TERKINI :

Monday, July 24, 2017

ÙMNO DAN BN SEDAR MEREKA AKAN KALAH DI KERUSI-KERUSI FELDA PADA PRU14

Keseluruhan rakyat malaysia khususnya warga Felda jangan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup.

Umno dan BN sanggup melakukan apa saja untuk 'gula-gula' warga Felda dari saat ini sehinggalah ke hari mengundi pada pru14 nanti.

Kalau najib tun razak ikhlas nak bantu penderitaan rakyat beliau harus peruntukan rm5000 kepada keseluruhan masyarakat malaysia yang sedang mengalami penderitaan kos sara hidup yang amat tinggi kini. Bukan hanya pada warga Felda!!

Namun, najib tun razak lebih mementingkan pendekatan politik yang mana umno serta BN tidak mahu kehilangan kerusi-kerusi tradisi mereka di kawasan-kawasan Felda di seluruh pelusok tanahair.

Rakyat jangan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh parti najib sepertimana mereka memperbodohkan haji hadi awang!!

Haji hadi awang telah berjaya diperbodohkan!! Haji hadi awang bukan saja cakap macam orang bodoh kini tetapi kelihatan pun cukup bodoh!!

Sebab itu haji hadi awang lebih mementingkan untuk bela parti najib dari berpegang pada prinsip perjuangan untuk lawan rasuah!!

Agama islam suruh kita lawan rasuah tetapi kalangan yang berjaya 'dibangangkan' oleh parti najib seperti haji hadi awang, nik abduh nik aziz, nasrudin hassan tantawi serta beberapa orang lagi tokoh-tokoh Pas sedang giat membela parti umno yang terlalu korup itu!!

Kami yang berdarah umno 'pekat' pun merasa jijik dengan parti itu tetapi puak-puak Pas bangang ini sibuk membela parti najib!!

Ini saya betul-betul tak faham!! Namun saya amat kagum dengan parti najib yang telah berjaya secara cemerlang memperbodohkan puak-puak bangang Pas ini!!

Kita tidak mempunyai pilihan lagi untuk selamatkan malaysia!! Rakyat wajib tolak kerajaan kleptokrasi yang di- tunjang oleh umno seandainya mahu menjaminkan masa depan yang gemilang di bawah Pakatan Harapan.

Haramkan setiap undi pada umno dan BN!! Kali ini setiap undi mesti diberikan pada Pakatan Harapan untuk membina semula negara kita yang telah dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi!!

Ketua pesuruhjaya suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (sprm) jangan cakap politik!!  Beliau mesti bertindak secara telus, adil dan saksama sebagai penjawat awam untuk membela keseluruhan rakyat malaysia!!

Macamana ketua pesuruhjaya sprm kata mereka akan buat beberapa penahanan lagi keatas beberapa individu dalam masa beberapa bulan dalam isu kes skandal Felda?!

Siasatan belum selesai macamana ketua pesuruhjaya sprm dah katakan secara terbuka untuk membuat beberapa tangkapan lagi dalam masa terdekat?!

Suruh sprm siasat secara komprehensif dulu baru buat kenyataan!! Dia bukan ahli politik tapi adalah seorang penjawat awam yang sepatutnya memikul tanggungjawab secara teramanah yang mungkin!!

Saya nak tanya dato zulkifli selaku ketua pesuruhjaya sprm apa dah jadi dengan semua laporan-laporan yang saya buat keatas najib tun razak, rosmah mansor, jho low, riza aziz serta keseluruhan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat 1mdb pada tahun 2014?!

Adakah sprm sudah panggil mereka semua untuk proses siasatan?! Apa tindakan sprm keatas kesemua mereka setakat ini?!

Saya buat beberapa  laporan tentang kes skandal 1mdb pada sprm dah hampir dua tahun lebih!!

Kenapa sehingga kini sebagai pelapor saya tidak dimaklumkan langsung mengenai status siasatan sprm?!

Ketua pesuruhjaya sprm tolong pikul tanggungjawab secara teramanah mungkin selaku penjawat awam!! Berilah perkhidmatan secara professional, adil serta saksama!!

Tolong jangan terlalu banyak nak bercakap macam orang politik!! Tugas kamu untuk menyiasat seterusnya bertindak keatas semua para pengkhianat yang mengamalkan rasuah tanpa memilih dulu!! Kurangkan bercakap tetapi lebihkan tindakan secara professional selaras dengan akta penjawat awam!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
24 Julai 2017

Arwah Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir..!!!

Walaupun seteru politik nyata pada waktu itu, bahasa dan akhlak tetap mereka jaga dan saling menghormati lawan & kawan_

Setiap Muslim kena cari titik pertemuan, jika bertelagah.

2 perkara arwah TGNA respek kat Tun M w/pun masa tu mereka berlainan parti politik;

1. Tun Mahathir luluskan RM600 juta pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan

2. Tun Mahathir keras dengan Zionist, w/pun Negara Arab ramai membisu waktu itu.

Kehebatan politik arwah TGNA melangkaui zaman, sampaikan video video dia dulu kita masih boleh lihat macamana akhlak beliau dalam berpolitik bila berhadapan dengan lawan.

Dan memang kita tahu arwah TGNA dan TUN M memang seteru politik yang nyata, dalam berpolitik TGNA tetap Puji Tun M dan Tun M pula tetap Luluskan Pinjaman untuk Kelantan.

Itulah indahnya seni politik mereka berdua, hanya mereka yang tahu. Walaun pun sekarang, salah seorang sudah tiada, Tun M yang tidak pernah kita sangka sangka akan bersama saf pembangkang pun kini bersama2 untuk tumbangkan BN.

Mungkin berkat doa arwah Ustaz Fadzil Noor, Mantan Presiden PAS.

Jika arwah TGNA dan TUN M boleh rasional, inikan kita orang orang bawahan mereka berdua.

Bicara lah dengan Hikmah dan berpolitik lah dengan Matang, kita bina MALAYSIA BARU.

Al Fatihah buat arwah TGNA dan Arwah Ustaz Fadzil Noor.

Move Foward!

Syam Ghaz

2 tahun di Pusat Kajian Strategik jabatan khas bawah arwah TGNA selaku MB
6 tahun di Glc dimana beliau Chairman Bod dan selaku MB.

PRU 14: ANTARA BIRU, OREN DAN HIJAU

Gendang pilihan raya ke 14 nampaknya sudah dipalu oleh parti politik dengan rentak masing2. Seminggu dua ni nampak meriah di sekitar tanjong malim, pakatan harapan telah membuka gelanggang melalui program membina semula negara dengan mempertaruhkan jaguh  mereka YB Rafizi.

Minggu ini diikuti dengan program permukiman MB perak di tanjong malim. Persoalannya dimana kedudukan PAS dalam perlumbaan politik hari ini, adakah PAS sudah kehilangan begitu ramai jaguh sehinggakan tidak boleh membuka gelangang kempen dalam tempoh terdekat ini di tanjong malim.

Dalam aspek yang lain, pakatan harapan telah memulakan strategi untuk menawan putrajaya dengan mengemukakan kempen 100 hari kemenangan PR. UMNO dan BN seperti biasa menggunakan gula-gula kebendaan dan pembangunan untuk memikat pengundi pada pilihanraya akan datang.

Soalnya apa strategi PAS untuk menawan putrajaya, satu2 isu yang nampaknya sangat rapat dengan pas adalah untuk menghukum orang yang salah, antaranya menaikkan hukuman melalui pindaan ruu355, sebat dikhalayak dan hudud. Walaupun hasrat pas dlm satu sudut ada baiknya, namun hakikatnya ia diluar kemampuan dan kawalan PAS, pas tidak mungkin secara bersendirian memenangi lbh 111 kerusi parlimen bagi jaminan sokongan pindaan perlembagaan.

Dalam masa yang sama PAS perlu mendapat perkenan majlis raja2, juga diluar kawalan PAS. Ertinya pas perjuangkan sesuatu diluar kawalan mereka sendiri. Hakikatnya PAS sedang bergelut untuk pertahankan kelantan sehinggakan tidak bernafsu menawan putrajaya.

Jika benar PRU ke 14 seawal oktober ini, dimana kedudukan pas?...Secara bersendirian seperti hari ini, bersama BN atau bersama PH. jika secara bersedirian maka orang seperti saya tidak akan mengundi PAS, kerana saya akan mengundi parti yang bersedia dan mampu memerintah putrajaya, tidak ada guna mengundi PAS parti nak jadi pembangkang.

Jika pas bergabung dgn bn, pertimbangan saya ialah sejauhmana pas blh mengubah kepimpinan yang ada dlm BN untuk berubah menjadi baik dan layak disandarkan harapan untuk memerintah dgn lebih baik pada masa akan datang, atau PAS yang hanyut bersama umno/bn.

Saya tidak fikir PAS akan kembali ke PH kerana ketelanjuran sudah terlalu jauh. Andainya PRU14 seawal oktober ini, dengan kedudukan PAS yang begitu lemah, maka pada hemat saya kepimpinan PAS tidak menjadi faktor kepada kemenangan kepada PAS, sebaliknya menjadi faktor kemenangan parti lain, jika kepimpinan PAS berjaya membendung penghijrahan pengundi pas kepada PH, PAS akan memenangkan umno/bn.

Jika kepimpinan PAS tidak berjaya membendung penghijrahan pengundi PAS, maka PAS akan menangkan PH. PAS akan kekal sebagai pembangkan atau penasihat...itu pun jika pas bertanding untuk menangkan partinya sendiri. itulah hakikat pahit yang harus ditelan oleh pejuang PAS.

Benar dalam pas masih ramai pejuang tulen yang ingin menaikkan syiar Islam melalui kemenagan PAS, namun PAS hari ini dimiliki oleh kepimpinan yang tidak punyai gagasan dan wawasan yang besar untuk menang.

Nasihat saya kepada pejuang PAS yang tulen dan ikhlas agar bertindak sebagai pendesak kepada kepimpinan yang sedia ada untuk punyai gagasan dan wawasan yang boleh membanggakan ummah, atau tukar mereka dengan kepimpinan yang lebih berwawasan untuk pacu kemenagan ISLAM.

Dr Rosli Mahmud
Kg banggol judah
Machang kelantan

Inilah manusia yang di gelar "DIN PEDU" sewaktu dalam PAS dahulu..!!

BismillahirRahmanirRahim

TIMBALAN PRESIDEN SAYA IALAH SALAHUDDIN AYUB: ANAK CINA DIPLOMAT AMANAH

Tutur katanya tersusun dan satu satu butir katanya menyelinap ke sanubari yang mendengar pidatonya. Pemilihan katanya disulami dengan puitis dan bicara para pujangga. Kalam Tuhan dan sabda Nabi tetap tidak ditinggalkan. Bibirnya tidak lekang dari kuntuman senyuman riang dan ringan. Jarang menyakitkan kawan dan lawan. Tatkala tawa jenaka kawan memecah dewan, dia kekal senyum sekadar meraikan. Sewaktu ditemuramah oleh wartawan asing di dalam Bahasa Inggeris di Singapura, Salahuddin bertutur lancar sebagaimana bahasa ibundanya.

Di ruang tamu rumahnya di Taman Melewar tidak jauh dari rumah sahabat kami, Ust. Idris Ahmad terdapat almari penuh buku. Begitulah pejabatnya di Jalan Raja Laut, deretan bukunya memenuhi biliknya. Pernah sekali menemani membeli belah buku di Carboot Sale. Teruja melihat himpunan buku yang ada. Itu untungnya duduk di negeri orang putih. Telah jadi tradisi orang putih, buku bukan untuk disimpan. Buku untuk dibaca. Habis baca, jual atau bagi pada orang lain untuk dapat manfaat.

Salahudin Ayub meneruskan pengajiannya yang tertangguh. Dia ambil ijazah di dalam bidang Sains Pembangunan Manusia di UPM. Sesekali berkongsi idea tentang nota kuliahnya dengan aku. Saat itu, beliau adalah Timbalan Ketua Pemuda. Mahfuz Omar jadi ketuanya. Mereka adalah regu sejati, Dipenjara bersekali. Kedua-dua pemimpin Pemuda PAS ini menaiki bas ke merata tempat untuk bertemu dan berceramah. Sehingga Salahuddin menjadi Ahli Parlimen, bas espress menjadi tempat tidurnya. Stesyen Bas Medan Kidd, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Puduraya adalah tangga rumahnya. Benarlah rakan-rakannya memanggil Salahuddin Ayub dengan nama 'Din Pudu'. 

Markaz Tarbiyyah Taman Melewar adalah rumah kedua kami. Kadangkala kami tidur berselerak. Kalau satu bilik penuh, ada yang memilih di bilik mesyuarat, tidur di ruang tengah meja mesyuarat. Jarang aku dikejutkan dari tidur. Suara Salahuddin Ayub membaca al Quran perlahan-lahan seperti ingin mengejutkan aku untuk solat subuh berjemaah. Penampilannya sama kemas dengan bossnya, Mahfuz Omar. Disisir rambutnya macam Ust. Fadzil menyisir rambut. Perlahan-lahan dan berkali-kali. Sedangkan penampilan aku, berseluar jeans selalu.

Salahuddin Ayub dilahirkan dari rahim seorang wanita Cina, Ayahnya orang Johor tetap berbudaya Melayu walaupun berkahwin dengan gadis Cina pilihan hatinya. Aku teringat puisi 'Melayu' Usman Awang yang mendefinisikan tentang Melayu. Ramai yang tahu puisi itu.Melayu bukan sekadar bangsa tetapi satu kebudayaan. Aku cuma hendak kongsikan cuplikan puisi yang bertajuk 'Piagam Melayu' karya Syed Putra Ahmad, sahabatku yang meriwayatkan Melayu:

Melayu bukan kulit tapi rupa bangsa
Melayu itu budaya buah agama
Semuanya terjelma dalam bahasa
Budi yang halus falsafah mulia
Dianyam dihampar dalam kata-kata
Dalam berbuat peradaban terbina

(sebenarnya puisinya panjang)

Beliau tinggalkan bumi Pontian untuk tinggal di Taman Melewar selepas menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian. Rumahnya sekadar persinggahan sementara. Amanah yang digalas menuntut beliau menghabiskan usia di jalanraya dan lebuhraya. Kak Fatimah, isterinya tetap mengambil upah menjahit baju bagi menampung harga perjuangan dan kebahagian rumahtangga.

Pengujung tahun 2009, Tok Guru dan keluarganya hendak menunaikan umrah tetapi dikhabarkan ditaja oleh seseorang. (akupun lupa cerita yang lebih  lanjut). Rupa-rupanya rancangan kunjungan ke tanah suci itu telah menimbulkan polemik hangat dan dianggap sebagai satu cubaan rasuah. Mesyuarat AJK PAS Pusat memutuskan untuk menghantar Salahuddin Ayub dengan seorang lagi (tak ingat) bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz bagi menyelesaikan isu tersebut. Aku pun tak tahu bagaimana Salahuddin Ayub berdiplomatik dengan Tok Guru hingga isu itu selesai dengan baik. Aku patut tanya Salahuddin hal ini.

Personalitinya yang tenang memang menyenangkan. Kalau pemain bolasepak, wataknya seperti Soh Chin Aun. Sambil berlari, bolanya sentiasa di kaki dan menyusun strategi. Team bolasepak dibawah pimpinan Soh Chin Aun memang 'lajen'. Sifat dan sikap itu terdapat padanya sewaktu memimpin Dewan Pemuda PAS ketika itu. Di bawah kepimpinannya, idea 'Hiburan Alternatif' dapat direalisasikan dengan tanpa sebarang masalah. Bagai menarik rambut di dalam tepung. Beliau dihantar ke beberapa kawasan yang bermasalah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Itulah watak pendamai.

Pada PRK Parlimen Teluk Intan, rumah aku dijadikan rumah tetamu untuk para pimpinan PAS Pusat. Tambahan pula, rumah aku hanya sepelaungan dengan Markaz PAS Teluk Intan. Antara yang tidur di rumah aku ialah Salahuddin. Dia memilih tidur di lantai daripada katil yang kusediakan. Sahabat-sahabat lainlah yang tidur atas katil. Jangan korang kata, alaa.. tidur di lantaipun nak heboh. Kalau hati sudah busuk, payah nak bawa berkira.

Salahuddin pilih tidur di lantai kerana dia nak baca buku sebelum tidur. Dia tidur bersebelahan rak buku. Sambil duduk-duduk dia membelek-belek buku aku. Rak buku memang penuh. Salahuddin Ayub memang kaki buku. Kalau dalam ceramahnya, dia ambil beberapa kata-kata yang dipetik daripada buku yang baru dibaca. Seperti kebanyakan pimpinan politik, mereka suka baca buku sejarah dan politik. Begitulah Salahuddin Ayub.

Pada 2008, Muktamar PAS Pusat diadakan di Ipoh. Masa itu Hj. Nizar Jamaluddin jadi MB walaupun PAS hanya ada 6 ADUN sahaja. Berkebetulan aku balik dari UK untuk ziarah arwah ayahku yang sedang sakit. Sehari sebelum  Muktamar Pemuda PAS Pusat berlangsung, ayahku telah dijemput kembali kepada ke pangkuan Ilahi. Malam itu, Salahuddin Ayub datang menziarahi dan mengucapkan takziah atas kehilangan insan yang sangat besar dalam hidup aku.

Sebelum Salahuddin Ayub meninggalkan Dewan Pemuda PAS Pusat, aku karang sebuah puisi yang bertajuk 'Jangan Ucapkan Selamat Tinggal'. Puisi itu kudeklamasikan semasa majlis perasmian Muktamar Pemuda yang dirasmikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Salahudin Ayub tinggalkan Dewan Pemuda, akupun turut tinggalkan Dewan Pemuda. Masa itu kami sudah tidak lagi muda!

Setelah beberapa tahun menjadi Ahli Parlimen, Salahudin minta pandangan aku tentang hasratnya untuk menggunakan AP sebagai ahli Parlimen untuk membeli kereta Mercedes. Aku tidak setuju. Nanti apa kata orang bawahan kita. Baru beberapa tahun jadi ahli Parlimen, sudah tunjuk kemewahan. Memanglah sirah nabi dulu, ada sahabat guna kuda hitam yang baik untuk perang dan pengangkutan. Bersyarah panjanglah aku pada boss aku. Dia diam.

'Kalau nak beli kereta yang  selesa, beli kereta Honda sahaja'. Aku cakap. Akhirnya dia beli kereta Honda CRV. Dia bukan akur dengan nasihat aku. Dia ada fikirannya sendiri.

Sekembalinya aku ke tanahair, aku beli kereta Mercedes C200 dengan menggunakan AP pelajar. Salahuddin senyum saja bila aku bawa kereta Mercedes. Sebelum dia berkata-kata apa, awal-awal aku cakap, 'Ana bukan ahli Parlimen PAS, tak pa pakai Mercedes. Tak  jadi fitnah perjuangan'. 

Salahuddin seperti biasanya, senyum tetap menyenangkan.

* Foto: Sewaktu kecil Salahudin Ayub ditimang emak, sekarang dilambung ombak. Teruskan!

Sumber: FB Dr. Muhaimin Sulam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...