TERKINI :

Tuesday, August 1, 2017

Isu 1MDB - ‘Madinah dan Hasan terbukti boneka Najib'

 
Keputusan dua agensi kerajaan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas skandal 1MDB membuktikan bahawa mereka hanyalah menjadi boneka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pemimpin DAP itu mengulas keengganan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin untuk melakukan siasatan lanjut ke atas 1MDB di sebalik saman terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat .

“Keputusan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan meskipun pelbagai pendedahan terus dibuat oleh DOJ dalam usaha untuk mengembalikan aset yang dibeli melalui wang yang dicuri daripada 1MDB.

“Lagipun, sebelum ini telah didedahkan bahawa suami Madinah yang merupakan Ketua Bahagian Umno Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid telah secara terbuka menyatakan kesetiaan kepada Najib sehingga beliau berkata bahawa beliau ‘rela mati untuk Najib’.

“Hasan Arifin pula apa kurangnya, apabila mengaku harus ‘cari makan’ ketika diasak supaya dihadapkan Najib ke PAC bagi tujuan siasatan,” kata Pua menerusi satu kenyataan media hari ini.

DOJ dalam saman sivil terbaru pada bulan Jun lalu berkata, bahawa rakyat Malaysia telah ditipu pada skala besar-besaran dalam isu 1MDB.

DOJ kini meletakkan angka yang didakwa diselewengkan pada AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion aset yang kononnya diperolehi melalui dana yang dicuri daripada 1MDB.

Antara senarai barangan yang cuba disita itu adalah sebuah kapal layar, barangan kemas termasuk berlian dan karya seni.

Mengulas lanjut, Pua berkata, tindakan Madinah dan Hasan itu amat dikesali malah membelakangi kepentingan rakyat yang mahukan kebenaran dalam skandal berkenaan selain sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanah air.

“Jika mereka ada sekelumit rasa malu dalam diri mereka, mereka patut melepaskan jawatan masing-masing dan memberikannya kepada yang benar-benar mahu bekerja untuk kepentingan rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pemfailan DOJ sejak tahun lalu, nama Najib tidak disebut secara langsung, tetapi pihak penyiasat AS merujuk kepada seorang individu sebagai "Malaysian Official 1" yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Riza Aziz iaitu anak tirinya.

Namun, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah sememangnya Najib.

Najib berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.

Laporan PAC yang dibentang dalam Parlimen sebelum ini menyatakan perdana menteri tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu 1MDB.

Ia kerana, PAC mendapati Najib tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan syarikat milik kementerian kewangan itu.

Laporan PAC setebal 106 muka surat itu sebaliknya mengesyorkan pihak berkuasa menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan.

Najib makin terdesak, banding Malaysia dengan Iraq


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila sanggup membandingkan kehidupan rakyat Malaysia dengan rakyat di Iraq sewaktu pemerintahan Presiden Saddam Hussein bagi menakut-nakutkan pengundi yang inginkan perubahan.

 Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Howard Lee berkata, adalah dangkal untuk membandingkan situasi di Iraq dengan di Malaysia.

“Umum ketahui bahawa pencerobohan tentera Amerika Syarikat, dan UK pada tahun 2003 dengan matlamat penukaran rejim merupakan suatu peperangan yang telah membawa hancur lebur kepada Iraq.

“Tetapi yang rakyat Malaysia hendakkan bukannya peperangan, tetapi penukaran kerajaan melalui sistem demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Hujah Najib Razak kini terdesak, sehingga tidak masuk akal,” katanya seperti dipetik Roketkini.

Najib dilaporkan berkata, kehidupan rakyat di negara teluk itu adalah lebih baik di bawah pentadbiran diktator jika dibandingkan dengan selepas berlakunya peperangan, selain menggelar mereka yang mahu menukar kerajaan sebagai bodoh.

“Menukar kerajaan bukan penyelesaian, kalau lebih baik masuk akal, kalau lebih buruk, lebih mendatang bala dan bencana serta lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana itu bodoh punya kerja. Minta maaf terpaksa kata.

“Doktor saya di IJN (Institut Jantung Negara) bagi tahu ada pesakitnya orang Iraq apabila tanya mana lebih baik dahulu atau sekarang, dia kata seburuk-buruk zaman Presiden Saddam Hussein sekurang-kurangnya mereka ada makanan di atas meja, anak boleh ke sekolah, keadaan negara aman.

“Tetapi sekarang lihatlah, hancur lebur semuanya… kerana itulah menjatuhkan kerajaan sedia ada tidak akan menjanjikan kerajaan yang lebih baik,” katanya seperti dipetik Bernama, semalam.

Mengulas lanjut, Howard yang juga Adun Pasir Pinji berkata, rakyat Malaysia berhak menerima lebih dan bukan sekadar perkara asas.

'Zahid seperti budak-budak bergaduh, ungkit keturunan'

 Tun Mahathir Mat Sabu Zahid Hamidi
Tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad melambangkan tahap pemikirannya yang disifatkan sebagai kebudak-budakan.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, tindakan mengungkit keturunan sesiapa pun termasuk Tun Mahathir atau Najib Razak, bukan sikap seorang pemimpin yang baik apatah lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Saya tidak menyangka sama sekali orang bertaraf Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno boleh mengungkit soal keturunan seseorang.

"Sudah tentulah ungkitan soal keturunan ini meletakkan seorang bertaraf Timbalan Perdana Menteri seperti orang kampung, malah tidak keterlaluan saya katakan seperti budak-budak berkelahi dalam bilik darjah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya Ahad lalu mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, jika Zahid mahu pun Pakatan Harapan (PH) ingin menerangkan kesilapan di zaman pemerintahan Tun Mahathir, tidak perlu sehingga menyerang peribadi dan keturunan.

"Kita dedahkan kepada orang ramai isu pengsonglapan wang rakyat seperti skandal 1MDB. Bukan 'menumbuk di bawah paras pinggang' seperti dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri.

"Apa yang dilakukan beliau ini cukuplah melambangkan tahap pemikiran beliau untuk dinilai oleh rakyat," katanya.

Beliau juga menambah, kesilapan yang pernah dilakukan seseorang pemimpin boleh diungkit untuk diterang kepada orang ramai jika ia boleh membawa kepada kebaikan bersama tanpa menyentuh soal keturunan.

"Kebiasaannya apabila berbalah dan mengungkit nama bapa dan keturunan ini adalah di kalangan budak-budak ataupun orang biasa. Ada juga kita bangkitkan soal keturunan untuk memuliakan diri kita atau keluarga.

"Namun soal keturunan atau asal usul ini bagi orang Islam, bukanlah boleh menjadi hujah utama menilai seseorang. Kebaikan seseorang di sisi agama terletak kepada nilai taqwa sementara nilai khidmat dan pengorbanan boleh dijadikan sebagai hujah yang boleh ditonjolkan," katanya.

‘Anak lelaki Iskandar Kutty’ cetus reaksi, kenyataan Zahid Hamidi perlu disiasat


KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Keceluparan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi terus mendapat bantahan masyarakat umum dan pemimpin politik.

Tindak tanduk Zahid itu mendorong Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Laporan itu dibuat menamakan Zahid dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Mohd Yazid Ramli melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi dengan berkongsi dan memaparkan butiran bekas perdana menteri itu.

Zulhazmi ditemani tiga wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu dan Setiausaha Eksekutif Pemuda DAP, Muhammad Shakir Ameer Mohideen.

Zahid dalam ucapan penutup Mesyuarat UMNO Kelana Jaya seperti dilapor media kelmarin  mendedahkan nama tokoh negarawan itu dalam Kad Pengenalan Biru ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.

Zahid juga dilihat cuba merendah-rendahkan dan menghina susur galur keturunan tokoh negarawan itu dengan berkata “Patut lah dia kata kita mudah lupa. Sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty.”

“Kenyataan Zahid bersifat perkauman, jadi saya fikir penyokong BN sepatutnya tiada masalah menyokong cadangan menggubal akta itu selepas episod ini,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lip Eng lapor Free Malaysia Today.

DAP juga melalui Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching semalam meminta satu usul tergempar Parlimen dibuat supaya kerajaan memberi justifikasi terhadap tindakan Zahid tersebut.

Menurut beliau, walaupun Zahid juga memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, beliau tidak berhak mendedahkan maklumat peribadi sesiapa yang terdapat dalam kad pengenalan dan perlu menghormati data peribadi seseorang.

Zahid perlu minta maaf

Bantahan terhadap Zahid berlarutan hingga ke hari ini apabila Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) mengadakan bantahan secara aman di luar pintu masuk bangunan Parlimen.

Kumpulan sekitar 20 pemuda itu mendesak Zahid membuat permohonan maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana “menghina” tokoh negarawan tersebut.

Ketua ARMADA Wilayah Persekutuan Zahin Zainal berkata, selain membangkitkan soal keturunan, Zahid juga tidak wajar menyebarkan maklumat palsu mengenai susur galur Tun Mahathir.

“Timbalan perdana menteri tergamak menuduh Dr Mahathir menggunakan orang Melayu untuk kepentingan peribadi,” katanya memetik laporan Malaysiakini. – Roketkini.com

Hutang Sri Lanka dengan China amaran buat Malaysia

Sri Lanka menjadi negara Asia pertama jatuh ke “perangkap hutang China” selepas menerima pelaburan berbilion dolar dalam projek infrastruktur besar, berdasarkan panduan dan janji Beijing.

Portal berita Singapura, The Independent melaporkan Sri Lanka kini menanggung hutang AS$8 bilion daripada keseluruhan AS$64 bilion dengan China disebabkan pelaburan besar dalam pelbagai projek.

Akibatnya, sebahagian besar pendapatan negara Asia Selatan itu terpaksa digunakan untuk melangsaikan hutang, bukannya untuk pembangunan sangat diperlukan negara yang bebas daripada perang saudara selama 25 tahun, pada 2009.

Kini, portal berita itu melaporkan wujud kebimbangan terhadap pelaburan kuasa besar dunia itu di Kemboja, Malaysia dan Indonesia.

Pakar mempersoalkan minat China terhadap Malaysia secara tiba-tiba dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuka tangan dan semuanya kepada janji Beijing untuk memberi pinjaman besar-besaran.

Hangpa report buat apa pasai Zahid.. depa takan layan aihh..!!!

NAK KATA TOLOL BUKAN PULA...

Banyak pihak buat report polis terhadap Zahid Hamidi dan juga Ketua Pendaftaran Negara ekoran pendedahan data peribadi Dr Mahathir dibuat oleh Zahid. Memang sesiapa ada hak untuk membuat laporan polis dan mendapat keadilan. Tetapi apakah semua pihak tidak faham dengan proses siasatan dan keadilan di negara ini.

Laporan polis boleh dibuat tetapi ia tidak akan disiasat dan diambil tindakan. Bukankah Zahid itu menteri yang jaga polis, masakan polis berani menyiasatnya. Mereka yang gian nak buat report polis terhadap Zahid patut baca sejarah lama apa yang telah berlaku. Zahid pernah dilapor kepada polis kerana mencederakan seseorang, tetapi apakah polis menjalankan siasatan? Tidak.

Laporan terhadap Zahid itu adalah kerja sia-sia seperti mencurah garam ke laut.

Sementara itu DAP meminta parlimen membuat undi tidak percaya kepada Zahid sebagai menteri KDN dengan apa yang berlaku itu. Ini pun satu kerja yang mengikut prosuder undang2 tetapi ia tidak akan dilayan oleh Speaker bloody fool itu. Menurut perlembagaan speaker memang punyai kuasa tertinggi, tetapi segala kepentingannya terpanggung atas bahu PM. Dan dalam kes Zahid ini PM akan membela Zahid mati-matian.

Jadi semua kerja itu, report polis, guna parlimen adalah kerja tolol yang menyerlahkan pula kebangangan pemerintah Malaysia hari ini yang terpaksa dilihat rakyat dengan terkulat-kulat macam anak sawa memandang ibu gajah. Trims.

MSO

PJ PAS PAHANG DIMINTA MOHON MAAF DIATAS MEMFITNAH PAKATAN HARAPAN DALAM ISU RUU355

USTAZ ROSLI JABAR PJ PAS PAHANG MEMBUAT KENYATAAN YANG BERUNSUR FITNAH KEPADA PAKATAN HARAPAN DALAM ISU RUU355.

1)Saya amat terkejut apabila menonton satu klip video youtube yang bertajuk "Najib PM berikan gula-gula pilihanraya kepada warga Felda. Harapkan pagar - pagar makan padi  begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada PJ Pas Pahang yang menuduh  Pakatan Harapan menolak ruu355. Seharusnya seorang yang bergelar ustaz perlu tabayyun dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Ucapan beliau boleh dirujuk daripada minit 20.46 - 21.05

( https://m.youtube.com/watch?v=LJ7T5PE8pIU&feature=share)

2) Untuk pengetahuan PJ PAS Pahang yang dihormati, mustahil Pakatan Harapan
menentang RUU akta 355   yang sehingga kini belum dibahas di dalam Parlimen.  Dan apabila Ahli Parlimen Pakatan Harapan meminta untuk dibahas tetapi ditangguhkan. 

3)Sekirannya yang digemburkan PJ PAS pahang dalam ceramah beliau bahawa PH menolak Akta RUU355, mengapa MP PH meminta speaker untuk meneruskan perbahasan tanpa menangguhkan??

4) Kemudian,  ketika waktu speaker menangguhkan perbahasan RUU Akta 355 walaupun jam waktu itu masih awal, di mana Ahli Parlimen Pas berani untuk bersuara membantah speaker untuk menangguhkan perbahasan?

5)Diharap PJ Pas Pahang  membetulkan fakta dan memohon maaf secara terbuka dengan  kenyataan yang berunsur fitnah.  Sekian.

-Rojie Semail-
03.15a.m
01 Ogos 2017





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...