oleh Najib.

Namun selepas ini mereka akan jawab ini hanya kebetulan. Mereka akan menipu lagi.

Siapa yang akan melanggan bon 20 tahun ini dalam tempoh 4 hari sahaja? Ahli perniagaan? Syarikat2 swasta? Atau agensi awam seperti KWSP, Tabung Haji, LTAT, KWAP, PERKESO, Amanah Raya...? Agensi-agensi awam ini akan menerima paksaan....? Sama-sama kita tunggu.

Telahan kita ialah untuk kesekian kali, wang rakyat akan digunakan. Rakyat akan diperah sehabisnya. Harga barang akan naik lagi utk tingkatkan kutipan GST. Harga petrol dan diesel akan dinaikkan. Saman akan berganda dikeluarkan. Agensi penguatkuasa seperti Polis Trafik, JPJ, SPAD, Imigresen, Kastam, Pejabat Tanah Galian, Alam Sekitar, Majlis Daerah dan lain-lain akan dikerah membawa pulang semaksima mungkin saman kepada rakyat.

Ingat...!!! Ini adalah bayaran pertama kepada IPIC. Bayaran kedua ialah pada 31 Desember 2017. Maknanya episod ini akan berulang-ulang. Maka perahan terhadap keringat rakyat akan turut berulang-ulang seperti memerah susu lembu.

Siakap jenohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Dari rakyat untuk kleptokrat.

Selamat berfikir saudaraku wahai rakyat Malaysia.

Zaidi Ahmad
Pekan
3 Ogos 2017

Mnenyerahkan warkah rakyat kepada DYMM YDP Agong berkenaan pencabulan Perlembagaan.



Berkunjung ke Istana Negara untuk menyerahkan warkah rakyat kepada DYMM YDP Agong..serahan diterima oleh Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Mej. Jen (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah..alhamdulillah..

Tujuan Warkah ini diserahkan kepada DYMM YDP AGONG adalah untuk membawa ke perhatian Tuanku YDPA, akan perkara-perkara berikut :

1. Isu pelantikan semula kedua-dua jawatan kehakiman yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7.7.17 adalah mencabuli Perlembagaan.

2. Mana-mana jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun, dan 6 bulan.

3. Memandangkan pelantikan semula itu, menurut Perlembagaan adalah dibuat oleh Tuanku YDPA (di atas nasihat Perdana Menteri), maka Tuanku lah, yang berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan oleh Mahkamah sebelum ianya berkuatkuasa.

4. Pelanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara itu yang disandang oleh YAA MD RAUS SHARIF, akan mula kuatkuasa dalam dua hari lagi iaitu pada 4.8.17.

5. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, ianya akan mewujudkan satu KRISIS KEHAKIMAN kerana kesemua perbicaraan ataupun keputusan selepas 4.8.17 akan menjadi TIDAK SAH. Juga, sistem pentadbiran kehakiman yang juga dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara akan menjadi CACAT disebabkan bukan diuruskan oleh hakim yang sah di sisi perlembagaan.

6. Di bawah Perkara 130, cuma Tuanku YDPA yang boleh buat RUJUKAN permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

7. Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan NEGARA dan RAKYAT TUANKU.

Bon BNM RM2.5b untuk lunaskan hutang IPIC, soal Husam

 Husam Musa
Bank Negara Malaysia (BNM) yang meluluskan pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion. Adakah ini berlaku secara kebetulan dengan janji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa bayaran kepada IPIC akan dibuat pada bulan Ogos ? soal Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.

Menurutnya, tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos.

"Sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kod tender bagi bon itu katanya, adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman BNM.

"Berbahagialah penyangak 1MDB," sindirnya.

Bagi beliau, rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah.

"GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037.

"Umur Datuk Seri Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB," katanya.

Husam mengulas mengenai kenyataan 1MDB pada Selasa, yang mengumumkan pihak syarikat akan mula membuat bayaran kepada anak syarikat Abu Dhabi,International Petroleum Investment Co (IPIC) bermula Ogos ini.

Kelewatan bayaran kepada IPIC berpunca daripada dana yang sepatutnya diterima oleh 1MDB pada Julai belum diterima masuk lagi.

Beberapa syarat tambahan diperlukan bagi meluluskan proses kemasukan dana tersebut dan 1MDB telah menulis kepada IPIC berhubung kelewatan tersebut dan menjelaskan bahawa bayaran hutang kepada IPIC akan dibuat bermula Ogos ini.

Ini susulan pada 31 Julai lalu, 1MDB telah melepasi tempoh akhir bayaran kepada IPIC. Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC sejumlah RM2.58bilion.

WANG 1MDB HABIS KENA KEBAS: TIADA WANG UNTUK BAYAR HUTANG IPIC.

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/07/ipic-1mdb-lss-1.jpg
1. Saya terkejut dan amat hairan dengan jawapan Perdana Menteri (PM) Najib kepada soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari Rabu (2 Ogos 2017). PM Najib menyatakan bukan soal 1MDB tak mampu bayar hutang kepada syarikat Abu Dhabi,International Petroleum Investment Co (IPIC) tetapi hanyalah soal teknikal sahaja,sedangkan 1MDB dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kepada syarikat Abu Dhabi, pembayaran yang sepatutnya dibuat pada 31 Julai 2017 akan dibuat pada bulan ini (Ogos) kerana menunggu dana sewajarnya dari program rasionalisai 1MDB.

Sebelum itu ada laporan menyatakan pembayaran sebanyak AS$602.7 juta (RM2.6 bilion) daripada 1MDB kepada IPIC adalah sebahagian daripada penyelesaian hutang tetapi
pelabur Abu Dhabi, Mubadala berkata pihaknya belum menerima maklumat daripada bank berhubung kelewatan bayaran daripada 1MDB itu selepas tarikh ditetapkan tamat.

2. Kenyataan sebegitu membawa maksud terang-terang bahawa 1MDB memang tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tersebut.Kenapa 1MDB perlu tunggu wang dari dana yang dimaksudkan jika benar 1MDB mampu menyelesaikan hutang dengan IPIC.Amat melucukan apabila PM Najib sesuka hati menjawab sebagai masalah teknikal sedangkan banyak pihak mengetahui 1MDB tidak mampu membayar hutang kerana wang 1MDB sudah habis kena kebas.

Ketiadaan wang ini adalah disebabkan oleh 'kecurian terancang' yang pastinya melibatkan MO1 apabila adanya bayaran kepada Aabar Investmen Pjs (Aabar Bvi) iaitu syarikat samaran yang diwujudkan serta tiada kaitan langsung dengan Abar Investmen yang merupakan anak syarikat IPIC.*1MDB 'buta-buta' telah membayar kepada syarikat samaran ini sebanyak USD3.5 bilion (RM15 bilion). Inilah yang menampakan kecurian terancang antara 1MDB dengan 'syarikat hantu' itu.

Kini tidak semena-mena 1MDB kena bayar RM2.6bilion pada IPIC sedangkan hakikatnya 1MDB tidak ada wang dan kemampuan untuk menyelesaikan hutang.

3. Saya yakin jika tidak bayar atau kelewatan bayar kepada IPIC boleh menyebabkan 'financial rating' Malaysia akan dikaji semula oleh Moody,Fitch atau Standard & Poor. Sudah tentu kegagalan dan kelewatan membayar oleh 1MDB ini memungkinkan kejatuhan financial rating kita keperingkat NEGATIF.Kalau dirating semula kepada negatif, bermakna bebanan negara kita untuk berhutang lagi di pasaran antarabangsa menjadi makin berat dan mungkin dikenakan faedah yang makin tinggi atau dikenakan dengan syarat-syarat yang lebih ketat.

4. Andai dirating semula kepada negatif kemungkinan ia akan membawa kepada 'default condition precedent' atau terkesan pada hutang-hutang lain yang negara kita miliki atau menggugat jaminan-jaminan yang diberi oleh kerajaan kepada hutang-hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.Jika Bon yang dibuka olih bank negara yang berjumlah RM2.5 bilion pada 1 ogos 2017 dan akan dikeluarkan pada 4 ogos 2017 sehari sebelum tarikh akhir yang diberi olih Ipic untuk tujuan membayar hutang 1MDB kepada Ipic,ini bermakna rakyat sekali lagi membayar untuk melindungi dan menyelamatkan pencuri negara.

Amat jelas Najibnomics gagal!

#GaliLubangTutupLubang
#CuriWangBayarHutang
#PenyangakBebasKebasWang
#RakyatMenjadiMangsa
#TakMauUmnoBN

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Parlimen Malaysia
3 Ogos 2017/10 Zulkaedah 1438H

BETULKAH PAS LAWAN UMNO..????

1. "Carilah hujah lain untuk menentang kami. Sedangkan kita lihat 13 kali PRU, sekali sahaja PAS tak lawan Umno iaitu pada tahun 1974. PRU yang lain kita lawan BN." Demikianlah kata Idris Ahmad utk kawal kerosakan yg sedang ditanggung oleh Pas kini akibat sikap pemimpinnya yg membawa parti itu menjadi pasangan tanpa nikah Umno.

2. Kata Idris tu betul. Atas sebab itulah, dulu-dulu kami masuk Pas. Tak akan ada orang mahu masuk Pas, berkorban segala-galanya, masuk penjara, kalau bukan kerana Pas lawan Umno. Kalau tak mau lawan Umno, baik masuk Umno saja. Itu juga asas penubuhan APU, BA, Gerak, Bersih dan PR.

3. Isunya sekarang ialah, pemimpin Pas cakap lain, tapi bikin lain. Cakap lawan Umno, tapi beri oksigen kpd Umno. Setakat bergambar dgn pemimpin Umno, berpegang tangan dgn Najib dan tak serang Najib, memanglah bukan hujah yg kuat utk kata Pas tak lawan Umno.

4. Hujah yg paling kuat ialah apabila melalui muktamar, Pas putuskan muafakat politik dgn Keadilan dan DAP. Hasilnya ialah terbubarnya PR. Bertempik sorak pemimpin Umno apabila PR terbubar kerana itu petanda hapusnya ancaman terbesar kpd Umno. Penghapus ancaman itu ialah Pas.

5. Keputusan muktamar itu tidak berlaku secara spontan tetapi dimukaddimahkan dgn pelbagai aksi pemimpin utama Pas yg menjalin hubungan sulit dgn pemimpin Umno. Siapa tak tahu peranan Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali? Siapa tak tahu pertemuan sulit Abdul Hadi dan Abdullah Badawi? Siapa tak tahu hubungan intim bekas MA Pas dgn menteri-menteri Umno?

6. Ah, biasalah bertemu...! Tidak, itu bukan pertemuan biasa, tetapi pertemuan beragenda. Dan, agendanya ialah, Pas dan Umno mesti bergabung demi survival Melayu, dan untuk lebih Islamik, ditambah ungkapan demi masa depan Islam di negara ini. Selepas bertemu secara sulit, dan nampaknya pertemuan itu direstui, barulah terjadi pertemuan terbuka di stadium sempena Rohingya dan banyak lagi.

7. Serentak dgn semua peristiwa itu juga, terpacullah kenyataan demi kenyataan lunak terhadap Umno, timbullah slogan politik matang, Najib tak salah dalam 1MDB, campurtangan kuasa asing, termasuk MA Pas sekarang yg berkata Pas bersedia bertahaluf siyasi dgn Umno. Pada masa yg sama, kerajaan Pulau Pinang diserang, kerajaan Kelantan pula nampak semakin mesra Umno, yg semuanya itu menjadi isyarat bahawa Pas memang sudah sangat intim dgn Umno.

8. Cuma, apabila Pas nampak, kalau semua itu tak dikawal, Pas akan semakin rosak teruk, apatah lagi selepas penubuhan Amanah, bocornya mesti ditampal. Caranya ialah seperti yg Idris lakukan iaitu nafikan Pas kerjasama dgn Umno. Beritahu ahlinya, Pas nak lawan Umno, yg hakikatnya seperti menampal tanah liat pada papan perahu yg bocor.

9. Pas kini sudah bersendirian. Gagasan Sejahtera tak ada apa-apa pun, hanya nama. Dengan terpersadanya PH dgn kesatuan logo dan halatuju, Pas semakin tersudut. Apa yg Pas boleh buat kini ialah kawal ahlinya yg cuma tinggal separuh drpd jumlah asal drpd terus berlari keluar. Kecuali pentaksub, Pas dah tak terkawal lagi.

10. Satu lagi pilihan yg Pas ada ialah, halalkan hubungan sumbang Pas - Umno. Ini dilihat lebih baik bagi Pas, bagi PH, bagi rakyat dan bagi agama ini. Idris tak perlu bimbang, kalau dia rasa Pas sudah terperosok, dia boleh bersama Amanah. Dia juga tak perlu bimbang, tanpa Pas pun agama ini akan tetap terbela.

-Ustaz Zolkarnain Abidin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...