TERKINI :

Monday, July 17, 2017

Tawaran 100 hari Pakatan Harapan menepati matlamat

 Ahmad Awang
SHAH ALAM - Umat Islam dinasihatkan agar tidak melihat agenda Islam dari sisi pandang yang kecil seterusnya tanpa sedar telah mengamalkan politik sekular dengan menjuzuk Islam dalam hal-hal tertentu sahaja.

Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ahmad Awang berkata, beliau kesal dengan pihak yang cuba membangkitkan isu agama mendakwa tawaran 10 hari selepas Pakatan Harapan tidak langsung memberikan penekanan kepada Islam.

“Tawaran 10 hari yang dikemukan tersebut jelas selari dengan prinsip politik yang dibawa Amanah iaitu, politik rahmah.

“Politik ini berdiri atas maksud Maqasid Syariah, meliputi juzuk keadilan hak dan ketelusan politik serta membawa keuntungan dan kebaikan kepada rakyat kebanyakkannya,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Pakatan Harapan mengumumkan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran pimpinan BN dan Umno melalui kesatuan politik di antara PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Pakatan Harapan dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi PRU14 dalam membentuk kerajaan.

Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut iaitu menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat, memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh, memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB dan memulihkan Felda.

Tambah Ahmad Awang lagi, sikap keterbukaan perlu ada dalam memperjuangkan pemikiran politik Islam.

“Pentadbiran Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemashalatan rakyat, bukan hanya kepentingan diri atau kelompok tertentu sahaja hingga mengetepikan prinsip kepentingan umum.

“Justeru, tawaran 100 hari tersebut jelas menepati matlamat menjaga maslahah rakyat dan keadilan tidak hanya pada Islam tetapi semua agama.

“Tidak perlu meletakkan istilah arab untuk menunjukkan ia agenda Islam, cukuplah kita sedar matlamatnya, demi kepentingan Islam,” tambahnya lagi.

ekali lagi, Mahfuz beri kenyataan cabar pendirian partinya

Mahfuz-Omar-pakatan-harapan-ph
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar hari ini sekali lagi mengambil pendirian berlawanan daripada partinya PAS, dengan mengucapkan tahniah kepada barisan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan minggu lepas.

“Insya Allah, PH akan menjadi kuasa baru politik Malaysia pada PRU14 akan datang,” kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berharap PH yang terdiri daripada gabungan tokoh kepimpinan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman akan menggerakkan rakyat Malaysia ke depan.

“Saya harap PH akan bertekad untuk mengubah masa depan Malaysia dengan agenda perubahan yang jelas,” kata Mahfuz, yang sebelum ini diselar pemimpin PAS kerana sering mengambil pendirian tidak sehaluan dengan pimpinan parti.

Mahfuz berkata PH perlu merangka agenda yang lebih konkrit dan terperinci di dalam manifesto PH untuk mengubah institusi keadilan, sambil menggesa kaum Melayu tidak terpengaruh dengan isu perkauman.

“PH dan parti-parti komponen PH sewajarnya membawa ‘politik baru’ dalam pengurusan dan pendekatan kepimpinan,” katanya.

Khamis lepas, gabungan 4 parti di bawah PH mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi, di samping memilih logo baharunya yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Orang ramai disaran lapor tuduhan murtad kepada pihak berkuasa agama

 Che Ibrahim Mohamed
Orang ramai disaran memberi maklumat segera tindakan Mohd Najmi Zakaria, Ketua Penerangan Pas Kawasan Tanah Merah yang membuat tuduhan murtad kepada "PAN" dalam ceramahnya yang sedang diviralkan di media sosial.

Naib Penegerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed berkata Seksyen 9 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 memperuntukkan mana mana orang awam yang ada maklumat tentang perlakuan tersebut hendaklah memberi maklumat tersebut kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dengan serta merta.

"Seksyen 54 dan 55 Enakmen yang sama memperuntukkan Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah menyiasat maklumat tersebut dan mengemukakan laporannya kepada Jabatan Pendakwa Syarie untuk kes pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di status facebooknya.

Sebagaimana tular di media sosial, Mohd Najmi yang dikatakan berceramah di Perkarangan Madrasah Pok Man Serbuk, Tanah Merah 14 Julai lalu menyebut kata-kata berikut:

"PAN ni hok paling sedih sekalinya, PAN ni ibarat kalu kita kata dalam Islam gak, dalam agama kita, Maaf lah kasar bunyi, ia sebagaimana, orang ingkar perintah Allah. Kalu bunyi lot agama gak, ore Murtad.

"Ore (mereka yang) Murtad nok oyak bui, Tuhan suruh bunuh, (sebab) menghancurkan Islam, suruh taubat tok sey taubat, suruh taubat tok sey taubat, mmasuk dalam gok (penjara) dulu, tok sey taubat jugok, akhirnya Bunuh."

Menurutnya Che Ibrahim jika Ketua Pendakwa Syarie mendapati maklumat tersebut ada bukti yang kukuh bahawa PAN adalah murtad dan wajib dibunuh seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangan Pas Tanah Merah itu, maka orang PAN boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 kerana melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak, manakala pemimpin PAN pula boleh didakwa di bawah Seksyen 124 Enakmen yang sama kerana telah menyebabkan seorang keluar Islam.

"Sama ada PAN itu merujuk kepada seseorang atau kepada mana mana objek lain, terserahkan kepada Ketua Pendakwa Syarie dan Hakim Syarie yang memutuskan.

"Yang pasti PAN telah dituduh murtad dan boleh dibunuh.

"Jika siasatan mendapati kata kata tersebut benar benar dituturkan oleh Ketua Penerangan Pas Tanah Merah, tetapi tidak ada bukti PAN sebagai murtad atau seolah olah telah murtad, maka beliau boleh didakwa di bawah Seksyen 24, Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 kerana telah menuduh orang Islam yang lain sebagai kafir," katanya.

Kini menurut beliau terserahlah kepada mana mana orang awam yang ada maklumat berhubung perlakuan tersebut untuk membuat laporan di bawah Seksyen 9, Enakmen Acara Jenayah Syariah 2002 sama ada memberi maklumat bahawa PAN adalah murtad sebagaimana dakwaan Mohd Najmi, atau memberi maklumat bahawa Mohd Najmi telah melakukan perlakuan yang boleh disifatkan sebagai "Takfir".

TAHNIAH PIMPINAN PAKATAN HARAPAN:RAKYAT MENANTI PENUH YAKIN.

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/d4/Pakatan-harapan-logo.jpg

1. Tahniah untuk semua pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH pada tanggal 13 Julai 2017 lalu telah mencapai kata sepakat serta menzahirkan kesatuan fikiran dan kebulatan tekad untuk merubah masa depan Malaysia dengan jayanya serta menyusun struktur organisasi PH dengan menggabungkan tokoh kepimpinan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman bagi memimpin dan menggerak PH bersama rakyat Malaysia kehadapan demi merubah masa depan Malaysia dengan agenda perubahan yang jelas.

2. Sikap tolak ansur dan jiwa besar dalam mengakui kelemahan dan kekurangan serta kelebihan parti masing -masing akan menjadi tunjang kekuatan dengan menggabungkan sumber pengalaman,kepakaran dan kepimpinan yang mampu menyahkan UmnoBN dari politik kuasa di Malaysia pada Pru14 nanti.

3. Saya mengharapkan selepas ini perlu penyelesaian kepada agenda yang lebih konkrit dan terperinci didalam manifesto yang menyentuh reformasi institusi yang benar-benar memberi keadilan dan melindungi negara demi rakyat.PH perlu menggerakan gelombang baru bagi menghadapi Pru14 kelak.Kesedaran rakyat khususnya bangsa Melayu perlu digerakkan agar minda melayu tidak tertelan racun perkauman UmnoBN.

PH perlu segera didaftarkan bersama dengan lambang PH.Kepimpinan perlu segera menentukan strategi andai PH tidak diluluskan sebelum Pru14. Agenda menghadapi Pru14 dengan satu lambang mesti diteruskan dan PH perlu segera menetapkan lambang rasmi PH yang mana ianya akan digunakan dalam Pru14 nanti.

4. PH dan parti-parti komponen PH sewajarnya membawa 'politik baru' dalam pengurusan dan pendekatan kepimpinan. Bersedialah dengan lapang dada dan bersikap terbuka dengan kritikan dari ahli bawahan serta menerima perbezaan pandangan dan pendekatan. Harapan rakyat kini hanya kepada PH.Tiada lain yang diharapkan..Jangan kecewakan rakyat.

Saya mengharapkan strategi '3 penjuru' mesti dipersiapkan untuk menghadapinya.Tidak dapat tidak '3 penjuru' tidak dapat dielakkan.Oleh itu saya berkeyakinan jika PH bersiap dari sekarang untuk '3 penjuru', InsyaAllah PH akan menjadi kuasa baru politik Malaysia pada Pru14 akan datang.

Selamat maju jaya buat Pakatan Harapan..Berpakat demi rakyat.

#KeranaMuMalaysia
#UntukMuMalaysia
#KamiBersamaMuMalaysia

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Taman Alwalid Alor Setar
17 Julai 2017/23 Syawal 1438H

Antara HAJI, 1MDB, MO1 & Botak Chin Moden

BOTAK CHIN MODEN

Mama bilang kalau naik haji itu wangnya mesti halal.

Jika sumbernya haram, maka hajinya juga tak menjadi dan nampaknya wang haram itu hanya hadir di Mekah semacam TURIS atau pelancong. Itu Mama bilang.

Malah ustaz2 dan guru2 agama yang ajar saya dulu juga kata begitu, malah ada yang kata sebelum berangkat ke mekah, kita kena pastikan anak bini yang ditinggalkan cukup makan dan segalanya keperluan lain. Itu juga mama bilang sama saya.

Saya ini JAHIL bukan lulusan agama, sekadar sekolah kampung cuma selalu baca dan selalu dengar ceramah agama dan maknanya saya sedikit tahu dan ada pengalaman dan lagi saya juga sudah pernah ke Mekah tapi bukan turis dan bukan pelancong sebab wangnya kesan gaji yang dikumpul.

Jadi, saya ingin sangat tanya seorang Najib Razak atau yang alim ulama, bijak pandai agama termasuk tokoh agama di Malaysia, apa saja hukumnya naik haji itu sumbernya diguna dari dana 1MDB yang dicuri oleh MO1?

Dari kitab mana saja Najib dan yang bijak pandai bisa menghuraikan haji dari derma 1MDB itu halal?

Mungkin kerajaan sekarang ada mahzab baru ciptaan seorang ulama namanya Najib Razak atas punasihatnya bernama Haji Hadi Awang.

Kalau memang ada. mohon dijelaskan agar terang dan jelas sebab  saya dan sekalian rakyat mahu tahu kalau-kalau ada agama baru seiring dengan ayahpin yang kuasa kerajaan langit.

Saya melihat sekarang ini orang minat sangat naik haji secara percuma dan saya kira itu semacam TURIS yang datang berbondong-bondong mahu melihat Mekah dan kelihatannya yang guna dana 1MDB kesan curian khazanah negara, bukan pahala yang diterima sebalik mungkin saja bala bakal datang
dan barangkali tidak hairan akan sama seperti Allah turunkan bala di kerajaan SABBA seperti dalam al Quran.

Hakikat yang jelas sekarang, kalau dulu ada yang mencuri dan curian itu diguna bantu untuk orang miskin ia tetap duit curi tak berkat dan apa saja yang namanya CURI atau rasuah tetapi tidak halal dan bakal menerima hukuman di akhirat dan itu hukum yang jelas dari Allah.

Sekarang sudah ada pencuri moden yang bukan saja mencuri untuk bantu orang naik haji, bantu niaga dan segala macam tetapi lebih hebat diguna dana berbilion untuk bini, anak tiri dan teman yang rapat siap menjadi barua demi kekalkan kuasa.

Itulah namanya MO1 dan dia jugalah yang saya namakan di BOTAK CHIN yang terkenal di seluruh dunia.

Hebatnya dikau duhai Botak Chin!

ISMAILY BUNGSU
16/7/2017
8:29PM

Apakah PAS akan mampu menawan Pematang Pauh dari PKR?

BismillahirRahmanirRahim

PERMATANG PAUH?

Apakah PAS akan mampu menawan Pematang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat?

Adakah pengundi terdiri dari ahli PAS yang pernah mengundi Pakatan Rakyat akan mengundi Pakatan HarApan di Permatang Pauh dalam PRU14 nanti?

Apakah UMNO/BN akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding satu lawan satu dengan Parti Keadilan Rakyat di Permatang Pauh?

Apakah pemimpin Parti Keadilan Rakyat di Selangor teramat gembira dengan situasi yang berlaku di Permatang Pauh ini?

Semua jawapan kepada soalan di atas sudah ada, cuma semuanya masih tersimpan dari pengetahuan anda...

Aris Awang





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...