TERKINI :

Sunday, July 23, 2017

HADI KEMPEN RAKYAT UNDI PAS ATAU UMNO..!!!!

1. Selepas semakin mesra dgn Umno, kelmarin, secara jelas, Hadi berkempen untuk Umno. Pilih Pas atau Umno, kata Hadi. Kalimah atau, meletakkan Umno dan Pas pada suatu situasi samarata dari sudut layak utk diundi oleh rakyat.

2. Ketika PH bertungkus-lumus mengajak rakyat menolak Umno, Hadi merestui Umno utk dipilih. Nampaknya pendedahan Rafizi bahawa Pas menerima dedak Umno melalui Nasharudin semakin terbukti. Untuk apa Hadi buat begitu, kalau bukan utk membalas jasa Umno dan Najib kpd pemimpin Pas?

3. Rakyat semakin nampak, kebelakangan ini Hadi tidak lagi mengkritik Najib dan Umno. Apabila dia mengajak rakyat utk memilih Umno jika tak mahu memilih Pas, maknanya dia mahu Umno menang. Ini juga bermakna, Pas masuk pilihanraya bukan untuk menang, tetapi utk mengganggu PH. Pas cuma pengacau kemaraan PH.

4. Ketika kepercayaan orang Melayu kepada Umno sudah terhakis, Hadi mengajak rakyat memilih Umno. Pelikkan? Orang Umno sendiri keluar Umno, Hadi pula ajak orang ramai pilih Umno atas alasan kepentingan Melayu. Hadi sudah jadi pejuang Melayu pula? Bukankah perjuangan Umno suatu masa dulu adalah asabiah Melayu, kini bukan lagi?

5. Semakin hari, kompas politik pemimpin Pas semakin gelong. Mereka bukan lagi fokus utk tumbangkan Umno/BN. Betullah kata Tun, dedak jika masuk mata boleh buta dan jika masuk telinga boleh pekak. Kini dedak Umno sudah membutakan mata pemimpin Pas dan memekakkan telinga mereka terhadap kefasadan Umno.

6. Kasihan ahli Pas di peringkat cawangan yg terus diperkudakan oleh pemimpin mereka. Ketika mereka berjaga malam utk teruskan "perjuangan Islam" versi Pas, pemimpin mereka bersenang-lenang dgn ulitan kemesraan dan kemewahan anugerah pemimpin Umno. Ketika mereka nak "lawan Umno" pemimpin mereka ajak orang ramai memilih Umno.

7. Orang Pas wajar menilai kembali perjuangan Pas kini. Tidak salah mereka tinggalkan Pas kerana pemimpin Pas kini bukan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu. Kini Pas sudah jadi sekutu Umno.

Ustaz Zolkarnain Abidin Al Hafiz
Pengarah Syariah AMANAH Nasional

Kekayaan Hutan Belantara KPK Milik Rakyat Atau Individu?

Tulisan terbaru Dato' Husam Musa berkait YB Dato' Mohd Amar danYB Zulkifli Mamat sertai Roshaimi Enterprise (Hakmilik anak Pak Jak)

Kekayaan Hutan Belantara KPK Milik Rakyat Atau Individu?

Sebaik Sidang DUN Kelantan tamat pada 12 Julai, YB Dato TMB dan 20 orang lagi, bergegas ke Nanning, Wilayah Guangxi, Cina.

Penerbangan mereka se awal jam 8 pagi, 13 Julai, menaiki pesawat AK 6431 dari Kota Bharu dan seterusnya pesawat AirAsia AK 168, berlepas jam 1.10 thari, hari yang sama. Lawatan rasmi satu hari mereka di Nannning berlangsung pada 14 Julai. Satu hari sahaja - dengan 21 anggota rombongan!

PAS Kelantan memang hebat!

Pada 15 Julai, mereka menaiki kereta api laju memakan masa 3 jam 20 minit, menuju Guangzhou dan dijadualkan menginap di Hotel Canton, di tengah pusat perdagangan Guangzhou.

16 Julai, adalah jadual lawatan bersiar-siar kerana lawatan rasmi telah tamat dua hari lalu. Mereka bertolak pulang pada 17 Julai, jam 12.35 tengah hari dengan pesawat CZ 3047.

Ketika saya membangkitkan isu lawatan ini di DUN pada 13 Julai, YB Adun Pulai Chondong mengiyakan tetapi enggan memberikan senarai anggota rombongan ‘lawatan kerja sambil makan angin’ ini.

Terdapat isteri-isteri pembesar ikut serta, mungkin dibayar secara persendirian, agak saya untuk bersangka baik. Isu yang saya hendak ketengahkan bukan itu.

Terdapat individu yang menyertai lawatan ini adalah dari Roshaimi Ent. Ini tajuk saya.

Lawatan ini, saya kira, adalah lawatan Kompleks Perkayuan Berhad (KPK) berdasarkan anggota rombongan adalah ahli Lembaga Pengarah KPK dan hampir semua staf KPK yang tinggal sejemput sahaja itu.

Laporan Audit Dalam SUK ke atas KPK - yang akhirnya diakui wujud oleh MB ketika mencelah perbahasan antara saya dan YB Zul PC 13hb lalu - menyebut bahawa Roshaimi Ent (RE) gagal membayar sejumlah besar bayaran kepada KPK atas Kompartmen 42 yang diberikan oleh KPK kepada mereka.

Kompartmen 42 adalah kawasan hutan dara dengan keluasan 292 ha dan diberikan kepada Roshaimi Ent hanya dengan harga RM 1,800 seekar.

Diluluskan oleh KPK kepada RE pada 1 Disember 2014 dan terus disahkan dipersetujui oleh RE keesokan harinya. Lebih pelik lagi, semua bayaran tribute dan premium telah dibayar sebagai pendahuluan oleh KPK sendiri.

Satu tanda murah hati yang menarik. Bayaran balik sejumlah RM 582,572.00 pun belum diterima. Kompartmen ini asalnya dicadangakam dimasukkan dalam senarai yang akan diserahkan kepada Souncern tetapi diberikan kepada Roshaimi.

Sudah tentu, tanpa tender terbuka. Bah kan, tanpa ikatan perjanjian. Saya difahamkan, laporan audit SUK menulis seperti berikut: “Pada pandangan audit, KPK telah gagal menguruskan Syarikat Roshaimi Ent iaitu gagal memungut sepenuhnya bayaran yang sepatutnya. Ia menimbulkan kesulitan kerana tiada suatu perjanjian /kontrak termetrai antara syarikat ini dan KPK bagi Kompartmen 42”.

Ketika RE mendapat layanan istimewa oleh KPK bagi Kompartmen 42 dan bayaran penuh belum dibuat oleh RE, dua orang pemilik Roshaimi Ent mengiringi rombongan TMB-KPK ke Cina itu.

Kenapa RE ikut serta? Kenapa diizin ikut serta sebelum hutang dibayar selepas bertahun-tahun? Apa projek perhutanan yang baru di bawah KPK yang dirancang dengan mereka? Jika tidak ada kepentingan dan keperluan, mengapa mereka ikut bersama? Siapa membiayai lawatan ini?

Hakikatnya, sebelum hutang-hutang RE diselesaikan, KPK atau mana-mana pemimpin Kerajaan Kelantan tidak layak untuk berurusan dengan RE bagi projek yang lain di bawah KPK.

KPK adalah milik rakyat Kelantan, bukan milik dua tiga kerat individu. Namun, setakat ini, cara KPK diuruskan adalah menunjukkan seakan KPK hanya milik dua tiga individu yang bermaharaja lela atas kekayaan hutan KPK.

Kerana ketiadaan ketelusan dan ketiadaan tekanan politik yang berkesan. Saya telah melaksanakan tugas saya sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat, meski pun pada hari ini mungkin tidak ramai rakyat Kelantan berminat dengan perompakan halus khazanah kekayaan negeri mereka.

Tetapi apakan daya, ini adalah amanah Allah untuk hambaNya berbuat mengikut keupayaannya.

Menegur apa yang pincang berdasarkan fakta dan bukti-bukti untuk kemaslahatan awam yang menjadi teras governance dalam agama suci ini.

Saya melaksanakan tugas saya.

Rakyat Kelantan, satu hari InsyaAllah akan memahami apa yang sedang berlaku kini.

YB Dato Husam Musa,
26 Syawwal 1438/20 Julai 2017
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
ADUN Salor,
Kelantan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...