TERKINI :

Friday, July 7, 2017

Kembalinya kerjasama Dr M – Anwar janjikan cabaran sengit atas BN

 http://www.mysinchew.com/files/man_0.jpg
Pemimpin Pakatan Harapan (PH), menyambut baik kenyataan Dr Mahathir Mohamad semalam, mengatakan gandingan bekas perdana menteri itu dan Anwar Ibrahim akan kembali mengukuhkan gabungan pembangkang yang selama ini dilihat retak.

Mereka berkata, kenyataan pengerusi Bersatu itu sekaligus menamatkan perseteruan di antara Dr Mahathir dan Anwar yang berlaku sejak 1998 ketika kedua-duanya masih bersama Umno dan kerajaan. Share this quote Share this quote

“Gandingan Dr Mahathir-Anwar serta seluruh kepimpinan PH dan jenteranya adalah kekuatan yang bakal mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat bagi menyingkirkan sebuah kerajaan kleptokrat yang rakus serta hilang arah,” kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insight.

“Apakah sudah sampai waktu dan detiknya yang dinanti-nantikan rakyat supaya ‘agenda tertangguh’ untuk menobatkan anak didiknya Anwar akan tertunai jua akhirnya?”

Dalam temubual bersama akhbar Britain The Guardian yang disiarkan semalam, Dr Mahathir mengatakan beliau tiada masalah menyokong Anwar menjadi perdana menteri selepas dibebaskan daripada penjara.

Pada 1998, Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno di atas tuduhan liwat. Anwar kemudiannya dipenjarakan di atas tuduhan salah guna kuasa.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata, Dr Mahathir dan Anwar “berjiwa besar” kerana sanggup mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk melakukan perubahan di Malaysia.

“Isunya bukan mengenai siapa bakal jadi PM, tetapi Dr Mahathir dan Anwar berganding bahu untuk melakukan perubahan.

“Ini merupakan perkara besar dalam sejarah politik Malaysia,” kata ahli Parlimen Batu itu.

Sebelum dipecat pada 1998, Anwar merupakan anak didik Dr Mahathir yang diberikan laluan mudah dalam Umno dan kerajaan sehingga menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Gandingan kuat dua pemimpin itu dalam Umno dan kerajaan dianggap “tidak terkalahkan” sehinggalah krisis ekonomi melanda Malaysia pada akhir 1990 an dan tercetusnya perbezaan pendapat sehingga menyebabkan Dr Mahathir memecat Anwar.

Selepas berpecah, kedua-dua tokoh itu menjadi musuh ketat dalam politik Malaysia sehinggalah pada September 2016 apabila Dr Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyokong Anwar memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bagaimanapun sebahagian penyokong Anwar dalam PKR masih tidak berpuas hati kerana Dr Mahathir masih belum meminta maaf secara terbuka kerana “menzalimi” ketua umum PKR itu.

Ia juga menyebabkan PH masih lagi tersekat untuk menamakan senarai pimpinan mereka untuk dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, mereka akan bekerjasama dengan Dr Mahathir dan Anwar untuk melakukan perubahan politik di Malaysia.

“Perdamaian di antara kedua-dua pemimpin yang sudah melalui permusuhan dan kepahitan selama berdekad ini merupakan satu langkah besar untuk menyatukan dan menguatkan kembali pembangkang,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Sementara itu, Ketua Biro Dasar dan Strategi Bersatu Dr Rais Hussin berkata Dr Mahathir tahu apa yang diperlukan bagi memastikan PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sekarang gabungan pembangkang perlu fokus mengenai struktur dan senarai pimpinan yang tepat dalam mengambil tanggungjawab menyelamatkan negara.

“Manifesto pilihan raya perlulah selari dengan kehendak rakyat. Ia perlulah merangkumi isu-isu dihadapi rakyat setiap hari terutamanya peningkatan kos kehidupan,” katanya.

PH dijangka akan mengadakan mesyuarat pertengahan minggu depan sekaligus mengumumkan senarai pimpinan dan logo sebelum menghantarnya kepada RoS untuk menjadi sebuah gabungan berdaftar.

Pendaftaran PH tertangguh selama dua bulan menyebabkan penyokong mereka dan aktivis kecewa – TMI

Perdagangan karbon di Kelantan: Bila ianya bermula?

 Majlis menandatangani MoA antara kerajaan Kelantan dan Climate Protectors
Perdagangan karbon di Kelantan pertama kali didengari dalam sidang dewan undangan negeri (Dun) Kelantan pada November 2016 apabila anggota Exco kerajaan negeri Datuk Anuar Tan dalam ucapannya menyebut Kelantan adalah negeri pertama di Malaysia terlibat dalam perniagaan karbon kredit.

Dalam penjelasannya, Anuar berkata setiap hektar hutan simpan kekal yang diserahkan kepada syarikat terbabit bernilai 20 kredit dengan satu kredit berharga RM25.00.

Kerajaan negeri (pada waktu itu), ujarnya telah menyerahkan 300,000 hektar hutan simpan kekal yang membawa nilai RM150 juta.

Bagaimanapun Bank Negara Malaysia telah menyenaraihitamkan Syarikat Climate Protector (Ecobit) yang menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan kerajaan negeri Kelantan bagi projek perdagangan karbon itu kerana terlibat dalam aktiviti pengambilan dana awam tanpa kebenaran.

Dalam perkembangan berkaitan, Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia menafikan terdapat sebarang kerjasama dengan EcoBit, yang menggunakan logo UNDP tanpa kebenaran pihak mereka.

Menurut Penganalisis Komunikasi UNDP Ahmad Hafiz Osman, tiada projek UN-REDD atau UNFCC yang meluluskan projek REDD+ di Malaysia.

REDD+ merupakan mekanisma yang diusahakan PBB dalam mengurangkan pelepasan daripada sektor perhutanan yang dikenali sebagai Pengurangan Pelepasan daripada Penebangan Hutan dan Kemerosotan Hutan.

Bagaimanapun, logo tersebut sudah pun dikeluarkan daripada laman sesawang Ecobit beberapa hari sebelum UNDP mengeluarkan kenyataan agar logo UNDP tidak digunakan syarikat tersebut.

EcoBit merupakan syarikat yang menawarkan peluang pelaburan berasaskan “cryptocurrency” atau mata wang digital.

Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat teknologi hijau Climate Protectors Sdn Bhd. melalui Perjanjian Memorandum (MoA) dengan kerajaan Kelantan pada 9 Januari 2017.

Saifuddin tidak pernah lalui jerih kami 18 tahun, kata Johari

 Johari Abdul (kiri)  dan Saifuddin Abdullah
Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menyifatkan Datuk Saifuddin Abdullah mungkin ‘janggal’ dengan situasi dalaman pakatan pembangkang ekoran latar belakang politiknya yang sebelum ini merupakan ahli Umno.

"Datuk Saifuddin tidak pernah melalui betapa jerih dan peritnya kami 18 tahun dahulu.

“Semua orang ini yang telah pun melalui detik-detik yang amat membimbangkan pada 18 tahun yang dulu. Jadi mungkin Datuk Saifuddin dia dari Umno. Dia tidak pernah dapat merasai betapa jerihnya, peritnya kami 18 tahun yang dulu. Dan dia sedang belajar.

“Itu adalah asam garam politik. Bukan mudah untuk kita satukan semua kepala. Apatah lagi kita nak satukan dengan orang pernah kita tempur selama 18 tahun. Keadilan (PKR), DAP, Amanah sebelum ini Pas, bertempur dengan (Tun) Dr Mahathir selama 18 tahun. Ada yang ke penjara, lokap, cedera parah, macam-macamlah.

“Harus diingat, setiap orang ada sejarah masing-masing. Kita ada sejarah dengan Dr Mahathir, kita ada sejarah dengan Barisan Nasional (BN) dengan Umno.

"Jadi bila mereka menjadi serpihan kepada Umno iaitu tubuhkan parti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) maka adalah wajar untuk memberikan sedikit masa,” katanya seperti dilapor Antarapos hari ini.

Johari dipercayai berkata demikian kerana diminta mengulas status berbaur ‘patah hati’ dibuat Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah menerusi laman Facebook, pada Sabtu lalu.

Saifuddin dalam status facebooknya berkata:"Letih melalui proses bertindih penuh dalih sehingga menyebabkan organisasi bertatih dan khalayak jerih lalu kemenangan seakan tak mampu diraih,” demikian tulisan Saifuddin dalam laman sosial itu.

Walaupun bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menulis secara berkias, status tersebut seolah-olah memberi gambaran mengenai situasi ‘celaru’ yang melanda gabungan yang disertai oleh PKR, DAP, Amanah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani itu walaubagaimanapun yakin situasi yang melanda Pakatan Harapan akan selesai jika diberi masa sewajarnya dalam usaha untuk menyatukan pemimpin dari pelbagai latar belakang dan ‘kepala’ dalam pakatan pembangkang itu.

“Tidak, ia bukan bercelaru. Kita datang daripada latar belakang yang belbagai. Macam kita nak kahwin, ada orang ini datang daripada keluarga begini. Isteri suami datang dari keluarga alim, si isteri datang dari keluarga disko, pelayar, nelayan...jadi kita nak sesuaikan makan masa walaupun sudah kahwin suami isteri.

“Jadi bagi masa lah, bila mereka perang dengan mereka tiba-tiba nak jadi kawan. Dia kena ada masa. Tidak kenal maka tidak cinta. Kita kena bagi kenal, bercinta dahulu walaupun kita ambil masa sedikit. Lebih baik kita selesaikan. Tiada masalah, bukan benda yang payah pun,” jelasnya.

Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara

 T-Subromaniam-1
PETALING JAYA: Selain mereka yang tidak melangsaikan cukai pendapatan dan syarikat serta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini peniaga yang liat membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga tidak dibenarkan ke luar negara, kata ketua pengarah Kastam.

Datuk Subromaniam Tholasy yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, ketika ini, seramai 7,143 majikan dan pengarah syarikat berada dalam senarai sekatan itu kerana mempunyai tunggakan GST.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga yang tidak membayar GST membuat semakan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mengetahui jika nama mereka disenarai hitamkan.

“Jika peniaga sudah melangsaikan GST, Jabatan Kastam akan segera meminta Jabatan Imigresen mengeluarkan nama mereka daripada senarai itu.”

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipetik Sin Chew Daily berkata, sehingga November 2016, lebih 700,000 individu disenarai hitamkan pelbagai agensi ke luar negara.

Beliau berkata, kebanyakannya ialah mereka yang tidak membayar cukai pendapatan, pinjaman PTPTN dan individu diisytiharkan muflis.

“Jabatan Imigresen tidak membezakan jenis cukai. Jika ada orang tidak membayar cukai negara, tidak kira cukai pendapatan individu, syarikat atau GST, kami akan mengikut arahan dikeluarkan agensi berkaitan.

“Jika mahkamah memerintahkan seseorang itu tidak boleh ke luar negara, Jabatan Imigresen juga akan mematuhinya.”

Mengikut Akta GST 2014, peniaga yang tidak membayar GST akan dilarang ke luar negara sehingga mereka menjelaskan tunggakan itu.

Agensi kerajaan lain yang turut menyediakan senarai sekatan itu ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri, PTPTN, Bank Negara, Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Tenaga Manusia serta Kedutaan Malaysia di luar negara.

Selain itu, mereka yang melanggar akta tertentu juga tidak dibenarkan ke luar negara.

ALASAN ZURAIDA MENOLAK PENUBUHAN JK PH DI SELANGOR ADALAH ALASAN MELEPAS BATUK DI TANGGA

Zuraida dilaporkan berkata Azmin Ali tidak berkenan menubuhkan PH di peringkat Selangor kerana mahu menumpu kepada satu lawan satu.

Dengan kata lain, Zuraida mengaku Azmin Ali masih jadi budak suruhan PAS dan tunduk pada segenap kemahuan PAS.

PAS tidak berkenan dengan Pakatan Harapan maka Azmin Ali pun tidak menubuhkan PH di Selangor.

Skandal Ketua Pemuda PKR Ampang itu sebenarnya lebih memberi kesan negatif kepada pembangkang di Selangor berbanding bekerjasama dgn PAS.

Kalau Zuraida nak pastikan kita menang, dia kena isytihar dari hari ini dia tidak akan bertanding kerusi Parlimen Ampang. Baru ada makna.

Hakikatnya Zuraida dan Azmin dan Tian Chua dan Latheefa Koya dan sekutu2 mereka dipersilakan masuk Gagasan Sejahtera dan kekal menjadi budak suruhan Mustafa Ali serta Haji Hadi Awang.

Juga, kenalah ikut seleran pimpinan2 PAS yg rata2 membenci Anwar Ibrahim serta Wan Azizah.

Akhir sekali, rasanya budak hingusan darjah dua pun dah nampak PAS ni menjadi alat UMNO.

Ni semua bahana pergi percaya kajian songang yg dibuat badan2 pengkaji yg terbukti telah membuat banyak kesilapan sebelum ni.

Ada  ka pergi kata PAS boleh dapat 55% Melayu.

Ni gila punya  kajian.

TULANG BESI

Ancaman Saman, Scam BTC Panda dan Siasatan Polis

Ancaman Saman, Scam BTC Panda dan Siasatan Polis

Awal malam ini, saya membaca kenyataan Encik Tang Too  Siah yang bercadang membuat saman malu ke atas saya ekoran kenyataan saya pada 3 Julai 2017.

Saya mengalu-alukan tindakan yang dicadang diambil oleh beliau. Banyak perkara mengenai kepentingan Negeri Kelantan, orang awam dan rakyat yang berbangkit sekarang dapat diselesaikan menerusi proses itu InsyaAllah.

Sementara itu, saya dan pembantu-pembantu saya bertali arus menerima pelbagai aduan, termasuk dari Indonesia dan luar negara yang lain mengenai tuduhan scam melibatkan BTC Panda dan TS Tang.

Seseorang bernama TS Tang telah banyak dikaitkan di dalam aduan itu. Beliau dikatakan terlibat melesapkan wang pelabur melalui skim bit coin anjuran BTC Panda.

Saya belum dapat mengesahkan sama ada dakwaan ini benar atau tidak.

Saya berharap En Tang boleh menjelaskan kepada umum sama ada beliau ada terlibat dengan dakwaan itu atau tidak. Juga sama ada TS Tang yang disebutkan oleh pengadu itu adalah beliau.

Jika TS Tang yang terlibat dengan BTC Panda adalah sama dengan Encik Tang Too Siah dari Climate Protector dan EcoBit, saya kira peringatan saya kepada Kerajaan Kelantan adalah penting dan mustahak.

Sehubungan itu juga, saya berharap pihak polis mempercepatkan siasatan ke atas isu ini, yang telah dilaporkan di pelbagai balai polis di seluruh negara.

Antara lain, senarai laporan polis berkait adalah seperti berikut:

Police reports :
1. SETAPAK/016422/16 , TARIKH 15 OCT 2016
2. SETAPAK/016420/16 , TARIKH 15 OCT 2016
3. SEK 6 / 008748/16
4. Cheras / 022817/16
5. RAWANG/012612/16
6. KAJANG/034742/16
7. Kepong/010759/16
8. USJ 8 / 012911/16
9. PAROI/002875/16
10. Sek 6 /009674/16
11. Pantai/013315/16

Saya memanjangkan tindakan BNM -  menganggap Climate Protector sebagai menjalankan aktiviti secara unauthorized and unapproved di bawah undang-undang. Kenapa pula En Tang tidak ingin menyaman BNM?

Diikuti oleh kenyataan semalam, antara lain disiarkan oleh Malaysian Insight berbunyi :
"PROGRAM Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia menafikan terdapat sebarang kerjasama dengan EcoBit, yang menggunakan logo UNDP tanpa kebenaran pihak mereka.

Menurut Penganalisis Komunikasi UNDP Ahmad Hafiz Osman, tiada projek UN-REDD atau UNFCC yang meluluskan projek REDD+  di Malaysia.",

dan petang ini oleh Stefan Priesner, UN Resident Coordinator for Malaysia and UNDP Resident Representative for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam :

"Steifan Proesner clarifies “As per United Nations Framework Convention on Climate Change REDD+ website which details REDD+ activities in each country, there are no UN-REDD projects or UNFCCC approved REDD+ projects in Malaysia."

Kenapa En Tang tidak ingin menyaman UN dan UNDP sendiri kerana kenyataan-kenyataan ini telah menafikan dakwaan tentang mekanisma UN REDD berkait sejuta ekar hutan Kelantan?

Mr Tang tidak mahu saman UN? Tidak mahu saman BNM?

Menjadi tugas saya selaku Adun untuk menjaga kepentingan negeri dan rakyat saya.

Ugutan saman tuan tidak boleh mengubah tugas dan tanggung jawab saya untuk terus bersuara InsyaAllah.

Saya juga berharap PDRM terbaca posting ini dan bertindak sewajarnya dalam masa yang dikira tidak tertangguh-tangguh oleh mangsa dan bakal mangsa.

Husam Musa
6 Julai 2017





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...