TERKINI :

Saturday, July 1, 2017

AMANAH Gesa Jamil Khir Kaji Sumber 1MDB Biaya Haji

BismillahirRahmanirRahim

Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengkaji sumber 1MDB yang digunakan untuk menaja ibadah haji kepada seramai 5,711 rakyat di negara ini sejak 2011.

Timbalan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil berkata Jamil juga seharusnya membangkitkan isu ketelusan tajaan haji oleh 1MDB bagi memastikan ia bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas urusan haji dan hal ehwal agama, seharusnya Jamil Khir mendesak untuk sumber tajaan ini diaudit bagi memastikan ia halal dan bersih serta bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan dan korupsi.

“(Ia) agar ibadat haji rakyat Malaysia yang ditaja 1MDB ini tidak terjejas,” kata Faiz dalam kenyataannya hari ini.

Kata Faiz 1MDB tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh di mana modal perniagaannya diperoleh daripada pinjaman berkonsepkan riba.

Selain itu katanya, skandal 1MDB di diibaratkan sebagai rompakan terbesar dunia dan kini menjadi subjek penyiasatan di pelbagai negara termasuk yang terbaru dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

“Pendedahan ini telah membuktikan wujudnya kes prima facie salah laku jenayah oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak. Pendedahan ini juga telah memprejudiskan kedudukan politik Najib Razak dan populariti beliau juga semakin merosot.

“Maka, dalam keadaan politik Najib Razak yang terumbang-ambing sekarang, timbul persoalan sama ada tajaan haji ini sebagai langkah terdesak Najib Razak untuk menutup segala kepincangan yang berlaku dalam skandal berskala mega ini dengan menggunakan helah agama dan kebajikan sebagai kelubung,” katanya.

DOJ baru-baru ini memfailkan tuntutan undang-undang sivil kali ketiga dengan tujuan merampas semula aset yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Selain barangan kemas bernilai AS$1.7 bilion, DOJ juga berharap mampu mendapatkan semula sebuah kapal layar bernilai AS$ 250 juta dan kepentingan beberapa syarikat dan hartanah mewah di sekitar London, New York dan Los Angeles.

Bagaimanapun, perdana menteri berulang kali menafikan sebarang salah laku 1MDB yang dikaitkan dengannya, manakala beberapa pemimpin BN menyifatkan tindakan DOJ sebagai campur tangan asing.

PEMUDA UMNO JANGAN CUBA BODOHKAN RAKYAT


1. Kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mengatakan mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang akan datang bermakna rakyat telah menyokong campur tangan entiti asing terhadap pentadbiran negara dan kemusnahan kepada kedaulatan negara. Ini susulan sokongan secara tidak langsung Pakatan Harapan terhadap tindakan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) terhadap skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Pemuda AMANAH Nasional menempelak tindakan Pemuda Umno yang cuba menakut-nakutkan rakyat kononnya Amerika telah campur tangan terhadap urusan negara Malaysia. Kenyataan tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab dan lari daripada asas sebenar fakta kes tersebut.

3. Tidak berlaku sebarang campur tangan asing oleh Amerika sebaliknya negara itu bertindak ke atas jenayah pengubahan wang haram yang berlaku di negara tersebut. Secara dasarnya, mana-mana negara sememangnya berhak mengenakan tindakan terhadap sesiapa yang telah melanggar undang-undang negara mereka seperti yang dilakukan oleh syarikat pelaburan 1MDB.

4. Kami menyifatkan, Pemuda Umno sangat bacul dan takut untuk bersuara terhadap kebrobrokan yang dilakukan oleh 1MDB sebaliknya sangat menjadi pengampu sehingga sanggup menipu serta mengelirukan rakyat. Sebagai entiti orang muda, Pemuda Umno perlu menunjukkkan 'kejantanan' mereka dengan menyuarakan bantahan terhadap skandal terbesar negara yang telah menjejaskan dana negara serta merosakkan imej negara.

5. Pemuda AMANAH Nasional menasihatkan Pemuda Umno agar jangan cuba membodohkan serta merendahkan tahap pemikiran rakyat dengan memainkan sentimen serta persepsi jahat. Kami yakin, rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah Umno-BN yang cuba menutup isu tersebut demi terus mengekalkan kuasa mereka.

6. Kami mencabar Pemuda Umno untuk berada sepentas berdebat atau berdiskusi tentang isu 1MDB yang menjadi liabiliti kepada negara. Siarkan secara langsung di stesen televisyen agar seluruh rakyat dapat menilai dan mengetahui isu ini dengan lebih mendalam.

Ayuh bersama selamatkan Malaysia!

Membina Negara Berintegriti
#PemudaBekerja

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
1 Julai 2017

PEMIKIRAN BLUR DARI NAIB PRESIDEN PAS..

Naib Presiden parti agama Idris Ahmad melempar pertanyaan apakah DAP akan setuju Enakmen Syariah Islam -- undang2 Islam -- akan dilaksanakan di Kelantan sekiranya Harapan (Amanah) menang dan memerintah Kelantan. Bunyi janggal pertanyaan itu tetapi itulah daya fikir politik seorang naib presiden Pas.

Beliau juga membuat kesimpulan cadangan Kit Siang agar Husam dipilih jadi MB menunjukkan DAP menguasai Amanah. Cara Idris itu mahu mempengaruhi kepada rakyat Kelantan khasnya yang Amanah adalah himar DAP.
Tanggapan beliau juga mejelaskan dia gagal membaca sihir2 politik Kit Siang.

Idris tidak memahami politik dan kuasa dalam politik. Dari segi angka-angka yang memberi kuasa kepada parti politik juga dia tidak berapa arif. Tertakdir Amanah menguasai Kelantan, DAP tidak dapat berbuat apa-apa pun kerana parti itu tiada seorang pun wakil dalam Dewan.

DAP tidak ada suara untuk membantah apa-apa yang bertentangan dengan perjuangannya. Kenapa harus memakan ubat sebelum sakit dan membalut ditempat tidak luka? Itu perbuatan yang kurang cerdik dan tolol.

Kalau hal semudah ini pun tidak difahami Idris macam mana dia mampu untuk membawa Pas menjadi sebuah parti yang progresif. Tampaknya jauh sekali untuk menjadi alternatif kepada Umno apabila Pas dihandle oleh orang-orang blur akal fikir seperti Idris.

Idris juga melahirkan kebimbangannya kalau Amanah menang parti itu tidak dapat laksanakan syariah Islam kerana ditentang DAP. Beliau lantas menyamakan apa berlaku di Terengganu, Pas lulus enakmen syariah tetapi dibekukan oleh Umno.

Secara tidak langsung Idris meletakkan Umno sama dengan DAP. Harap Idris dapat tambah nilai dalam kenyataan2 dan ulasanya sejajar dengan darjatnya dalam parti itu. Trims.

MSO





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...